Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


EKSKLUSIF..!!! HARAKAH VS MALAYSIAKINI: MANA SATU PENIPU BESAR #BLACK505..?

Posted: 23 Jun 2013 05:37 AM PDT

Ni la "sifu" penipu tu kotttt...?
Aku nak tanya kat korang semua... antara Harakah dan Malaysiakini, mana satu yang korang percaya? 

Bukan apa... aku dapat dua laporan bercanggah dari kedua-dua media pro-pembangkang ni...

Cuba tengok laporan kat bawah ni... nampak sangat bercanggah fakta... besar sangat bezanya.. Yang mana satu betul dan mana satu PENIPU?



Yang ni dari Malaysiakini... 40 khemah jer...

Yang ni pulak dari Harakah...lidah rasmi PAS PIS PUSSS...100 khemah...
Beza sangat, kan? Kalau tanya aku, dua-dua aku tak caya... Heh! Propa semua ni... Khemah kononnnn... lepas ni DBKL angkut la semua tu naik truck...heh!

MESTI BACA..!!! BLACK505: LAMBANG MINDA TAKDE KELASSSSS..!!!

Posted: 23 Jun 2013 12:37 AM PDT




Marah benar puak-puak Pakatan Haram yang berhimpun di Padang Merbok apabila laporan media menyifatkan himpunan itu sebagai gagal sepenuhnya. Seperti biasa, kemarahan mereka itu sudah tentu "diserikan" dengan carutan dan maki hamun.

Mereka cuba menegakkan benang yang basah apabila menyatakan bahawa himpunan semalam sangat berjaya dan membuahkan hasil. Namun apabila ditanya tentang hasil yang mereka dapat, mereka kelu seribu bahasa…

Kata mereka, lebih dari 50,000 orang peserta dari seluruh negara menghadiri himpunan Black505 semalam. Walaupun hakikat sebenar jumlah kehadiran mereka itu tidak mencecah 10,000 orang pun, mereka tetap dengan angka mereka.

Biasalah. Mana mungkin mereka akui kegagalan sendiri. Mereka takkan berani menelan "pahit" hakikat kebenaran…

Mereka mengarahkan kemarahan mereka kepada pihak berkuasa yang menganggap himpunan itu sebagai himpunan haram. Kata mereka, himpunan itu adalah himpunan aman yang sah dari sudut undang-undang dan akta Himpunan Aman yang baru digubal kerajaan.

Anda percaya dengan kenyataan itu? Himpunan semalam boleh disifatkan sebagai "Himpunan Aman" yang sejajar dengan akta tersebut? Benarkah begitu?

Akta Himpunan Aman yang disepakati dengan para pemimpin pembangkang sebelum ini menggariskan bahawa seseorang yang tidak cukup umur 21 tahun tidak layak untuk menjadi penganjur.

Khalid Ismath, Adam Adli dan kumpulan "mahasewel" yang sebok himpunkan orang itu semua cukup umur, kah?

Akta itu juga menetapkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 15 tahun tidak dibenarkan sama sekali menyertai himpunan yang dianjurkan dan sekiranya undang-undang ini dilanggar maka mereka boleh disabit kesalahan dengan hukuman denda sehingga RM20,000.

505 budak

Tapi semalam ramai juga yang bawa kanak-kanak ke himpunan tersebut. Mungkin mereka nak merasa naik turun mahkmah dan sudah banyak sangat duit nak bayar denda pada mahkamah?

Malah akta berkenaan juga menegaskan bahawa perlakuan ganas dan provokasi melampau dilarang sama sekali dan perkara inilah yang pertama dilanggar oleh puak-puak penganjur Black505 itu.

Husam Musa yang menyeru perjuangan "jihad" pada himpunan itu kini sedang dalam tahanan untuk siasatan atas tuduhan menghasut. Beberapa "mahasewel" peliharaan Pakatan Haram pula membuat provokasi awal sebelum himpunan melalui media sosial.

Kerana itulah himpunan itu awal-awal lagi tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Tapi mereka degil dan nak buat juga himpunan itu. Bila dari awal mereka sudah langgar undang-undang, maka sepanjang himpunan itulah mereka cabul kehormatan sistem perundangan negara.

Tapi seperti biasalah, mereka tidak pernah mahu mengaku salah mereka. Kalau undang-undang itu menyebelahi mereka maka itu disifatkan sebagai keadilan sebenar dan kalau undang-undang itu tidak menyebelahi mereka, maka ia dianggap sebagai satu "kezaliman" Kerajaan BN.

505 budak1

Saya tidak tahu sampai bilakah puak-puak Pakatan Haram ini akan matang dan rasional dalam hidup mereka. Entah bila pun saya tidak pasti, bilakah mereka akan melepasi minda "akil baligh" mereka. Mungkin sampai ke tua mereka akan terus bersikap begitu, gagal menggunakan akal dengan baik.

Malang betul Malaysia memiliki gerombolan pembangkang yang lemah IQ. Pemikiran mereka hanya hebat untuk perkara-perkara negatif seperti memfitnah, menipu, berbohong dan menabur tohmahan-tohmahan jijik. Itu saja kemahiran mereka…

Tidak seperti pembangkang di negara-negara luar yang sihat dan membantu pihak Kerajaan untuk membangunkan negara, pembangkang di Malaysia masih lagi berada di tahap pemikiran "minda kelas ketiga". Tak tahulah sama ada mereka sedar atau tidak hakikat ini…kan?

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF..!!! BLACK505 DARI KACAMATA WARTAWAN PRO-PAKATAN HARAM..!!!

Posted: 22 Jun 2013 08:17 PM PDT

Aku tak tahu la sama ada Ahli Parlimen Sg Petani, Joe Bedul tahu mengira atau tidak. Aku pun tak sure sama ada Joe Bedul ni hanya sekadar pak turut yang hanya mengikut saja apa yang orang kata walaupun faktanya tu dari seorang penipu...

Semalam, tetiba saja Joe Bedul kata kehadiran di Black505 tu berjumlah 55,000 orang! Perghhh..!!! Ramai gila bebbbb..!!! Biasa la tu... kalau nak umum kat depan orang, mesti la sebut ramai gila.. nanti orang kata "tak cerdik" pulakkkk...kan?

Petikan dari Harakahdaily...

Aku takde kat Padang Merbok semalam. Tapi member aku seorang wartawan "pro-pembangkang" ada di sana. Dia la jadi "informer tak rasmi" aku. Meh sini aku cerita apa yang dia cerita kat aku... bukan cerita tipu... tapi cerita sebenar dari seorang wartawan pro-pembangkang tauuu.. heh!


Dia kata, Black505 tak dapat sambutan seperti yang dijangka. Dia kata, Bershit hari tu lebih ramai. Bershit dalam lingkungan 50,000 orang, tapi Black505 lebih kurang 20,000 orang je. Itu pun dah bagi 'markah kesian"... 

Aku cakap kat member aku tu.. "hang tipu la bro.. Joe Bedul kata 55,000 kat Harakah..." Dia jawab, "Tu kata dari seorang Ahli Politik... sejak bila kita boleh percaya kat Ahli Politik ni?" Heh! Aku tersengih kat cellphone aku.. bukan member aku nampak pun...

Dia kata, biasa la orang politik ni memang suka exergerrate... Tambah-tambah kalau dari Pakatan.. depa suka lebih-lebih... Aku kata kat member aku.. "Dah tu.. boss hang pun publish jumlah yang sama..". Dia jawab, "Yang tu boss aku punya kerja, aku lapor tak lebih 20k jer.." Ooooo... itu macam kaaa...maknanya, boss member aku pun suka exergerrate la tu....

Member aku kata, suasana kali ni tak berapa best. Tak macam Bershit hari tu. Black505 kurang bersemangat dan dihadiri oleh budak-budak yang takde hala tuju, tak tahu tujuan apa yang depa buat. Kebanyakkan dari PKR dan PAS.. Dia kata ramai budak Cina DAP yang back off blah dari situ..

Mengejutkan, member aku kata, bebudak yang datang tu ramai jugak yang tak puas hati kat Anwar sebab sanggup angkat sumpah kat Dewan Rakyat nanti. Depa marah. Depa kata, kalau dah kata PRU13 tu tipu, patutnya tak payah angkat sumpah la... boikot angkat sumpah tu dan desak PRU diadakan semula...

Lepas tu, dia kata...ceramah kat Padang Merbok tu pun boring. Takde "kick" macam Bershit dulu. Ishhhh... member aku ni biar betul..! Bunyi macam wartawan pro-BN pulak...

"Oiii.. hang kutuk Pakatan ka? Nanti aku report boss hang, ingat aku tak kenal dia..?" Aku saja gertak member aku.. "Betul laaa.. aku bagitau yang betul... dia nak terima atau tidak itu hak dia.. aku tetap dengan Pakatan..."

Member aku tanya.."Bila hang nak balik KL? Dah lama aku tak gaduh dengan hang.." Heh! Dia saja provoke aku.. "Tengok laaa.. aku "tanam buah anggur" kat Kedah ni... tengah menganggur lepas BN menang" Heh!

Member aku kata.."Meh la dok KL...jadi blogger Pakatan pulak.. lumayan bro!" Aku jawab.." Boleh blahhhh..!!! Kah! Kah! Kah! Berderai kami ketawa sama-sama sebelum perbualan berakhir.. heh! 

P/s: Siapa kata 55,000? Wartawan pro-pembangkang pun kata lebih kurang 20,000 je laaa...heh!

GEMPARRR..!!! ANWAR TERBELIAK TENGOK BENDA-BENDA NI #BLACK505...

Posted: 22 Jun 2013 06:17 PM PDT

Adehhhh... macam-macam yang jadi masa Black505 kali ni. Yang pasti, himpunan gelap tu dah "back fire" Anwar dengan penemuan-penemuan mengejutkan ni...

Cuba tengok penemuan-penemuan kat bawah ni... dan ada satu penemuan yang lebih mampu buat Anwar tak tidor malam... cuba tengokkkk...heh!



Ni antara penemuan-penemuan semalam kat Padang Merbok...heh!
Dan ada penemuan lebih istimewa semalam kat sana... cuba skroll tengok kat bawah...










Bawah lagi....









Lagi...skroll lagi.....











Sikit lagi... skroll sikit lagi.....












Haaaa...!!! Ni laaaa....

Sapa ada tertingal OMEGA ni kat bilik China Doll? Sila angkat tangan...
Heheheee... bijak Anwar suruh bini dia yang angkat tangan... Heh! Anwar nak angkat tangan? Jangan harap la dia nak ngaku weiiii...!!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>