Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

$
0
0

KEPAL NASI KEPAL BERAS


BLOGGER PRO-KERAJAAN PATUT BANTU DATO IDRIS CARA YG BETUL!!

Posted: 27 Jun 2013 06:29 AM PDT


Jonker Walk sepatutnya tidak dijadikan isu berbau perkauman. Blogger pro-kerajaan pun patut membuat strategi lebih terkehadapan yang melampui sempadan perkauman berkaitan penutupan Jonker Walk ini.

Blogger2 kita patut tak boleh beri peluru pada musuh. Tak boleh seronok sangat "memadankan" muka cinabeng kerana tak mengundi BN. YAB Ketua Menteri buat buat keputusan bukan berseorangan. Melalui keputusan Mesyuarat Exco. Malah keputusan untuk menutup Jonker walk pun bukan disebabkan cina tak sokong BN. Sebab sebenarnya ialah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas. Tiada kena mengena dengan undi cina atau pun politik. Jauh sekali untuk membalas dendam.

Sepatutnya fakta ini yang harus dipertahankan dengan tegas oleh para blogger. Ini cara kita mwmbantu menjayakan pentabiran baru kerajaan Melaka pimpinan YAB Dato Deris. 

Tapi bila blogawan kita sendiri yang terlalu "excited" mewar-warkan dan terus mengaitkan isu penutupan Jonker Walk dengan politik perkauman, ia dengan sepantas kilat digunakan oleh pihak DAP dan tentera red bean DAP untuk menuduh YAB KM mahu menghukum pengundi cina.

Bila keadaan jadi begini, bukan blogger macam kita yang akan tersepit. Sebaliknya YAB Ketua Menteri yang jadi susah. 

Cuba baca setiap perkataan yang digunakan orang DAP. Seboleh-bolehnya mereka akan elakkan menyebut perjuangan kaum cina. Mereka sabitkan semua isu yang timbul dengan kepentingan rakyat, walaupun jelas rakyat yang diperjuangkannya hanyalah rakyat "kaum cina". Mereka bijak melindungi perjuangan rasis mereka di sebalik perjuangan di atas nama kepentingan rakyat.

Kita yang tidak bijak kerana lebih cenderung mahu memuaskan hati melayu dengan menyerlahkan tindakan kurang bijak dengan memanaskan isu Jonker Walk melalui pendekatan dendam politik terhadap kaum cina yang menipu pemimpin kita. 

Smart la sikit brader...

Sekarang bila Dato Idris Harun menerima tekanan disebabkan sudah dituduh membuat keputusan berasaskan dendam politik, siapa yang rugi?

Pada halnya faktor sebenar penutupan Jonker walk adalah atas sebab kepentingan awam dan pengguna jalanraya yang sering terjerat dengan kesesakan disebabkan kewujudan Jonker Walk yang hanya memberi keuntungan kepada 200 peniaga yang terdiri dari 1 kaum yang telah memonopoli keseluruhan kepentingan perniagaan di Jonker Walk!

Bila YAB Dato Deris tarik balik keputusan, blogawan kita jugak yang akan menghentam beliau balik.

Smart la sikit brader.. Jangan buat perancangan menjulang dan mempertahankan pemimpin kita dengan cara yang boleh menyebabkan pemimpin kita akhirnya tersepit. Bila pemimpin kita sudah tersepit, kita pulak sama kepit. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>