Taipingmali (tm) |
- LEBUH RAYA PLUS KM 257.7 BERHANTU
- PENJAJA NASI LEMAK KENA SAMAN RM 1000, PEKILANG HARAM BEBAS.
- JONKER WALK, TIDAK MELAMBANGKAN ATAU BERWAJAH MALAYSIA
- Pas Kg Expo sekali lagi salah guna mimbar masjid
- Edly Efendy Bin Yaacob (KP anda ditemui)
LEBUH RAYA PLUS KM 257.7 BERHANTU Posted: 29 Jun 2013 10:44 PM PDT ![]() Dalam kejadian terkini, seorang lelaki maut manakala seorang parah apabila motosikal yang mereka naiki terbabas di Kilometer (KM) 257.7 Lebuh raya Utara Selatan, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 12.20 tengah hari dan penunggang motosikal, Haidir Bakar, 20 maut di tempat kejadian. Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala setelah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya terbabas ke kiri jalan dan turut menyebabkan pembonceng motosikal terbabit, Mohd Fikri Mad Said, 21 parah. "Hasil siasatan, polis mendapati mangsa merupakan seorang pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Ipoh ke Bagan Serai. Pembonceng yang cedera parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan. "Mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menetap di Parit Gabis, Bagan Serai, Perak tidak dapat mengawal kenderaan sewaktu tiba di tempat kejadian dan telah terbabas ke kiri jalan," katanya. Abdul Gaffar berkata, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, dalam kes sebelum ini, seorang lelaki, Su Wai a/l Nai Perm, 33 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke sebelah kiri jalan di KM 258 Lebuh raya Utara-Selatan, Rabu lalu. Perkara yang menghairankan adalah waktu kejadian dan kawasan adalah sama dengan kejadian kelmarin dan kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala. Kedua-dua mangsa merupakan penunggang motosikal dan membawa pembonceng pada masa kejadian. | ||
PENJAJA NASI LEMAK KENA SAMAN RM 1000, PEKILANG HARAM BEBAS. Posted: 29 Jun 2013 10:27 PM PDT
| ||
JONKER WALK, TIDAK MELAMBANGKAN ATAU BERWAJAH MALAYSIA Posted: 29 Jun 2013 04:43 PM PDT | ||
Pas Kg Expo sekali lagi salah guna mimbar masjid Posted: 29 Jun 2013 08:00 AM PDT Pada Petang Jumaat, 28 Jun 2013, TM telah menerima satu mesej seperti berikut; "TGH HARI TADI SAYA SOLAT JUMAAT DI MASJID KG EXPO ,KUTBAH OLEH IMAM RASHID ,OK , YG TAK OK NYA ,HJ MAT KASTAM ,GUNA PEMBESAR SUARA DI DLM MASJID SEBELOM KUTBAH ,ISTIHAR PADA JAMAAH ,BAHAWA ESOK SABTU AKAN DI ADA KAN MESYURAT AGONG ( PAS ) KG EXPO ,PERLANTIKAN PENGERUSI DAN AJK MASJID YG BARU ,TUAN 2 DI JEMPUT HADZIR ,BERTEMPAT DI DEWAN SURAU LAMA ,OK TK" Jelas menunjukkan Pas Kg Expo masih menggunakan waktu solat Jumaat untuk berpolitik dan hari ini ramai geng Pas dari luar kariah datang untuk bersyuarat. Sekian Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||
Edly Efendy Bin Yaacob (KP anda ditemui) Posted: 29 Jun 2013 02:35 AM PDT ![]() 14 June via Mobile near Kampong Kepong, Wilayah Persekutuan Tadi aku pergi tandas kt BHP area Kepong.dalam tong sampah aku nampak kad2 ni.kot ada yang kenal En Edly Efendy Yaacob ni.boleh PM kt fb aku.aku syak dompet dia dah kena sebat.kalau rajin korang tolong sebarkan.tq. with Ahmad Hafizie Mohamma |
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |