PEJUANG BANGSA |
- Isu mati syahid adalah hak & ketentuan Allah bukannya Husam !! #BLACKOUT505
- HOT ! Giliran Husam jual fatwa SYAHID untuk macai PAS turun #Blackout505
- HOT ! MARAH PASUKAN PENYELAMAT LAMBAT KETIKA BENCANA , KPI UTAMA GUAN ENG ! @tunfaisal
- HOT ! ANWAR LEBIH TAHU PASAL PEMBINAAN MENARA UMNO !!!
- HOT ! APA YANG DIBINCANGKAN ANTARA TUN M & @NajibRazak SELAMA 2 JAM ??
- HOT ! DAP malu besar Zahid sound jangan kaitkan politik isu bencana alam !! @dzainalabidin
- TERKINI ! @Zahid_Hamidi arahkan tubuh inkues siasat status lelaki Cina hilang
Isu mati syahid adalah hak & ketentuan Allah bukannya Husam !! #BLACKOUT505 Posted: 18 Jun 2013 09:00 AM PDT Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menasihati Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa agar tidak menggunakan agama sebagai modal demi kepentingan politik. Menurut beliau, Husam sewajarnya lebih bijak dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan pandangan, terutama dalam isu yang melibatkan agama. Tambah beliau lagi, hanya Allah SWT yang berhak untuk menentukan sama ada seseorang itu syahid atau tidak. "Jangan gunakan agama sebagai modal untuk mencapai kepentingan politik. Isu syahid ini adalah hak dan ketentuan Allah SWT. Jadi saya minta Datuk Husam agar lebih berhati-hati dalam menyebut perkara dan hal tentang agama ini. "Usahlah menjual agama untuk kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Saya kira pendirian beliau sendiri sebenarnya bercanggah dengan beberapa pemimpin PAS yang lain," katanya ketika dihubungi Antarapos. Husam dalam kenyataannya yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily semalam beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid. "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah..," katanya dipetik dari halaman Harakahdaily. Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang pernah menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu sebagai 'syahid dunia'. Justeru itu Fathul mempersoalkan atas kredibiliti apa yang membolehkan pemimpin pembangkang ini menentukan yang mana layak dianggap mati syahid dunia atau pun akhirat. "Kalau sebahagian daripada mereka pernah mempertikaikan tentera dan polis kita yang berjuang di Lahad Datu, yang terkorban, mati mereka bukan dikategorikan sebagai mati syahid akhirat, mengatakan itu syahid dunia dan sebagainya, mereka juga perlu prihatin dengan isu yang mereka lakukan sekarang. "Bahkan bukan beliau (Husam) saja, termasuk pemimpin PAS, PKR, Umno atau sesiapa saja, dalam isu yang berkaitan agama, kita mohon supaya diteliti, dianalisa terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan atau pandangan agar kita dilihat lebih bijaksana dan matang dalam berhujah. Wallahualam," ujar beliau. |
HOT ! Giliran Husam jual fatwa SYAHID untuk macai PAS turun #Blackout505 Posted: 18 Jun 2013 07:25 AM PDT Bila kita kata PAS jual syurga & agama untuk politik , depa marah .. Tapi kali ini mereka jual lagi.... Macai PAS tak perlu pergi ke Palestin berjuang menentang Zionis Israel . Ini kerana kalau mati ketika bersama-sama Anwar & DAP di himpunan haram Blackout505 dah cukup syarat untuk digelar mati syahid !! Siapa yang kata ?? Beliau adalah HUSAM MUSA yang kalah di Putrajaya ... Kita dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir , jadi fikir-fikirkan lah ye... ....kalau Mufti cakap nanti dituduh pulak Mufti UMNO bersuara.. Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505. "Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar). Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya. "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa. -HAPRAK DAILY |
HOT ! MARAH PASUKAN PENYELAMAT LAMBAT KETIKA BENCANA , KPI UTAMA GUAN ENG ! @tunfaisal Posted: 18 Jun 2013 05:51 AM PDT Sejak dari isu jambatan kedua P.Pinang hingga penebat petir Menara UMNO runtuh , Guan Eng tak habis-habis mempertikai tugasan pasukan penyelamat iaitu BOMBA, Polis dan lain-lain agensi ketika membuat kerja. Sebabnya mudah ... nak tunjuk dia lah seorang pemimpin yang buat kerja di depan rakyat ...menunjukkan kemarahan kepada pasukan penyelamat baginya umpama KPI wajib dirinya tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan prosedur kerja mencari dan menyelamat. Kalau semua orang buat kerja tak betul ..Lu jadi kerajaan sendiri buat la .. – Pemuda UMNO Pulau Pinang memuji kecekapan pasukan mencari dan menyelamat ketika melaksanakan tugas mereka dalam kejadian penebat kilat runtuh di Jalan Macalister, di sini Khamis lepas. Ketuanya Dr Shaikh Hussein Mydin berkata mereka yang meliputi anggota bomba dan penyelamat, polis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan pekerja binaan telah melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan piawaian kerja yang ditetapkan. "Justeru tidak adil sekiranya (ada) kata pasukan mencari dan menyelamat ini lambat buat kerja, beri mereka ruang untuk menyiapkan semua kerja mereka," katanya selepas meninjau kawasan kejadian, di sini hari ini. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng mendakwa pasukan mencari dan menyelamat terbabit lambat dalam menjalankan kerja-kerja terbabit. Mengulas lanjut, Shaikh Hussein berkata setiap perkara yang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat dilaksana dengan mengambil kira pelbagai aspek bagi mengelak kejadian tidak diingini. Pada Khamis lepas, penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO di Jalan Macalister di sini, runtuh dan menghempap jalan serta beberapa kenderaan, susulan kejadian angin kencang. Insiden pukul 6.45 petang itu turut mengorbankan Jahir Sulaiman, 46, selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap struktur binaan penebat tersebut. Selain itu, seorang lagi mangsa Lim Chin Aik, 44, juga dikhuatiri maut dalam kejadian berkenaan selepas polis menemui casis kereta yang terbenam di kawasan runtuhan sepadan dengan kereta milik penjual nasi lemak terbabit. Usaha mencari dan mengesan Lim dihentikan hari ini selepas pihak berkuasa khuatir operasi menggali di kawasan itu akan menjejaskan struktur bangunan lain memandangkan keadaan tanah yang lembut dan mudah mendap. Lim yang memandu kereta jenis Honda City dilapor tidak kembali ke rumahnya sejak keluar untuk menjemput anaknya di sekolah pada petang hari kejadian. |
HOT ! ANWAR LEBIH TAHU PASAL PEMBINAAN MENARA UMNO !!! Posted: 18 Jun 2013 01:55 AM PDT Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang diterajui Gerakan sebelum ini berhubung kebenaran pembinaan Menara Umno dibina sebelum pelan pembangunannya dikemukakan dan diluluskan. Menurutnya, kerajaan tempatan ketika itu membenarkan bangunan itu dibangunkan seperti yang dimohon kontraktor di atas klasifikasi sebagai kerja khas iaitu pada 23 Disember 1995, sedangkan pelan bangunan yang pertama diserahkan selepas dua tahun iaitu pada 31 Julai 1997 manakala pelan yang diubahsuai pula dihantar pada 24 Julai 1998. "Bagaimana kerajaan negeri ketika itu tunduk kepada Umno negeri dengan membenarkan kerja bermula walaupun pelan bangunan itu belum dikemuka? Jika kita lihat dari sejarah terdahulu, pada 1 Oktober 1996, Timbalan Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah melawat bangunan berkenaan seolah-olah 'merestui' ia dibangunkan walaupun pembinaan pelan bangunan masih belum diserahkan. "Selepas itu, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula mengeluarkan satu surat kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk bertanya kepadanya alasan mengapa berlaku kelewatan di dalam projek berkenaan. "Dalam surat itu, Tsu Koon memaklumkan bahawa beliau perlu melaporkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada media di tapak kejadian semalam. Ketika dihubungi, Hock Nan berkata, kejadian itu berpunca daripada 'masalah teknikal yang berlaku semasa bencana alam' yang mana arkitek dan jurutera terlibat tidak dapat meramalkan bahawa penebat kilat itu akan jatuh dari bangunan berkenaan. "Terdapat banyak bangunan lain dengan struktur yang sama seperti di Menara Umno namun, selagi arkitek bertanggungjawab bersedia untuk membayar denda jika mereka tidak mematuhi garis panduan, prosedur dan pelan bangunan, saya rasa itu tidak menimbulkan masalah. Kita mengadakan garis panduan dan prosedur yang ketat serta telus pada masa bangunan itu dibangunkan. "Arkitek yang dilantik juga adalah dari sebuah syarikat antarabangsa terkenal dan pernah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa berikutan hasil kerja mereka setaraf dengan anugerah yang diberikan. Apa yang Wei Aik cuba sampaikan dengan mengajukan soalan sebegini?" katanya. Menurutnya, Wei Aik tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak berikutan apa yang lebih penting ialah memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang. "Persoalan beliau dilihat seperti cuba untuk memberi gambaran bahawa kerajaan negeri sebelum ini membenarkan bangunan itu dibina dengan cepat seperti yang dimahukan Umno tanpa mengambil kira keselamatan orang awam. "Kenyataan itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar dikeluarkan. Tidak wajar untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran kerajaan sebelum ini terutama kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Shaik Hussein Mydin berkata, bangunan itu dibina pada 1998. "Seingat saya, bangunan ini dibina pada 1998 iaitu ketika Anwar selaku orang pertama dalam Umno di negeri ini. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih berhubung status bangunan ini serta reka bentuknya. "Jika sesiapa yang hendak tahu lebih berhubung perkara ini, sila bertanya kepada Anwar kerana saya percaya, beliau lebih tahu semuanya," katanya. |
HOT ! APA YANG DIBINCANGKAN ANTARA TUN M & @NajibRazak SELAMA 2 JAM ?? Posted: 17 Jun 2013 11:40 PM PDT Apa yang dibincangkan dalam satu pertemuan rahsia antara Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir selama 2 jam di Yayasan Kepimpinan Perdana ? Pertemuan ini berlaku sebaik sahaja Najib pulang dari Indonesia kelmarin. Pertemuan empat mata pemimpin Negara ini pastinya terus menamatkan cerita & fitnah bahawa berlaku perselisihan antara mereka selepas PRU13. Mungkin kenyataan Tun M yang terbaru dalam minggu mungkin dibincangkan antara mereka. Selain itu isu pemilihan parti UMNO pasti menjadi topik utama dibincangkan . Kelmarin DS Najib Razak berada di Indonesia dan setelah kembali petang ini beliau meluangkan masa hampir dua jam untuk melawat dan berbincang empat mata bersama Tun Dr Mahathir. Kepada mereka yang membawa cerita dan spekulasi bahawa berlaku perselisihan antara mereka berdua sejak selepas penamaan calun PRU 13 saya nasihatkan hentikanlah saja kerja sia sia tersebut - MINAQ JINGGO- |
HOT ! DAP malu besar Zahid sound jangan kaitkan politik isu bencana alam !! @dzainalabidin Posted: 17 Jun 2013 09:29 PM PDT - Perbezaan politik seharusnya diketepikan demi mencapai penyelesaian terbaik dalam menangani sesuatu isu termasuk bencana alam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mencampur aduk sentimen politik dalam kejadian rod penebat kilat di atas Menara UMNO yang jatuh ke Jalan Macalister sehingga menyebabkan kematian hanya akan merumitkan keadaan. Menurutnya, hasil perbincangannya dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, segala kerumitan dapat diselesaikan dan semua pihak akhirnya mendapat keputusan terbaik. "Hari ini kita buktikan perbezaan politik dapat diketepikan demi mencapai keputusan terbaik. "Bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri, kita akan menyerahkan bantuan kepada keluarga mangsa. "Selain itu, saya akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang bentuk bantuan yang dapat disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada keluarga mangsa," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat tapak kejadian di sini hari ini. Yang turut hadir Guan Eng; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir ; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan isteri mangsa, Lee Chai Song. Khamis lalu, negeri ini dilanda ribut menyebabkan tiang rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO tumbang lalu menghempap beberapa kenderaan di kawasan tersebut. Seorang lelaki, Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus dalam lopak yang terbentuk akibat dihempap rod tersebut dan mayatnya gagal ditemui meskipun rangka kenderaannya berjaya dikeluarkan. Berikutan kejadian itu, pembangkang seolah-olah menyalahkan UMNO dan isu tersebut sengaja dimainkan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bertujuan memburuk-burukkan UMNO. |
TERKINI ! @Zahid_Hamidi arahkan tubuh inkues siasat status lelaki Cina hilang Posted: 17 Jun 2013 05:49 PM PDT - Sebuah jawatankuasa inkues ditubuhkan bagi menyiasat dan memutuskan status Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai hilang dalam kejadian runtuhan rod konkrit penebat kilat Menara UMNO di Jalan Macalister akibat ribut pada Khamis lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat seperti polis, bomba, pasukan forensik, kerajaan DAP Pulau Pinang dan keluarga mangsa. "Setelah forensik menjalankan pemeriksaan hari ini, tiada sebarang bukti ditemui tentang mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam lubang yang terbentuk itu. "Jadi, kita putuskan penubuhan inkues bagi menyiasat perkara ini. Inkues itu akan bermula esok dan mengambil masa tiga hari," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian dan mengadakan mesyuarat berhubung tragedi berkenaan di sini hari ini. Turut serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Ahmad Zahid berkata, inkues berkenaan akan diketuai Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan keputusannya diserahkan kepada beliau pada 20 Jun ini. "Ini perlu dilakukan supaya Jabatan Pendaftaran Negara dapat mengeluarkan sijil kematian dan anggota keluarga boleh menggunakannya untuk membuat tuntutan insurans dan sebagainya. "Saya juga akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim tentang bantuan yang dapat disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana mangsa adalah pencari nafkah kepada keluarga dan tiga anaknya. Selain itu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri juga akan menghulurkan bantuan," katanya. Ahmad Zahid berkata, walaupun kejadian tersebut disifatkan sebagai bencana alam, beliau memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam operasi. Dalam kejadian ribut yang disifatkan terburuk pernah melanda negeri ini serta mengorbankan dua nyawa, rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kuat, seterusnya menghempap lapan kenderaan yang ketika itu melalui jalan berkenaan. Akibatnya, terbentuk satu lubang selebar tiga meter dan ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan pada Sabtu lalu, pekerja menemui bahagian bumbung sebuah kereta yang tertimbus di dalam lubang itu. Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan casis kereta jenis Honda City dan sepadan dengan yang dilaporkan hilang sehari selepas kejadian. Usaha pasukan mencari dan menyelamat bersama kontraktor menggali kawasan berkenaan sehingga mencapai kedalaman lapan meter, bagaimanapun gagal menemui mayat mangsa. Bangkai kereta berkenaan hanya berjaya dikeluarkan selepas 48 jam operasi dijalankan. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerja-kerja mencari terpaksa dihentikan kerana mendapat nasihat jurutera yang mengatakan berbahaya kepada bangunan di sekeliling. "Akibat kerja-kerja mencari yang dilakukan sebelum ini, beberapa bangunan seperti masjid yang terletak di tempat kejadian mengalami keretakan. "Kita terpaksa hentikan operasi kerana bimbang kesan jangka panjang dan ini keputusan terbaik," katanya. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |