bERANIKAN hATI |
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT YANG DITENTANG RAKYAT Posted: 10 Jan 2013 04:30 PM PST Perhimpunan amankah sebegini? 1. Kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Benarkah ini untuk rakyat atau ini hanya kepentingan peribadi orang-orang tertentu. Seperti biasa, rakyat sudah dapat membaca setiap gerak dan langkah yang diaturkan oleh Anu arr. Himpunan demi himpunan, rusuhan demi rusuhan semata-mata untuk menunjukkan kononnya rakyat yang membantah kerajaan sedangkan yang pastinya rakyat sudah muak dengan rusuhan dan ketidakamanan yang dicetuskan. 2. Anu arr seperti biasa, seorang yang penakut dan hanya mengharap rakyat berjuang untuk dirinya. Rakyat dijadikan kubu untk melindungi dirinya. Anu arr masih seperti dulu, seorang pemimpin yang bacul dan berani ketika dibelakang. Tidak hairanlah jika beliau amat gemar 'main' belakang. Namun Kak Jijah masih membisu dan menyimpan rahsia tentang belakangnya sendiri selama ini. 3. Para pemandu teksi dan peniaga kecil disekitar Kuala Lumpur resah dengan himpunan yang akan diadakan itu. Mereka inilah rakyat biasa yang tidak diberikan perhatian oleh Anu arr. Bagaimanakah mereka akan berniaga dan mencari rezeki jika himpunan itu kelak akan jadi sebagaimana rusuhan bersih dulu? Apa jaminan Anu arr bahawa himpunan ini tidak akan bertukar jadi ganas? Jikapun akhirnya himpunan ini jadi ganas dan rusuhan sudah tentu Anu arr akan dengan selamba 'cuci tangan' dan berkata bahawa ini diluar kawalannya, bahkan mungkin nanti akan salahkan pasukan keselamatan yang gagal mengawal keadaan. 4. Siapa yang masih tak faham akan perangai Anu arr ini? 'Binatang Politik' yang sanggup lakukan apa saja demi berpegang dengan pendapat bahawa matlamat menghalalkan cara. Tiada apa yang salah baginya kerana apa kesalahanpun beliau akan letakkan kepada orang lain. 5. Saya yakin bahawa 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' yang akan diadakan ini kelak akan berakhir dengan keganasan. Anu arr mungkin berharap akan tercetus satu semangat dan kebangkitan sebagaimana yang berlaku di Mesir. Anu arr berharap rakyat akan bangkit dan menentang kerajaan namun beliau terlupa bahawa keadaan disana dengan disini sangat berbeza. Rakyat sangat berpuas hati dengan kepimpinan yang ada. Janji kerajaan adalah janji yang ditepati. Kehidupan rakyat semakin hari semakin selesa dengan pelbagai bantuan yang kerajaan berikan. 6. Janji Anu arr hanya janji memusnahkan negara. Anu arr memang layak digelar pengkhianat bangsa dan negara. Baginya, jika dia tidak dapat menjadi Perdana Menteri, dia akan menyusahkan sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri. Jikalau dia tidak mendapatnya, dia rela untuk menjahanamkan segalanya bagi memuaskan hatinya. 7. Kepada para pencacai yang selama ini rela menjadi barua dan anjing kepada Anu arr, insaflah. Jangan kita korbankan apa yang kita ada dan kecapi selama ini hanya kerana ingin bermimpi yang indah-indah atau hanya setakat mendapat seratus dua ringgit dengan mempertaruhkan keselamatan diri sendiri serta bangsa dan negara. |
You are subscribed to email updates from bERANIKAN hATI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |