Apa Yang Tersirat |
NGO Penyokong Anwar: Tidak Iktraf Kemerdekaan negara Posted: 23 Jun 2013 04:59 AM PDT Ini adalah NGO yang menampil diri sebagai Angkatan Pembebasan Rakyat Malaysia 100%. Di kuasai oleh 10 orang ahli resmi dan 30 orang penyokong tegar. Bercita-cita menuntut kemederkaan baru yang pastinya kemerdekaan itu hanyalah mesti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Itulah erti Kemerdekaan 100%. Sebab itu mereka antara penganjur Blackout 505. Katanya hendak bela nasib orang miskin yang ditindas. Entahlah bukti penindasan yang bagaimana mereka mampu huraikan. Yang pasti zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri juga secara tidak langsung dinafikan mereka yang negara ini merdeka dibawah jalur gemilang. Sebab itulah kanak-kanak ini cuba tampil dengan bendera Sang Saka Malaya. Dan secara tidak langsungnya kewujudan jalur gemilang telah dinafikan. Malah kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 juga secara tidak langsung tidak di iktiraf oleh mereka. Kerana itulah bertapa beria-ianya mereka mempromosi Sang Saka Malaya. Kenapa mereka wajar digelarkan kanak-kanak dan lebih bagus dinamakan kanak-kanak terencat. Sebabnya zaman negara dalam proses menuntut kemerdekaan oleh pejuang-pejuang bangsa yang sanggup menggadaikan nyawa sebagai ganti. Mereka dalam NGO Bangang ini belum lagi dilahirkan tetapi sekarang mereka ini pula yang lebih-lebih tampil sebagai perjuang kemerdekaan? Seolah-olah merekalah yang bertumpahkan darah, yang korban harta-benda malah merekalah individu yang paling layak diucapkan terima kasih kerana memerdekakan negara ini. Itulah kadang-kadang inilah masyarakat jenis bodohnya tidak dapat ditegur sebab bodoh mereka ini jenis bodoh sombong. |
Sindrom Kepenatan-Manjangkiti Pakatan Rakyat: Anwar Posted: 23 Jun 2013 12:40 AM PDT Anwar Ibrahim memberi mengakui 'sindrom kepenatan' menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat. "Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang. "Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis. "Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa. "Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |