tun faisal dot com |
Tahniah @NajibRazak, Azeez Rahim CEO baru Tabung Haji? Posted: 28 Jun 2013 03:37 AM PDT Dia mungkin tidak kelihatan seperti Melayu, tetapi yang penting dia orang Islam, banyak menyumbang untuk kemanusiaan sejagat, prihatin kepada pihak yang berada di dalam kesusahan dan mempunyai agenda Bumiputera dan perjuangan agama, bangsa dan negara perlu jelas. Soal rupa dan kelemahan peribadi yang ada sedikit kekurangan tu boleh kita ketepikan. a picture tells a thousand words.... Azeez Rahim adalah di antara Ahli Majlis Tertinggi yang paling aktif dan dilihat telah membantu paling ramai orang. Mereka yang dibantu bukan sahaja di dalam negeri malah di luar negara. Boleh dikatakan ramai yang bersesak-sesak ke pejabat beliau untuk memohon bantuan beliau, baik dari segi memohon bantuan peribadi hinggalah memohon bantuan sebab anak lari, di bawa lari, diugut along sehinggalah soal-soal bantuan melibatkan kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Hari ini Azeez Rahim sudah bergelar Ahli Parlimen Baling. Bukan sahaja beliau sudah membantu begitu ramai orang di dalam dan di luar negara, menjadi tonggak kepimpinan UMNO di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan, hari ini jasa Azeez bertambah lagi, iaitu dia secara langsung telah memastikan satu kerusi untuk memastikan kelangsungan BN untuk mentadbir negara ini. Jadi jangan ada yang hendak memperlekehkan jasa orang politik seperti Azeez Rahim. Dia memimpin dari peringkat akar umbi, menabur jasa di pelbagai peringkat dan BN ada 133 kerusi, salah satu daripadanya adalah sumbangan Azeez Rahim. Dia seorang pemimpin dan pelaksana. Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melantik beliau untuk memegang jawatan ini. Saya menanti-nantikan sangat tindakan seperti ini kerana BN memerlukan seseorang yang boleh memberikan input politik dalam sesebuah organisasi agar ia dapat melaksanakan peranan dan program selari dengan dasar yang diputuskan oleh kerajaan BN. Banyak lagi organisasi yang perlu dibersihkan. Salah satu punca kenapa organisasi tertentu gagal melaksanakan dasar-dasar kerajaan BN adalah kerana individu yang dilantik tidak memahami agenda dan dasar kerajaan BN, dan lebih teruk lagi, bila individu yang dilantik itu tidak percaya dan menentang dasar tersebut. Sudah tiba masanya, pemimpin seperi Azeez dilantik bagi memperkukuhkan lagi BN dan memastikan dasar BN dilaksanakan secara efektif di pelbagai peringkat. Teruskan transformasi ini Datuk Seri Najib! Kan bagus bila lantik orang yang berjasa dan bekerja macam ni... * Ralat - ada yang kata CEO, tapi ramai yang kata Chairman, whatever, yang penting bagi kepada yang buat kerja dan yang berjasa. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |