Duke of UMNO |
- KENALI CIRI-CIRI PENGANUT SYI'AH..!!! MESTI BACA..!!!
- AWASSS..!!! LELAKI PAS INI TIDAK DAPAT KAWAL NAFSU...!!!
- HANGATTT..!!! CERITA BOHONG DARI POKOK SENA NAK JATUHKAN USTAZ AZIZAN..???!!!
- AIKKK..? "THINK TANK" HEBAT PUN SUKA FITNAH JUGAKKK?
- GEMPARRR..!!! NIK ABDUH DIKEJAR "AH LONG" SEBAB TAK BAYAR HUTANG..???!!!
KENALI CIRI-CIRI PENGANUT SYI'AH..!!! MESTI BACA..!!! Posted: 20 Jun 2013 07:37 AM PDT Syi'ah makin berleluasa kat negara kita ni. Kebanyakkan depa ni adalah mereka-mereka yang pernah menuntut di Iran, Iraq dan beberapa negara yang kuat pegangan Syi'ahnya. Dalam PAS dan Pakatan Haram pun ramai yang difahamkan pendokong kuat Syi'ah di Malaysia. Antaranya ialah Mat Sabun, Khalid Ismath dan ramai lagi. Baru-baru ni pun puak Syi'ah ni ada buat majlis pelancaran pusat Syi'ah di Klang, Selangor. Korang kenal tak ciri-ciri orang Syi'ah? Kalau nak kenal depa, sila tengok ciri-ciri kat bawah ni dan korang akan mudah kenal pasti... Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang...
| ||
AWASSS..!!! LELAKI PAS INI TIDAK DAPAT KAWAL NAFSU...!!! Posted: 20 Jun 2013 05:37 AM PDT
Tu diaaa..!!! Ganas sungguh bekas Setpol Ustaz Azizan ni. Mengganas sampai mangsa yang berusia lebih kurang 60 tahun pun dia terajang? Dia betul-betul terajang pakai kaki? Ish..ish..ishhhh... Tergamak dia buat macam tu... Perkara ni bukan fitnah dan Sanusi sendiri akui dia terajang pakcik tu... dan aku dengar, kes ni dah dilaporkan di balai polis masa ia berlaku... tapi biasa laaa... takkan la depa nak penjara Setpol MB kot...? Mesti lepas punyaaa... Cuba tengok pengakuan Sanusi kat bawah ni... Aku tengok kat blog dia tulis sikit punya lembut dan baik budi bahasa... tapi tak sangka pulak dia ni jenis panas baran dan tak reti kawal nafsu "ammarah biss suuuu" yang ada dalam diri dia tuuu... Bro Sanusi, Aku harap hang berubah bro. Kena kawal nafsu kita. Kita manusia bro. Manusia kawal nafsu dan bukan nafsu yang kawal kita. Kalau sampai terajang orang tua tu, maknanya hang dah tak boleh nak kawal nafsu... Bro nak tunjuk kuat ke bro? Menurut ulama, manusia yang paling kuat ialah manusia yang mampu menahan rasa marahnya. Jadi aku rasa silap la cara hang nak tunjuk kuat tu... Bukan setakat silap... memalukan pulak tuuu... Awat hang marah kat Mihat, bro? Mihat bolot konsesi balak ke? Kompatmen mana? Berapa banyak dia balun? Tapi, setinggi mana pun marah hang kat dia, hang tak boleh buat macam tu bro. Salah tu tindakan hang... kita ada hukum hakam dan undang-undang bro.. hang perlu ingat tu... | ||
HANGATTT..!!! CERITA BOHONG DARI POKOK SENA NAK JATUHKAN USTAZ AZIZAN..???!!! Posted: 20 Jun 2013 01:37 AM PDT Kecoh kat Kedah sekarang ni pasal cerita kononnya bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak akan meletak jawatan sebagai ADUN Sg Limau dalam masa terdekat. Bersorak sakan depa menghebahkan perkara ni, khususnya pak-pak lebai PAS..!!! Depa kata, ini peluang keeemasan PAS Kedah untuk "tamatkan riwayat" karier politik Ustaz Azizan dan orang-orang yang wala' pada bekas Pesuruhjaya PAS Kedah tu. Depa nak benam Ustaz Azizan, Sanusi Setpol dan beberapa orang lama PAS Kedah... Tak cukup dengan itu, depa dah congak-congak nak letak calon PAS di Sg Limau. Depa kata, kalau Ustaz Azizan letak jawatan ADUN tu, depa nak letak "orang Mahfuz" kat situ...heh! Betul ke? Meh sini aku ceritakan perihal sebenarnya... Dari sumber-sumber risikan aku di Sg Limau, cerita tu adalah satu cerita bohong yang direka-reka oleh mereka yang nak jatuhkan Ustaz Azizan. Depa saja create story macam tu sebab nak tekan Ustaz Azizan supaya letak jawatan selepas keluar wad nanti... Khabarnya, rancangan menghebahkan cerita propaganda bohong ni berasal dari Pokok Sena! Tu diaaa... jauhnya! Dari Pokok Sena? Ish..ish...ishhhh...!!! Betul ke orang Pokok Sena? Awat yang tak suka kat Ustaz Azizan ni? Awat jadi lagu tuuuu...? Kalau jadi PRK kat Sg Limau, PAS nak letak sapa bertanding di Sg Limau tu agaknya? Heh! Hangpa letak la sapa pun, aku yakin mesti kalah punyaaaa..!!! Nak tahu kenapa? Setahu aku, kat Sg Limau tu politiknya lain macam. Dulu, orang Sungai Limau tak kira PAS atau UMNO, depa akan bagi undi kat arwah Pak Teh Mat. Pak Teh Mat ni pak menakan Ustaz Azizan dan merupakan seorang pendokong UMNO tegar... Dulu UMNO pegang DUN Sg Limau... Lepas Pak Teh Mat meninggal dunia, Ustaz Azizan take over tempatnya. Maka sejak tu, DUN Sg Limau beralih ke tangan PAS. Ustaz Azizan dipancing PAS sekembalinya dari belajar di oversea dan ketika dia jadi lecturer kat UKM kalau tak silap aku... Dan kali ni korang nak fikir senang nak jatuhkan legasi kepimpinan keluarga Ustaz Azizan kat Sg Limau? Heh! Ingat lah... orang Sg Limau tak sebodoh orang PAS di Pokok Sena. Depa takkan undi pemimpin tak cukup akal macam Mahfuz "Bean" tu...heh! Tak caya? Try la.. Kalau takde PRK kat Sg Limau, try letak calon PAS yang lain pada PRU ke-14 nanti. Aku yakin, korang akan terkejut tengok pengundi Sg Limau berbesar hati akan beri undi pada UMNO/BN...heh! Amacam? Ada berani? Kalau tak berani...maka tak payah "tebiang" la nak sebar cerita bohong nak jatuhkan Ustaz Azizan tuuuu... heh! | ||
AIKKK..? "THINK TANK" HEBAT PUN SUKA FITNAH JUGAKKK? Posted: 19 Jun 2013 11:37 PM PDT ![]() Susah betul kalau melayan kerenah mereka yang tidak dapat menerima kenyataan. Mereka ditolak majoriti rakyat pada PRU ke-13 baru-baru ini, tapi mereka tidak dapat menerima hakikat tersebut dan sebaliknya mereka tuduh pula pilihanraya dipenuhi penipuan. Di Selangor, salah seorang yang tidak dapat terima kekalahannya ialah Dr Dzulkefly Ahmad. Dia yang kononnya "think tank" PAS paling ampuh gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Selangor yang dimenanginya pada PRU ke-12 sebelum ini. Mungkin terlalu malu dan sakit hati kerana dikalahkan oleh calon muka baru BN, Datuk Irmohizam Ibrahim, tiba-tiba menuduh pengundi di parlimen itu menerima "sogokan" RM1,000 seorang dan perlu bersumpah atas nama Allah untuk mengundi BN. Pertamanya saya ingin bertanya, macam mana "think tank" PAS ini boleh kalah? Kalau diikutkan kreadibiliti "think tank", dia mestilah pakar dalam segala taktik politik dan mudah menewaskan calon lawan. Tapi Dr Dzulkefly kalah? "Think tank" jenis apakah ini? PRU ke-13 menyaksikan Selangor tewas teruk dalam sejarah negeri itu. Ramai pemimpin Pakatan Haram yang sengih macam kerang busuk kerana berjaya mengekalkan jajahan mereka. Tapi Dr Dzulkefly pula kalau ditempat sendiri? Buat malu PAS sajalah… Mungkin tak tahan diperli dan dipersendakan kawan-kawannya yang menang besar di Selangor, Dr Dzulkefly cuba "cover" malu dengan menyebarkan tuduhan tanpa bukti sahih atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai FITNAH! Lagipun, siapa boleh tahan melihat rakan-rakan lain segak bergaya mengangkat sumpah pada 24 Jun ini di Parlimen, sedangkan dia terpaksa gigit kuku di depan kaca televisyen di rumah? Tentulah dia sakit hati, bukan? Saya tertanya-tanya, dari mana Dr Dzulkefly dapat angka RM1,000 yang kononnya ditabur di Kuala Selangor pada PRU baru-baru ini? Logikkah jumlah tersebut? Sebagai "think tank", apakah dia tidak fikir bahawa jumlah tersebut terlalu "overkill" tuduhannya itu? Kalau jumlah pengundi di Kuala Selangor berjumlah lebih 62,000 orang, ini bermaksud calon BN perlu menabur sebanyak RM1,000 x 32,000 sebagai usaha membeli undi. Jumlahnya ialah RM32 juta! Mana Datuk Irmo nak korek duit bayar pengundi? Itu baru nak "cover" majoriti 1,000 undi… Betulkah para pengundi Kuala Selangor dipaksa bersumpah dengan nama Allah untuk mengundi BN? Dr Dzulkefly perlu tahu bahawa BN tidak pernah ada sistem bai'ah sebagaimana parti PAS. Malah BN tak pernah paksa sesiapa untuk undi BN. Kami cuma kata, kalau undi PAS, samalah juga dengan undi DAP dan PKR yang sokong murtad dan cemar kalimah Allah. Masalahnya, siapa suruh Dr Dzulkefly sokong gejala murtad dan cemar kalimah "Allah" di Bible? Siapa suruh Dr Dzulkefly sokong komplot Khalid Samad untuk gulingkan Hasan Ali yang pertahankan aqidah umat Islam di Selangor? Apakah bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu fikir umat Islam suka pada pemimpin sepertinya yang menyokong gejala murtad, cemar kalimah "Allah" dan terlibat dengan komplot menggulingkan pengasas PAS di Selangor itu? Orang PAS sendiri pun tak suka..!!! Jadi, janganlah marah sangat kalau kalah pilihanraya. Dan kalau nak "cover" malu pun sekali, janganlah sampai tergamak nak tuduh pengundi makan duit haram. Tak patut betullah. "Think tank" apa ke namanya begitu? Sumber: Mykmu.net | ||
GEMPARRR..!!! NIK ABDUH DIKEJAR "AH LONG" SEBAB TAK BAYAR HUTANG..???!!! Posted: 19 Jun 2013 08:17 PM PDT
Setahu aku, si Khalid Ismath ni adalah penyokong Syiah. Sebelum ni dia dilihat condong pada PAS, tapi sejak akhir-akhir ni dia dilihat lebih liberal dan kuat menyokong Anwar dan PKR... Dan sejak kebelakangan ni pun dia asyik dok serang PAS. Pernah dia serang Nasrudin Tantawi. Lepas tu Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib kena balun dengan si Khalid Ismath ni... Paling latest, dia tibai pulak Nik Abduh, anak Pok Nik Ajis dalam twitter.. Mengejutkan, dia bukan setakat tibai, malah dia malukan pulak Naib Ketua Pemuda PAS tu di khalayak ramai..? Cuba tengok kat bawah ni... Betul ke Nik Abduh tak bayar hutang iklan? Iklan jus Tok Guru? Setahu aku, syarikat jus Tok Guru tu bukan milik Pok Nik Ajis.. Atau memang Nik Abduh tu ejen yang meniaga jus Tok Guru secara online dan iklankan kat si Khalid Syiah ni kot? Huiiii...! Jangan memain bebbb..! Hutang ni di bawa ke mati. Sampai depan Allah nanti pun dituntut kalau tak dijelaskan kat dunia ni... Nik Abduh tak cukup duit ke? Duit tabung ceramah tu tak cukup? Kalau tak cukup, kena lancar derma kilat la pulak lepas ni. Malu la anak Tok Guru tak mampu bayar hutang, kan? Kalau nak cepat settle hutang tu, kutip derma pakai nama Pok Nik Ajis...gerenti ramai yang tawar diri nak tolong bayar hutang Nik Abduh tu...kan? kan? kan? P/s: Geng Pemuda PAS boleh selamba tengok Khalid Ismath balun Nik Abduh? |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |