Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PdgMerbok622 Para Beruk Mula Berarak #Black505

Posted: 21 Jun 2013 11:20 PM PDT

Dikhabarkan para beruk mula berarak ke Padang Merbok.


Nampaknya penyokong pembangkang sengaja melanggar Akta Perhimpunan Aman.

#KLJEREBU622: ALLAH SWT BERTAMBAH MURKA: KEADAAN JEREBU DI KL SEMAKIN BURUK

Posted: 21 Jun 2013 10:19 PM PDT

Suasana Bandaraya Kuala Lumpur dari Lebuhraya Persekutuan, Semakin Berjerebu Angkara Himpunan Haram 505 Melawan Takdir Allah SWT

Pandangan Sisi Dari Jalan Puchong Menuju Ke Kuala Lumpur, Gelap dan Berasap Gara-Gara Tidak Peka Kepada Tanda-Tanda dari Allah SWT

Pandangan Dari Dalam Kereta, Jerebu, Asap & Gelap Bandaraya Kuala Lumpur


Jarak Penglihatan Semakin Kurang Dari Arah Puchong Menuju Ke Kuala Lumpur, Apakah Ini Tanda-Tanda Kemurkaan Allah Kepada Anwar Yang Tidak Redha Kepada Takdir Allah SWT

Setelah Allah ciptakan manusia, diberi akal dan fikiran agar dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kemudian Allah kirim pula petunjuk-Nya melalui perantaraan para nabi dan rasul, berserta diturunkan kitab-kitab panduan. Lantas, memang wajarlah Allah murka dan marah kepada manusia yang diberi nikmat tersebut ( akal dan petunjuk), masih juga engkar, berbuat kejahatan, kerosakan, lebih dahsyat lagi mahu mencabar Allah dengan 'kuasa' yang sedikit yang Allah pinjamkan padanya.
Bukankah Allah itu sangat berhak ke atas kita? Seorang saintis yang mencipta sebuah robot misalnya, tentu akan merasa marah dan kesal sekiranya robot yang diciptakannya itu mahu mengambil peluang merosakkan tuannya sendiri.
Antara murka Allah dan murka manusia tidak sama. Malah terlalu jauh bezanya. Murka manusia hanya berlaku setakat di dunia ini. Manakala murka Allah berlaku di dunia dan seterusnya di Akhirat, sekiranya yang berbuat kejahatan itu tidak bertaubat, hukuman Allah menantinya di Neraka.
Hukuman yang dijatuhkan oleh manusia hasil kemarahannya tentulah terlalu kecil berbanding dengan hukuman akibat kemurkaan Allah. Sehebat mana marah dan murka raja atau ketua negara di atas muka bumi ini, walaupun dia mampu mencetuskan peperangan dunia hasil kemarahannya, tidak akan sama dengan murka Allah. Allah itu Raja segala raja. Jauh lebih gagah dan hebat daripada segala raja atau ketua negara manapun di atas muka bumi ini.
Allah boleh hancurkan dunia ini bila-bila masa kalau dikehendaki-Nya dengan hanya "Kun" (Jadilah!). Allah mampu menghapuskan raja-raja yang sangat gila kuasa di atas muka bumi ini dengan sekelip mata. Azab-Nya di Neraka, tidak akan dapat digambarkan oleh fikiran kita. Api Neraka telah dinyalakan beribu tahun dahulu sementara menunggu manusia derhaka untuk menjadi bahan 'makanannya'.
Manusia biasanya akan marah bila kepentingan dirinya tergugat, atau marah bila berlakunya sesuatu yang tidak sesuai dengan kehendaknya. Namun amat kurang manusia yang marah kerana mahu berlaku adil, atau pun yang boleh berlaku adil dalam memberi hukuman hasil daripada kemarahannya. Kalaupun ada, terlalu sedikit.
Tetapi Allah, Tuhan kita tidak begitu. Allah tidak pernah mengambil faedah daripada ketaatan ataupun kederhakaan kita terhadap suruhan-Nya. Sekiranya kita taatkan Allah pun tiada keuntungan di sisi Allah, dan sekiranya kita menderhakai-Nya pun tidak akan memudharatkan-Nya. Apabila Allah marah, pada hakikatnya faedah dan kebaikannya adalah untuk diri kita. Kerana Allah mahu hidup kita sentiasa selamat dan sejahtera di muka bumi-Nya.
Hukuman Allah juga setimpal dengan kejahatan yang dilakukan oleh hamba-Nya yang berdosa. Beratnya hukuman yang menimpa manusia pada timbangan Allah memang sesuai dengan apa yang mampu ditanggung oleh manusia itu untuk dia sedar kembali akan kesalahan dan dosanya. Cuma  bagi manusia yang hatinya sudah tertutup, seksaan yang amat berat telah dijanjikan untuk mereka.
Tanda-tanda kemurkaan Allah yang ditunjukkan dalam berbagai bentuk. Antaranya:
TANDA-TANDA YANG TERCATIT DALAM AL QURAN
Di antara bencana-bencana yang dicatatkan di dalam Al Quran adalah sebagai peringatan untuk manusia atas kemurkaan Allah kepada mereka yang melampaui batas kederhakaan dan kekafirannya:
*  Banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. yang tingginya melampaui puncak-puncak bukit dan gunung. Tiada seorang pun manusia yang selamat, melainkan mereka yang berserta Nabi Nuh yakni hanya seramai 80 orang di dalam sebuah bahtera. ( Surah Nuh: 1-28 & Surah Al Mukminun:23-30 )
*  Bencana besar Allah timpakan ke atas bangsa Tsamud, suatu bangsa yang makmur kehidupan-nya tetapi menyanggah ajaran Allah dan berpakat membunuh Nabi Salleh a.s. Letusan gunung berapi yang hebat menjadikan mereka hancur-lebur, lenyap menjadi abu dalam waktu sedetik. ( Surah Al Haqqah: 4-5, An Naml: 45-54)
*  Gempa bumi yang dahsyat sehingga bumi pecah, retak dan terbalik diiringi dengan hujan batu dan lumpur yang panas ke atas kaum Nabi Luth a.s. yang melakukan kekafiran dan perbuatan homoseksual. ( Surah Al A'raf:80-84, An Naml:54-59)
*  Bom batu berapi yang digugurkan oleh burung-burung, ditimpakan ke atas tentera Abrahah yang cuba menyerang dan menghancurkan Kaabah. Kesannya lebih mengerikan daripada bom atom dan nuklear, diibaratkan hancurnya sebagai daun-daun yang dimakan ulat. ( Surah Al Fiil:1-4)
Begitulah hebatnya gambaran murka Allah terhadap kaum-kaum yang terlalu menderhakai-Nya. Adakah sesuatu kekuatan saintifik ataupun teknik canggih yang dapat menghalang bencana Allah?
Jawapannya tiada. Cara menghalang dan menghindarkan berlakunya bencana tersebut hanyalah dengan menghentikan segala kejahatan dan kekufuran serta bertaubat kepada Allah SWT.
KEMURKAAN TERHADAP INDIVIDU
Tanda kemurkaan Allah terhadap individu-individu yang derhaka adalah melalui ujian dan bala. Kemalangan, kebakaran, kehilangan harta, rumahtangga porak peranda dan bercerai berai, hidup gelisah, jiwa tiada ketenangan. Semuanya Allah timpakan setimpal dengan dosa yang dilakukan cukup untuk membuat manusia itu sedar akan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya.
ISTIDRAJ
Allah juga boleh menunjukkan tanda kemurkaan-Nya kepada hamba-Nya yang berdosa secara memberi nikmat-nikmat yang berlebihan, dipanggil istidraj. Mereka ini adalah orang-orang yang kufur dan sangat degil hati-hati mereka. Lantas Allah tambahkan nikmat ke atas mereka secara murka dan benci, agar mereka bertambah lalai. Semakin bertambah kekufuran dan kejahatannya, nikmat yang Allah curahkan padanya semakin banyak. Mereka semakin jauh dari Allah, hingga akhirnya mati dalam kekufuran, ganjarannya dihumbankan ke Neraka Jahanam.
Fitrah semuala jadi manusia apabila dimarahi serta diancam, akan timbullah di dalam hatinya perasaan takut dan gerun terhadap kuasa yang memarahinya. Para anbiya, auliya, Sahabat dan salafussoleh dahulu adalah orang-orang yang amat takut akan kemurkaan Allah.
Sayidina Abu Bakar r.a oleh kerana terlalu takutnya kepada Allah, ketika mengangkat takbir solat, terbakar hatinya sehingga bau hangus hatinya dapat dihidu oleh Sahabat-Sahabat lain.  Sayidina Uma r.a. pernah jatuh sakit hingga sebulan, apabila mendengar ayat-ayat tentang siksaan dan kemurkaan Allah.
Seorang pemuda Ansar, ketika mendapat gambaran tentang Neraka, dia jatuh pengsan dan terus mati. Rasulullah SAW berkata bahawa takutnya pemuda itu kepada Neraka telah menghancurkan jantungnya.
Imam Al Ghazali berkata," Tidaklah orang yang takut itu orang yang menangis dan menyapu dua matanya, tetapi adalah orang yang meninggalkan apa yang ia takuti kerana akan mendapat kemurkaan dan siksaan Allah akibat perbuatan itu."
Dapatlah disimpulkan bahawa bencana-bencana dan ujian-ujian yang menimpa akibat kemurkaan Allah adalah umpama 'rotan' daripada Allah. Kepedihan dan kesakitan yang terhasil akibat pukulan 'rotan' itu adalah ibarat perasaan takut yang tercetus daripada merasai kemurkaan Allah. Kepedihan dan takut itulah yang menjadi benteng dalam diri kita agar mencegah anggota badan daripada perbuatan maksiat serta mendorong kita ke arah melakukan amalan taat.
Mereka yang benar-benar  takutkan kemurkaan Allah adalah orang yang hidup dan mati mereka akan semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah. Mereka berjuang ke tengah masyarakat dengan gagah berani bagaikan singa, mereka tidak takut kepada yang lain selain Allah. Allah sahaja yang menjadi matlamat mereka. Segala halangan dan rintangan dapat mereka lalui dengan mudah. Merekalah orang-orang yang telah memperoleh roh mentauhidkan Allah.
Artikel asal di http://www.usahataqwa.com/umum/kemurkaan-llah.html

Update #PdgMerbok622 Ibu Bapa Bahayakan Anak-anak Demi Anwar #black505

Posted: 21 Jun 2013 10:18 PM PDT

Gambar dari Twitter Badut Rakyat (https://twitter.com/BadutRakyat/status/348304230517448704/photo/1/large).


*Nampaknya ada mak bapak lebih sayangkan Anwar dari anak sendiri.

UPDATE #KLJEREBU622 : PESANAN ULAMA BESAR PAS

Posted: 21 Jun 2013 10:01 PM PDT

Tuan Guru Husam Musa Al-Janapari
Ulama Besar PAS yang baru Tuan Guru Husam Musa Al-Janapari telah mengeluarkan Fatwa bahawa sesiapa yang mati dalam Demonstrasi Jalanan yang diketuai oleh Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim dan Stopa Mustapha Ali (gelaran Stopa merujuk kepada Adegan Seks Molek Mustapha Ali) adalah mati syahid.

Arahan ini adalah dikeluarkan kepada pengikut-pengikut katak yang tuli dan dungu.

Jika terjadi apa-apa mereka ini akan gembira kerana akan diiktiraf sebagai "mati katak".

ANWAR NEKAD= MAHU ADA KEMATIAN HARI INI

Posted: 21 Jun 2013 05:21 PM PDT

Anwar Nekad: Mahu Ada Kematian Hari Ini
28 September 1998
Mengimbas kembali demonstrasi huru-hara yang dibuat Anwar Ibrahim pada ketika itu di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Masjid Negara. Apabila pasukan keselamatan bertindak tegas untuk menyelamatkan Kuala Lumpur dari dibakar oleh para pendemo, Anwar menyusup keluar dari kawasan huru-hara itu dengan menaiki motorsikal dan lari ke rumahnya di Damansara.

Di Damansara, Anwar ditangkap oleh pasukan khas Polis. Walaubagaimanapun, Anwar sangat bijak, beberapa hari sebelum itu Anwar sempat membawa keluar wang berjuta-juta ringgit dengan not-not RM500 dan RM1000 ke Indonesia, Filiphina, London melalui orang kanannya seperti Rahim Ghouse, A. Nazri Abdullah melalui Singapura menggunakan pas diplomatik.

Di luar negara, wang-wang ini segera ditukar kepada matawang asing seperti Peso, Dollar Singapura, Rupiah, Pound Sterling, Dollar Australia dan Dollar Amerika. A. Nazri bertanggungjawab melabur hartanah di London dan Afrika Selatan, manakala Rahim Ghouse menjaga aset-aset ini di Australia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Beberapa tahun lalu, beberapa hartanah itu di Australia, Afrika Selatan dan London telah dijual untuk menampung kos politik Anwar di Malaysia. Rujuk seterusnya di AIDC.

SYARIKAT BESAR FILIPINA
Dengan bantuan Joseph Estrada, Anwar bukan melabur kosong di Filipina. Hari ini, apabila Anwar mengganggu Lahad Datu dengan membantu mengatur kewangan pemberontak Militan Kiram di Lahad Datu, Anwar berjaya menggunakan Syarikat Besar di Filipina itu untuk memberi bantuan kewangan. Orang tengahnya ialah Tian Chua dan orang iringannya R. Sivarasa melalui topeng NGOnya SUARAM.

Himpunan-himpunan 505 itu turut mendapat bantuan kewangan dari Syarikat Besar Filipina ini yang turut dibantu oleh kawan karib peminum Arak Anwar iaitu Joseph Estrada. Kawan Karaoke Anwar ini masih mengamalkan tabiat minum Araknya dan Anwar masih mendapatkan sokongan dari Estrada hingga ke hari ini.

MESTI ADA KEMATIAN
Anwar telah nekad, beliau mahu anggota Polis menembak mati seorang atau dua orang pendemo petang ini.

Jika provokasi ini tidak berjaya, Anwar telah membuat rundingan dengan satu kongsi gelap untuk menyediakan beberapa senjata seperti pistol dan senapang untuk menembak seorang dua peserta demo petang ini.

Dengan hanya satu dua kematian, ianya sudah cukup buat Anwar untuk mendesak Amerika menekan Malaysia dan mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menggantung perlembagaan. Amerika akan menghantar pasukan PBB dan bantahan-bantahan dari luar negara akan bermula dari Indonesia (menggunakan bahasa diplomatik), kemudian bantahan keras akan berselang-seli dari negara China, Singapura, Australia, Amerika, Peranchis, Turki, German dan Britain.

Di Kedutaan Turki dan Kedutaan Amerika petang ini ditutup rapat, melainkan pintu khas yang disediakan khas untuk Anwar dan keluarganya sahaja.

Pelan Anwar ini sudah diketahui, DAP hanya menghantar sebahagian kecil sahaja ahlinya lebih kurang 300 orang sahaja pasukan keselamatannya, manakala PAS dipaksa menghantar 1000 pasukan Amalnya, manakala PKR hanya menghantar 300 pasukan keselatannya. Semua ini ditugaskan menjaga keselamatan Anwar sahaja.

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang termasuk Karpal anak beranak tidak akan hadir petang ini, walaupun mereka dipaksa dan dimarah semalam.

Jika semua modus operandi ini gagal, Johari Abdul, Chegu Bard, Tian Chua dan Mat Sabu berkata semalam, "tunggu arahan Anwar".

Kita mencadangkan supaya Johari Abdul, Tian Chua, Chegu Bard dan Mat Sabu ditangkap segera kerana mereka inilah orang-orang yang akan memberi arahan dan menerima arahan dari Anwar. Jika mereka ditangkap, maka sel-sel mereka di Universiti Malaya, Sogo, Masjid Negara, Pudu, PWTC dan Jalan TAR akan lumpuh.

Kepada orang ramai, anda dinasihati jangan mendekati kawasan huru-hara ini kerana mereka khususnya Anwar sangat nekad kali ini, supaya satu ndua kematian mesti dilakukan. Kami bimbang anda terkena tembakan maut itu!






KRISIS 2 KERAKYATAN: CHRISTINA LIEW @ LIEW CHIN JIN BUDIKUSUMA LETAK JAWATAN...

Posted: 21 Jun 2013 07:19 AM PDT

Wajahnya & Gayanya Seperti Cina Indonesia


Jawapan Christina Liew Budikusuma Yang Dipertikaikan & Tipu       


Anak Malaysiaberkata... 21 Jun 2013 12:33 PG
Tanpa Nama 5.13ptg:

Yg buat majoriti kami di sini menyokong usul Admin sebab si Henry Chin tu beria-ia pertahankan si YB tu dengan mengatakan YB tu lahir di Tawau.

Soalnya kenapa kata lahir di Tawau kalau dalam IC terang-terang tertulis Kod -71- ?

Bila Henry Chin dah menipu begitu maka pastinya kita harus siasat dakwaan Mohd Zaki.

Kalau si YB tu mmg benar rakyat Malaysia yg lahir di luar negara sbb mak bapak dia pi belajar ke apa ke... awat Henry Chin tak cakap gitu lak..???

Bila orang menipu... kita akan tertanya-tanya sebabnya.
Tanpa Nama berkata... 21 Jun 2013 1:29 PG
Masalahnya dia mengaku lahir di sabah..dan panel RCI(henry chin) sokong christina liew dan cakap juga dia lahir di sabah..lalu orang2 suluk mempertikaikan kenapa ic 71(lahir diluar malaysia)..awak belajar kat oversea dah lama sangat bahasa malaysia pun tak paham
Tanpa Nama berkata... 21 Jun 2013 5:03 PG
"My parents were British subjects migrated to North Borneo in 1952, with British documents from Hong Kong. I was one month old then. I obtained my blue IC when Sabah/Malaysia achieved her independence in 1963. I'm a naturalized citizen.
"All my six brothers and sisters were born in Tawau. We grew up in North Borneo before independence. I have never been to Indonesia until I was in my adulthood. "CHRISTINA LIEW CHIN JIN HADIKUSUMO"

lahir hosp tawau ke hong kong? ke di kabupaten bakso ne?
sabah bru merdeka sept 1963, umo dia bru 11 tahun dh dpt blue ic.
cangih2..
Tanpa Nama berkata... 21 Jun 2013 7:33 PG
Kantoi, YB Zahid kantoikan lebih ramai lagi.......
Tanpa Nama berkata... 21 Jun 2013 6:29 PTG
Apa lagi cina mahu?
Sudah kasi ic lagi mau belagak,
Sibuk pasal bangla tapi tidak sedar asal usul sendiri ntah dari mana?
Tanpa Nama berkata... 21 Jun 2013 6:48 PTG
non5.13..walau lahir kat luar..kita disuruh lapor kat kedutaan utk mengesahkan anak tu emak atau ayahnya warganegara Malaysia. Sebab tu masa umur 18 anak ada hak pilih. Kalau tak ikut aje emak ayah jadi warganegara Malaysia.. semua dokumen sah...takde la plan plin plan plin
Tanpa Nama berkata... 21 Jun 2013 6:54 PTG
kita sibuk pi sekat india muslim warga malaysia sebab mereka mirip melayu ( islam )dengan menuduh mereka bangla tapi kita tak pernah check cina-cina yang tak tahu cakap bahasa melayu...betulkah mereka ini warga Malaysia.Sebenarnya bukan bangla yang diimport untuk undi BN tapi ramai cina-cina telah diimport untuk undi Pembangkang terutama DAPigs...renung-renungkanlah kaum melayu.
Tanpa Nama berkata... 20 Jun 2013 11:02 PG
Ramai lagi bangsa cina di Malaysia tu yang mempunyai dwikerakyatan. Kali ini cek depa punya IC,passport dan surat beranak...
Tanpa Nama berkata... 20 Jun 2013 11:04 PG
Jika kerajaan tak nak bertindak kita bimbang rakyat akan bertindak sendirian. Bila ini terjadi siapa yang mahu dipersalahkan? Umno, Melayu lagi?
ahmad zikronberkata... 20 Jun 2013 11:06 PG
bukan ke akan terbatal jika ada 2 kerakyatan?
Tanpa Nama berkata... 20 Jun 2013 11:07 PG
Admin...boleh keluarkan artikel tentang sibuknya mereka pasal runtuhnya pamancar dibangunan UMNO tapi tak pulak sibuk pasal jambatan ke2 pulau pinang runtuh tu?
Tanpa Nama berkata... 20 Jun 2013 11:30 PG
DIA MESTI LETAK JAWATAN JIKA DIA PUNYA DUA KERAKYATAN!!!
Tanpa Nama berkata... 20 Jun 2013 11:39 PG
Admin dedahkan semuanya, Henry Chin mesti letak jawatan kerana pura-pura tidak tahu atau sengaja semnbunyikan fakta yang dia tahu..Mereka fikir semua orang bodoh dan boleh diperbodohkan! Pembangkang pandai cakap , so amacam kes begini jika kamu parti yg bermaruah bercakap konon mahu menghapuskan pendatang haram atau salah kerakyatan..bagaimana kes dia ne??? Takkan diam diri...


Baca seterusnya komen-komen Kemarahan Rakyat Sabah di sini ttp://mymassa.blogspot.com/2013/06/very-eksklusif-wakil-rakyat-pkr-dua.html 

Renungan Petang Jumaat : Bahana Gejala Homoseksual.

Posted: 21 Jun 2013 01:17 AM PDT

Grafik yang MyMassa perolehi daripada TweetIslamik (https://twitter.com/TweetIslamik/status/347984578281082882/photo/1/large).


Semoga umat Islam di Malaysia dijauhi dari gejala songsang seperti ini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>