BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Gadis 'gebu montok' dicabul pemandu teksi
- Shila Amzah lagi, pihak pengurusan minta tanggal tudung?
- A.B.U bengang dengan Anwar, ceramah bosan, penakut dayus
- Black505: Bila hati dah buta...
- Black505: Peserta tak penuh padang, Anwar salah jerebu
- Husam ditahan, Chegu Bard arah peserta jangan bersurai...nak merusuh ke?
- Black505: Aneh, majoriti kaum Cina kurang dalam perhimpunan haram kali ini?
- Fatwa sesat, Husam ditahan bawah akta Hasutan
- Black505: Kun Nan buat kejutan, muncul di perhimpunan haram
- Black505: Ucapan India ketot paling bodoh dalam Malaysia
- Black505: Abby Abadi jadi tumpuan
- Black505: Inilah wajah pemimpin-pemimpin himpunan haram yang kepalai setiap lokasi
- Black505: 'Pengundi hantu' dikesan mula bergerak ke Padang Merbok
- Seks ganas hingga mati
- (Video) Pertikai hukuman sebat, Wanita Isma bantai Marina Mahathir
Gadis 'gebu montok' dicabul pemandu teksi Posted: 22 Jun 2013 11:32 AM PDT
Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata, kebiasaannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali menaiki kenderaan awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia memilih untuk duduk bersebelahan pemandu kerana lebih dekat dengan penghawa dingin. Tambahan pula katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan bertindak sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama. "Pada awalnya, kami hanya berbual kosong. Namun selepas itu, topik perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan. "Perbuatan pemandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap menjeling pada saya," katanya. Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan 'awak ni gemuk tapi comel' sebelum dia keluar daripada teksi tersebut. "Selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suami. "Dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya. Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan. "Saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya elak menaiki teksi seorang diri. Kita juga jangan mudah percaya dengan penampilan seseorang. "Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan menghormati wanita. Ambil pengajaran dengan apa yang terjadi pada diri saya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut. | ||||||||||
Shila Amzah lagi, pihak pengurusan minta tanggal tudung? Posted: 22 Jun 2013 06:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Shila Amzah mengakui pihak pengurusannya, Shanghai Media Group pernah menyuruhnya membuka tudung untuk meneruskan kerjaya di China. Bagaimanapun setelah diberi penjelasan, mereka memahami pemakaian hijab bukan sekadar fesyen semata-mata. Menurut Shila, pihak pengurusannya sebelum ini tidak memahami tentang pemakaiannya tudung dan menganggapnya hanya sekadar fesyen. Shila juga memberikan reaksi mengenai fotonya di Instagram yang menimbulkan reaksi 'panas' sesetengah pihak. | ||||||||||
A.B.U bengang dengan Anwar, ceramah bosan, penakut dayus Posted: 22 Jun 2013 06:01 AM PDT Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Asalkan Bukan Umno (ABU) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat kepada rakyat Malaysia. Ini berikutan tindakan Anwar yang sebelum ini berkata mahu memboikot upacara mengangkat sumpah di Parlimen namun pada akhirnya menarik kembali keputusannya itu dan sudah mengesahkan dirinya dan 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat akan tetap menghadirkan diri pada majlis angkat sumpah yang akan diadakan pada Isnin ini. Tindakan Anwar ini sekali gus menimbulkan kemarahan ABU yang ternyata bengang dengan keputusan pemimpin yang disanjungi oleh mereka itu. Hmm, itulah sibuk lagi berdemo, Anwar tetap juga angkat sumpah Isnin ini. Memang anda semua sudah terkena dan ditipu bulat-bulat dengan helah dan mainan kotor yang cuba dimainkan oleh Anwar. | ||||||||||
Black505: Bila hati dah buta... Posted: 22 Jun 2013 05:01 AM PDT Ketika kami meninjau beberapa laman FB yang memaparkan situasi yang berlaku di Padang Merbok, kami tertarik kepada satu gambar yang diambil dari udara menyaksikan Padang Merbok yang hanya suku dipenuhi oleh peserta Black505. Bebarap komen menarik dari pelbagai sudut ditulis untuk gambar tersebut. Aada yang beranggapan gambar tersebut diambil pada waktu awal pagi, ada yang mengatakan admin tersebut mata buta dan pelbagai lagi. Kemudian, salah seorang pecacai telah berkongsi pautan pada ruangan komen gambar. Pautan tersebut membawa kami turut menjejak tanah apabila ianya memaparkan gambar di atas padang itu sendiri. Kami cuma tersenyum. Memanglah nampak sesak jika anda berada di dalam kawasan itu sendiri. Tetapi itu bukan perkara pokok sebenarnya, kami masih lagi tertarik dengan komen-komen ikhlas dari pecacai-pecacai page berkenaan, dan salah satunya adalah dari seorang yang kami rasa belum cukup pemikirannya dalam politik apatah lagi strategi piliharaya. Komennya kalau dibaca penuh perasaan memang menyentuh hati. Beliau hanya menulis, Agaknya baru kenal politik sehari dua budak ni. Dia beranggapan, beruk-beruk yang ramai hadir ke perhimpunan haram tersebut adalah mewakili semua suara pengundi di Malaysia ini. Mintak maaflah dik, tolong buka minda dari terus menelan muntah pembohongan Bang Nuar. Pengundi berdaftar di Malaysia ini hampir berjumlah 13.1 juta, dan kehadiran beruk-beruk pada hari ini tak sampai satu persen pun dari jumlah berkenaan. Kasihan, tapi itulah realitinya, kebanyakan pengundi muda yang kononnya berjiwa reformis ini tidak faham konteks keseluruhan perjuangan parti masing-masing. Menelan bulat-bulat pembohongan ketua mereka tanpa melakukan penyelidikan. Kemalasan sebeginilah yang diambil kesempatan oleh orang-orang seperti Bang Nuar dan konconya. | ||||||||||
Black505: Peserta tak penuh padang, Anwar salah jerebu Posted: 22 Jun 2013 04:31 AM PDT Kalau dengar cerita gemparnya, memanglah Malaysia akan lumpuh sepenuhnya. Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang memerintah juga akan tumbang dan para pemimpin kerajaan akan lari lintang-pukang menyelamatkan diri ke merata-rata tempat di seluruh dunia dengan membawa segala kekayaan dan kaum keluarga mereka. Bahkan dalam tempoh tidak sampai 24 jam sahaja, seluruh Malaysia akan menerima sebuah rejim pentadbiran yang khabarnya lebih cerdik, lebih adil, lebih telus dan tidak korup. Tapi itu cerita sajalah… Hakikatnya, di sebalik petunjuk yang Allah Taala berikan menerusi jerebu dan ketidaksesuaian beraktiviti di luar, mereka yang terpengaruh dengan dakyah Anwar Ibrahim tetap mahu menunjukkan kononnya mereka lebih ramai berbanding majoriti rakyat Malaysia yang lain untuk membuat tiga tuntutan yang sebenarnya hanya memalukan diri mereka sendiri. Tiga tuntutan yang dibuat adalah: 1. Mendesak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 5 Ahli Panel SPR meletak jawatan. 2. Menuntut kawasan yang berlaku pertikaian agar diadakan pilihanraya semula. 3. Menuntut agar dihentikan sebarang proses persempadanan semula dan apa-apa juga proses lain sehingga ahli SPR yang baru dibentuk semula melibatkan semua pihak. Dari awal lagi, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat cuba mempopularkan isu penipuan dalam PRU13 menerusi pelbagai alasan dan tohmahan. Dari isu BLACKOUT, PENGUNDI HANTU dan DAFTAR PENGUNDI TIDAK SAH, tetapi akhirnya yang dipertikaikan hanyalah DAKWAT KEKAL yang tidak kekal. Pun begitu, daripada isu DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL, mereka tidak dapat menghadirkan walau seorang pun pengundi yang berjaya mengundi lebih dari sekali, termasuklah dari kalangan orang mereka sendiri. Konon katanya, Himpunan KL622 akan berlanjutan selama beberapa hari. Para peserta akan berkhemah di Padang Merbok sehinggalah ketiga-tiga tuntutan mereka dipenuhi. Mereka juga akan membuat kacau dan sudah pun merangka beberapa rancangan huru-hara menerusi penyebaran risalah, 'BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN PIHAK POLIS'. Sudah ada beberapa kumpulan kecil yang dilantik untuk melakukan provokasi terhadap pihak polis dan pihak berkuasa lain, dengan harapan, usaha mereka itu akan mendapat liputan meluas dari seluruh dunia, sekaligus meletakkan Malaysia sebaris dengan beberapa negara lain yang sedang berhadapan dengan tunjuk perasaan besar-besaran sepertimana yang berlaku di Indonesia dan Brazil. Anwar lebih awal mendabik dada… himpunan ini adalah yang terbesar pernah dicatatkan dalam rekod tunjuk perasaan di Malaysia. Kononnya jumlah penyertaan paling kurang pun 1 juta orang. Para peserta pula datang dari seluruh pelusuk negara. Namun menjelang beberapa hari sebelum tarikh 22 Jun, Anwar Ibrahim mulai dapat melihat sambutan yang amat kurang memberangsangkan. Himpunan KL622 akan gagal sepenuhnya dan tidak ubah seperti rombongan budak-budak sekolah melawat Zoo Negara pada musim cuti sekolah sekiranya, PAS tidak dilibatkan sekali. Sambung baca kedah69ers | ||||||||||
Husam ditahan, Chegu Bard arah peserta jangan bersurai...nak merusuh ke? Posted: 22 Jun 2013 03:40 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketika himpunan Black505 sudah sampai ke kemuncaknya, pengerusi majlis Badrul Hisham Shaharin meminta peserta tidak berundur selagi Naib Presiden Pas, Husam Musa tidak dibebaskan. Difahamkan dalam mesyuarat penganjur sebelum ini, himpunan hari ini dijangka berakhir jam 5 petang. Husam menerusi SMS memaklumkan beliau ditahan di Balai Polis Ampang kira-kira jam 4 petang tadi dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Ia dipercayai ekoran kenyataannya Isnin lalu yang menganjurkan orang ramai menyertai himpunan di Padang Merbok hari ini. Ketika ini, beberapa orang peserta dari kalangan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan NGO Suara Rakyat 505 mendirikan lima buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok. | ||||||||||
Black505: Aneh, majoriti kaum Cina kurang dalam perhimpunan haram kali ini? Posted: 22 Jun 2013 02:45 AM PDT Siri Himpunan Blackout 505 sebelum ini menyaksikan kehadiran 90% kaum Cina dan hanya segelintir Melayu PKR, manakala Melayu PAS hampir tidak kelihatan langsung. Tetapi, pada kemuncak himpunan ini yang ditukar nama kepada Black505, setakat jam 12.30 tengahari, pecahan kaum peserta yang sedang bersedia untuk merusuh, kembali 'normal' iaitu 90% Melayu dengan hampir tiada langsung Cina. Dari 7 tempat berkumpul yang disenaraikan, hanya 1 sahaja yang menyaksikan peserta yang agak ramai iaitu sekitar 200 – 300 orang. Manakala di markas PAS Jalan Raja Laut yang turut disenarai sebagai tempat berkumpul masih lagi hambar. Secara purata, Melayu yang hadir kebanyakannya dari PKR dan penyokong PAS dari tahap yang paling benak. Lebih kurang jam sebelum waktu puncak, keadaan di Chow Kit juga menyaksikan aktiviti normal tanpa tanda-tanda akan berlakunya demonstrasi. Apakah ini petanda hitam bagi Anwar Ibrahim, sesuai dengan tema 'black'nya? Ketiadaan kaum Cina menyerlahkan lagi sifat sebenar kaum itu yang akan memperguna dan memperkuda siapa saja untuk mencapai matlamat mereka. Mereka hanya menjadi pencetus iaitu dengan menyebar kebencian dan hasutan, kemudian menyemarakkannya melalui siri-siri himpunan aman tetapi akhirnya menolak Melayu PAS dan PKR ke hadapan untuk berperang di barisan hadapan. Kita tahu bahawa kaum Cina merasa 'gayat' dengan kemungkinan campurtangan tentera dalam rusuhan yang dirancangkan. Mereka juga 'gayat' dengan seruan jihad oleh Husam Musa. Mereka sedar bahawa 'jihad' bermakna puak PAS sudah bersedia untuk bergadai nyawa, sedangkan kaum Cina tentu saja tidak sanggup berbuat demikian. Ungkapan 'Cina takut mati' terbukti berasas. Jika sehingga ke waktu kemuncak masih lagi tiada penyertaan yang signifikan dari kaum Cina, maka Anwar Ibrahim wajar memikirkan semula kerjasama mereka dengan DAP. Ingatlah bahawa MCA telah menikam BN, dan DAP yang telah sedia menunggang PAS dan PKR tentu lebih mudah lagi untuk menikam Pakatan Rakyat. Bayangkan, setelah puas berjuang bersama, tiba-tiba DAP hanya menghantar PKR dan PAS untuk berhadapan dengan polis dan mungkin juga tentera, sementara mereka duduk goyang kaki di rumah menunggu kesudahan. Sekiranya menang, mereka akan menjadi yang paling berkuasa, dan sekiranya kalah mereka tetap tidak rugi apa-apa. Jelas, DAP seperti juga MCA tidak wajar dijadikan sahabat. Apapun, tepat jam 1.00 tengahari, iaitu sekarang, jumlah peserta di kesemua 7 tempat berkumpul hanyalah 2,000 orang. Apa barang nak guling kerajaan dengan 2,000 orang? mykmu.net | ||||||||||
Fatwa sesat, Husam ditahan bawah akta Hasutan Posted: 22 Jun 2013 02:15 AM PDT Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily, yang menganjurkan kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini. Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah. "Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam. "Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat. "Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Kenyataan itu menerima tentangan keras, antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai "fatwa sesat" itu. Menurut Mohd Nor, pandangan itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan. | ||||||||||
Black505: Kun Nan buat kejutan, muncul di perhimpunan haram Posted: 22 Jun 2013 01:46 AM PDT Pembangkang digesa menukar lokasi perhimpunan haram yang dijadual di Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini ke Stadium Merdeka bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat saranan itu semasa melakukan tinjauan di Padang Merbok pada 12.50 tengah hari ini untuk melihat situasi di situ sebelum perhimpunan anjuran pembangkang itu yang dijangka diadakan pada 3 petang. Beliau berkata Jalan Parlimen, yang terletak dekat dengan padang itu, merupakan antara laluan utama untuk masuk ke ibu negara, terutama pada hujung minggu. "Ia tidak strategik untuk pembangkang mengadakan perhimpunan di sini. Kita telah membuka Stadium Merdeka untuk pembangkang mengadakan perhimpunan hari ini tetapi mereka degil," katanya yang turut diiringi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan beberapa pegawai kanan kementerian. Katanya jika pembangkang meneruskan perhimpunan itu di Padang Merbok, laporan polis akan dibuat bagi tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Tengku Adnan turut melahirkan penghargaan dan simpati terhadap pasukan polis yang terpaksa bertugas mengawal keadaan dan keselamatan awam dalam suasana panas dan berjerebu. Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan. Polis menjangkakan pihak penganjur akan mencetuskan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur dengan tujuan untuk disebarkan ke seluruh dunia melalui medium komunikasi bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa. Selain amaran polis, pihak penganjur juga tidak menghiraukan masalah jerebu yang melanda negara kini sehingga menyebabkan banyak sekolah ditutup dan majlis rasmi ditunda di selatan Semenanjung Tanah Melayu. - Bernama | ||||||||||
Black505: Ucapan India ketot paling bodoh dalam Malaysia Posted: 22 Jun 2013 12:48 AM PDT
Oleh itu, katanya, Pakatan sebenarnya "tidak kalah" di Perak. Beliau juga berkata akan mencalonkan dirinya sendiri untuk menjadi speaker dewan sekali lagi. Beliau juga mengingatkan, BN juga boleh menjadi mangsa pertukaran kerajaan menggunakan kaedah sama yang berlaku secara kontroversi pada 2009. Beliau bercakap kepada kira-kira 20,000 (laporan Malaysiakini, kalau Harakah, mungkin mencecah 500,000) peserta di Padang Merbok. Sementara itu, di tempat sama, pengarah Perhimpunan Black 505 Rafizi Ramli ketika ditemui sejurus tiba di Padang Merbok berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada jam 4 petang untuk memberikan ucapan. Beliau juga turut memberi jaminan bahawa perhimpunan pada hari ini juga akan berakhir pada kira-kira jam 7 petang. "Kita jangka menjelang Maghrib perhimpunan ini dah bersurai," katanya. | ||||||||||
Black505: Abby Abadi jadi tumpuan Posted: 22 Jun 2013 12:20 AM PDT | ||||||||||
Black505: Inilah wajah pemimpin-pemimpin himpunan haram yang kepalai setiap lokasi Posted: 21 Jun 2013 11:50 PM PDT Berbekalkan pembohongan dan tuduhan tanpa bukti, inilah pemimpin-pemimpin sial yang mengepalai perhimpunan haram kali ini. Terpekik terlolong maki hamun berterusan sambil diikuti pengikut-pengikut yang berjaya dibodohkan mereka.
| ||||||||||
Black505: 'Pengundi hantu' dikesan mula bergerak ke Padang Merbok Posted: 21 Jun 2013 11:35 PM PDT Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini. Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Tujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara. Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini. Penganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara. Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik. Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun agak berjerebu. | ||||||||||
Posted: 21 Jun 2013 07:32 PM PDT KUALA LUMPUR – Siasatan polis tidak menolak kemungkinan kematian Jeffri Mohd. Alee yang lehernya dijerut dengan tali pinggang di Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama di sini pada Rabu lalu ada kaitan dengan cubaan melakukan seks ganas. Mayat Jeffri, 25, dikatakan ditemui pada pukul 10 malam di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dalam keadaan separuh bogel dan memakai rambut palsu wanita berwarna perang. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa dipercayai bersama seorang individu lain dan kemungkinan baru hendak mengadakan hubungan seks berdasarkan kepada keadaan mangsa ketika ditemui. "Pemeriksaan forensik tidak menjumpai kesan air mani pada tubuh mangsa namun siasatan awal yang dijalankan seakan-akan menjurus ke arah cubaan melakukan seks," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. | ||||||||||
(Video) Pertikai hukuman sebat, Wanita Isma bantai Marina Mahathir Posted: 21 Jun 2013 06:01 PM PDT Ketua Wanita ISMA, Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh membidas komen Marina Mahathir berkenan isu hukuman sebat yang dikenakan terhadap pesalah syariah wanita. Menurut beliau, ungkapan Marina Mahathir seolah-olah seperti orang tidak beragama. Ikuti kata-kata teguran beliau untuk anak perempuan Tun Mahathir ini |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |