Apa Yang Tersirat |
- Black 505 Padang Merbok: Anwar gagal tarik peserta
- Terkini: Black 505: Setakat ini gagal dapat sambutan
- Padang Merbok: Black 505- kurang sambutan
Black 505 Padang Merbok: Anwar gagal tarik peserta Posted: 22 Jun 2013 03:34 AM PDT HIMPUNAN Black 505 hari ini di Padang Merbok, yang diuar-uarkan puncak kepada himpunan itu, gagal mendapat sambutan. Himpunan yang bermula jam 3 petang itu gagal menarik orang ramai menyertainya. meskipun berbagai kaedah digunakan oleh pihak penganjur, termasuk "flash mob" yang bermula sejak 19 Jun lalu. Himpunan Blackout 505 yang bermula pada 8 Mei lalu, kemudiane bertukar kepada black505, telah diadakan berterusan sehingga sembilan kali yang berakhir pada 25 Mei. Hari ini yang dikatakan puncak kepada himpunan itu, langsung tidak mendapat sambutan, sehingga pengajur terpaksa meminta penyokong tegar mereka membina kem di Padang Merbok. Kegagalan Anwar menghimpun peserta jalanan, ertinya politik Anwar sudah di penghujung jalan, kerana politik Anwar adalah politik jalanan. |
Terkini: Black 505: Setakat ini gagal dapat sambutan Posted: 21 Jun 2013 11:04 PM PDT Sebentar tadi sekitar 5,000 orang daripada Masjid Negara yang diketuai Azmin Ali bergerak ke Padang Merbok. Kali ini, sambutan penyokong Pakatan Rakyat terhadap Black505, tidak mendapat sambutan. Kalau diambil kira tujuh lokasi dengan rata-rata 5,000; paling ramaipun penganjur mampu menghimpuan 35,000 orang. Black 505, yang dijadual pada jam 3 petang di Padang Merbok, gagal mendapat sambutan. Dianggarkan di tujuh lokasi yang ditentukan sebagi tempat permulaan, dihadiri antara 100-200 orang penyokong pakatan rakyat yang kesemuanya berpakaian serba hitam. Kegagalan penganjur menghimpun peserta, walaupun sejak 25 Mei lalu, telah digembar gemburkan, adalah bukti, rakyat menyedari bahawa mereka diperbodohkan. Hanya pemimpin Pakatan Rakyat seperti Chegubard yang beria-ia sangat menganjurkan perhimpunan Black 505, kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU-13. Malangnya, walaupun Pakatan Rakyat menguar-uarkan diseluruh dunia, bahawa mereka tidak mengiktiraf keputusan PRU-13, namun negeri-negeri yang dimenangi tiga parti DAP-PKR-PAS, MB/Ketua Menteri mereka telahpun mengangkat sumpah termasuk exco dan para Adun di negeri-negeri berkenaan, kecuali Selangor. Pada 24 Jun ini, apabila Dewan Rakyat bersidang, kesemua MP Pakatan akan hadir, kerana desakan pemulauan yang dicadangkan PKR, tidak mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS. |
Padang Merbok: Black 505- kurang sambutan Posted: 21 Jun 2013 09:08 PM PDT Black 505 yang bermula pada jam 3 petang di Padang Merbok, sekatat ini belum ada tanda-tanda mendapat sambutan luar biasa. Tujuh lokasi lokasi yang ditentukan sebagai starting point adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara. Black 505 membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |