Belantan |
- Apakah dasar Pas sama dengan DAP dan PKR?
- Anwar Kepanasan! : Sikap bermuka-muka Anwar akhirnya memakan diri?
- DAP RASIS : Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum?
- Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia dan siapakah LELAKI MISTERI yang di cium Anwar di mahkamah?
Apakah dasar Pas sama dengan DAP dan PKR? Posted: 18 Jun 2013 10:08 PM PDT Hujah utama yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Pas apabila menyentuh soal kerjasama dengan UMNO adalah UMNO mengamalkan dasar kebangsaan, bukan dasar Islam. Atas sebab itu, Pas menolak untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO biarpun atas dasar demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam. Tohmahan mereka adalah UMNO menolak Islam dan Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti itu kerana perbezaan dasar. Bagi Pas, kalau parti tersebut menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan apa sekali pun, ia seolah-olah satu petaka kepada mereka. Persoalannya apakah jawapan tersebut melambangkan kecelaruan fikiran sesetengah pemimpin Pas atau ia satu jawapan politik? Ia kerana kalaulah dasar perjuangan Islam menjadi teras utama, kenapa Pas sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah kedua-dua parti itu mempunyai dasar yang sama seperti mana diperjuangkan oleh Pas? Bukankah DAP sudah menolak konsep negara Islam yang ingin diketengahkan oleh Pas dan PKR pula tidak pernah menyatakan secara terbuka menyokong apa yang Pas perjuangkan? Jelaslah, tindakan menjadikan dasar kebangsaan sebagai halangan utama bagi Pas untuk bekerjasama dengan UMNO hanya satu alasan semata-mata. Sebenarnya, penolakan kerjasama itu lebih bermotifkan politik kerana kalau benar Pas hanya mahu bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan Islam, maka DAP dan PKR juga tidak sepatutnya menjadi pilihan Pas. Oleh itu, tidak perlulah pemimpin-pemimpin utama Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdolak dalih dalam soal ini. Cakap sahajalah, sebenarnya pemimpin Pas melihat UMNO sebagai musuh yang paling nyata. Tanpa membuat perhitungan politik yang betul, pemimpin Pas begitu yakin bahawa sekarang adalah waktu terbaik untuk mereka mengambil alih tempat UMNO sebagai parti utama orang Melayu. Pas begitu percaya melalui kerjasama dengan DAP dan PKR, mereka akan dihargai dan diberikan tempat utama dalam pakatan pembangkang. Kalau itulah impian Pas, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas hanyalah bermimpi di siang hari. Ini kerana DAP dan PKR tidak akan membuka laluan mudah untuk Pas menjadi parti utama. Selain itu, kalau Pas mahu kekal mempertahankan dasar Islamnya, kenapa perlu tergesa-gesa hendak mewujudkan sebuah sayap yang dikhaskan untuk bukan Islam yang menyokong parti itu. Bolehkah dasar Islam tersebut diperkembangkan apabila kumpulan penyokong berkenaan semakin berkuasa di dalam Pas nanti? Sebenarnya, usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas tetap tidak akan berjaya, bukan kerana kesemua pemimpin dan ahli Pas menolak usaha murni tersebut tetapi disebabkan segelintir sikap pemimpin Pas. Mereka ini hanya mengaku dirinya Islam tetapi tidak berakhlak sebagai seorang Islam termasuklah memaki hamun dan mencerca serta menuduh ulama yang tidak menyebelahi mereka dengan pelbagai gelaran. Pemimpin seumpama ini sudah menerapkan politik kebencian, bukannya politik tidak sehaluan. Ertinya, mereka mahu UMNO dibenci sampai ke mati tanpa mempedulikan apa pun kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam. Bagi mereka, tidak kira siapapun, asalkan orang itu menyebelahi UMNO maka dia harus dimusuhi. Inilah puak-puak yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Atas sebab itulah, apa pun alasan dan usaha yang cuba dilakukan bagi menyatukan dua parti Melayu tersebut, ada sahaja hujah dangkal dan jumud yang dikeluarkan oleh puak berkenaan. Namun begitu sebagai umat Islam kita tetap mendoakan agar Allah SWT membuka pintu hati pemimpin-pemimpin seumpama ini agar memahami betapa pentingnya UMNO dan Pas bersatu hati. Pemimpin-pemimpin Pas perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam soal berkenaan. Janganlah melihat atau terlalu gelojoh untuk merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP. UMNO bersikap terbuka dalam soal kerjasama itu bukan kerana politik tetapi demi masa depan orang Melayu dan umat Islam. Ia disebabkan, apa pun berlaku UMNO tidak perlu 'menyembah' Pas untuk mencari kuasa politik tetapi Pas mungkin terpaksa 'melutut' kepada PKR dan DAP bagi tujuan berkenaan. Suara Politik Belantan |
Anwar Kepanasan! : Sikap bermuka-muka Anwar akhirnya memakan diri? Posted: 18 Jun 2013 05:12 PM PDT Jika anda menatap akhbar sebelum ini, terdapat satu berita yang sangat menarik mengenai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim. Berita itu memetik tulisan Rachel Motte dari The New Ledger, sebuah penerbitan Internet di Amerika Syarikat (AS) yang mengecam Anwar kerana mempunyai sifat talam dua muka. Antara lain laporan itu mendedahkan bagaimana Anwar berusaha menonjolkan dirinya sebagai pemimpin demokrat liberal ketika berada di AS dan kemudian pula menjadi pejuang anti-Yahudi ketika berada di negara ini. Perjuangan anti-Yahudinya dapat dilihat melalui pelbagai kecaman terhadap kerajaan kerana menggunakan khidmat firma perundingan awam pro-Israel APCO Worldwide. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dikecam kerana kononnya pasukan itu menggunakan perkhidmatan bekas ejen Israel dalam pembangunan sistem maklumatnya. Tetapi sebelum ini, terutama sebaik sahaja dibebaskan dari penjara 13 tahun lalu, Anwar telah ke Washington dan berjaya berbaik-baik dengan beberapa tokoh Yahudi Amerika seperti bekas Naib Presiden Al Gore dan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz. Kedua-dua pemimpin itu merupakan antara pemimpin Barat yang sanggup membela Anwar yang telah berusaha keras menampilkan dirinya sebagai seorang yang sangat bersopan santun. Mereka juga antara individu yang memperkenalkan Anwar kepada beberapa pertubuhan lain sehinggakan pemimpin pembangkang itu dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies di AS. Sikap bermuka-muka Anwar ini sememangnya telah didedahkan oleh beberapa bekas rakan Anwar sebelum ini tetapi masih ramai yang tidak mempercayainya. Kini, sebuah laman web AS pula mengulangi dakwaan tersebut sambil menyatakan adalah sukar bagi mereka untuk mengenali siapakah sebenarnya diri Anwar. Adakah seorang kawan yang baik atau kawan yang 'jahat'? Itulah Anwar Ibrahim. Seorang insan yang sangat bijak percaturan politiknya. Kelebihan petah berkata-kata yang dianugerahkan Tuhan digunakan untuk meraih simpati atau mencari pengaruh sehingga pemimpin besar AS juga boleh terpengaruh dengannya. Kelebihan yang sama juga digunakan beliau untuk meraih simpati pakcik dan makcik di kampung serta juga mendorong anak-anak muda di kota untuk terpekik terlolong di jalan raya dengan alasan inginkan reformasi apabila dirinya terhimpit. Tetapi selepas dirinya kembali ke persada politik negara dan berada dalam keadaan selesa, apakah nasib anak-anak muda yang pernah suatu waktu dulu menjadi pejuang pembela nasibnya. Selain itu, kerana cita-citanya yang sangat ingin menjadi pemimpin nombor satu negara, Anwar yang kita ketahui akan juga sanggup melakukan apa sahaja walaupun tidak bercakap benar. Lihat sahajalah temberangnya mengenai peristiwa 16 September 2008. Sampai sekarang, pakatan pembangkang yang dipimpinnya masih tetap menjadi pembangkang walaupun sudah ramai yang berangan-angan hendak menduduki kerusi menteri atau ketua menteri jika mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sememangnya itulah Anwar Ibrahim. Tiada siapa dapat menduga apakah sebenar pendiriannya pada masa lalu, sekarang dan juga masa hadapan. Sama-sama kita tunggu dan lihat adakah sikap bermuka-muka insan ini akan memakan diri sendiri. Suara Politik Belantan |
DAP RASIS : Adakah DAP Parti Pelbagai Kaum? Posted: 18 Jun 2013 07:11 AM PDT Benarkah hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan? Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik. Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP). Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap. Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya. Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik. Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut. Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya. Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum. Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia. Persepsi Tetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita. Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok sebelum ini telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan. Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu. Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor ( negeri beraja ) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor. Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku. Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia. Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina. Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu. Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi. Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP. Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus. Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut. Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi. Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa. Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum. Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka. Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum. Suara Politik Belantan |
Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia dan siapakah LELAKI MISTERI yang di cium Anwar di mahkamah? Posted: 18 Jun 2013 01:02 AM PDT GEMPAR...!!! Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws! Benarkah Anwar pejuang GAY di Malaysia : Malaysia's laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal. Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a 'sensitive' issue in an interview.Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia's prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career. But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people's privacy needed to be protected. "In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted", he said. "Fair enough. But here the question is, how do you use the law and intrude on people's privacy and their own private choices?" "This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended" ."The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law". "So I think while I endorse the general law against homosexuality. I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians. I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at." Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar's cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister. She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar's place as Mahathir's successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Anwar has said he bears no grudge against Mahathir. "I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment and he is right in the sense of a very general sentiment against homosexual practices," Anwar said. Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election. Some commentators have attributed Bush's re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals. "Gay marriages are going a bit too far," Anwar said. "I'm a liberal in many ways but I think that is going a bit too far."...???? Siapa Jejaka Misteri : Bunga Ros Unggu Di Hadiahkan Buat Anwar,lalu Anwar Tanpa Segan Silu Mencium Pipi Lelaki Tersebut ! Satu kejadian dramatik yang romantik berlaku bertempat di Mahkamah Jalan Duta apabila seorang 'Pemuda Lelaki Melayu' di lihat telah memberikan 11 kuntum Bunga Ros Purple kepada beliau lalu Anwar merangkul dan mencium pipi lelaki tersebut. Kejadian ini di lihat sebilangan orang ramai yang lalu lalang di situ dan dan petugas media. Laporan dari Malaysiakini memetik Anwar menyambut Ulangtahun kelahirannya di Mahkamah. Namun yang menjadi ingatan pada semua yang ada disitu apabila Anwar Ibrahim secara spontan mencium pipi lelaki tersebut. Siapa kah lelaki itu? Apa hubungan nya dengan Anwar Ibrahim ini? Apakah Wan Aziziah membiarkan sahaja perbuatan Anwar yang mencium pipi lelaki tersebut ataupun dalam diam Kak Wan marah dengan perbuatan suaminya yang tampa segan silu melakukan perbuatan sumbang di khalayak ramai? Jika lelaki tersebut mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim maka apa hubungannya? Sejauh mana hubungan tersebut sehingga dirinya rela di 'Cium' Anwar Ibrahim di khalayak ramai? Semakin jelas siapa Anwar Ibrahim ini. Rakyat wajib menolak Homoseksual ini dengan keras, apatahlagi Anwar Ibrahim yang bercita cita untuk menjadi pemimpin negara kita ini. Adakah kedua-dua cerita ini mempunyai pertalian? Semuga kita sedar siapa Anwar bin Ibrahim ini sebenarnya!!! Wallahuallam. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |