Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Adakah Anwar mewarisi jiwa 'memberontak dan menentang arus'?

Posted: 20 Jun 2013 08:59 PM PDT


Kemungkinan langkah memilih jalan politik secara confrontational oleh penyokong gerakan reformasi sebenarnya banyak, termasuk faktor karisma yang dimiliki Anwar sendiri serta political psyche yang telah sekian lama dikesan berada di dalam jiwanya.Psiki politik yang dimaksudkan ini ialah kecenderungan ke arah tindak-tanduk anti-establishment yang bersifat memberontak atau revolusioner serta mirip kepada falsafah machiavelli yang menegaskan tentang 'the ends justifying the means' atau 'matlamat menghalalkan cara'.

Minda politik yang sama sekali off-tangen atau menyimpang dari budaya politik mainstream orang Melayu inilah yang dikaitkan dengan diri Anwar semasa memimpin pergerakan pelajar radikal tahun 1970an dan seterusnya ketika memimpin ABIM. Jelaslah kini bahawa selama ini budaya bantah serta berontak ini tetap kekal menjadi darah daging dalam diri Anwar Ibrahim walaupun telah hampir dua dekad lamanya memimpin UMNO sebelum ini ( sebelum dipecat )!

Andaian tentang pengekalan pemberontakkan jiwa di dalam nurani Anwar adalah didasarkan oleh perkembangan mutakhir yang membiaskan kerenahnya di dalam UMNO dan kerajaan serta tindak-tanduk setelah dipinggir dari arus perdana politik Melayu yang cuba ditungganginya itu.

Berdasarkan kata-kata serta tindak-tanduk yang diambilnya ekoran peminggiran dari arus perdana tersebut tidak syak lagi jiwa radikal dan pemberontak ini telah turut mengikuti kariernya di dalam UMNO dan kerajaan sehinggalah ketika hampir-hampir mencecah puncak kekuasaan di dalam parti dan kerajaan.


Rupa-rupanya selama ini lakonan status quo establishment begitu meyakinkan sekali sehingga dapat diterima oleh majoriti ahli parti lantas menggugat kedudukan mentor politiknya sendiri yakni Dr. Mahathir. Keberkesanan peri lakonan Anwar sepanjang penglibatannya selam 16 tahun di bawah asuhan Dr. Mahathir bersesuaian dengan arus politik perdana UMNO secara langsung membelenggu sebahagian besar ahli parti sehingga mampu melemahkan minda tradisi UMNO.

Mereka lupa tentang sejarah kelantangan suara anti-kerajaan ketika beliau berjuang melalui wadah ABIM dan secara langsung bersekongkol dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain serta parti-parti pembangkang seperti Pas.

Kelantangan suara anti-kerajaan ketika berada di dalam ABIM inilah yang akhirnya membuat beliau begitu disegani malah digeruni oleh kalangan pemimpin status quo pemerintahan di negara ini sehinggakan tidak salah jika dikatakan bahawa ABIM semasa di bawah kepimpinan beliau jauh berbeza dari segi landasan perjuangannya jika dibandingkan dengan ABIM ketika beliau berada di dalam status quo pemerintahan negara.

Ketika Anwar mengemudi pergerakan belia Islam itu dasar perjuangan pertubuhan sukarela belia ini banyak memperlihatkan cirri-ciri yang bersifat radikal serta revolusioner terutamanya dari segi pandangan tentang beberapa perkembangan politik semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.


Misalnya ekoran kejayaan revolusi Iran pada sekitar lewat 1970an menjatuhkan pemerintahan Shah Iran dan menggantikan dengan beberapa peringkat kerajaan revolusi interim yang masing-masingnya mengakui membawa pelbagai pemerintahan bercorak Islam tetapi pada dasarnya lebih bersifat revolutionary-socialist secular seperti kerajaan yang dikuasai oleh puak Mujahideen Khalq yang menyokong Presiden Abolhassan Bani Sadr.

Anwar yang ketika menerajui ABIM telah menjadikan badan pergerakan belia Islam itu antara yang paling lantang merayakan kejayaan tersebut. Bagaimanapun ekoran kejatuhan kerajaan Bani Sadr dan pemerintahan Iran dikuasai pula oleh Ulama tradisional maka kelantangan ABIM menyokong revolusi Islam Iran terus pudar dan akhirnya terus lenyap apabila Anwar mengambil keputusan pada tahun 1982 untuk menyertai kerajaan dan UMNO yang sebelum itu dianggap sebagai sebuah pemerintahan yang sekular bersifat asabiyah dan agak bercanggahan dengan prinsip politik Islam.

Setelah menyertai UMNO Anwar kelihatan begitu popular secara mendadak ibarat apa yang digelar sesetengah ahli akar umbi parti itu sebagai 'pemimpin payung terjun'. Bagaimanapun bagi sesetengah kalangan ahli UMNO sifat Anwar yang anti-establishment dikatakan telah mencapai tahap lagenda. Perkara ini telah menjadi suatu stigma yang sukar untuk dikikis dari hati nurani sanubari mereka.

Dari pergaulan yang agak lama dengan kumpulan-kumpulan aktivis akar umbi UMNO, kesimpulannya perasaan kesangsian mereka terhadap kehadiran Anwar di dalam parti menjadi lebih tebal lagi sejak tokoh intelek Islam itu memegang jawatan Menteri Kewangan dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Pada peringkat ini Anwar dilihat sebagai berusaha mengukuhkan imejnya sebagai seorang democrat liberal yang berkecenderungan untuk mengimpot idea-idea tentang kebebasan, governance, ketelusan, akauntabiliti, hak asasi dan globalisasi – seperti yang dijaja oleh golongan cendekiawan, media dan teknokrat Barat. Apa yang paling disangsikan golongan akar umbi UMNO ini ialah tentang konsep kebebasan serta hak asasi yang cuba diketengahkan oleh Anwar melalui imej kepimpinannya yang baru itu.

Mereka sering tertanya-tanya persoalan-persoalan berikut; Adakah kebebasan yang dimaksudkan Anwar itu bermakna mana-mana individu atau puak boleh bertindak sesuka hati? Atau adakah kebebasan berkait rapat dengan undang-undang dan tanggungjawab?

Kita tidak dapat dinafikan bahawa satu dari ciri-ciri sejarah politik zaman moden ini ialah kebangkitan rakyat jelata bagi menuntut apa yang mereka anggap sebagai perubahan atau reformasi yang hak mereka tetapi dalam hal kebangkitan yang cuba dianjurkan oleh Anwar para penyokong serta mereka yang bersimpati terhadap perjuangannya yang penuh enigma lagi mengelirukan itu perlu mempersoal apakah sebenarnya hak yang hendak dituntut itu.

Adakah yang dituntut itu kebebasan dan kemerdekaan? Dan jika kebebasan seperti ini yang dituntut rasanya mereka yang menyokong perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri perlu merenung sejenak dan memikirkan pula tentang hakikat kebebasan yang telah kebanyakan kita nikmati sejak negara mencapai kemerdekaan dari penjajahan British.

Fikir dan renongkan lah!

Suara Politik
Belantan

Perhimpunan bantah PRU-13: Usaha terdesak capai cita-cita Anwar nak rampas kuasa?

Posted: 20 Jun 2013 08:54 AM PDT


Usaha bersungguh-sungguh pembangkang menarik sokongan orang ramai agar menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Sabtu ini, dipercayai langkah terdesak Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-cita memerintah negara ini.

Sumber berkata, sasaran pembangkang untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan tersebut bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar iaitu bagi merealisasikan cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Semasa perhimpunan pada Sabtu ini, peserta yang hadir dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin pembangkang ke Padang Merbok di sini.

"Sebenarnya lokasi perhimpunan tersebut hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat pembangkang ialah mahu menawan jalan raya bagi tujuan menumbangkan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, perhimpunan kali ini bakal disertai semula oleh aktivis propembangkang, Abdul Malek Hussein yang merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah lama menghilangkan diri.


Beliau berkata, kehadiran Abdul Malek adalah untuk menyampaikan kehendak sebenar Anwar melalui perhimpunan jalanan.

Menurutnya, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya dekat sini semalam.

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim.

Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama akan diadakan di tempat sama esok.

Sumber berkata, bagi mencapai cita-cita Anwar yang mahu berkuasa, pihak penganjur perhimpunan tetap dengan keputusan untuk mengadakan program itu di Padang Merbok walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan ia diadakan dalam stadium.

"Mereka berkeras enggan mengikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium dan Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup," katanya.


Selain itu, beliau berkata, semua pemimpin pembangkang yang hadir dalam mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.

Kata sumber lagi, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.

Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya.

Suara Politik
Belantan

Cina DAP : Ingat Asal Usul Kamu...?

Posted: 20 Jun 2013 03:20 AM PDT



Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.

Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".

Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.


Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya. Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.

Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba. Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara Politik
Belantan

DAP tidak boleh lagi bersandiwara..!!! Slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) DAP tidak lebih macam kucing kurap?

Posted: 20 Jun 2013 12:41 AM PDT


DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berbelit-belit mengenai kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP mesti memberi kerjasama penuh kepada siasatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk membuktikan ketelusan parti itu.

"Ini satu peluang terbaik untuk DAP berterus-terang, tidak perlu lagi berbelit-belit dan bersandiwara, lagipun, mereka juga yang selama ini melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

"Jika terbukti benar berlakunya kesalahan, mereka kena minta maaf, baharu nampak bermoral. Kalau tidak, slogan CAT itu kita boleh anggap tidak lebih daripada kucing kurap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu.



Siasatan tersebut bagi mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab computer glitch ataupun merupakan satu penyelewengan.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, DAP perlu mematuhi segala arahan ROS dan menyerahkan bukti-bukti yang diminta untuk membantu siasatan kontroversi itu.

"Jangan berlengah-lengah lagi, seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya dan tuduhan ini bukan datang daripada Barisan Nasional (BN) tetapi ahli DAP sendiri," katanya.

Katanya, kontroversi pemilihan CEC itu merupakan isu besar kerana perkara tersebut bukan sekadar melibatkan hak mengundi bagi seorang atau dua orang ahli parti tetapi seramai 753 orang.

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>