BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Video) Dah macam filem lucah pula video klip Shah Jaszle dengan Prema Yin nih!
- Tutup nafsu bosnya, Tian Chua dakwa rakyat hilang sabar
- DS Anwar kekal Ketua Pembangkang walaupun parti menang 'ala kadar'
- (Video) Bangunan runtuh: UMNO buat kacau susahkan rakyat - Guan Eng
- Pengacara rancangan masakan TV9 disamun dan ditoreh
- Bala cinta FB, gadis T'ganu diperkosa bergilir-gilir
- Rampasan kuasa cara Anwar buat rakyat muak
- Penganjur Balckout505 tetap mahu Padang Merbok
- Bekas MP Sri Gading dilantik speaker DUN Johor
- Janda ditiduri along, bekas suami gagal bayar hutang
- Pelakon remaja perempuan nyaris maut dalam kemalangan
- Keluarga serah cincin, Shah Jaszle putus tunang 10 hari lalu lagi...
- Dasar pendidikan terlalu manjakan Cina dan India - Bekas Hakim
- Selepas Ghee Hin, Hai San, samseng era moden Cina - Red Bean Army
- Adun Berapit dibelasah dengan buluh hingga cedera
(Video) Dah macam filem lucah pula video klip Shah Jaszle dengan Prema Yin nih! Posted: 20 Jun 2013 03:32 PM PDT ![]() Kisahnya nampak seperti semakin reda, tiba-tiba teman khalwat beliau mula buka mulut kerana sikap Shah Jaszle yang mengambil sikap lepas tangan. Bertambah serabut apabila ibu bapa kepada tunangnya mula masuk campur berkenaan status pertunangan mereka. Shah Jaszle sebelum ini dikenali oleh rakan media sebagai seorang yang 'ramai' kenalan wanitanya. Dari anak dara hinggalah ke janda. Jadi, perkara yang berlaku ke atasnya tidaklah pelik sedikit pun. Mungkin kerana masa dan ketika sahaja tidak menyebelahinya. Lupakan seketika kisahnya itu, apa kata layan video klip nyanyian Prema Yin (baru first time kami dengan nama penyanyi ni...). Dalam video klip yang bertajuk 'Marilah' arahan Gambit Saifullah ini menampilkan Shah Jaszle sebagai watak heronya. Watak hero kami tak kisah, tapi adegan hero dalam video ini yang kami rasa agak keterlaluan. Entahlah, mungkin nak menyesuaikan dengan lirik lagunya kot. Kena tanya Gambit la, dia pengarahnya, kalau tanya pelakon, 'saya hanya mengikut arahan' pasti terkeluar dari mulutnya. Beberapa snapshot dari video yang kami fikirkan agak panas dan kurang sesuai ditonton disetiap peringkat umur. Videonya di bawah sekali ya! | ||
Tutup nafsu bosnya, Tian Chua dakwa rakyat hilang sabar Posted: 20 Jun 2013 06:38 AM PDT Rakyat Malaysia sebenarnya yang tidak "sabar" untuk menunggu lagi lima tahun untuk melihat pertukaran rejim sementara pembangkang, termasuk tokohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menunggu, kata Naib Presiden PKR Tian Chua. "Anwar boleh tunggu. Ramai lagi orang boleh tunggu, tetapi saya tidak rasa rakyat Malaysia cukup sabar untuk menunggu lagi lima tahun," kata Chua dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini. "Saya tidak rasa ekonomi kita boleh bertahan dengan lima tahun pembaziran lagi. "Keperluan mendesak untuk perubahan datang daripada tuntutan rakyat," katanya ketika ditanya sama ada pilihan raya umum lalu peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri. "Perjuangan ini bukan tentang Anwar mahu jadi PM. Tetapi PRU13 adalah peluang terakhir Malaysia ke arah langkah perubahan demokratik," katanya. P/s: Rakyat dibodoh dek Anwar yang kuat nafsunya, rakyat boleh tunggu kalau ketuanya pandai menasihat dari terus kelentong... | ||
DS Anwar kekal Ketua Pembangkang walaupun parti menang 'ala kadar' Posted: 20 Jun 2013 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR- PR memutuskan untuk mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai gabungan itu di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula minggu depan. Anwar berkata keputusan itu telah diputuskan dalam perbincangan bersama Majlis Tertinggi Kepimpinan PR yang telah diadakan. "Dalam perbincangan, saya diminta untuk menyambung tugas sebagai Ketua Parlimen PR bagi sesi ini," katanya secara ringkas pada sidang media, di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini. Sebelum ini, dilaporkan DAP yang mendapat kerusi terbanyak di Parlimen iaitu 38 kerusi telah mencadangkan penasihatnya, Lim Kit Siang menyandang jawatan ketua pembangkang. Malah lazimnya, ketua parti yang paling banyak menang kerusi dilantik menjadi ketua pembangkang. Bagaimanapun, Anwar dilihat "gentlemen" apabila menyatakan akan memberi laluan kepada Kit Siang jika dipilih menyandang jawatan tersebut. Namun, PR punya persefahaman yang jelas berhubung jawatan ketua pembangkang setelah perikatan itu tewas kepada BN dalam pilihan raya umum, 5 Mei lalu. Pas dan DAP memberikannya lampu hijau bagi meneruskan tanggungjawab yang digalasnya penggal lalu. Pada PRU13 DAP berada di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi Parlimen. | ||
(Video) Bangunan runtuh: UMNO buat kacau susahkan rakyat - Guan Eng Posted: 20 Jun 2013 05:01 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berasa kesal kerana tidak dapat buka semula Jalan Macalister yang telah disiapkan oleh MPPP kerana kerja-kerja dijalankan di Menara UMNO yang mungkin membahayakan orang ramai. Disebabkan itu, beliau mendakwa UMNO yang buat kacau, menyusahkan rakyat sedangkan perkara tersebut adalah kejadian musibah semulajadi yang mungkin berlaku kepada tempat lain. Ucapan biadap dan tidak bertanggungjawab Guan Eng ini benar-benar tidak mencerminkan sikap profesional beliau selaku Ketua Menteri kepada semua rakyat Pulau Pinang kerana menyalahkan pemilik walaupun ianya bukan kesalahan secara langsung! | ||
Pengacara rancangan masakan TV9 disamun dan ditoreh Posted: 20 Jun 2013 01:01 AM PDT Pengacara program masakan 'Resepi Turun Temurun' di TV9, Chef Anis Nabilah Umaruddin mengalami kerugian sebanyak kira-kira RM1500 apabila tas tangan miliknya ditoreh penyamun, pada awal pagi Selasa. Dalam kejadian di Bukit Bintang itu, Anis sedang berjalan dari pusat membeli-belah, Fahrenheit 88 menuju ke Lot 10 bersama tiga adik-beradik perempuannya yang lain. "Kejadian berlaku sekitar jam 11.00 pagi di mana Anis hanya sedar beg duit Anis hilang ketika nak bayar tiket parkir kereta. Mula-mula Anis ingat beg Anis tercicir, tapi bila tengok tas tangan Anis ada kesan torehan, Anis tahu yang Anis dah disamun," ujar Anis ketika ditemui pada sidang akhbar Seindah Ramadhan TV9 di Restoran Marche Movenpick, The Curve, pagi Rabu. Bercerita lebih lanjut mengenai insiden tersebut, Anis memberitahu yang dia sentiasa peka dengan kejadian ragut yang kerap berlaku sekarang dan selalu mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di tempat awam. Namun, Anis menganggap penyamun sekarang sangat bijak kerana menjalankan taktik menyamun yang berbeza sehingga dia sendiri tidak sedar bila dompetnya diambil. "Kejadian ragut sentiasa berlaku jadi Anis memang selalu berhati-hati. Tapi tak sangka dalam berhati-hati, benda ini akan jadi juga pada diri Anis. Bayangkan, sewaktu kejadian, Anis memegang erat tas tangan sebab takut kena ragut, namun tidak sedar bila ia ditoreh. Bila dapat tahu, rasa nak pengsan sebab Anis baru balik dari luar negara dan dalam itu ada banyak duit matawang asing dalam beg duit Anis. Anis syak mereka masukkan tangan dalam beg dan ambil beg duit Anis. Sejujurnya, Anis memang tak sangka perkara ini boleh berlaku sebab sewaktu kejadian, tiga adik-beradik Anis ada bersama Anis dan mereka pun tak sedar bila ia berlaku," ujar Anis yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya. "Ini kali pertama Anis dengar serta tahu yang penyamun sekarang guna taktik potong dan toreh beg. Anis rasa penyamun sekarang semakin bijak. Mereka menggunakan taktik yang lebih cekap sehingga orang tak sedar langsung perbuatan mereka. Anis sangat positif yang mereka dah buat benda ini banyak kali. Mereka dah sasar mangsa dan tahu apa yang mereka buat," jelas Anis sambil memberitahu fobia dengan kejadian yang berlaku. "Sekarang Anis fobia dan nak pergi pam minyak pun Anis paranoid. Anis juga ralat kerana situ kawasan ramai pelancong dan bila banyak kes macam ini, orang akan cakap Malaysia negara yang sudah tidak selamat untuk dikunjungi. Apapun, Anis percaya polis kita sangat cekap dan efisyen dalam menjalankan tugas dan Anis harap orang di luar sana lebih berhati-hati lagi selepas ini." – gua.com.my | ||
Bala cinta FB, gadis T'ganu diperkosa bergilir-gilir Posted: 20 Jun 2013 12:26 AM PDT MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu. Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam. Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan 'ringan' sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya. Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. | ||
Rampasan kuasa cara Anwar buat rakyat muak Posted: 20 Jun 2013 12:01 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus galak menganjurkan perhimpunan jalanan dilihat bermotif untuk merampas kuasa kerajaan dengan membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, perhimpunan itu juga bermatlamat menghasut penyokong beliau dan seterusnya memaksa Barisan Nasional (BN) menyerahkan kerajaan kepada beliau. "Beliau sedar karier politiknya semakin ke penghujung, akibat terlampau taksub dan pentingkan diri, beliau mahu seluruh rakyat turut sengsara bersamanya. "Ini salah, bukan sahaja kerana beliau perlu menggunakan saluran yang betul tetapi perhimpunan itu juga akan menyebabkan kehidupan seharian rakyat akan terganggu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Katanya, rakyat juga semakin muak dengan PKR yang selalu mengadakan perhimpunan jalanan. "Komuniti ahli perniagaan juga meminta supaya pakatan pembangkang untuk meneruskan agenda mereka melalui saluran betul dan bukannya melalui perhimpunan jalanan. "Ia adalah penting kepada masyarakat untuk meletakkan ekonomi kita di landasan sebenar," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130620/po_03/Cara-Anwar-rampas-kuasa#ixzz2Wiz6dq3t © Utusan Melayu (M) Bhd | ||
Penganjur Balckout505 tetap mahu Padang Merbok Posted: 19 Jun 2013 11:31 PM PDT PETALING JAYA – Penganjur perhimpunan Black 505 tetap bertegas perhimpunan Sabtu ini akan tetap diteruskan di Padang Merbok, meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan tiga lokasi lain. Pengerusi Sekretariat Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, pemilihan lokasi di Padang Merbok tetap diteruskan seperti mana dirancang. "Mereka berikan stadium, tetapi kami tetap mahukan Padang Merbok, seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat PR," katanya dalam sidang media, semalam. Menurutnya, himpunan ini akan diketuai pemimpin PR dan NGO dan akan berkumpul di tujuh lokasi sekitar ibu negara sebelum bergerak ke Padang Merbok. Beliau berkata, tujuh lokasi tersebut adalah di Bricfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Ibu Pejabat Pas (Jalan Raja Laut), Sogo, Universiti Malaya dan Pekeliling. Sebelum ini, DBKL melalui Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mencadangkan tiga lokasi alternatif kepada penganjur iaitu di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas. Johari turut menyeru agar wakil rakyat PR yang menang dalam PRU13 lalu menjadi barisan hadapan pada perhimpunan kali ini. "Saya bertemu dengan ramai orang dan mereka berkata mahu melihat wakil rakyat PR yang menang mengetuai penentangan penipuan pilihan raya. "Wakil rakyat yang menang tidak boleh berdiam diri. Kalau mereka menjadi barisan depan, maka lebih ramai rakyat akan turun dan menyokong perjuangan ini," katanya. | ||
Bekas MP Sri Gading dilantik speaker DUN Johor Posted: 19 Jun 2013 11:01 PM PDT NUSAJAYA - Bekas ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, hari ini. Majlis angkat sumpah perlantikan itu dibuat sempena Mesyuarat Pertama bagi penggal pertama Dewan Undangan Johor yang ke-13 dan mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini. Pemilihan Mohammad, 72, dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin. Beliau mengantikan bekas Speaker Datuk Hassan Ali. Sementara, Adun Panti, Datuk Baderi Dasuki mengangkat sumpah selaku timbalan Speaker. | ||
Janda ditiduri along, bekas suami gagal bayar hutang Posted: 19 Jun 2013 10:01 PM PDT Kuala Lumpur: Nyata ia pengorbanan besar yang dibuat seorang janda apabila rela dirinya ditiduri semata-mata bagi memastikan bekas suaminya dibebaskan sekumpulan penculik. Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit. Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan penjualan permit warga asing. "Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya," katanya. Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, di sini, jam 4 petang, 10 Jun lalu. "Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka," katanya. Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru. Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan. "Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk 'mencukupkan' jumlah RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya. "Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu," katanya. Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak hingga mati. Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan. "Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan. "Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan," katanya. Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit. "Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian. "Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari sama," katanya. Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit. Harian Metro | ||
Pelakon remaja perempuan nyaris maut dalam kemalangan Posted: 19 Jun 2013 08:10 PM PDT Pelakon remaja yang juga kakak kepada Fimie Don, Finie telah mengalami kemalangan jalan raya, baru-baru ini. Dia yang menuntut di Universiti Lim Kok Wing ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari kelas ke asramanya yang terletak di Pulau Meranti, Cyberjaya. Kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan kemudiannya melanggar tiang elektrik. Difahamkan bahagian depan keretanya remuk namun Finie yang ketika itu bersama rakan hanya mengalami cedera ringan. Finie yang pernah beraksi dalam filem 'Iskandar' dan 'Hati Malaya 1957' mengalami kecederaan di kaki dan menerima tiga jahitan. Keadaannya kini dilaporkan stabil dan sedang berehat di rumah. | ||
Keluarga serah cincin, Shah Jaszle putus tunang 10 hari lalu lagi... Posted: 19 Jun 2013 07:31 PM PDT Ikatan berakhir 10 hari lalu selepas keluarga perempuan lihat kenyataan JAIS Pertunangan antara Shahrizal Jaszle, dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu. Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan pelakon lelaki terbabit. Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan, yang menghubungi HIP, semalam. Wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat. Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga pelakon drama bersiri, Asmara, itu pada 10 Jun lalu. Ketika perbincangan berkenaan, hanya ibu bapa kedua-dua belah pihak yang hadir, sementara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle tiada di rumah manakala Redzwani pula tidak ikut serta. Ibu bapa Redzwani difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu. Elak jadi mangsa kutukan "Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah. "Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu. Berita Harian | ||
Dasar pendidikan terlalu manjakan Cina dan India - Bekas Hakim Posted: 19 Jun 2013 07:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Sokongan serta bantuan kerajaan terhadap sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menyebabkan golongan minoriti yang lain terabai. Pandangan itu dilontarkan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang turut menyifatkan perkara itu sebagai 'melanggar perlembagaan'. Menurutnya Dasar Pendidikan yang ada sekarang, melanggar Perkara 8 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang kesamarataan dan tidak berlaku diskriminasi terhadap pendidikan masing-masing. Mohd Noor berkata kerajaan telah menjadikan masyarakat Cina dan Tamil "istimewa" dengan hanya memberi sokongan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), tetapi tidak bahasa etnik lain. "Bagaimana pula dengan bumiputera di Sabah dan Sarawak? Kerajaan tidak menubuhkan atau membantu menubuhkan SJK Telegu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Siam dan sebagainya," kata Mohd Noor, yang mengatakan bahawa Orang Asli sepatutnya lebih istimewa daripada semua masyarakat lain. "Guru-guru sekolah Cina dan Tamil, guru besar dan kakitangan yang dilantik dan dibayar gaji dengan dana kerajaan, tetapi tidak untuk masyarakat lain." "Kerajaan memperoleh tanah dan memperuntukkan wang awam untuk kedua-dua masyarakat tetapi tidak kepada kaum lain." Beliau menjelaskan bahawa Perkara 12 melarang diskriminasi terhadap rakyat atas alasan bangsa dalam pentadbiran institusi pendidikan awam, dan menurutnya sistem pendidikan sekarang 'menghina Perlembagaan'. Menyifatkan dasar pendidikan sebagai 'zalim' dan tidak 'adil', Mohd Noor, yang secara berseloroh menggelar dirinya 'Hakim Perpaduan', berkata status sekolah-sekolah vernakular perlu dikaji semula demi perpaduan negara. Mohd Noor hari ini telah mencadangkan kepada kerajaan supaya sekolah-sekolah vernakular dijenamakan semula menjadi sekolah kebangsaan, yang menjadikan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia wajib tetapi memberikan pilihan untuk belajar bahasa lain. "Kami tidak membunuh bahasa ... kami meminta supaya semua orang diberi peluang untuk belajar bahasa. Kami tidak menghapuskan sekolah-sekolah. "Penjenamaan boleh memecah-belahkan. Guru-guru dan sekolah-sekolah masih boleh kekal di sana tetapi nama vernakular boleh digugurkan," katanya. Kata beliau lagi, cadangan lain ialah menjadikan sekolah-sekolah vernakular ditukar menjadi 'sekolah untuk pengajian rantau timur.' Bulan lepas, Mohd Noor mencetuskan kontroversi apabila beliau mengisytiharkan bahawa usaha-usaha perlu dibuat untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu kepada 67%. | ||
Selepas Ghee Hin, Hai San, samseng era moden Cina - Red Bean Army Posted: 19 Jun 2013 06:31 PM PDT Red Bean Army (RBA) bukan nama sebuah restoran Kantonis di Bukit Bintang, kawasan popular di Kuala Lumpur terkenal dengan masakan kekacang atau daging khinzir dari Schezuan ataupun Taipei. Juga bukan kacang panggang merah berkuah tomato yang biasanya dihidangkan bersama masakan western di warung-warung. Perkataan 'bean' sebenarnya bukanlah terlalu asing buat orang Melayu. Yang tak pandai berbahasa Inggeris pun mudah sahaja mengingati watak 'Mr Bean' – lelaki yang membuat kerja-kerja bodoh yang tidak dilakukan oleh orang lain bagi tujuan mendapatkan sesuatu. Bagi orang Cina di Malaysia, perkataan 'bean' simbol sesuatu. Barangkali dalam kerangka dan semangat watak Mr Bean. Walaupun tak kelakar, tetapi natijahnya agak kelakar. Bayangkan satu bangsa yang asalnya di pergunakan oleh Inggeris untuk bekerja sebagai pelombong bijih timah di Tanah Melayu kerana mereka tidak mungkin dapat hidup dengan selesa di tanah besar China ketika itu. Kemudian diberikan kerakyatan menjelang Merdeka kerana tidak mahu pulang ke negara asal, malah kini ada yang sanggup menghina Raja-Raja Melayu dan Rasulullah SAW. Tentulah kelakar. Konon sayangkan Malaysia, tapi melakukan kerja-kerja begini. Pada era bijih timah mereka sudah terkenal dengan gangterisme. Tak ramai yang tak tahu tentang kumpulan Ghee Hin dan Hai San. Sesama bangsa pun nak gaduh kerana wang apatah lagi jika melibatkan Cina dengan lain-lain bangsa. Kini, zaman siber ini sudah wujud pula satu bentuk gangsterisme yang cukup dikenali oleh orang Cina sebagai RBA. Berlainan dengan gangsterisme dalam masyarakat Cina, puak-puak ini tidak menggunakan pedang samurai ataupun pistol untuk memeras ugut mangsa. Dalam dunia mereka khusus dalam dunia siber RBA memperjuangkan apa yang diperjuangkan DAP. Dengan itu selain mempertahankan dasar-dasar kecinaan DAP, mereka menjadikan orang Cina yang pro MCA dan Gerakan serta mereka yang pro kerajaan BN sebagai mangsa. Matlamat mereka mudah: mahu memastikan tidak ada pemimpin Cina menyokong kerajaan. Matlamat mereka menjadikan DAP paling kuat dalam kelompok Pakatan Rakyat jauh mengatasi pengaruh Pas. Lihat saja dalam PRU13, DAP peroleh 38 kerusi Parlimen meninggalkan rakan-rakan lain di belakang. Kepada penentang yang berani menyokong musuh, mereka akan gunakan alam siber untuk memusnahkan karakter orang itu. Mungkin bagi sesetengah pihak ugutan begini tidak menjadi kudis tapi bagi kaum Cina, ia suatu yang menakutkan. Lihat saja mereka yang menjadi mangsa RBA. Michelle Yeoh, gadis bond turut jadi mangsa kerana sokong Najib Razak. Bagi yang nak tahu dunia "mafia" zaman itu, bacalah buku sejarah lama ditulis pihak Inggeris. RBA hari ini mungkin tidak diimport secara langsung dari China tetapi ia semacam ada kaitan rapat dengan semangat Red Army yang instrumental dalam mengkomuniskan negara China. Jelas RBA yang sudah pun beroperasi sejak 2008 setelah mendapat ide daripada gerakan yang dimulakan Mao di China untuk menggulingkan kerajaan yang memerintah ketika itu. Dengan teknologi dan kebolehan otak budak-budak muda yang dilatih serta di belakang mereka ada tauke yang kaya-raya maka RBA mudah menjadi satu kuasa baru. Singkatan huruf ABU atau kini disebut Asal Bukan Umno adalah berasal dari RBA yang meminta masyarakat Cina menolak "warna biru" (dacing). Kempen dimulakan melalui sms pada PRU12 dalam Bahasa Cina ketika itu berbunyi "asalkan bukan biru, beruk atau lembu (lambang) pun tak mengapa (boleh undi)." Pencetus ABU pula dapat inspirasi dari kempen RBA. Kejayaan RBA dalam 2008 dijadikan senjata oleh DAP untuk menarik sokongan. Hari ini dengan dibantu 3,000 tenteranya dan dikatakan melalui dana melebihi RM100 juta, mereka menguasai peperangan siber. Pihak BN walaupun sedar, tapi kemampuan untuk mendepaninya tidak ada. Agak hairan mengapa dibiarkan RBA bermaharajalela tanpa sebarang hukuman. Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, 8 hari sebelum peristiwa 13 Mei, RBA mengeksploit isu perkauman sehingga pengundi Cina jadi benci pada BN. Salah satu isu ialah 13 Mei yang konon dicetuskan oleh Umno. Jika sebelumnya masyarakat Cina di Malaysia teruja dengan konsep 1Malaysia ilham Najib Razak, tapi dengan tidak semena-mena mereka menukar rentak. Mereka termakan dengan UBAH sebagai alternatif pada BN, malah bagi mereka kalau bakal PM seorang tidak bermoral tak mengapa asalkan BN jatuh. Demi Putrajaya kita dapati Pas melalui transformasi. DAP dijenama mereka sebagai bukan lagi anti Islam. Tapi Pas terlupa, RBA bukan tentera pro Pas, ia pro DAP dan pengundi Cina. Kalau RBA sanggup memusuhi MCA, tidak ada sebab ia tak boleh menentang Pas pula. RBA memusuhi apa saja mengenai Melayu. Sama ada Raja-raja Melayu, usahawan Melayu yang mencabar kedudukan mereka seperti Syed Mokhtar alBukhari ataupun NGO pro Melayu seperti Perkasa. Bagi Pas, RBA berdiri di belakang mereka tapi dalam aspek agama khusus agama Islam, RBA lihat Pas dan Umno sama saja. Malangnya Pas tidak pernah menyedari hal ini. Apa pun menjelang PRU14 nanti, jika RBA masih wujud, sama ada dalam bentuk dan sebutan yang ada kini atau bertopeng nama lain, pokoknya kedudukan Melayu, dari segi kuasa politik dan pegangan ke atas tanah air mereka tidak akan tergugat. RBA mungkin terlupa, orang Melayu ibarat harimau yang menyembunyikan kuku. Jika orang Melayu bertindak demi melindungi hak mereka dan daulat Raja-Raja Melayu, rasa-rasanya yang akan rugi dan tergugat orang Cina sendiri. Yusof Harun@Sinar Harian | ||
Adun Berapit dibelasah dengan buluh hingga cedera Posted: 19 Jun 2013 06:01 PM PDT ![]() Adun Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mendakwa, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Intan jam 7 malam, beliau ternampak wanita berusia 50-an membakar sampah dekat padang permainan berhampiran rumahnya. Melihatkan kepulan asap yang memenuhi kawasan perumahan itu, dia segera meminta individu itu menghentikan pembakaran memandangkan ia mengundang pencemaran udara, menimbulkan bau busuk serta membahayakan kanak-kanak serta orang ramai. "Saya cakap baik-baik, bukan tengking dan marah kerana perbuatannya salah serta boleh dikena tindakan undang-undang, tetapi dia tidak puas hati," katanya. Kok Fooi mendakwa, wanita itu kemudian mencabar dirinya dengan mengatakan dia berhak berbuat demikian dan sekiranya tidak berpuas hati, dia juga boleh membakar sampah di hadapan rumah wakil rakyat terbabit.
"Akibat marah perbuatan dia dirakamkan, wanita itu segera mengambil sebatang buluh lalu memukul di bahagian lengan kanan saya," katanya. Beliau berkata, bahunya sekali lagi dipukul sebaik sahaja dia menundukkan kepala untuk mencapai telefon bimbitnya. Katanya, wanita terbabit sekali lagi mencederakannya di tangan sebelah kiri sehingga merosakkan permukaan jam tangan miliknya. Menurutnya, akibat itu, beliau mengalami lebam-lebam di lengan kanan, kiri, bahu serta sengal badan. Kekecohan dikatakan itu turut disaksikan penduduk di kawasan berkenaan yang berkumpul di kawasan sekitarnya. Difahamkan, wanita itu sering melakukan pembakaran terbuka dan tindakannya itu mengundang pencemaran udara selain mengganggu ketenteraman jiran lain. "Pembakaran sampah termasuk polistirena dan beg plastik memberi kesan kurang baik terutama apabila sisa toksik dan bau busuk merebak. "Tujuan saya membuat laporan ialah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat perkara itu. Katanya, kes akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali. Sinar |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |