Belantan |
Blackout 505 sebenarnya untuk tutup ketakutan Anwar? Posted: 22 Jun 2013 01:31 PM PDT Rakyat perlu sedar bahawa tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengheret mereka dalam perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini adalah semata-mata untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara. Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau. "Sememangnya sudah jelas Anwar merupakan seorang pemimpin yang suka mengheret rakyat untuk menutup masalah peribadinya. Saya sering mengatakan ini kerana tindakan politik beliau bukan atas asas menyelesaikan masalah rakyat atau negara. "Tindakan itu semata-mata mahu memuaskan nafsu peribadinya terutama kerakusan mahu menjadi Perdana Menteri. Kedua, Kerakusan nafsu serakah peribadi luar tabii dan luar biasanya," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, kerakusan Anwar tersebut terserlah apabila meminta isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh supaya pilihan raya kecil dapat diadakan. Ezam mendakwa, tindakan itu dilakukan semata-mata ingin mengheret kes peribadi iaitu kes liwat beliau untuk jadi kes politik agar rakyat dapat diheret bersama dalam hal ehwal peribadinya. "Selalunya pemimpin politik manapun di dunia akan lepaskan jawatan apabila terpalit dengan kes peribadi untuk mengelakkan parti dan rakyat diheret bersama. Tetapi, Anwar jenis pemimpin songsang yang lakukan sebaliknya," katanya. Beliau berkata, Sabtu ini Anwar sekali lagi mengulangi tindakan itu dengan mengheret rakyat ke jalanan pada Perhimpunan Blackout 505. "Setiap rakyat yang waras seharusnya melihat perkara ini dengan jelas berhubung jenis pemimpin apa Anwar ini. Beliau adalah jenis pemimpin yang akan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadinya, bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingannya untuk rakyat," tegasnya. Suara Politik Belantan |
Posted: 22 Jun 2013 09:47 AM PDT Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd. Nor Deris berkata, pihak berwajib sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana kenyataan tersebut boleh menyesatkan orang ramai. "Siapa dia (Husam) untuk mengeluarkan fatwa yang begitu besar. Apa kuasa dia? Ini hanya satu kenyataan terdesak beliau. Retorik agama seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia amat berbahaya dalam masyarakat hari ini," katanya di sini hari ini. Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata, peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram terakhir di Padang Merbok di sini dianggap sebagai mati syahid. Bagaimanapun kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk menyertai perhimpunan tersebut. Mohd. Nor yang juga bekas Pensyarah Fakulti Syariah, Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri berkata, majlis agama mempunyai kuasa mengikut undang-undang untuk bertindak dan mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan fatwa sesat tersebut. "Kita ada saluran atau bidang dan pakar masing-masing maka, hormatilah prosedur itu. Kalau tidak, natijah akhirnya akan kucar-kacir, huru-hara. Takkan kalau sakit mata kita hendak rujuk kepada pakar kencing manis," katanya. Mohd. Syamsul berkata, Islam menetapkan mati syahid adalah apabila seseorang itu bertempur dalam mempertahankan kedaulatan agama dari dikhianati musuh. "Dalam konteks ini ia berbeza dengan kehendak perhimpunan tersebut di mana untuk memprotes keputusan pilihan raya yang kononnya didakwa tidak telus dan adil. "Sedangkan keputusan tersebut (pilihan raya) telah ditentukan oleh rakyat dan majoriti menerimanya tanpa sebarang syak dan ragu-ragu," jelasnya. Beliau turut menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas agar perbuatan seumpama itu tidak menjadi permainan pihak tertentu pada masa akan datang. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |