Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Nabila Huda muat naik aksi 'nakal merokok' di Instagram

Posted: 23 Jun 2013 03:32 PM PDT

Para pengguna Instagram sudah pasti sedia maklum berkenaan features terbaru laman sosial tersebut iaitu boleh memuatnaik video selama 15 saat.

Kesempatan itu telah digunapakai oleh ramai pemilik tegar akaun Instagram masing-masing.

Tidak terlepas, Ratu Instagram paling sensasi, Nabila Huda yang sebelum ini panas dengan beberapa keping gambar seksi beliau, turut memuat naik videonya sendiri.

Wow! Memang menarik. Video berdurasi 15 saat Nabila memaparkan beberapa klip berlainan yang dibikinnya sendiri.

Antaranya aksi beliau berpusing, mengungkap ungkapan 'I miss you' dan yang paling menarik adalah asap yang keluar dari mulutnya serta sebatang rokok yang sedang hidup berada di hadapan mulutnya.

Kami tidak pasti apa jenis rokon tersebut, tetapi nampak gayannya seperti dibalut sendiri.

Peminat-peminat beliau begitu teruja dengan video tersebut dan beranggapan beliau adalah artis paling gila-gila yang paling hot!

Jom tengok videonya di bawah

(Video) Remaja perempuan Islam ghairah mandi buih

Posted: 23 Jun 2013 07:01 AM PDT

Kuala Lumpur – Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, ketika serbuan, mereka asyik berpesta dan menari sambil mandi buih dengan berpakaian menjolok mata.

Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.

"Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan

"Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam," katanya.
Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.

"Kebanyakan mereka ditahan mengikut Seksyen 35 kerana menggalakkan maksiat dan ada pengunjung disiasat mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan kurang sopan.

"Mereka yang disabitkan kesalahan berkelakuan kurang sopan boleh didenda RM1,000 manakala Seksyen 35 boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan," katanya.

Beliau berkata, mandi-manda tidak menjadi masalah, namun pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan berpakaian menjolok mata salah di sisi agama.

Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik.

Menurut sumber, pesta itu dianjurkan secara tertutup kepada kenalan dan pengunjung tetap yang mempunyai tiket khas.

"Pesta ini dianjurkan setahun dua kali iaitu pada Jun dan Disember," katanya. - HARIAN METRO

Fatwa sesat Husam dipertahan DS Anwar

Posted: 23 Jun 2013 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar penahanan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam dibawah Akta Hasutan.

Malah, Anwar berpendapat penahanan Husam itu berpunca dari sikap pilih bulu dan keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan yang berpihak kepada BN seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.

"Semalam YB Husam telah ditangkap untuk didakwa untuk hasutan.

"Bedanya ialah ucapan perkauman dan hasutan yang dilemparkan sepanjang berbulan-bulan atau bertahun oleh pimpinan Umno dan PERKASA sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, budaya keangkuhan itu, malah pertuduhan pilih bulu itu diteruskan," katanya ketika berucap pada majlis Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.

Jelas Anwar, penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu juga turut memperkukuhkan lagi hujah bahawa penyokong Umno kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

"Ia hanya memperkukuh hujah bahawa penyokong Umno itu mampu buat apa sahaja dan terlepas dari pendakwaan," dakwa ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Husam semalam ditahan polis berhubung kenyataannya bahawa peserta perhimpunan 'Black 505' yang meninggal dunia semasa menghadiri bantahan hari ini dianggap sebagai mati syahid.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

(Gambar) Pierre Andre akhiri zaman bujangnya

Posted: 23 Jun 2013 03:45 AM PDT

Pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre atau nama sebenar Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28, sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah atau lebih mesra dipanggil Yaya, 26, dengan sekali lafaz di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang, siang tadi.

Perkenalan yang disulam selama dua tahun bermula hanya sebagai rakan biasa di laman sosial telah menyatukan dua hati dan kini mereka sah bergelar suami isteri.

Dinikahkan oleh ybhg. Ustaz Zuhdi tepat jam 2.00 petang tadi telah disaksikan sendiri oleh ayah pihak perempuan, En Hashim.

Majlis yang dijalankan serba sederhana ini turut dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai, beberapa rakan artis dan juga rakan-rakan media yang turut sama memeriahkan majlis.

Pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.

Mas kahwin yang diterima berjumla RM 300 manakala wang hantaran yang diterima pihak perempuan adalah sebanyak RM 20,000.

Tahniah kepada kedua-dua mempelai dan semoga dengan ikatan ini, Pierre dan juga isteri akan kekal bahagia hingga ke anak cucu





Wanita dipecat setelah bersekedudukan dengan pelakon

Posted: 23 Jun 2013 01:09 AM PDT

Cinta itu buta.

Cinta itu juga boleh buat seseorang hilang kerja.

Memang sedih apa yang terjadi terhadap Farah, gadis yang ditangkap khalwat bersama Shah Jaszle.

Dia telah diarahkan meletak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas Shah Jaszle datang menyerang di tempat kerjanya baru-baru ini.

Farah merupakan seorang pekerja di sebuah bank di Bangsar.

Gara-gara serangan daripada Shah Jaszle itu, pihak pengurusan mengarahkan Farah untuk meletakkan jawatan dalam tempoh masa 24 jam.

Kata Farah:-Jika dia memberitahu media saya adalah kru produksi, bagaimana beliau tahu tempat saya bekerja! Shahz ditemani tunangnya, Puteri "menyerang" saya di bank tempat saya bertugas Rabu lalu tanpa pengetahuan saya dan kebenaran dari pihak majikan. Dia buat kecoh dan menjerit-jerit memarahi saya. Bukan setakat itusaja, Shahz turut bekerjasama dengan kru program hiburan, Galaksi merakamkan kekecohan yang berlaku di premis bank itu. Pihak pengurusan kesal dengan kejadian tempoh hari dan mengarahkan saya untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam kerana isu saya dikhuatiri memberi imej negatif kepada syarikat

Fuh ~~ Sedih jugak Abang Nara membaca apa yang terjadi kepada Farah. Tak pasal-pasal hilang kerja kerana seorang lelaki.

Tambah Farah lagi:-Sekarang saya tak ada kerja tetap, puaslah hati Shahz kan? Gara-gara serangan tempoh hari, saya telah hilang punca pendapatan. Terima kasih Shahz! Dia pula putus tunang, semua itu karma. Bagaimanapun saya mengakui kesilapan kerana menjalin hubungan dengannya dan meminta maaf pada keluarga Puteri, keluarga Shahz dan keluarga saya sendiri. Sebaliknya Shahz selepas kejadian khalwat itu, dia langsung tak minta maaf, jauh sekali bertanggungjawab.

Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat Farah dan wanita-wanita di luar sana.

Kalau nak bercinta, janganlah mencari tunang orang atau suami orang.

Selalunya percintaan sebegitu akan berakhir dengan tragedi. Carilah yang single mingle. Anda happy dan tidak menyedihkan orang lain. Tak gitu? – Beautifulnara.com

Jerebu: Darurat diisytihar di Muar dan Ledang

Posted: 22 Jun 2013 11:19 PM PDT

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang berkuat kuasa serta merta selepas bacaan IPU melebihi 750," kata Palanivel.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746.

Bagaimanapun setakat 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.

Berdasarkan indeks kualiti udara, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Pada 2005, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor diletakkan di bawah status darurat jerebu apabila bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu melebihi 500, tahap yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan. - Bernama

Aksi jijik guru sekolah

Posted: 22 Jun 2013 10:30 PM PDT

Gambar hiasan
Guru terkenal dengan sifat mulia dan dipenuhi dengan nilai-nilai murni sebagai pendidik. Namun, sebaliknya pula berlaku di sebuah hotel di Birmingham, apabila seorang murid berusia 15 tahun diajak melakukan seks dengan gurunya sendiri berusia 63 tahun.

Tidak cukup dengan itu, guru terbabit dikenali sebagai William Hanna turut mengajak teman wanitanya, Diane Whitehouse, 58, untuk bersama dengan mereka dan menikmati 'permainan' terbabit. Tambah menjijikkan, Diane diminta oleh Hanna untuk merakamkan aksi seks guru terbabit dengan gadis berusia 15 tahun sebelum memuat naik rakaman terbabit di Internet.

Kedua-dua suspek yang didakwa merogol dan melakukan seks dengan gadis bawah umur kini dikenakan hukuman penjara enam tahun. Kejadian yang berlaku pada 2010 itu disedari oleh ibu mangsa apabila beberapa gambar dan video pendek yang didakwa anaknya tersebar di Internet.

Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali, pada mulanya dia melihat beberapa rakaman pendek seks video yang dikatakan membabitkan anaknya. Tidak lama selepas itu, dia yang memantau Facebook milik anaknya terkejut apabila mangsa dihubungi oleh seorang lelaki berusia 47 tahun.

"Mesej terbabit berbaur lucah. Malah, beberapa keping gambar mereka melakukan seks juga dikirim oleh lelaki itu yang dikenali sebagai Ian McGlasson.

"Sejak itu, saya mula mengetahui mengenai perkara terkutuk yang dilakukan mereka. Selama berbulan-bulan saya dihantui dengan pelbagai gambar dan video terbabit.

"Ketiga-tiga suspek dikatakan berada di dalam bilik hotel yang sama dan mengadakan hubungan seks dengan anak saya. Sepatutnya, mereka yang berusia hampir sama dengan saya dan layak digelar ibu dan bapa menjaga anak saya. Namun sebaliknya pula berlaku. Tambahan pula, suspek utama, Hanna adalah seorang pendidik. Ini tidak seharusnya berlaku. Ini adalah perbuatan yang cukup keji," katanya.
Dari kiri: William Hanna, Diane
Whitehouse dan Ian McGlasson

Peguam bela kepada mangsa, Nicholas Cartwright berkata, kejadian terbabit berlaku di Etap Hotel, Birmingham. Menurutnya, hakim sudah menjatuhkan hukuman penjara kepada ketiga-tiga suspek.

"Identiti mangsa tidak didedahkan kerana faktor keselamatan. Bagaimanapun, ini bukan satu perkara yang harus didiamkan. Suspek utama, Hanna dikatakan membawa mangsa ke sebuah hotel sebelum menjemput teman wanita dan seorang rakannya.

"Mereka kemudiannya melakukan seks dengan gadis terbabit. Walaupun pada mulanya dikatakan mangsa rela diperlakukan sebegitu, namun mangsa adalah gadis bawah umur dan dia tidak tahu apa-apa. Mungkin juga kerana didorong perasaan takut, dia merelakannya.

"Suspek utama iaitu seorang guru dikatakan akan pencen tidak lama lagi. Walaupun mangsa bukan salah seorang pelajar di sekolahnya, iaitu di Sekolah Tinggi Komuniti Frankley, Birmingham, suspek tetap bersalah dan memberikan contoh yang cukup keji kepada kanak-kanak itu," katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Birmingham, Patrick Thomas berkata, guru terbabit dan rakannya tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas kenaifan mangsa. Suspek secara langsung sudah merosakkan gadis terbabit dan memberikan pengalaman buruk kepada mangsa ketika mangsa masih lagi kecil.

"Kamu (suspek) melayan gadis ini sebagai salah seorang hamba seks dan ia tidak sepatutnya berlaku. Dia bukanlah seorang gadis bermasalah atau memerlukan perlindungan daripada kamu tetapi kamu menggunakannya sebagai individu yang boleh kamu perlakukan sesuka hati.

"Secara sengaja, kamu membawa gadis ini ke dalam kancah seks sekali gus boleh merosakkan masa depannya. Bayangkan kalau mangsa menjadi ketagih terhadap seks, apakah yang akan terjadi kepadanya nanti?

"Menyentuh mengenai rakaman video itu pula, saya pasti ramai yang sudah menontonnya. Malah, mangsa juga tahu ada beberapa orang yang dikenalinya juga sudah menonton video terbabit. Apakah perasaan gadis ini sekarang? Moral dan maruahnya sudah tercalar gara-gara perbuatan kamu," katanya.

Sementara itu, jurucakap Sekolah Tinggi Komuniti Frankley, Birmingham berkata, suspek ditahan polis pada November 2011 dan dia digantung daripada mengajar di sekolah terbabit serta-merta.

"Dia memalukan sekolah ini. Sebagai seorang guru veteran, dia seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan bukannya merosakkan moral gadis sebagai dengan anak muridnya," katanya.

INFO:

Suspek: William Hanna, 63, Diane Whitehouse, 58, dan Ian McGlasson, 47
Lokasi kejadian: Birmingham, England
Mangsa: Seorang gadis (pelajar) berusia 15 tahun

Fakta Jenayah: William Hanna mengajak seorang gadis berusia 15 tahun melakukan seks dengannya di sebuah hotel. Kemudian, dia turut mengajak teman wanitanya, Diane Whitehouse, 58, dan rakannya, Ian McGlasson, 47, untuk menyertainya. Diane merakamkan aksi seks terbabit sebelum memuat naik rakaman terbabit di Internet.

Fakta Kes: Suspek dihadapkan ke Mahkamah Birmingham selepas ibu mangsa terlihat video aksi seks membabitkan anaknya di Internet. Dia juga terkejut apabila seorang lelaki berusia 47 tahun menghantar mesej di Facebook milik anaknya dengan perkataan berbaur lucah dan mengaku sebagai teman lelakinya. Ibu mangsa akhirnya mendapatkan penjelasan daripada anaknya dan kemudian membuat laporan polis.

(Gambar) Wajah pelajar M'sia yang maut dalam kemalangan di Jordan

Posted: 22 Jun 2013 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia maut manakala empat lagi cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan pada Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, kemalangan yang berlaku antara pukul 5 dan 6 petang (waktu Jordan) itu meragut nyawa Sumaiyah Romli, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelajar yang cedera ialah Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Mohamad Shukri Alias, Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan dan Humairak Ibrahim.

Muhammad Nazirul dan Humairak merupakan pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam di Universiti Yarmouk manakala Muhamad Shukri juga pelajar tahun tiga di universiti yang sama.

Nur Ili Dayana pula pelajar tahun empat di UCL tajaan Bank Negara Malaysia.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra.

Kenyataan itu menyebut Pejabat Pendidikan Malaysia di Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah serta mangsa yang cedera.

Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.

Dua beradik hamba seks bapa dan bapa saudara iblis

Posted: 22 Jun 2013 08:01 PM PDT

TASEK GELUGOR 22 Jun - Tindakan seorang gadis berusia 16 tahun melarikan diri selama tiga hari dari rumah sejak Ahad lalu, membongkar rahsia remaja itu dan dua adiknya yang sebenarnya tertekan kerana menjadi hamba seks kepada bapa dan bapa saudaranya sejak sembilan tahun lalu.

Rahsia itu terbongkar hanya selepas remaja tersebut ditemui semula oleh ibu saudaranya lalu menceritakan peristiwa hitam dia dan dua adiknya berusia 11 dan 14 tahun dirogol kedua-dua suspek.

Ibu dan ibu saudara mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara sejurus selepas itu.

Difahamkan, bapa mangsa berusia 42 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dan bapa saudara mereka berusia 37 tahun memaksa tiga beradik itu menerima wang setiap kali selepas dirogol selain diugut akan dipukul jika kejadian tersebut dihebahkan.

Perbuatan keji itu dipercayai telah berlaku sejak ketiga-tiga mangsa berusia tujuh tahun lagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Mohd. Shukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan penahanan kedua-dua suspek pada hari sama laporan dibuat.

"Siasatan mendapati remaja terbabit mendakwa dirogol bapanya sejak 2004 di rumah mereka di Kampung Permatang Berangan di sini setiap kali ibunya keluar bekerja sebagai pembantu kantin sebuah sekolah di sini.

"Dia dan dua adik perempuannya juga dirogol di rumah bapa saudara mereka di Ladang Malakoff yang terletak tidak jauh dari rumah mereka tanpa mengira masa sejak masing-masing berumur tujuh tahun," katanya.

Mohd. Shukri berkata, ketiga-tiga beradik berkenaan tidak berani menceritakan apa yang berlaku kerana takut dicederakan biarpun ibu mereka yang berusia 40 tahun melihat perbezaan sikap tiga anaknya itu yang seolah-olah berada dalam keadaan trauma sepanjang masa.

Menurutnya, bapa mangsa tidak bekerja dan memegang kad OKU manakala bapa saudara mereka yang bekerja sebagai buruh tinggal seorang diri di ladang berkenaan dan belum berkahwin.

Kedua-dua suspek ujar beliau, kini direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

"Ketiga-tiga mangsa pula ditempatkan di hospital daerah di sini untuk pemeriksaan dan laporan awal perubatan mengesahkan kemaluan kesemua mangsa mempunyai kesan koyakan lama dan baharu," katanya.

Black505: Anwar pertahan pengibaran bendera Sang Saka Malaya

Posted: 22 Jun 2013 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Jun - Perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini sekali lagi menyaksikan kebiadaban beberapa penyokong pembangkang mengarak bendera merah putih yang dikaitkan dengan usaha menukar Jalur Gemilang.

Sebelum ini pengibaran bendera itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pemuda mengibarkannya ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos tahun lalu. Malahan bendera yang sama juga turut dijumpai dipasang di beberapa jalan di Shah Alam, Selangor selepas itu.

Kemunculan bendera itu telah mewujudkan tanggapan bahawa penyokong pembangkang berhasrat menukar sistem negara ini kepada sistem republik.

Pada 3 September tahun lalu, portal pembangkang The Malaysia Insider menyiarkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan tindakan beberapa pemuda mengibarkan bendera tersebut dan menganggap ia bendera Sang Saka Malaya yang merupakan sebahagian daripada sejarah.

Dalam aksi hari ini, beberapa pemuda dilihat dengan megah mengarak bendera tersebut untuk menyertai perhimpunan di Padang Merbok bagaimanapun usaha itu dihalang oleh Unit Amal Pas di persimpangan Jalan Raja bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Namun begitu tindakan kumpulan penyokong pembangkang tersebut tetap menimbulkan persoalan berhubung motif di sebalik perbuatan berkenaan.

Selain itu, perhimpunan tersebut juga dicemari beberapa tindakan yang dianggap cuba melakukan provokasi apabila mereka memegang sepanduk menghina pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), media arus perdana dan pengambilan tanda tangan dengan sasaran 100,000 orang yang berani mati untuk memperjuangkan demokrasi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>