Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Selebriti jelita ini ambil gambar wajahnya atau punggungnya?

Posted: 18 Jun 2013 03:33 PM PDT

Ok! Tak ada hadiah untuk pembaca yang cuba meneka dan menjawab soalan di atas. Tepuk dada tanya mata sendiri ke mana lirikannya...

Berjemur di bawah mentari, Sofea Vergara yang berasal dari Colombia berusia 40 tahun ini merakamkan sendiri aktiviti sepanjang harinya.

Wajahnya cukup jelita dengan senyuman yang manis dihadapan kamera, tapi rasanya 'bumper' belakangnya tak mampu disembunyikan!

Kami rasa, memang sengaja beliau beraksi sedemikian, bukan mudah nak ambil gambar punggung sendirikan? Heh!

Melayu mati, tak berbunyi...Cina mati siap ada inkues!

Posted: 18 Jun 2013 08:01 AM PDT

Kehilangan dan kematian Lim Chin Aik dalam runtuhan penebat kilat di atas Menara UMNO Pulau Pinang, telah menyebabkan Lim Guan Eng dan DAP melolong bagaikan anjing tertelan tulang babi. Desakan kepada pihak polis akhirnya membutirkan inkues untuk menyiasat kematian Lim Chin Aik yang mayatnya masih tidak ditemui sehingga ke hari ini.

Dalam kejadian pada 13 Jun 2013, Pulau Pinang telah dilanda ribut besar. Beberapa kejadian pokok tumbang dan dan kerosakan besar telah berlaku di seluruh Pulau Pinang. Tiga kematian dilaporkan dengan salah seorang daripada mereka, hilang di bawah runtuhan tanah sedalam lima meter. Kesemua kematian tersebut melibatkan orang Cina. Satu kematian lagi dilaporkan di Empangan Air Itam. Bagaimanapun, kematian tersebut berlaku akibat sakit jantung.

Punyalah hebat puak-puak Cina ini. Apabila kematian di kalangan mereka berlaku, para pemimpin mereka, terutama sekali Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP bukan main lagi berlagak untuk menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, meskipun bencana yang berlaku adalah bencana alam, bukannya jenayah pun.

Kematian Lim Chin Aik, 44, seorang penjual nasi di Jalan MacCalister, Pulau Pinang jelas menunjukkan bagaimana rasisnya puak-puak ini.

Mengapa kematian Tajuddin Zainal Abidin dalam kejadian runtuhan susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang, tidak diadakan inkues, padahal ianya melibatkan sebuah syarikat pembinaan yang telah diberikan kontrak oleh Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng?

Tentu kita semua masih ingat, bagaimana kalutnya Lim Guan Eng dan pemimpin DAP pada hari kejadian runtuhan tersebut sehingga ada sebahagian daripada berkampung di tempat kejadian untuk melihat kalau-kalau ada Cina yang mati terhempap dan kepala berkecai di bawah runtuhan tersebut. Bukan main lagi lagak mereka menyalahkan pihak berkuasa kerana lambat bertindak dan menjalankan operasi menyelamat.

Namun setelah mengetahui yang mati adalah Tajuddin Zainal Abidin dan bukannya Chong Ah Kau atau Muniandy a/l Mutusamy, tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang duduk bertinggung di tempat kejadian. Malah Lim Guan Eng pun tidak bersuara. Hilang lenyap sudah segala tuntutan.

Tetapi berbeza sama sekali apabila bencana melibatkan Cina. Lim Guan Eng dan DAP berusaha mencari jalan untuk menyalahkan UMNO sehinggakan Menara UMNO yang dibina pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO pada tahun 1998 cuba dijadikan sebagai alasan.

Sambung baca di Kedah69ers

Pilihanraya kecil yang pertama hampir pasti...tapi

Posted: 18 Jun 2013 07:08 AM PDT

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Datuk Seri Dr. Azizan Abdul Razak kini bukan lagi seorang pemimpin yang berdaya. Apabila kedua-dua belah kakinya dipotong kerana gangrene, maka gugurlah kelayakannya selaku seorang pemimpin.

Dia sedar tentang perkara itu. Apatah lagi, Azizan lebih banyak berada di katil hospital berbanding bersama-sama rakyat. Dan difahamkan sehingga sekarang, Azizan belum lagi mengangkat sumpah selaku ADUN Sungai Limau.

Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu. Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu.

Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN.

Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya.

Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Mahfuz Omar yang kemudian diproksikan oleh Phahrolrazi Zawawi. Beberapa orang Exco pilihan Azizan turut menikam belakang Azizan dan membuatkan kesihatannya bertambah teruk.

Azizan dilihat kurang bersetuju dengan amalan MENYELEWENG dan RASUAH yang menjadi amalan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin PAS sebaik-baik sahaja mereka berjaya merampas Kedah pada tahun 2008. Azizan juga seringkali bertelagah dengan beberapa orang pemimpin PAS Pusat berhubung tindakannya cuba menyekat pengaruh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng daripada bersarang dalam PAS Kedah. Malah, Azizan juga bertindak tegas terhadap golongan Syiah dan Khawarij yang telah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan PAS Pusat daripada bertapak di Kedah dengan tidak membenarkan ketua-ketua mereka menjawat jawatan penting sama ada dalam Kerajaan Negeri mahupun GLC.

Ketika Azizan Abdul Razak dimasukkan ke wad buat kali pertama, ada kalangan pemimpin PAS Kedah yang tersenyum sampai ke telinga. Kata mereka, Azizan tidak akan hidup lama. Jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar Kedah akan berpindah kepada mereka.

Sambung baca di Kedah68ers

(Video) Shae tak kisah Bobo selak skirtnya ketika persembahan

Posted: 18 Jun 2013 06:01 AM PDT

Pada anugerah Blockbuster yang lalu, Bobo dengan spontan telah mengangkat skirt Shae dan hari ini Shae memberikan jawapan mengenai perkara tersebut. Shae berkata dia tidak marah dengan tindakan Bobo yang membuat parodi terhadap lagu Sayang. Malah gadis tinggi lampai ini menyifatkan Bobo sebagai seorang yang sangat lucu dan unik.

"Pertama kali saya tonton klip video parodi itu, saya ketawa besar. Bobo sangat lucu! Tak sangkat video itu jadi popular. Biarpun ada yang memberi kritikan negatif terhadap Bobo tapi bagi saya dia sangat menghiburkan. Saya tak marah pun pada dia dan tak rasa dia rosakkan lagu saya.

"Kelmarin kami berpeluang bertemu dengannya dan sama-sama membuat persembahan di Anugerah Blockbuster 2. Mulanya dia malu-malu dengan saya tapi lama-lama dia okay. Saya gembira dapat bergabung membuat persembahan bersamannya.

Sementara itu, di minta mengulas mengenai tindakan Bobo yang seolah- olah seperti sengaja mengangkat skirtnya ketika persembahan tersebut, Shae berkata,

"Iya ka? Saya tak sedar pula dia buat macam tu. Mungkin itu hanya spontan. Saya okay saja. Lagipun memang skirt saya itu rekaannya begitu. Tiada apa-apa", ujarnya.
Perkembangan lain, Shae juga ada menerima tawaran lakonan di sini malah dia baru selesai beberapa penggambaran telemovie. Namun dia merahsiakan judul-judul telemovie tersebut kerana dia sendiri mahu memberitahu kepada peminat-peminatnya menerusi laman Twitter, apabila masa tayangannya sudah hampir nanti.

MD

Bajet 2014 dibentang Oktober ini

Posted: 18 Jun 2013 02:01 AM PDT

PUTRAJAYA - Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang melibatkan menteri-menteri Kabinet tertentu dan ketua-ketua jabatan.

"Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini.

Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita," kata beliau dalam ucapan perasmian majlis Konsultasi Bajet 2014 di sini.

Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

"Sasaran kita ialah untuk memenuhi sasaran fiskal jangka sederhana kira-kira tiga peratus daripada KDNK pada 2015 tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi domestik dan sokongan fiskal berterusan bagi inisiatif transformasi.

"Ini akan dicapai melalui gabungan berhemah yang bijak tetapi perbelanjaan produktif dan pengukuhan langkah-langkah peningkatan hasil yang termasuk pulangan cukai yang lebih baik dan penguatkuasaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)," kata beliau.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mengenai perundingan berkenaan, Najib berkata 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral dan sosial kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan.

"Saya percaya antara 96 memorandum itu dan sebahagiannya akan dipertimbangkan di mana kita fikirkan sesuai dengan matlamat kerajaan.

"Ia tertumpu kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif," kata beliau.

Najib berkata tema perundingan belanjawan tahun ini ialah "Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi ".

"Bajet tahun ini adalah suatu yang amat penting kepada kerajaan yang telah diberi mandat baharu untuk memenuhi aspirasi rakyat," kata beliau.

Najib berkata kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan daya saing negara melalui penggalakkan aktiviti ekonomi nilai tambah tinggi dan inovatif.

Kerajaan memperkenalkan inisiatif pembaharuan, khususnya dalam meliberalisasikan subsektor perkhidmatan sejak 2009.

"Memandangkan banyak inisiatif yang sedia ada, saya menggesa sektor swasta supaya mendapatkan peluang-peluang untuk melabur dan berinovasi dalam sektor perkhidmatan.

"Dengan penyertaan aktif anda, kami berharap untuk mencapai pelaburan yang disasarkan sebanyak RM44.6 bilion bagi sektor perkhidmatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi ekonomi, antaranya, pembangunan potensi pertumbuhan sektor terutama dalam perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan bakat terutama bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal.

"Bidang-bidang berkenaan perlu ditangani dengan sewajarnya untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif," kata beliau.

Malaysia mempunyai penduduk yang agak muda, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran.

Perdana Menteri berkata golongan belia hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT, dan juga berkait kepada rangkaian sosial melalui blog, Facebook dan Twitter, di mana maklumat yang tepat dan tidak tepat merebak dengan cepat.

"Mereka juga mengharapkan lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan rumah yang mampu milik.

Di samping itu, mereka mahu suara mereka didengar.

"Kerajaan menyedri akan trend baru ini dan telah menubuhkan program Belia 1Malaysia untuk menyediakan satu platform yang sama untuk belia memupuk kebolehan kepimpinan dan kesukarelawanan dalam pembangunan negara," katanya. - Bernama

'Salah kami, anak gadis jalin hubungan sejenis...'

Posted: 18 Jun 2013 01:27 AM PDT

Gambar hiasan
ANAK-ANAK adalah harta, sebaiknya mereka dididik mengikut acuan berhemah yang boleh membawa keberkatan dalam hidup mereka dalam suasana yang diberkati oleh Allah SWT.

Berilah kasih sayang agar mereka tidak melanggar batas keagamaan dan patuh kepada perintah Yang Maha Esa.

Hanya dengan iman yang teguh sahaja menjadi perisai kepada segala bentuk gangguan sihir sama ada dalam rumah tangga, cinta dan juga kerjaya.

Namun dalam melalui cinta yang terlarang, manusia sering tewas dengan ujian. Untuk memiliki sesuatu yang halal dan sah, terkadang terdapat banyak halangan.

Pun begitu tanamkan dalam hati, setiap ujian yang Allah bagi adalah kerana Allah ingin menghadiahkan kita sesuatu yang amat bernilai jika segala rintangan itu berjaya diharungi dengan penuh kesabaran dan mengharapkan keredaan Ilahi.

Minggu ini, saya ingin berkongsi pengakuan seorang ibu yang menghadapi dilema apabila anak gadisnya jatuh cinta dengan rakan sejenis.

Disebabkan keadaan yang tidak menggembirakan itu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan hubungan dengan suami juga terjejas. Semoga kisah ini menjadi pengajaran berguna yang perlu dikongsi dengan orang ramai di luar sana.

Bagaimana wanita ini menangani masalah tersebut dan apa yang terjadi kemudian, kita ikuti kisah ini bersama.

"Nama saya Kalsom (bukan nama sebenar), bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah bank. Suami saya seorang penjawat awam dan menjadi pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan.

"Kami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 13 hingga 20 tahun.

"Anak sulung saya masih menuntut di sebuah IPTA dan akan menamatkan pelajaran pada hujung tahun ini. Yang kedua juga menuntut di IPTA dan bongsu di tingkatan satu.

"Saya tidak risau tentang anak sulung kerana dia memang seorang anak yang baik, rajin solat, mendengar kata dan pandai. Begitu juga yang bongsu, nampak menyerlah dalam persekolahannya.

"Namun sebagai ibu, saya amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap anak kedua saya, yang juga anak tunggal perempuan yang saya panggil Noni.

"Tanpa saya sedari, dia telah menjalin hubungan songsang dengan rakan sejenisnya. Segalanya bermula apabila saya memberi sepenuh kebebasan kepadanya kerana yakin dia seorang anak yang sopan. Selama ini, dia tidak pernah menyakiti hati saya.

"Saya kesal kerana tidak pernah mengenali siapa kawan rapatnya. Saya ambil mudah dengan siapa dia berkawan, ke mana dia pergi dan tidak bertanya apabila dia lewat pulang ke rumah.

"Bermula dengan berkawan biasa, akhirnya bertukar status kepada kekasih. 'Ibu..., Noni lewat pulang hari ini, ada perbincangan dengan kawan'... begitulah yang sering Noni beritahu saya.

"Sebagai seorang ibu, saya mempercayainya kerana Noni tidak pernah berahsia dengan saya dan akan menceritakan segalanya jika berhadapan dengan masalah.

"Suatu hari, saya menerima kunjungan seorang tetamu yang tidak diundang, seorang wanita sebaya dengan saya. Setelah menjawab salam dan berkenalan, saya menjemput wanita itu masuk ke rumah.

"Dia memberitahu namanya Habsah (bukan nama sebenar). Dia bertanya tentang Noni dan mahu mengesahkan Noni adalah anak saya.

"Ya..., dia anak gadis saya. Kenapa dengan Noni?" tanya saya yang mula terasa tidak sedap hati.

"Beginilah Puan Kalsom, saya sebenarnya sudah buntu dan mati akal memikirkan masalah anak-anak...dan saya terpaksa beritahu puan tentang hubungan anak puan dengan anak saya.

"Anak kita sebenarnya sudah menjalin hubungan terlarang...mereka sebenarnya bercinta sesama sendiri, katanya tenang sambil menunjukkan gambar-gambar yang tertera pada telefon bimbitnya yang disalin dari telefon bimbit anaknya.

"Ketika itu dunia saya gelap seketika, adakah saya sedang bermimpi di siang hari atau ini dugaan untuk saya? Saya menangis kerana terkejut dan kesal dengan perlakuan anak saya itu.

"Istilah pengkid tidak pernah hadir dalam kamus hidup saya. Malah saya tidak pernah menyebut perkataan itu sepanjang hidup saya. Tetapi pertemuan dengan Habsah telah membongkar segala rahsia aktiviti sosial anak-anak gadis kami yang melampau dan sukar untuk saya percaya.

"Namun bukti yang ada pada Habsah telah menceritakan segala-galanya. Kami menangis sambil berpelukan dan berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini.

"Kata Habsah, suaminya belum tahu perkara tersebut dan dia juga tidak bercadang untuk memberitahu hal itu kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.

"Saya juga mengambil pendekatan yang sama iaitu merahsiakan hubungan cinta terlarang anak-anak kami daripada pengetahuan suami.

"Setelah berbincang, kami sependapat untuk 'memisahkan' mereka daripada berjumpa. Segalanya dilakukan umpama menarik rambut di dalam tepung, dengan harapan untuk membawa mereka ke pangkal jalan. Kami sepakat untuk menghantar anak-anak ke kelas bimbingan agama tetapi di tempat yang berasingan.

"Syukur mereka tidak membantah dan menurut sahaja apa yang kami minta. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di kem tersebut. Setelah hampir setahun di sana, segala niat dan doa restu kami dimakbulkan Ilahi.

"Suatu hari, sedang kami sekeluarga sedang bersantai, Noni datang dan memohon maaf kepada saya. Katanya dia terbabas jauh kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang dihanyutkan oleh budaya songsang.

"Terima kasih ibu kerana telah selamatkan saya daripada menjadi mangsa sebagai seorang gadis pengkid."

Anak gadis saya mengakui ketika itu jiwanya lebih terarah kepada sifat kelakian. Sambil memeluk saya, dia menangis kesal akan dosa yang terpalit.

"Saya bersyukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada Habsah yang telah membongkar segala yang menjadi rahsia anak-anak kami. Jika tanpa ikhtiarnya, mungkin perlakuan mereka yang songsang itu tidak dapat diselamatkan.

"Kepada ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan, awasi pergerakan dan perlakuan anak-anak. Nasihat saya, jangan terlalu percayakan anak-anak yang masih di bawah jagaan kita.

"Jika mereka tersasar dari kehidupan yang normal, cepat bertindak mengikut acuan yang digariskan oleh agama.

"Kehidupan hari ini terlalu banyak terdedah kepada 'jerangkap samar' yang ada di mana-mana. Saya nasihatkan ibu bapa mengambil peranan penting untuk memantau anak-anak agar tidak terpesong daripada batas agama.

"Saya bersyukur kerana dapat menyelamatkan Noni lebih awal. Terima kasih kepada Habsah yang prihatin dengan persahabatan anak-anak kami. Moga Allah berkati hidup Noni dan kami sekeluarga dan juga keluarga Habsah,'' demikian Kalsom menamatkan ceritanya.

Alhamdulillah, saya turut lega dengan penyelesaian kes anak Kalsom ini. Sebagai ibu, Kalsom telah bertindak bijak dengan menghantar anaknya ke pusat latihan bagi mendalami ilmu agama.

Ibu-ibu di luar sana patut mencontohi Kalsom dan Habsah dalam menangani anak-anak yang tidak terkawal ini terutama remaja perempuan.

Perhatikan tingkah laku anak-anak yang terlalu rapat berkawan. Perhatian, kasih sayang dan pemantauan amat penting bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan budaya tidak sihat.

Menutup catatan, pesanan saya, nafsu adalah mainan syaitan dalam diri seorang manusia. Bila dimanjakan, ia akan menjadi ketagih dan bila dibiarkan, kita akan terus terlupa. Sebaik-baiknya, jangan ikut nafsu tetapi ikut akal untuk mencari keredaan dan kesejahteraan hidup yang abadi.

Salam

Keluarga@Utusan

Pelakon baru lapor polis dicabul pengarah drama

Posted: 18 Jun 2013 12:01 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seni.

Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang selepas menerima ugutan.

"Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin.

Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika pengarah itu mendesak untuk menghantarnya pulang ke rumah dan cuba meraba bahagian dadanya ketika mereka dalam kenderaan.

"Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya. Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya," ujarnya

Ujar Ffarrah lagi, selepas dia menegur perbuatan itu, pengarah berkenaan mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa.

"Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti kehendaknya.

"Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk rakan—rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu," katanya.

Ffarrah yang pernah membintangi drama Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju itu, berkata, dia serik untuk menjadi seorang pelakon dan berharap kejadian berkenaan menjadi iktibar kepada pelakon baru lain.

"Saya tak sangka untuk menjadi pelakon perlu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Jangan ingat saya seorang wanita yang murah dan mudah memberi apa yang diinginkan," katanya.

mStar

'Syahid Husam': Ulamak PAS 'malas' nak ulas

Posted: 17 Jun 2013 11:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Golongan ulama PAS enggan memberikan komen berhubung kenyataan naib presidennya Datuk Husam Musa yang beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 sebagai mati syahid.

Ketika dihubungi Antarapos, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib enggan memberikan komen sehingga membaca kenyataan penuh yang disiarkan organ rasmi parti itu, Harakahdaily.

"Saya tak mahu komen lagi, saya nak baca dulu.

"Tidak sekarang (memberi komen), kemudian (selepas baca kenyataan penuh Husam)," jawab pemimpin veteran ini.

Husam dalam kenyataan di Harakahdaily, semalam berkata peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 dianggap sebagai mati syahid.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor turut menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS agar turun ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," katanya lagi.

Syahid dikategorikan beberapa jenis

Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata mati syahid boleh dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut Islam.

Beliau juga enggan menjawab pertanyaan berhubung kenyataan dilontarkan Husam itu.

"Itu kena tanya dia (Husam), mati syahid banyak jenis...orang lemas pun mati syahid, mati dalam kebakaran pun mati syahid, banyak jenis mati syahid ini.

"Mati dalam pertahankan kebenaran memang mati syahid, saya malas komen (kenyataan Husam)," jawabnya.

Himpun 505 ini bertujuan sebagai bantahan terhadap dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan menuntut supaya pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga melepaskan jawatan masing-masing.

Namun setakat ini, tidak ada kenyataan rasmi daripada pemimpin pembangkang sama ada mereka juga membantah keputusan pilihan raya negeri, khususnya di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang menyaksikan mereka terus berkuasa.

'Saya jumpa Guan Eng atas dasar kemanusiaan'

Posted: 17 Jun 2013 10:25 PM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat tidak menyalah tafsir pertemuan tertutupnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam.

Katanya, perjumpaan dengan Lim yang juga adalah Setiausaha Agung DAP dibuat atas alasan kemanusiaan untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa ribut di negeri itu.

"Kami berjumpa untuk berbincang atas alasan kemanusiaan, dan kepentingan politik harus ditolak ke tepi. Saya ada membaca komen di laman sosial Twitter, Facebook dan blog, ada yang positif dan ada juga negatif," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Semalam Ahmad Zahid mengadakan pertemuan tertutup dengan Lim dan ahli keluarga seorang lelaki yang hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian ribut di Jalan Macalister, Pulau Pinang, untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa.

Dalam kejadian angin kencang Khamis lalu, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila sebuah kereta Honda City berwarna kelabu dipercayai miliknya ditemui terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka.

Menurut beliau, prosedur baru nanti akan turut menyentuh soal perlindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan.

"Pekerja asing (ketika ini) berhutang RM26 juta dengan hospital kerajaan bagi khidmat perubatan, dan perkara ini juga kami akan tekankan dalam kajian semula itu," katanya.

Beliau berkata, kajian juga akan melihat mengenai bon dalam pengambilan pengawal-pengawal keselamatan dari kalangan rakyat asing supaya pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran pekerja mereka dalam negara tidak melebihi tempoh yang dibenarkan.

Pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan pekerja asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana Malaysia memerlukan khidmat mereka untuk membangunkan ekonomi negara, katanya.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan mengambil contoh sistem pengambilan pekerja asing yang diguna pakai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura untuk dibuat perbandingan dalam menampilkan sistem terbaik buat negara.

Beliau berkata, UAE adalah contoh negara yang dapat mengawal kehadiran warga asing dengan baik, apabila negara yang mempunyai penduduk sekitar 500,000 orang itu memiliki kira-kira 4.6 juta pekerja asing ketika ini.

Antarapos

Kemaskini! Bukan Sofi Jikan, tetapi adiknya yang meninggal dunia

Posted: 17 Jun 2013 10:12 PM PDT

Laman web Oh Artis melaporkan mereka menerima maklumat dari pengunjung laman Facebook mereka yang memaklumkan mengenai kematian pelakon terkenal Sofi Jikan.
Namun demikian, pengesahan dari pihak hospital masih lagi belum diterima. Oleh yang demikian mereka masih beranggapan ianya satu khabar angin lagi.

Menurut mesej inbox tersebut, individu tersebut mendakwa Sofi Jikan meninggal kerana dijangkiti denggi dan akan dikebumikan di Kota Damansara.

Laman tersebut masih berharap ada pengesahan rasmi dan berharap ianya bukan berita palsu

UPDATE!

Beberapa komen yang kami terima melalui Facebook mengatakan yang meninggal bukanlah Sofi Jikan, tetapi adiknya.

Mungkin selepas ini Sofi Jikan sendiri dapat membuat pengesahan setelah segala urusan kematian di selesaikan.

Dipihak kami, kami ucapkan takziah atas pemergian adinda beliau.

Selar pemimpin Pas, Haron Din mahu penjelasan Husam

Posted: 17 Jun 2013 08:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din (gambar) mahu mendapatkan penjelasan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang Husam menyelar para pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu.

Oleh itu, Haron menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat sebelum memberikan reaksi terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.

Dalam masa sama, beliau meminta ahli Pas supaya mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli parti tersebut menyertai perhimpunan sebegitu yang dianggap sebagai pendirian tidak rasmi parti.

"Itu suatu agenda parti yang selama ini diamalkan iaitu kita patut mendengar kenyataan Presiden atau Ketua Penerangan atau sesiapa yang dilantik parti jadi bila Presiden kata begitu, saya berpegang dengan itu dan bukannya pemimpin lain (Husam).

"Saya sendiri pula dari dahulu tidak sertai perhimpunan atas sebab kemampuan dan kesihatan. Jantung saya bukan sihat sangat, dari dahulu tidak kerana kesihatan saya tidak mengizinkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas percanggahan kenyataan Abdul Hadi semalam yang tidak memaksa ahli Pas menyertai perhimpunan sebegitu sedangkan Husam sebelum ini mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokongnya sebagai pengkhianat parti yang lupa asal-usul.

Dalam satu perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan minggu lalu, Husam turut mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong perhimpunan itu sebagai menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan serta mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Haron menambah, dari segi prinsip, Islam tidak melarang umatnya daripada menyertai sebarang perhimpunan selagi ia tidak mengundang padah.

Utusan

Kuota haji kurang 20 peratus tahun ini

Posted: 17 Jun 2013 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Bakal jemaah haji yang telah menyelesaikan urusan pendaftaran pengesahan dan persetujuan tawaran menunaikan haji bagi musim 1434H, tidak terjejas meskipun kuota jemaah haji Malaysia berkurangan sebanyak 20 peratus pada tahun ini.

"Tawaran tidak akan ditarik balik. Bakal jemaah haji itu disaran meneruskan persiapan menunaikan ibadah haji seperti biasa," demikian menurut Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan hari ini.

TH juga menyarankan bakal jemaah yang terpilih namun belum memberikan jawapan, agar berbuat demikian dengan segera.

"Bakal jemaah haji berkenaan akan dimaklumkan mengenai status mereka melalui surat panggilan kursus intensif haji yang sedang dan akan dijalankan," menurut kenyataan itu.

Menurut TH, bagi yang menghantar surat rayuan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, jika mereka tidak menerima apa-apa maklumat lanjut sehingga akhir Ramadan 1434H, ia bermakna rayuan mereka gagal.

Pengurangan kuota jemaah haji itu adalah berikutan arahan terbaharu kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

TH berharap orang ramai, terutama bakal jemaah haji, dapat menerima keputusan itu serta memahami keadaan kerana pengurangan kuota adalah bersifat sementara, yang dijangka berkuat kuasa dalam tempoh dua atau tiga tahun.

"Apabila projek mega ini siap, ia mampu menampung jemaah yang lebih ramai dari seluruh dunia dan menjamin keselesaan ketika menunaikan ibadah rukun kelima Islam itu," menurut TH.

Untuk maklumat lanjut, bakal jemaah disaran melayari laman sesawang TH di www.tabunghaji.com.my atau menghubungi TH Contact Centre di talian 03-6207 1919. - Bernama

MB tak endah arahan Anwar lantik pegawai seranta

Posted: 17 Jun 2013 07:31 PM PDT

SHAH ALAM: Bulan lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kongres parti itu mengarahkan Menteri Besar Selangor supaya melantik Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution sebagai Pegawai Seranta Politik, namun perkara itu bukan sahaja belum dilaksanakan tetapi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus cuba berdolak dalih.

Khalid selepas mempengerusikan Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor pagi tadi, mengakui bahawa arahan Anwar supaya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dilantik sebagai Pegawai Seranta Politik belum dilaksanakan.

Alasannya, Pejabat Menteri Besar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor masih dalam proses menyediakan 'kertas tugas' untuk penyandang jawatan itu.

Malah, beliau juga mempunyai pemahaman tersendiri berhubung jawatan itu yang sepatutnya menjaga hal ehwal politik parti-parti yang memerintah di negeri itu dengan pentadbiran negeri.

"Setiap lantikan mesti disusuli dengan tugas-tugas kerja. Oleh sebab itu kita menerima cadangan Pegawai Perhubungan Politik, tapi kita juga mesti menyediakan tugas-tugas kerja yang boleh kita pantau keupayaannya.

"Buat masa ini pihak Pejabat Menteri Besar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor menyediakan kertas-kertas untuk tugas yang boleh diberikan kepada Pegawai Perhubungan Politik," katanya.

Khalid pada mulanya menyatakan sokongan terhadap cadangan itu sekali gus berpendapat adalah menjadi satu keperluan pentadbirannya dibantu oleh wakil politik bagi menjadi perantara pentadbiran dan politik di Selangor.

Malangnya sehingga hari ini beliau masih gagal mengumumkan wakil yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Sumber PKR yang rapat dengan Mohd Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, sebelum ini memberitahu Antarapos bahawa semua perkembangan itu adalah sandiwara Khalid yang jelas mempermainkan Anwar.

"Sebenarnya, Khalid memang tidak mahu campurtangan Saifuddin (Nasution) dalam pentadbirannya. Justeru, beliau sendiri mencadangkan DAP dan PAS supaya secara terbuka menuntut jawatan yang sama.

"Khalid berharap jika semua pihak membuat tuntutan, beliau akhirnya terpaksa melupakan hasrat melantik tiga pegawai seranta dengan alasan menjimatkan wang rakyat," kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, Khalid langsung tidak serius dengan arahan Anwar agar Saifuddin dilantik sebagai pegawai di Pejabat Menteri Besar itu kerana tidak mahu pentadbirannya dipantau dan dilaporkan kepada parti.

"Khalid ini bijak, dia sedar jika Saifuddin diletakkan di pejabat MB, maka segala tindak tanduknya akan diketahui oleh parti dan Anwar. Jadi dia menghasut DAP supaya meminta jawatan yang sama.

"Tapi Khalid ini sebenarnya lupa bahawa DAP juga mahu memperkudakannya demi kepentingan politik orang Cina di Selangor," kata sumber itu.

Antarapos juga difahamkan DAP turut tidak senang dengan pelantikan tersebut sekali gus mencadangkan supaya PAS untuk memberikan nama wakil sebagai Pegawai Seranta Politik.

Malah DAP turut tidak terkecuali mencadangkan nama Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu, Teresa Kok bagi memastikan keseimbangan kerana DAP juga adalah rakan kongsi sekata dalam Pakatan Rakyat.

PAS Selangor pula kemudiannya mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Seranta Politik di Pejabat Menteri Besar.

Antarapos

'Cina boleh jadi PM jika...'

Posted: 17 Jun 2013 07:01 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada apa yang didakwanya sebagai sifat perkauman yang diterapkan pembangkang dan bercampur dengan bangsa lain.

"Jika orang Cina bersedia melangkah melangkaui sempadan kaum, bercampur sepenuhnya dengan masyarakat pelbagai kaum Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa, saya percaya Malaysia suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina," katanya dalam wawancara dengan Sin Chew Daily.

Beliau mendakwa, rakyat Malaysia berbangsa Cina sudah didoktrinasi dengan perkauman melampau, terutamanya oleh DAP.

Sebaliknya, kata Shahidan, BN bergerak ke arah kerajaan yang inklusif untuk semua kaum dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia.

Janda hanyut asmara dengan warga Nepal dicekup

Posted: 17 Jun 2013 06:02 PM PDT

KLUANG - Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.

Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.

Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)& (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

"Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.

"Manakala, wanita tersebut turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>