KEPAL NASI KEPAL BERAS |
A MASTER OF CAMOUFLAGE : CHAMELEON KJ Posted: 18 Jun 2013 08:30 AM PDT Regina Lee, bekas wartawan Makaysiakini telah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin. Memang lantikan itu adalah hak prerogatif beliau. Dia boleh lantik siapa dia suka, waima kalau dia lantik saya atau Ramli Simbuk pun, itu adalah hak mutlak dia. Kuasa prerogatif ini adalah advantage yang diberi kepada seseorang pemegang jawatan. Kenapa? Kerana ruang ini boleh digunakan sebagai kelebihan tambahan untuk memperkuatkan posisi yang sedang dipegangnya bagi tujuan memudahkan dan melancarkan segala misi dan visi si pemegang jawatan tersebut berdasarkan visi dan misi, authority, amanah, tanggungjawab atau agenda parti politik yang diwakilinya. Nothing is ever personal. Segalanya berhubungkait dengan kedudukan, mandat, amanah dan anutan ideologi parti dan kerajaan yang diwakilinya. Siapa dan apakah Malaysiakini? Apa kecenderungan media alternatif ini? Apa anutan ideologi media yang dibawa di dalam penulisan dan artikel mahupun ruangan editorial Malaysiakini? Penulisan yang bagaimanakah yang sering mendapat "highlight" di ruangan Malaysiakini? Bahan berita, idea dan percernaan idea apa dan bagaimana yang menjadi keutamaan Malaysiakini? Apakah semua jawaban kepada persoalan ini akan memberi rumusan bahawa apa yang dibawa oleh Malaysiakini ini secocok dan sealiran dengan ideologi, percernaan idea, visi dan misi kerajaan serta parti yang diwakili oleh Khairy Jamaludin? Undang-undang mahir tapi bicara kalah, adalah sia-sia. Otak bijak tapi hidung masih berhingus pun tidak boleh nak diletakkan harapan. Kelulusan tinggi tapi akal cetek pun tidak membawa ke mana. Dilihat cerdik tapi kebodohan terserlah. Pandainya tak boleh dijadikan suluh bendang negeri, bodohnya tak siapa yang berupaya mendidik. Butanya dalam kesombongan tidak mahu dipimpin. Celik tapi tuli tak mendengar tunjuk ajar. Tiada apa yang boleh mendatangkan benafaat terhadap parti dan kerajaan yang diwakili terhadap perlantikan prerogatif yang dibuat oleh KJ, melainkan ia hanya mendatangkan benafaat kepada diri dan agenda sendiri. Mengamanahkan tanggungjawab kepada Regina Lee samalah seperti mengamanahkan sawah bendang kepada penanam jagung. Padi entah ke mana, akhirnya orang kampong dipaksa dan terpaksa menukar manakan ruji kepada makanan jagung. Ke arah mana golongan belia mahu dihalakan oleh KJ? KJ mahu belia berfikir cara mana? KJ mahu belia jadi apa? Kecenderungan yang bagaimana yang KJ mahu gembeling pemikiran dan budaya belia hari ini? Jika difikir dan dianalisa semua persoalan dan kemungkinan-kemungkinan apa sebenarnya yang KJ mahu lakukan, tiada jawaban yang lebih tepat melainkan Menteri Belia ini hanya mahu menjadi pemimpin populis yang menjadi igauan segenap penjuru. Dia mahu menjadi "darling" kepada akhbar perdana pro kerajaan. Dia juga mahu menjadi "darling" kepada media pro-pembangkang. Dia mahu media perdana dan media pro-pembangkang sama-sama menjadikan dia sebagai ikon tunggal orang muda yang paling dinanti-nantikan. Dia juga mahu dirinya dikenali sebagai sebagai Ketua Pemuda UMNO yang berkebolehan dan berkeupayaan untuk memperjuangkan agenda golongan muda melayu yang trendy. Dia juga mahu dikenali sebagai pemimpin muda "Masakini" yang paling relevan untuk semua keadaan, semua ideologi dan semua segmen anak muda. Dia mahu dilihat sebagai "ikon sesumpah" yang paling relevan untuk mewakili semua segmen golongan muda yang wujud di Malaysia. Expectation beliau, dengan cara populis ini kononnya seluruh segmen belia akan dapat ditarik. Seterusnya kerajaan BN akan mendapat sokongan majoriti anak muda di atas pengaruh peribadi Khairy Jamaludin. Pendekatan populis ala-sesumpah belum pernah berjaya di negara ini. Buktinya, Anwar sampai sekarang walaupun popular masih gagal menggapai kuasa. DS Najib sendiri akhirnya tertipu dengan pendekatan populisnya terhadap masyarakat cina. |
MISTERI AIR JAMPI YASIN DI PWTC!! Posted: 17 Jun 2013 08:13 PM PDT Cara mana lagi yang boleh digunakan untuk memberi kefahaman kepada warlords dan para pemimpin UMNO bahawa tidak perlu takut atau fobia jika berlaku pertandingan di peringkat tertinggi parti? Bagaimana untuk diberi kefahaman kepada mereka bahwa UMNO yang telah tercemar dengan pelbagai persepsi buruk boleh dipulihkan persepsi ini dengan cara menyuburkan semula proses demokrasi di dalam UMNO? Percayakah para pemimpin UMNO bahawa ramai rakyat biasa di bawahan sana sedang "mentertawakan" para pemimpin UMNO? Tertawa melihat susah-payah para pemimpin UMNO merangka dan meminda perlembagaan untuk menunjukkan kepada umum bahawa UMNO sedia berubah dengan keberanian melakukan transformasi politik secara besar-besaran. Berapi-api menunjukkan keberanian mereka kepada umum untuk menyerahkan nasib politik mereka "bulat-bulat" kepada akar umbi dengan cara memberi akar umbi hak untuk memilih siapa yang mereka inginkan memimpin parti dan menamatkan cara pemilihan yang memberi hak hanya kepada 2500 perwakilan. Malah gara-gara terlampau berani, pencalonan dan sistem kuota pun turut dihapuskan dengan menggantikan hanya dengan mengisi borang melalui syarat yang sangat minima. Akhirnya, bila sampai ketikanya, mereka yang "besar hentak dari langkah" ini jugalah yang meminta supaya akar umbi memikirkan semula supaya janganlah dipertandingkan jawatan tertinggi ini demi masa depan parti. Janganlah gunakan hak akar umbi yang telah "terberi" dan "ter"dibenarkan oleh parti itu. Wahai para pemimpin UMNO...! Jangan kasi malu UMNO la kawan! Yakinlah. Jangan takut. DS Najib dan TS Muhyiddin gerenti akan menang dan berjaya mempertahankan jawatan masing-masing! Tiada siapa yang mampu memberi saingan kepada mereka. Betul! Mintak tolong sangatlah percaya! Jika saya perwakilan cawangan nanti, saya sumpah, 1 undi pasti untuk DS Najib dan 1 untuk TS Muhyiddin. Akar umbi dan rakyat yang dibawah ini hanya mahu melihat UMNO menghormati dan membiarkan proses demokrasi berjalan sepertimana yang pimpinan atasan sendiri cadangkan. Tolonglah beri modal dan bukti nyata kepada akar umbi untuk bercakap, "gebang lebih sikit" dengan kawan-kawan PKR, UMNO dah baguih dan demokratik, tak macam DAP dan PKR yang suka tipu dan perbodohkan ahli sendiri. Barulah ahli bawahan ni bersemangat untuk mempertahankan parti dan merasa bangga menjadi ahli UMNNO. Tak malu ke pemimpin UMNO bila ahli bawahan macam kami di bawah ni memberi "nasihat paling basic dan bodoh-bodoh" macam ni supaya mereka mudah faham! Nak beri faham "murid kelas lembam" pun tak sesulit nak memberi faham para pemimpin UMNO. Saya cadangkan akar umbi UMNO ramai-ramai buat "air surah yasin" sebotol mineral 500ml seorang, dan beri minum para pemimpin UMNO ini sebagai sebahagian dari ikhtiar "penerang hati dan minda" agar mereka dapat berfikir secara normal dan semoga hilang sifat "besar hentak" mereka yang terlampau berani menyerahkan nasib kepada akar umbi, tapi akhirnya takut. |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |