Panglima Perang Cyber |
Menteri KDN @Zahid_Hamidi Dedah Hanya 2/231 Kes Tahanan Mati Antara 2000-2013 Disebabkan Polis Posted: 26 Jun 2013 04:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menolak dakwaan kebanyakan kematian tahanan dalam lokap berpunca daripada keganasan polis. Sebaliknya Ahmad Zahid (BN-Bagan Datoh) menegaskan ia disebabkan oleh penyakit yang dihidapi oleh tahanan itu sendiri. Beliau berkata mengikut rekod kematian dari tahun 2000 hingga Mei 2013 sebanyak 231 dicatatkan dan hanya dua kematian yang dicatatkan adalah berpunca daripada pihak polis. "Bukan semua kematian dalam tahanan disebabkan keganasan polis, hanya dua kes sahaja. "Daripada 231 kes, 196 tahanan mati akibat daripada penyakit asma, HIV dan serangan jantung," kata Ahmad Zahid menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Johari Abdul (PKR- Sungai Petani) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa. Johari meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengesan dan mendakwa anggota polis yang bertindak ganas terhadap kes-kes kematian dalam tahanan polis. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan. "Saya hendak jelaskan di sini mengenai kematian seorang tahanan warga Jepun baru-baru ini. Dia mati kerana menggantung diri dengan baju dan sendiri. Dia bukannya mati kerana dipukul oleh mana-mana anggota polis. "Saya minta pembangkang jangan kambing hitamkan, anggota atau pegawai kanan polis yang sebabkan kematian tahanan. Jika benar ada yang terlibat saya tidak akan berkompromi dan akan pastikan mereka yang terlibat diambil tindakan sewajarnya," katanya. Sent from my iPhone |
ADUN BN Kuala Besut Meninggal Dunia | AIDC Posted: 26 Jun 2013 01:30 AM PDT AIDCNews – 26/06/13 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru kira-kira pukul 10 pagi, Rabu. Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu. Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah. Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat, kerajaan Negeri Terengganu. Pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Kematian ADUN Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU 13. Sent from my iPhone |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |