Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Kisah Melayu Singkong (Ubi Kayu) dan Melayu Keju.
- SURAT PERJANJIAN ANWAR
- UMNO Dalam 'Bahaya'. Pembangkang Bawa 'Bangla' Semasa #Black505, Bukti Penipuan PRU.
Kisah Melayu Singkong (Ubi Kayu) dan Melayu Keju. Posted: 17 Jun 2013 10:15 PM PDT Dah lama tak dengar lagu Singkong dan Keju. Ketika MyMassa dengar lagu ini ketika kecil dahulu, MyMassa terfikir berapa ramai orang Melayu yang begitu bertuah dapat makan keju. Yang Melayu makan singkong (ubi kayu) memang ramai. Malah yang makan pucuk paku ubi kayu pun ramai. Tetapi hari ini, makan keju bukanlah perkara yang 'mewah'. Anak-anak Melayu di bandar telah pun diberikan keju sejak kecil lagi. MyMassa bukannya nak menulis mengenai makanan tetapi hakikat kejayaan Orang Melayu pasca merdeka. Dalam artikel ini, istilah Melayu Singkong merujuk kepada Melayu tradisional manakala Melayu Keju adalah Melayu Liberal. Baru-baru ini kita digemparkan dengan cadangan SUARAM supaya dasar kemasukan bumiputera ke UiTM dihapuskan. Kepada orang Melayu Singkong, cadangan ini tidak munasabah dan merupakan tuntutan yang melampau. Namun bagi Melayu Keju, mereka menyokong penuh cadangan SUARAM. Bagi mereka, sudah tiba masanya orang Melayu bersaing dengan kaum lain tanpa menggunakan 'tongkat' dan keperluan melaksanakan meritrokasi. Lebih menyedihkan bila virus Melayu Keju ini menular kepada pelajar, alumni dan pensyarah UiTM sendiri. Mungkin bagi Melayu Keju, mereka membandingkan kemajuan orang Melayu berpaksikan pandangan mereka yang hanya di bandar sahaja. Oleh kerana berperspektifkan ruang lingkup mereka, maka mereka tidak nampak begitu besar jumlah orang Melayu yang masih memerlukan 'tongkat' untuk berjaya. Masih ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera yang belajar dengan kekurangan kemudahan pembelajaran di luar bandar memerlukan kuota untuk melayakkan diri ke menara gading. Seorang rakan MyMassa yang juga pensyarah UiTM tidak segan silu untuk berkempen bagi pihak pembangkang dalam PRU yang lepas. Baginya, Kerajaan sekarang ini menjadi penghalang kepada kemajuan orang Melayu. Anehnya, bila ditanya apa alasan dia menuduh seperti itu, jawapannya sama seperti yang kita baca dalam portal pembangkang, RASUAH dan KORUPSI. Tetapi bila ditanya berapakah peratuskah orang Melayu yang mengamalkan rasuah, rakan MyMassa tak mampu menjawab. Dia hanya mampu berpusing-pusing dengan cerita kapal selam. Hujah MyMassa mudah. Rasuah ini memang tak dapat dinilai dengan tepat dan hanya dikira melalui persespi (Indeks Persepsi Rasuah (CPI)). Tanya MyMassa kepada rakan, sepanjang dia hidup, berapa kali dia memberi dan menerima rasuah? Jawapannya tidak pernah. Jika tidak pernah, bagaimana dia tahu rasuah di negara kita ini begitu teruk? Dia jawab hanya melalui pembacaan dan ceramah politik. Realiti Melayu Keju yang merasakan dia bijak, tetapi kerana 'terlalu bijak', dia sendiri termakan dengan perangkap persepsi pihak tertentu. Itulah kisah antara Melayu Singkong (MyMassa) dan Melayu Keju (rakan). Mungkin Melayu Keju merasakan mereka telah berjaya tetapi mereka terlupa untuk memperjuangkan nasib ramai lagi golongan Melayu Singkong di kampung. Kepada mana-mana pembaca yang merasakan diri anda Melayu Keju, mohon tonton video ini. *Sebar-sebarkan video ini untuk sedarkan golongan Melayu Keju terutamanya dalam isu kuota UiTM. |
Posted: 17 Jun 2013 04:30 PM PDT Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla. Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman. SIAPA BUAT SURAT PERJANJIAN Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13. Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri! Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya. Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini. Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib! TUDUHAN KEPADA NAJIB Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut. Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani "Perjanjian" itu. Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan. Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terlibatmula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya. Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju. Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada Anwar, bahawa DS Najib tidak mahu menandatangani perjanjian itu. Pada pengamatan saya, DS Najib menghormati kemunculan Bapak Jusuf Kalla sebagai sahabatnya juga, maka apakah kamu fikir jika tetamu besar seperti bapak Jusuf Kalla bertandang ke rumah DS Najib dan kamu meminta DS Najib menutup pintu? Makanya, DS Najib mesti melayan Bapak Jusuf Kalla dengan seribu kemuliaan sebagai seorang tetamu apatah lagi sahabat lama. Saya bercakap panjang lebar dengan Bapak Jusuf Kalla dalam hal ini, dan saya berpendapat para ahli UMNO dan bloggers tidak berlaku adil kepada DS Najib dalam hal ini, sebab itu saya terpaksa menulis dengan agak panjang sedikit. KENAPA SAYA MEMBELA DS NAJIB Saya terpaksa ke depan kerana saya satu-satunya bertemu dengan Bapak Jusuf Kalla, maka saya mesti membetulkan rumors yang salah. Saya menerima pelbagai sms daripada rakan blogger dan wartawan, antara rumors salah kononnya dalam perjanjian itu DS Najib meminta kepada Anwar Ibrahim sekiranya DS Najib kalah agar dirinya dan keluarganya jangan dipenjara! Ini adalah satu cerita rekaan dan fitnah yang sangat besar kepada DS Najib. Tidak ada tertulis dalam perjanjian akan hal itu, malah tidak disebut pun, hanya selepas sebulan ini barulah cerita rekaan itu muncul dan saya beri jaminan kepada anda cerita itu tidak benar. Anwar hanya bercakap tentang isu besar dalam PRU13 iaitu jawatan Perdana Menteri yang menjadi idamannya, Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap tentang masa depan Nurul Izzah dan beberapa perkara lain. Mereka bercakap tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penuh, isu dakwat, isu pengundi Bangladesh dan hal-hal lain. Malangnya, saya bersetuju dengan Bapak Jusuf Kalla bahawa Anwar sendiri yang merangka idea perjanjian itu, Anwar yang datang bertandang ke rumah Bapak Jusuf Kalla bercakap tentang idea perjanjian itu, malangnya sesudah PRU13, Anwar tidak komited kepada apa yang diusahakannya sendiri. Kekecewaan dan "kemarahan" Bapak Jusuf Kalla ialah tatkala dia sangat komited membantu, Anwar pula tidak komited kepada usaha janjinya sendiri! Saya fikir cukup setakat ini dulu. Bacalah semula artikel-artikel ini, saya menyembunyikan sesuatu di dalamnya : Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya mesti menjaga kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 baru-baru ini. Bukan soal two third majoriti atau menang besar dan menang kecil, peraturannya ialah jika kita mahu menghormati hak rakyat, menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan berkerajaan di Malaysia, Anwar seharusnya mengucapkan kepada DS Najib "Selamat Maju Jaya". Itulah juga yang diungkapkan oleh Khalifah Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, dalam buku yang ditulis oleh Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi bahawa hormatilah "keputusan demokrasi". Salam hormat dari saya kepada anda pembaca budiman. Dipetik daripada jentayuabaka.blogspot.com |
UMNO Dalam 'Bahaya'. Pembangkang Bawa 'Bangla' Semasa #Black505, Bukti Penipuan PRU. Posted: 17 Jun 2013 12:54 AM PDT Nampaknya kata-kata Anwar Ibrahim bahawa ada 40,000 'BANGLA' mengundi pada PRU lepas bukan satu tuduhan. Cuba tengok gambar semasa FLASH MOB pada hujung minggu lepas. SUMBER Bukan 40,000. Rupa-rupanya 'BANGLA' yang Anwar dakwa tu dah bertambah jadi 1,000,000 orang! Berrriiibbbuuu-rrriiibbbuuu tahniah MyMassa ucapkan kat makcik dalam gambar kat atas. Walaupun golongan India Muslim dan kaum India dituduh sebagai 'BANGLA', makcik kat atas ni tetap boleh percaya dengan penipuan 'BLACK505'. *Kaum sendiri kena hina pun mereka masih nak sokong Anwar. Kesian.... |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |