BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Wow! Abby Abadi kembali hot dan seksi...?
- Gambar 'awek' berpakaian tidak senonoh di restoran makanan segera
- Angkat Sumpah: MP Pembangkang permainkan pendirian penyokong
- Fatwa sesat: Husam bebas dengan jaminan polis
- 'Kongkek Indon' dalam pusat judi cuma RM50
- Skandal Neelofa dengan Shah Jaszle pula kantoi!
- Beruk menyamar aktivis berbaring depan Parlimen, 26 sah ditahan
- 222 MP selesai angkat sumpah
- Isteri dedah peha gebu, Beego digelar 'suami dayus'?
- Pemimpin PR yang alami 'sindrom penat' diselar Anwar
- Pemilihan YDP Dewan Rakyat tegang
- Usul menentang PM hanya spekulasi - Shahidan
Wow! Abby Abadi kembali hot dan seksi...? Posted: 24 Jun 2013 09:31 AM PDT Entah dari mana Abby Abadi mula berguru untuk mempertahankan agama Islam hingga meredhakan seorang penggunan laman sosial yang bernama Sally Yen yang mengutuk agama Islam secara terang-terangan. Sebelum ini, seorang wanita berbangsa Cina telah mengeluarkan satu kenyatan di FB berkenaan definisi Islam serta penilaian beliau terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Penulisannya begitu menghiris perasaan umat Islam kerana keceluparan tulisan yang melampau. Tidak disangka-sangka pula Abby Abadi tiba-tiba melalui twitternya menulis seolah-olah menidakkan perbuatan wanita ini yang menghinan Rasullullah dan Islam. Abby beranggapan wanita ini mempertahankan kepercayaannya, so dia tidak boleh dipersalahakan. Mempertahankan kepercayaan dengan menghina sesuatu agama yang lain dibenarkan? Adakah Abby hanya mampu menanggukkan kepala jika agamanya dihina sedemikian? Abby nampak gayanya semakin desperate untuk buat comeback setelah selesai PRU13 ini. Kewujudannya semakin dilupakan. Lantas tindakan drastik seperti ini diharap dapat membuka mata pemimpin PAS bahawa Abby masih hidup dan seksi! |
Gambar 'awek' berpakaian tidak senonoh di restoran makanan segera Posted: 24 Jun 2013 08:11 AM PDT Hish! Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Yang perempuan dengan gayanya tersendiri, yang si lelaki dengan fesyennya yang terkini. Yang lelaki tapi nak jadi perempuan pun ada, kalau proses transformasinya berlaku secara menyeluruh, nampak la keadaan wanitanya, tapi kalau berlaku separuh separuh, huduh pula rupanya! Heh! Saja kami mahu berkongsi dengan anda sekeping gambar yang dipercayai diambil dalam sebuah restoran makanan segera yang negaranya kami kurang pasti. Nampak susuk tubuhnya seperti seorang lelaki sasa, tapi bajunya bukan main ropol-ropol lagi, backless skirt pendek lagi! Jenis apa ni? |
Angkat Sumpah: MP Pembangkang permainkan pendirian penyokong Posted: 24 Jun 2013 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'Blackout 505' yang berlangsung dua hari lalu mengundang rasa kurang senang pemimipin Barisan Nasional yang menyifatkannya sebagai satu perkara yang tidak bermoral. Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata pembangkang cuba menipu rakyat kononnya mereka membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak telus dan adil, tetapi pada masa yang sama mereka hadir mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, hari ini. "Kalau bekas hakim pun mereka boleh yakinkan boleh jadi speaker, apa pula dengan rakyat. Jadi mereka memang betul-betul double standard, yang menipu rakyat ini sebenarnya adalah Pakatan Rakyat bukan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). "Rakyat berhimpun di luar sanggup berjalan buat demonstrasi, tapi mereka di sini angkat sumpah juga. Di sini nampak cara mereka mengelirukan rakyat dan cara 'double standard' mereka," katanya ketika di temui selepas majlis angkat sumpah ahli parlimen hari ini. Di luar bangunan Parlimen, hampir 200 penyokong pembangkang yang terpengaruh dengan hasutan pemimpin mereka hari ini membuat demonstrasi membantah supaya pilihan raya diadakan semula. Rata-rata mereka terdiri daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Mereka berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas sesak di Jalan Parlimen. Sambil bersorak "SPR Syaitan", "SPR Penipu" dan "Reformasi" mereka turut membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan. Pada masa yang sama, mereka juga merayu wakil rakyat pembangkang supaya tidak mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Namun semua itu tidak diendahkan. Sementara itu, ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan kumpulan yang membantah wakil rakyat pembangkang daripada mengangkat sumpah pagi tadi sebagai berlakunya percanggahan pendirian. Menurutnya, sebelum ini wakil rakyat pembangkang telah umum enggan angkat sumpah. Namun, kemudiannya menafikan hasrat mereka itu untuk berbuat demikian. "Saya rasa mereka salah 'info' dengan orang mereka, dalam poster mereka minta jangan angkat sumpah tapi semua sini telah angkat sumpah. "Mereka mempermainkan sentimen orang mereka. Orang-orang mereka tidak faham bahawa wakil rakyat mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan dan taat setia," katanya. Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar cuba berdolak dalik apabila diajukan soalan mengenai permintaan penyokong pembangkang yang tidak mahu mereka mengangkat sumpah, sekaligus mengiktiraf kemenangan BN pada PRU-13. "Soal demokrasi itu hak, hak yang dijamin dalam Perlembagaan dan kemudiannya diterjermahkan dalam Perhimpunan Aman kecuali kalau pembuat dasar di Parlimen menyatakan hak berhimpun itu tidak boleh, maka sewajarnya kalau begitu jangan diwujudkan Perhimpunan Aman ini," katanya. Demonstrasi hari ini juga dicemari dengan provokasi dan pergaduhan sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan ketika berkawal. Pihak polis kemudiannya bertindak menahan sebahagian daripada aktivis itu. Antarapos |
Fatwa sesat: Husam bebas dengan jaminan polis Posted: 24 Jun 2013 05:49 AM PDT KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan sejak awal pagi semalam dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini. Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan disambut penyokong PAS yang menunggu sejak awal lagi. Ahad lalu, beliau direman dua hari mulai mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' baru-baru ini. Perintah tahanan reman sehingga hari ini dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di mana Husam ditahan. Polis membuat permohonan untuk menahan reman Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Salor melalui Pegawai Penyiasat ASP Noland A/L Janah. Husam, 54, ditahan pada 4 petang Sabtu lalu di Kampung Pandan, Ampang, Selangor ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok Kuala Lumpur oleh polis Bukit Aman. Beliau kemudiannya dibawa ke Kota Bharu. Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily minggu lalu berkata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan Black 505 itu dianggap sebagai 'mati syahid'. |
'Kongkek Indon' dalam pusat judi cuma RM50 Posted: 24 Jun 2013 02:01 AM PDT "Kedai perjudian itu beroperasi 24 jam sehari. Dua wanita Indonesia bekerja melayan pelanggan berjudi, majoriti warga asing. Kalau hendak kongkek RM50 sahaja di dalam bilik mereka di premis sama," ujar rakan peniaga. "Macam mana awak tahu?" soal saya. "Wanita Indonesia itu pelanggan kedai saya dan pelanggan pelacur itu juga selalu berjumpa saya," katanya lagi. Jarang benar kita mendengar pakej 2 dalam 1 seperti itu, kegiatan perjudian dan pelacuran digabungkan. Premis itu terletak di SELANGOR Pendedahan oleh Mazidul Akmal |
Skandal Neelofa dengan Shah Jaszle pula kantoi! Posted: 24 Jun 2013 01:15 AM PDT KUALA LUMPUR – Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu. Murai Batu pun tak pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta. Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah. Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya. Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa. Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya. Ouch! Akhirnya, perkara itu pun turut diketahui oleh Farah. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung? – Murai |
Beruk menyamar aktivis berbaring depan Parlimen, 26 sah ditahan Posted: 24 Jun 2013 12:41 AM PDT Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen. Kumpulan berkenaan, disertai kira-kira 150 orang lagi yang mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini. Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli, cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen. Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota. Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu. Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli. Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit. Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat. Beliau turut meminta agar peserta berkenaan agar bersurai selepas menerima memorandum terbabit. Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut. Sementara itu, seorang aktivis NGO Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim pula berkata beliau difahamkan bahawa individu yang ditahan akan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan seterusnya ke lokap berpusat Jinjang. Katanya, sebahagian dari anggota kumpulan berkenaan, yang bersurai pada kira-kira jam 12.20 petang, akan berhimpun semula di Padang Merbok untuk satu taklimat pada petang ini. Malaysiakini |
Posted: 23 Jun 2013 11:31 PM PDT KUALA LUMPUR -Walaupun bermula dengan sedikit kontroversi, akhirnya 222 anggota Dewan Rakyat selamat mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pagi ini. Majlis angkat sumpah dimulakan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seterusnya 131 ahli Parlimen BN yang lain. Sementara, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengetuai pasukan pembangkang mengangkat sumpah. Ia kemudiannya diikuti ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan 86 ahli Parlimen PR yang lain. Kesemua ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang baru dilantik semula selepas pengundian pagi tadi. Pada PRU13 lalu, BN kekal menerajui Kerajaan Persekutuan selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. |
Isteri dedah peha gebu, Beego digelar 'suami dayus'? Posted: 23 Jun 2013 10:02 PM PDT Setelah melangsungkan pernikahan 7 Jun lalu, pasangan selebriti terkenal, Linda Hashim dan Beego memilih Bali sebagai destinasi pilihan bulan madu mereka. Pasangan ini telah terbang ke Bali, Indonesia pada 19 Jun lalu dan sepanjang berada di sana, foto-foto bulan madu mereka telah dirakamkan oleh jurufoto rasmi, Ryaniez Moments Photography. Amboi, siap bawa jurugambar... Buat peminat-peminat di Malaysia, Linda juga tidak lupa berkongsikan beberapa fotonya bersama si suami melalui laman Instagram miliknya. Namun menerusi sekeping foto yang dimuat naik, pelakon wanita ini telah menerima pelbagai kritikan daripada peminat sehingga ada yang mempertikaikan tanggungjawab Beego sebagai seorang suami dalam menangani pakaian isteri tersayang. Menurut segelintir peminat, pakaian yang digayakan oleh Linda terlalu seksi dan sebagai orang melayu pelakon tersebut tidak sepatutnya menggayakan pakaian sebegitu. Tapi masih ada peminat yang menyokong tindakan Linda dan turut mempertikaikan respon peminat yang mengkritik cara pemakaian pelakon kesayangan mereka itu. Teguran peminat kepada Linda tu mungkin juga kerana mereka sayangkan Linda. Betul, memang susah nak puaskan hati semua orang? Tapi dalam hal ini rasanya, Beego sebagai suami juga ada baik juga kalau dinasihatkan si isteri agar tidak nanti terus menjadi bahan keji orang ramai. Dan terpulang juga kepada individu untuk membuat penilaian kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Malaysian Digest |
Pemimpin PR yang alami 'sindrom penat' diselar Anwar Posted: 23 Jun 2013 08:31 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat. pakatan convention de palma 230613"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang. "Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis. "Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa. "Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya. |
Pemilihan YDP Dewan Rakyat tegang Posted: 23 Jun 2013 07:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Sesi penggal pertama Dewan Rakyat pagi ini dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan sebelum majlis sesi angkat sumpah melibatkan 222 Anggota Parlimen dimulakan. Ketika ini Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah menerima dua cadangan masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perdana Menteri mencadangkan bekas Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Mulia menjadi Speaker Dewan Rakyat semula. Sementara Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai YDP. Memandangkan terdapat lebihan cadangan, Setiausaha Dewan Rakyat memberitahu pengundian secara rahsia perlu diadakan bagi menentukan YDP. Berlaku sedikit kekecohan, apabila pembangkang dilihat tidak berpuas hati dan cuba mengganggu sesi pengundian secara rahsia yang kini sedang berlangsung. Menurut Peraturan Mesyuarat 4(4), undi bersurat ialah setiap ahli Parlimen yang hadir diberi sekeping kertas undi dan ahli boleh menuliskan pada kertas itu nama ahli atau seorang lagi yang hendak diundinya. |
Usul menentang PM hanya spekulasi - Shahidan Posted: 23 Jun 2013 07:27 PM PDT SHAH ALAM: Datuk Seri Shahidan Kassim tidak percaya mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tindakan dipercayai sesetengah pihak akan dilakukan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati. Beliau yang ahli parlimen Arau menyatakan Kabinet Najib sudah menggambarkan keputusan Pilihan Raya 2013 dan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak telah diberikan tempat. "Mustahil kalau BN nak bawa usul undi tak percaya kepada PM sebab siapa nak bawak usul ni? Takkan BN nak bawa?" kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider. "Kalau pembangkang yang bawa, takkan ahli-ahli Parlimen BN nak sokong?" tambah beliau lagi. Bekas menteri besar Perlis itu berkata, tidak mengejutkan jika ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana putera raja Kelantan itu merupakan veteran dalam politik Malaysia. Bagaimanapun, menurut Shahidan, beliau tidak menyedari tentang pertemuan sekumpulan besar ahli-ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur dengan bekas menteri kewangan itu. "Tak mustahil kalau ada satu dua ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jumpa Ku Li sebab dia orang lama," katanya. Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Tengku Razaleigh telah bertemu dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menyertai Kabinet atau diberikan jawatan kerajaan lain oleh Najib. Selepas pilihan raya umum ke 13, Najib berhadapan dengan pelbagai tekanan dari dalam dan luar parti. Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 sementara asakan dalaman Umno dan BN timbul kerana ini adalah keputusan terburuk gabungan itu dalam sejarah pilihan raya Malaysia dan tidak semua mendapat "habuan" dari kemenangan itu. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen dari dua negeri tersebut, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |