Cucu Tok Selampit |
Posted: 18 Jun 2013 11:42 PM PDT Malaysiakini, di sini, sudahpun mengeluarkan 7 tempat untuk juak-juak berbaju Hitam untuk berarak ke tempat Himpunan #BlackOut505. Tempat-tempat berkenaan adalah di Brickfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Sogo, Universiti Malaya dan Pekeliling. Soalnya, kalau sudah niat untuk "berhimpun secara aman" di Padang Merbok, kenapa perlu PR dan pemimpin NGO perlu berkumpul di 7 tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum bergerak ke Padang Merbok untuk acara perhimpunan "#Blackout505"? Kenapa perlu berkumpul sejauh Universiti Malaya dan Brickfields kalau setakat hendak berkumpul di Padang Merbok? Terus pergi dan berkumpul di sana sahaja tidak bolehkah? Orang bodoh pun tahu niat juak-juak PR dan baju Hitam ini untuk mencetuskan perarakan haram di jalanan, menghuru-harakan bandar Kuala Lumpur, bagi jalan Bandaraya semua "jam", menyusahkan orang ramai dan paling penting mewujudkan pertelingkahan dengan Pihak Polis dan pihak berkuasa. Lebih penting bagi mereka adalah supaya berita pada hari itu akan keluar seperti berikut, "Polis Zalim!", "Himpunan Rakyat Di Halang!", "10 juta Baju Hitam Membanjiri Kuala Lumpur" dan sebagainya. Nampak tak betapa bangsatnya perancangan mereka? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |