Panglima Perang Cyber |
- Youtube : Kuliah Agama Mingguan #HanyaDiKedah Rumah MB @MukhrizMahathir
- Anakbukitgantang in Putrajaya: #Black505 - Awas Perhimpunan tak Gagal- Tuntutan Neo Liberalisme dah berjaya ! (Sebarkan)
- Kisah Husam Dibidas Pemimpin PAS Kenyataan Pedas Beliau Gelar Pengkhianat
- @AnwarIbrahim at #Blackout505 Padang Merbok - Kata SPR Bodoh !!!
- Jerebu : Indonesia Enggan Mohon Maaf Kepada Singapura - Sinar Harian
- Black505: PR Tak Sempat 'Superimpose' Gambar Kerana Red Bean Army Dah Lumpuh ?
- Panasss : Gambar Husam Musa Dalam Kereta @PDRMsia
- AMK PKR Punca Pegawai DBKL Dipukul #BlackOut505
- Rasa Macam Tengok Sarkis di Zoo Negara Lihat Ceramah #Blackout505 di Youtube Ini dan Hakikat Undi Popular Dimiliki BN bukan PR
- Khalid Ismath Turut Ditahan @PDRMsia Petang Tadi - Syabas KDN & Menteri @Zahid_Hamidi
- Peserta #Blackout Solat Seperti Yahudi - Bukti Mereka Munafik Proksi Lawan Pemerintah Islam Malaysia ???
- Husam Musa Ditahan @PDRMsia Akta Hasutan 1948
- Pegawai DBKL Dipukul #Blackout505 - Youtube
Youtube : Kuliah Agama Mingguan #HanyaDiKedah Rumah MB @MukhrizMahathir Posted: 22 Jun 2013 09:44 PM PDT
Sent from my iPhone | ||||||
Posted: 22 Jun 2013 08:16 PM PDT Tulisan menarik dari blog Kekanda siber saya : Blog anakbukitgantang ni aktif waktu weekend dan malam lewat sebab penulisnya bekerja dan ber blog secara part time. Pepagi ni baru nak berehat, ...tapi kena mengadap PC sebab nak sampaikan mesej ini dari kawan saya seorang Engineer pencen yang celik matahati Mingguan Malaysia dan blogger pro Kerajaan mengatakan Himpunan (Blackout 505 ) "Gagal".... Apa yang gagalnya.....actually NGOs yang Anti BN (BERSIH, Suaram, Anti Lynas, ABU, Tenaganita dll) telah berjaya bila DS Najib AKUR dan tunduk di bawah tekanan DAP agar SPR di letakkan di bawah JK Parlimen....... Ini bermakna Akta SPR 1957 yg sebahagian inputnya dari British yang meletakan kuasa Raja2 Melayu melalui YDPAgong diambil alih oleh Parlimen.......meaning the playing ground has been changed without changing the law itself.... Pada pandangan saya pengundi tegar Umno telah tertipu secara halus.....Agenda Barat akan menguasi Agenda Melayu Islam.... Adalah dikhuatirkan dgn cara ini Sistem Raja Berperlembagaan akan terhakis dan Sistem Demokrasi Mutlak akan mengambil tempat.....sangat merbahaya Ulasan tambahan saya: Di bawah Demokrasi Mutlak, impian Omar Ong dan DAP untuk menjadi PM -President (berdasarkan undi popular ) akan berjaya. Di negara yang ada President mereka adaPresidential Decree yang mana boleh mengubah Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah terjadi di Singapura. DS Najib dalam usaha untuk menjadi "Presidential candidate material" berdasarkan pengamatan Tun Daim Zainudin dengan undi popular (Rujuk Wawancara Tun Daim ) telah menyebabkan YDP Agong bukan lagi Kuasa Eksekutif Tertinggi....rujuk bagaimana Singapura, Perdana Menteri membuat polisi ala Presidential Decree dan President Singapura hanya kepala bagi acara ceremonialsahaja Bukti? Baca Malaysiakini yang diterbitkan pada 2 Jun 2013 Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal PKR dalam menuntut reformasi pilihan raya. Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan raya di Malaysia Komen rakan Fb saya Tuan FO lagi " Pasai tu BLACKOUT505 menjadi hambar pasai stim depa dah jatuh...they got they want......why (DAP) take the trouble going to the street?" Baca juga artikel terdahulu saya tentang Strategi Perang Tet Vietnam) di mana askar Vietchong menyusup masuk ke dalam kem tentera Amerika membawa senjata sebelum serangan mengejut yang meruntuhkan Vietnam Selatan.Perang Tet
Dalam kes ini, agen dan pro Anwarinas; Neo Liberalisme Barat dari Omar Ong dan JK Pemandu dah lama menyusup masuk dalam Kem DS Najib dan melemahkan Kerajaan melalui pembubaran ISA dan Emergency Ordinance. Dengan pembubaran 2 akta penting ini DS Najib seolah mendengar cadangan Pakatan dan Nurul Izzah. Nurul Izzah pula dengan beraninya mempertaruhkan nyawa dan keselamatan anggota keselamatan sebelum Pencerobohan Sabah dengan menyuruh Polis Hutan dan Anggota Gerak Khas di bubarkan bagi melemahkan pertahanan negara.....bukan satu coincidence! Selepas PRU13 DS Najib bawa masuk pulak KJ sebagai anggota cabinet. Langkah pertama KJ ialah bawa masuk Regina Lee mantan wartawan Malaysiakini. HELLO KJ -takkan semua wartawan yang dibawa masuk tak dikenakan TAPISAN KESELAMATAN! Baca seterusnya : Sent from my iPhone | ||||||
Kisah Husam Dibidas Pemimpin PAS Kenyataan Pedas Beliau Gelar Pengkhianat Posted: 22 Jun 2013 08:07 PM PDT Baca seterusnya http://semuthitam80.blogspot.com/2013/06/ikhlas-ke-husam-nak-pegi-himpunan.html?m=1 Sent from my iPhone | ||||||
@AnwarIbrahim at #Blackout505 Padang Merbok - Kata SPR Bodoh !!! Posted: 22 Jun 2013 08:04 PM PDT Kita wajar bela SPR dari terus dimaki hamun oleh puak ahli politik yang tidak guna ini. Lepas SPR terima cadangan mahu guna dakwat kekal mereka pula yang kutuk SPR lebih bodoh dari budak tingkatan tiga. Kalau bodoh kenapa masih mahu terima keputusan PRU13? Kalau bodoh kenapa bertanding ? Kalau bodoh kenapa BN tidak menang di Kelantan ? Kalau bodoh kenapa beliau masih menang di Permatang Pauh. Sudahlah wahai Anwar ! nak bodohkan orang pun fikirlah bahawa SPR dilantik oleh YDP AGong ini. Menghina SPR seakan menghina perlantikan YDP Agong dan wajib ditahan atas akta yang bersesuaian. Jangan biar rakyat mengambil tindakannya sendiri terhadap manusia keparat ini! Minta tahan dan jangan fikir mahu lepaskan lagi manusia seperti ini. Usir sahaja jika ada akta sesuai. Kami sebagai rakyat tidak mahu lihat perangai ahli politik kebinatangan bermaharajalela tanpa dihalang Perlembagaan. Mulut hodoh mulut longkang jangan ada hati mahu tadbir kerajaan ! Sent from my iPhone | ||||||
Jerebu : Indonesia Enggan Mohon Maaf Kepada Singapura - Sinar Harian Posted: 22 Jun 2013 05:04 PM PDT Tarikh: June 23, 2013 JAKARTA - Indonesia tidak akan meminta maaf kepada Singapura berikutan krisis jerebu yang melanda negara itu hingga merebak ke negara jiran termasuk Malaysia. Sent from my iPhone | ||||||
Black505: PR Tak Sempat 'Superimpose' Gambar Kerana Red Bean Army Dah Lumpuh ? Posted: 22 Jun 2013 04:44 PM PDT Panglima yakin Red Bean Army masih ada namun memperlahankan gerakan mereka. Satu Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat dana RM 1.4 bilion sejak 6 tahun lalu yang dikatakan disalur kepada pasukan ini. Kita juga jangan berlengah lagi perlu memperkasakan jentera siber kita yang masih berterabur dan bertempur sesama sendiri.Ada juga yang sudah berundur kerana kecewa tidak dipeduli. Sayang jika semangat anak muda dan anak tua yang rajin berkorban masa tenaga dan dana sendiri demi cinta mereka kepada negara tidak dikumpul dalam satu pasukan ! Mereka perlu dipimpin dalam satu pasukan bawah satu arahan. Sekali lagi Red Bean Army perlu disiasat hingga ke akar umbi. Malaysia akan sangat berterima kasih jika pihak berkuasa dapat banteras pasukan ini hingga ke akar umbi. Baca artikel portal IsuHot di bawah : Dalam himpunan-himpunan anjuran PR yang lalu, mereka cukup pantas mengemaskini berita secara langsung lengkap dengan gambar-gambar yang memberi kelebihan di pihak mereka. Bukan itu saja, mereka juga pantas membuat superimpose ke atas gambar-gambar yang mana dilihat 'kurang sempurna' terutamanya jika jumlah peserta kurang memuaskan, bagi menambah bilangannya.
Kali ini, peserta Black505 hanyalah lebih kurang 10,000 dan tidak mungkin akan mampu mencapai lebih dari 20,000. Namun, hairan sekali kerana sehingga kini masih tidak muncul gambar superimpose bagi menunjukkan jumlah kehadiran mencapai sasaran iaitu 1 juta dari mana-mana pihak PR, terutamanya Malaysiakini.
Malah, di dalam laman-laman sosial juga pihak PR nampaknya tidak begitu aktif seperti biasa sama ada di pihak PAS, PKR mahupun DAP. Mungkinkah ini kerana Red Bean Army telah lumpuh atau enggan terlibat lagi?
Walaupun tidak sempat memalsukan gambar, itu tidak bermakna mereka tidak akan cuba berbohong. Menurut Johari Abdul, yang memberi ucapan sebentar tadi, jumlah yang hadir ialah 55,000. Namun, kita pasti jika beliau melayari laman sosial yang rata-ratanya sedang mengemaskini status masing-masing secara langsung berkenaan Black505, maka beliau akan malu sendiri. Semua gambar yang dimuatnaik dari semua pihak, tidak dapat membantu untuk menggambarkan penyertaan yang lebih dari 10,000. Tidak salah dikatakan bahawa inilah himpunan PR yang paling hambar sehinggakan khabarnya terdapat beberapa kumpulan peserta Black505 memilih untuk pulang ke hotel, mungkin tidak tahan panas atau tidak tahan menghirup 'udara segar dari sumatera'.
Tiada apa yang dapat kita katakan kepada puak-puak PR ini selain, 'jihad la sangat!' http://www.isuhot.com/?p=11455Sent from my iPhone | ||||||
Panasss : Gambar Husam Musa Dalam Kereta @PDRMsia Posted: 22 Jun 2013 07:58 AM PDT Memang tidak patut bagi seorang yang tidak pun reti baca surah mukaddam untuk ulas bab mati syahid di himpunan Black0ut 505. Tengok bukti salah baca beliau di bawah : | ||||||
AMK PKR Punca Pegawai DBKL Dipukul #BlackOut505 Posted: 22 Jun 2013 07:41 AM PDT AMK Punca Pegawai DBKL Dipukul June 22, 2013 · 1 Comments Oleh; Zul Rawi Mungkin kerana terpengaruh dengan janji syahid yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum ini, sekumpulan anak muda yang mengelar diri mereka sebagai ABU telah bertindak liar dengan menghalau dan memukul pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang tadi. Insiden yang berlaku ketika berlangsungnya program himpunan 'Black505' itu, ekoran dari tindakan mereka yang cuba menghalang pegawai tersebut dari menjalankan tugas. Mereka sebelum ini telah bertindak melanggar arahan yang diberikan sebelum ini agar tidak mendirikan sebarang khemah di tempat awam. Ekoran tindakan kumpulan tersebut, pegawai DBKL yang bertugas telah menghampiri kumpulan tersebut dan dengan secara baik telah meminta mereka agar mengemas kembali khemah yang didirikan itu. Pada mulanya perbincangan berlaku secara baik, namun tindakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip yang bertindak membuat provokasi telah menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Rozan yang lebih dikenali sebagai Mat Rango telah menggunakan pembesar suara ((loud hailer) sambil melaungkan perkataan Hidup Rakyat dan Bangkit Rakyat. Sejurus selepas itu, kumpulan tersebut mula meninggikan suara ada di kalangan mereka mula melemparkan botol minuman kepada pegawai tersebut. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, seorang pegawai polis yang kebetulan berada di tempat kejadian telah menarik dua orang pegawai tersebut untuk keluar dari kumpulan tersebut. Namun ia jelas tidak memuaskan hati para penyokong pakatan pembangkang itu, apabila di sepanjang jalan keluar bajunya ditarik sambil dilemparkan dengan kata-kata kesat dan caci maki. Ketika sampai di tepi padang, seorang penyokong pakatan pembangkang telah bertindak menyerang pegawai tersebut dengan mengetuk kepala dan menendang belakangnya. Menyedari akan perkara itu, beberapa orang yang berada di kawasan sekitar telah bertindak menghalang kumpulan anak muda itu dari terus bertindak secara agresif. Dan tindakan pantas pegawai polis itu membawa pegawai DBKL itu ke kawasan yang lebih terbuka akhirnya sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan. Mungkin akan ada yang mempertikaikan tindakan pegawai tersebut yang cuba berlagak berani apabila berjumpa kumpulan tersebut tanpa kehadiran pihak polis. Namun menurut salah seorang pegawai DBKL yang ditemui berkata, ia ekoran dari jaminan yang diberikan oleh pihak penganjur yang mengatakan himpunan tersebut akan diadakan secara aman. "Sebelum ini penganjur berulang kali menegaskan himpunan tersebut akan diadakan secara aman dan berjanji akan mengawal keadaan dari berlaku sebarang kekecohan. Tambahan pula dua orang pegawai tersebut pergi bukan untuk membuat sebarang provokasi tetapi meminta secara baik agar mereka tidak melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan" katanya lagi. Kesimpulannya pakatan pembangkang yang selama ini sering menuding jari kepada pihak berkuasa kononnya sering melakukan provokasi adalah merupakan alasan semata-mata bagi menghalalkan matlamat mereka. Kerana pada hakikatnya mereka memang berniat untuk mencetuskan huru-hara agar dapat menumbangkan kerajaan melalui keganasan. | ||||||
Posted: 22 Jun 2013 06:52 AM PDT Apa pandangan anda ??? Bukankah seperti pertunjukan sarkas kelakuan pemimpin pembangang di atas ? Sesiapa yang pernah ke Zoo Negara pasti akan teringat pertunjukan binatang seperti burung kakak tua dan singa laut yang hanya pandai mengulangi lakonan yang sama. Satu demi satu berlakon dan gaya lakonan mereka nampak tidak profesional - tidak lebih untuk menutup malu lantaran gagal menempah tempat di Putrajaya. Dengan gaya yang tidak berkeyakinan pasti mereka ini tidak ada lagi semangat kecuali kerana sudah pun 'disuap' sesuatu barangkali. Sakit hati apabila tiba giliran Lim Kit Siang berucap, tanpa segan terus menuduh Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri selepas BN telah berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen walau dengan undi kurang. Walaupun PR yang gagal mendapat undi popular kerana mereka bukan Pakatan berdaftar dan tidak layak dikira sekali dalam satu kumpulan parti pembangkang. Sistem di Malaysia juga bukan berdasarkan undi popular tetapi berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi. Perkara ini sudah berbulan dijawab tetapi apa boleh buat ramai tidak mahu terima hakikat. Jika ada asas PDRM patut mengambil juga tindakan atas tindakan menolak keputusan PRU13 dan menyerang SPR sebagai tidak bermaruah. Termasuk menuduh kerajaan hari ini tidak sah selain mengutuk SPR yang jelas tidak patut diperlakukan sedemikian. baca juga keterangan tulisan bekas peguam Anwar Ibrahim iaitu Datuk Zulkifli Nordin tentang hakikat undi popular berasaskan fakta di bawah : Tawadhu' dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan! Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan. Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. Malah mengaku menang pula! Dan asas pengisytiharan kemenangan itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas) melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional (BN)! Anwar dengan pembohongan dan putar-belit yang hebat cuba memperdaya dan memperbodohkan rakyat yang sudah sedia maklum kaedah pilihan raya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi (termasuk di banyak negara maju lain seperti Britain) adalah sistem first-past the-post; iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk kerajaan. Jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak pernah diterima sebagai kayu ukur kemenangan! Namun agak malang ada segelintir rakyat terutama penyokong tegar dan taksub yang begitu mudah terpedaya dan diperbodohkan oleh Anwar! Dan kini mereka cuba menggulingkan kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui jalan raya; setelah mereka ditolak di dalam pilihan raya! Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak menentang Anwar, keputusannya seperti berikut: 1. Set 1 - Najib 21 Anwar 19; 2. Set 2 - Anwar 21 Najib 03; 3. Set 3 - Najib 21 Anwar 19. Apabila pengadil mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 point atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan! Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton sama ada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung! Kerana apa? Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah point yang dikutip! Begitu jugalah dengan pilihan raya umum. Rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu bahawa pemenang PRU-13 ditentukan melalui jumlah kerusi yang diperolehi, bukan jumlah undi yang dikutip! Tetapi namanya Anwar, nafsu serakah yang meluap-luap untuk dimahkotakan sebagai Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya menyebabkan dia sanggup melakukan pembohongan besar dan memutar-belit fakta. Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia! Walau bagaimana pun, saya mahu mengupas isu berkenaan undi popular ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar ini sebenarnya pembohong tegar dan kaki putar-belit yang cukup hebat. Isunya, benarkah Anwar dan pembangkang DAP-PKR-Pas memperolehi undi popular terbanyak dalam PRU-13? Atau ia hanya sekadar mitos yang dibohongi dan diputarbelitkan untuk memperdaya golongan yang mudah diperdaya? Mari kita lihat analisis berikut: 1. UNDI POPULAR BN YANG TERBANYAK Dalam PRU-13, parti utama yang bertanding ialah BN, Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas). BN menggunakan lambang Dacing, DAP lambang roket, PKR lambang mata satu, dan Pas lambang bulan. Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002; namun yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%. Pengundi akan memangkah nama calon mengikut nama dan nama serta lambing parti yang bertanding. Kita tengok carta keputusan PRU-13 seperti berikut (setelah ditolak undi rosak 1.8%): Jelas daripada carta di atas bahawa kalau mengikut undi popular, kedudukannya adalah seperti berikut: 1. BN memperolehi undi popular paling banyak iaitu 46.53% atau 5,237,699; 2. PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328; 3. DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267; 4. Pas tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389; 5. Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904; 6. Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560. Jadi di mana logik Anwar menyatakan dia memperolehi undi popular paling banyak. Tohmahan Anwar mendakwa jumlah undi yang diperolehi oleh gabungan DAP-PKR-Pas sebanyak 5,623,984 (atau 49.96%), melebihi 386,285 undi (atau 3.43%) berbanding BN (yang memperolehi 5,237,699 atau 46.53%) adalah satu pembohongan dan putar-belit kerana: 1. DAP-PKR-Pas bertanding berasingan menggunakan lambang masing-masing; yang tertera di atas kertas undi ialah lambang roket (DAP)-bulan(Pas)-mata satu (PKR); langsung tidak ada lambang bersama pembangkang; 2. Ada konstituensi di mana berlaku pertandingan sesama sendiri di antara DAP-PKR-Pas; seperti Sg Aceh, Kota Damansara dan lain-lain; 3. Gabungan DAP-PKR-Pas sebagai Pakatan Rakyat tidak ujud dalam PRU-13 ini, malah ia sebuah badan yang tidak berdaftar dan tidak bertanding atas lambang sendiri pun! Rumusannya ialah jika menggunakan kaedah undi popular sebagai kayu pengukur kemenangan dalam PRU-13, sebenarnya BN memperolehi undi terbanyak berbanding dengan tiga parti utama lain iatu DAP, PKR mahupun Pas! Sewajarnya BN memenangi PRU-13, dan membentuk Kerajaan Persekutuan! 2. KENAPA DAP MENDAPAT 38 KERUSI? Kalau mengikut logik Anwar bahawa undi popular sepatutnya menentukan jumlah kerusi, maka urutan jumlah kerusi sepatutnya saperti berikut: 1. BN dengan 46.53% undi sebanyak 103 kerusi (sebenarnya 133 kerusi); 2. PKR dengan 20.03% undi sebanyak 45 kerusi (sebenarnya 30 kerusi); 3. DAP dengan 15.42% undi sebanyak 34 kerusi (sebenarnya 38 kerusi); 4. Pas dengan 14.51% undi sebanyak 32 kerusi (sebenarnya 21 kerusi); 5. Bebas dengan 1.71% undi sebanyak 4 kerusi (sebenarnya tiada kerusi); 6. Undi rosak sebanyak 1.8% mewakili 4 kerusi. Persoalannya ialah bagaimana DAP yang memperolehi undi popular ketiga sebanyak 15.42% sepatutnya hanya mendapat tempat ketiga dengan 34 kerusi kalau mengikut kaedah perkiraan undi popular. Tetapi sebaliknya DAP mendapat jumlah kerusi kedua terbanyak iaitu 38 melebihi PKR yang kononnya mendapat undi popular kedua terbanyak? Sedangkan PKR yang memperolehi undi popular kedua selepas BN sebanyak 20.03% hanya memperolehi 30 kerusi ditempat ketiga! Mengapa Anwar tidak menjerit melalak mendesak kerusi DAP dikurangkan sebanyak 4 kerusi kepada 34 kerusi daripada 38 kerusi yang sebenarnya dimenangi oleh DAP? Jawapannya mudah. Anwar sekadar memutar-belit fakta yang hanya menguntungkan dia dari segi politik. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, dia sepi membisu sebagaimana dia membisu tentang dimana jam Omega yang ditemui Datuk Eskay dalam peristiwa China-Doll! Datuk Zulkifli Noordin ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130527/re_01/Mitos-undi-popular-PRU-13#ixzz2Wx8x31jJ © Utusan Melayu (M) Bhd | ||||||
Khalid Ismath Turut Ditahan @PDRMsia Petang Tadi - Syabas KDN & Menteri @Zahid_Hamidi Posted: 22 Jun 2013 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR 22 Jun - Aktivis pembangkang, Khalid Mohd. Ismath ditahan sepasukan anggota polis di rumahnya di Bandar Putri Fasa 2 di Klang, Selangor hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan komennya dalam laman sosial berkaitan perhimpunan haram baru-baru ini. Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang digantung tiga semester kerana mengugut polis Jun tahun lalu ditahan pukul 5.45 petang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130622/je_12/Khalid-Ismath-ditahan-bantu-siasatan---Polis#ixzz2WwvOfvpm © Utusan Melayu (M) Bhd | ||||||
Posted: 22 Jun 2013 06:15 AM PDT Blogger Anak Bukit Gantang mendedahkannya :
| ||||||
Husam Musa Ditahan @PDRMsia Akta Hasutan 1948 Posted: 22 Jun 2013 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR 22 Jun - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan polis di sebuah restoran di Desa Pandan hari ini berhubung ucapannya di Kelantan baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan pemimpin parti itu ditahan pukul 3.30 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130622/je_09/Husam-ditahan-mengikut-Akta-Hasutan-petang-ini#ixzz2WwtgXPUt © Utusan Melayu (M) Bhd | ||||||
Pegawai DBKL Dipukul #Blackout505 - Youtube Posted: 22 Jun 2013 05:29 AM PDT http://youtu.be/vs4se7unQE8 Panglima yakin perbuatan seperti ini akan dikaitkan sebagai perbuatan SB atau UMNO. Mereka yang memukul dan mereka juga akan 'berlakon' meleraikanya. Adakah Islam mengajar kita memukul dan membuat huru hara? Bendera Sang Saka Malaya juga dibawa seperti mahu bendera Jalur Gemilang sedia ada diubah. Ia disiar oleh pemilik akaun Instagram pro pembangkang di bawah. Paling melucukan jumlah peserta juga berbeza antara satu sama lain |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |