Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Maruah pramugari Air Asia semurah tambangnya?

Posted: 17 Jun 2013 10:02 AM PDT

Kami kutip sekeping gambar dari satu posting sebuah blog yang memuat naik gambar aksi beberapa orang pramugari Air Asia.

Dalam posting pendek blog tersebut, penulisnya menyelar gaya yang ditunjukkan oleh pramugari-pramugari tersebut.

Aksi separa lucah dengan jeliran lidah dan butang baju terbuka dibahagian dada, penulis tersebut menganggap maruah pramugari ini amat murah seperti mana tambang penerbangannya!

Penulis berkenaan tidak pula mengaitkan beberapa insiden yang berbaur politik ataupun perkauman yang bersangkutan dengan syarikat penerbangan ini. Komen beliau jelas dari pandangannya sendiri.

Itu pandangan beliau, bagaimana pula anda?

DAP ada kaedah 'berkesan' banteras maksiat rumah urut Selangor

Posted: 17 Jun 2013 08:03 AM PDT

Sepatutnya perkara ini, PAS lebih dahulu ke depan dengan beberapa cadangan, tapi PAS lebih banyak mendiamkan diri, kononnya tak terbabit dengan portfolionya...

Malaysiakini melaporkan Datuk Teng Chang Khim, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

Berhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi - pengasingan jantina.

Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki - dan sebaliknya - boleh membendung kejadian pelacuran.

Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

"Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya.

Isteri jalin hubungan sulit ketika suami dalam penjara hingga lahir anak

Posted: 17 Jun 2013 07:01 AM PDT

Gambar hiasan
Alor Gajah: Seorang wanita menggunakan kesempatan ketiadaan suaminya yang dipenjarakan bersekedudukan dengan seorang lelaki hingga melahirkan anak tidak sah taraf di Durian Tunggal, di sini.

Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai menjalin hubungan terlarang dengan pasangannya yang 10 tahun lebih muda sejak beberapa tahun lalu hingga dia melahirkan anak lelaki yang kini berusia dua tahun.

Kegiatan pasangan itu terbongkar selepas kediaman diduduki mereka di sebuah pangsapuri diserbu pegawai syarak bersama anggota polis selepas mendapat maklumat.

Sumber berkata, pegawai syarak memberi salam di dalam rumah yang berkeadaan gelap sebelum kedengaran suara dari dalam rumah bertanyakan sesuatu sebelum senyap.

"Pegawai syarak kemudian memaklumkan tujuan kehadirannya ke rumah itu dan terpaksa menunggu selama kira-kira 30 minit sebelum pintu dibuka seorang wanita berkemban.

"Wanita itu kelihatan terpinga-pinga sebelum membenarkan pemeriksaan dilakukan di dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam sebuah bilik mendapati keadaan tersusun kemas manakala pemeriksaan di sebuah lagi bilik menemui enam orang termasuk kanak-kanak sedang nyenyak tidur termasuk seorang lelaki dan wanita itu mendakwa lelaki itu adalah anak saudaranya.

"Siasatan lanjut bagaimanapun mendapati dakwaan wanita berkenaan adalah alasan semata-mata bagi mengelak diberkas. Pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai tangkapan berkenaan.

Padah SPR ikut telunjuk 'golongan hilang akal'

Posted: 17 Jun 2013 06:03 AM PDT

Muka tak malu!

Itulah yang boleh diperkatakan tentang gelagat para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR dan DAP yang terus mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana kononnya tidak menjalankan tugas dengan jujur dan telus.

Alasan mereka, PRU-13 dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan taktik untuk memenangkan Barisan Nasional. Tuduhan-tuduhan mereka pula, kononnya sangat kukuh dan telah membuktikan bahawa SPR memang telah mencabuli tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Hakikatnya, yang gagal sebenarnya adalah mereka sendiri. Segala tuduhan yang dilemparkan, langsung tidak dapat dibuktikan dengan baik. Bahkan segala tuduhan berkenaan, akhirnya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya yang jadi pembohong, penipu dan pemerdaya.

Setakat ini, tiada satu bukti pun yang menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan adalah benar belaka.

Para pecacai Pakatan Rakyat cuba semula memainkan isu dakwat kekal untuk menunjukkan bahawa SPR menipu, justeru mewajibkan Pengerusi SPR meletakkan jawatan atau didakwa kerana berbohong dan seterusnya dipenjarakan.

Namun dakwat kekal sebenarnya bukanlah sesuatu perlu dipertikaikan pun. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan mereka yang telah dicalitkan dakwat kekal, mengundi dua atau tiga kali. Pembuktian yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pula, semuanya melebihi jam 5:00 petang di mana proses pengundian telah pun selesai.

Dari awal lagi, TAKTIK DAKWAT KEKAL telah didedahkan oleh pelbagai blog dan portal pro-kerajaan. Dari awal lagi juga telah didedahkan bahawa Pakatan Rakyat akan cuba menjadikan dakwat kekal sebagai kaedah terbaik untuk menunjukkan PRU13 adalah pilihanraya yang paling tidak adil dan penuh penipuan. Dan akhirnya terbukti, segala pendedahan tersebut adalah benar belaka. Pakatan Rakyat memang mahu menimbulkan huru-hara dan mencari jalan untuk memprotes bagi kekalahan mereka.

Kaedah biometrik yang sekarang ini digunakan secara meluas di lapangan-lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia, bahkan dalam sistem pilihanraya di seluruh dunia, telah ditentang sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Kata mereka, sistem biometrik tidak akan berkesan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan lebih mudah.

Akhirnya, SPR memilih untuk mengikut kehendak Pakatan Rakyat. Sistem biometrik yang dicadangkan lebih awal, ditolak ke tepi dan dakwat kekal dipilih untuk digunakan. Pakatan Rakyat melompat seronok sebab jerat mereka telah mengena.

Tidak ada dakwat kekal yang akan kekal selama-lamanya kecuali dicacah di bawah kulit. Apatah lagi dakwat kekal yang digunakan dalam PRU di Malaysia buat julung-julung kalinya itu, berasaskan air yang sudah tentu tidak akan bertahan selama dakwat kekal berasaskan minyak dan alkohol yang digunakan oleh negara-negara dunia ketiga lain.

Sekarang, dakwat kekal itulah yang sedang dipertikaikan. Dakwat kekal itulah yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk membatalkan kemenangan Barisan Nasional walaupun pada masa yang sama, memelihara kemenangan mereka walaupun membabitkan dakwat kekal.

Tiada lagi cerita tentang 40 ribu orang pendatang asing yang diimport khas oleh UMNO-BN untuk menjadi pengundi hantu. Tiada lagi cerita tentang pesawat-pesawat khas yang mendarat di lapangan terbang di seluruh negara. Tiada juga cerita tentang bas-bas yang digunakan untuk mengangkut pengundi-pengundi hantu itu.

Lebih menarik lagi ialah, cerita tentang Blackout yang menjadi asas kepada himpunan besar-besaran yang sedang dirangka dan dirancang oleh Pakatan Rakyat, juga enggan diperkatakan memandangkan tiada mana-mana pihak dari kalangan Pakatan Rakyat terutama yang menang dalam PRU lalu mahu membuat laporan polis berhubung blackout.

Anehnya, di sebalik semua tuduhan yang tidak berasas itu, Pakatan Rakyat masih cuba untuk menunjukkan yang mereka betul. Berbanding membuktikan bukti-bukti dan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan, mereka melalak dan mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Walhal yang sepatutnya meletak jawatan, tutup mulut dan menyerah diri untuk dipenjarakan adalah para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim yang kuat menyalak sampai ke luar negara tetapi gagal menunjukkan bukti atas segala tuduhannya.

Mykmu.net

As Sajjad 'warning' Nik Amar supaya berlapik cakap mengenai syiah?

Posted: 17 Jun 2013 05:01 AM PDT

Apa masalah dengan pergerakan As Sajjad ni? Elok-elok orang tolak pegangan Syiah, dia pulak nak warning-warning Nik Amar dengan hanya mengeluarkan sedikit kenyataan berkenaan bahaya golongan tersebut.

Oh ya, hanya kerana Haji Hadi buat lawatan dan jalin hubungan dengan parti Syiah, so PAS kena tunduk segala macam bidaah yang Syiah amalkan?

Biar betul korang ni...


PETALING JAYA: Pergerakan As Sajjad hari ini menyelar kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang menyifatkan fahaman Syiah sebagai membahayakan penganut Islam lain sebagai mencemarkan nama baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pergerakan As Sajjad ingin menasihatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu bahawa niat terselindung beliau dan kem 'Jalur Keras' dalam PAS untuk mencemarkan nama baik Presiden dan mengaitkannya dengan isu kemazhaban merupakan satu langkah politik yang akan membawa kemusnahan kepada diri sendiri, kata Hussin As Sajjad, setiausaha pergerakan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Nik Amar dua hari lalu yang menyifatkan fahaman Syiah membahayakan umat Islam.

"Kita tidak boleh biarkan fahaman Syiah berkembang dengan bebas, walaupun kita hormati pegangan dia, tapi dalam konteks masyarakat kita di Malaysia, pada pandangan kita, kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan sendiri, pegangan kita adalah Sunnah Wal Jamaah.

"Kumpulan Syiah ini apabila mereka di atas, mereka menekan orang-orang Sunni,"Nik Amar dilaporkan berkata kepada Utusan Malaysia dua hari lalu.

Umar menyifatkan kenyataan Nik Amar sebagai modal politik kumpulan Islam tertentu di dalam PAS dan sepatutnya dielakkan.

"Pergerakan AsSajjad berasa hairan dengan kenyataan di atas dan menganggapnya sebagai satu modal politik untuk beliau dan jalur 'Islam Keras' berkembang di dalam PAS tersebut.

"Ini memandangkan Parti Islam Semalaysia akan berdepan dengan muktamar pemilihan tidak lama lagi. Adalah dipercayai, kata-kata beliau 'tidak akan membiarkan pengaruh Syiah berkembang dalam parti itu sendiri' merupakan satu modal kempen awal oleh blok 'Islam Keras'

Sehubungan itu Umar turut mengingatkan Nik Amar berkenaan kunjungan hormat dan hubungan baik yang dibina pimpinan PAS kepada Parti Motafeleh di Iran dua tahun lepas.

FMT

Sarjan tentera dicekup hanya bertuala dengan pasangan

Posted: 17 Jun 2013 01:30 AM PDT

Kluang: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dan teman wanitanya berusia 19 tahun hanya sempat memakai tuala apabila pintu bilik sebuah hotel bajet di Simpang Renggam diserbu pihak berkuasa, semalam.

Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak, terkejut apabila biliknya diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang dan JAJ Batu Pahat.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang Mohd Khalil Mohd Noor berkata, ketika serbuan dilakukan, pasangan terbabit hanya bertuala manakala wanita berusia 19 tahun itu di dalam tandas.

Menurutnya, anggota dan pegawai penguat kuasa terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet itu. "Ketika pintu bilik dibuka, kami menemui seorang lelaki memakai tuala, manakala pasangannya hanya berkemban dalam tandas.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai hubungan sah dan menyatakan baru berkenalan.

"Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama lelaki terbabit kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penjawat awam," katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara mencurigakan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan mereka berdua boleh di denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

"Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. "JAJ akan terus mengadakan serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas daripada maksiat," katanya.

Menurutnya, dalam operasi semalam, mereka bekerjasama dengan JAJ Batu Pahat bagi memastikan hotel bajet bebas maksiat.

Katanya, kerjasama itu akan dilakukan dengan lebih kerap.

'Saya tanggal tudung kerana kontrak, tamat nanti, saya pakailah semula...'

Posted: 16 Jun 2013 11:50 PM PDT

Sekembalinya dari mengerjakan haji tahun lalu, Rossa, 34, tampil mengenakan hijab. Perubahan itu dapat dilihat ketika penyanyi ini menjadi juri rancangan X-Factor Indonesia.

Pastinya perkara itu amat menggembirakan ramai pihak, terutama peminat penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu. Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah.

Bagaimanapun, penampilan berhijab itu tidak kekal lama apabila pemilik nama penuh Rossa Roslaina Sri Handayani ini kembali mendedahkan rambutnya.

Ternyata tindakan Rossa membuka hijab mendapat kritikan ramai, termasuk peminatnya sendiri.

"Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui pada sidang media Enjoy Jakarta di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Hadir sama memeriahkan acara itu adalah kumpulan Ungu; pengacara terkenal, Sarah Sechan; dan vokalis kumpulan Kahitna, Heidi Yunus.

Walaupun kembali membuka tudung, tegas Rossa, dia tetap menjaga penampilan supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah.

"Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan," ujar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

Alami kejutan budaya

Sewaktu mula-mula sampai di kota Jakarta kerana melanjutkan pelajaran di Universiti Indonesia, Rossa tidak malu mengakui dia mengalami kejutan budaya. Mengulas lanjut perkara itu, Rossa berkata, membesar di Sumedang yang mengamalkan cara kehidupan penuh lemah lembut dan sopan membuatkan dia kekok di sana.

"Di tanah kelahiran saya di Sumedang, orangnya bercakap dengan lemah lembut dan sopan.

Apabila berada di Jakarta, kebanyakan mereka bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit.

Saya sangat tidak biasa dengan keadaan seperti ini.

"Bagaimanapun, lamakelamaan saya semakinbetahdengan gaya hidup seperti itu," cerita Rossa.

Ditanya apakah pengalaman itu mengubah dirinya, Rossa menjelaskan, dia bersyukur kerana perubahan yang berlaku bukanlah ke arah negatif.

"Untuk hidup di Jakarta, saya kena kuat dan sentiasa berfikir jika orang lain boleh, mengapa saya tidak? Lagi pun, setiap minggu, ibu saya akan datang mengunjungi, jadi tiada masa untuk buat perkara bukanbukan," katanya.

Anak didik jadi juara

Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Rossa baru selesai menjalankan tugas juri program realiti X-Factor, selepas enam bulan terikat dengan tanggungjawab itu.

"Kini saya bebas. Saya sangat bersyukur kerana anak didik saya, Fatin Shidqia, akhirnya menjadi juara. Sebagai mentor, saya sangat bangga dengan pencapaiannya. Bermula sesi uji bakat, dengan hanya berpakaian seragam sekolah, akhirnya dia pulang dengan membawa pulang kereta yang dimenangi.

"Walaupun dia kini bukan lagi di bawah jagaan saya, tetapi saya tetap memberi nasihat dan berkongsi ilmu bagaimana mahu menjadi artis yang baik," kata Rossa yang kini sedang sibuk mengumpulkan metarial untuk album solo terbaru.

Mengulas tanggung jawabnya sebagai jurucakap kempen Enjoy Jakarta, Rossa berkata, dia gembira kerana usaha selama dua tahun selepas pelantikannya semakin menampakkan hasil.

MB Khalid selesa 'dikelilingi' wanita

Posted: 16 Jun 2013 11:01 PM PDT

SHAH ALAM: Selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipilih memegang jawatan Menteri Besar, melantik empat exco wanita iaitu dua daripada PKR dan masing-masing satu daripada DAP dan PAS.

Mereka adalah ADUN Rodziah Ismail (Batu Tiga) dan Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dari PKR, Teresa Kok (Kinrara) dari DAP dan Halimah Ali (Selat Klang) dari PAS.

Khalid kemudian melantik lima lagi wanita di Pejabat Menteri Besar untuk membantu beliau, termasuk setiausaha politik dan setiausaha akhbarnya yang sebelum itu Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia) dan Yahya Shaari (digugurkan kerana didakwa menggunakan kepala surat pejabat MB untuk mengutip dana sambutan ulang tahun Pakatan Rakyat yang pertama.

Khalid melantik Faekah Husin menggantikan Nik Nazmi sebagai Setiausaha Politik, Arfa'eza Abdul Aziz (Setiausaha Akhbar), Tengku Maraziah Tengku Sulaiman (Pegawai Tugas-tugas Khas) dan Rohani Datuk Talib sebagai Akauntan dan Setiausaha Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan kini Pentadbir, Akauntan MBI dan Ketua Pegawai Operasi Communication Corporation Sdn Bhd yang mengendalikan TVSelangor dan akhbar Selangorku.

Tidak ketinggalan, beliau melantik Rahimah Kamaruddin sebagai pegawai koordinasi dan setiausaha beliau.

Kuasa wanita terus kekal dalam barisan kerajaan PKR Selangor

Kini, apabila diberi mandat sekali lagi untuk jawatan Menteri Besar selepas Pakatan memenangi PRU-13, 5 Mei lalu, Khalid melantik tiga wanita untuk memenuhi kuota exco PKR, iaitu Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain mengekalkan semua lima wanita di Pejabat Menteri Besar dan MBI, Khalid juga menggandingkan wanita PAS iaitu Halimah Ali dan Speaker baru DUN Hannah Yeoh dari DAP dalam barisan kerajaan yang diterajuinya.

Ternyata tuntutan dari kem Azmin Ali (Gombak) untuk menyingkirkan semua wanita yang mengelilingi Khalid, diketepikan begitu sahaja, malah ditambah lagi tanpa rasa bersalah walaupun turut diarahkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim untuk berbuat demikian.

Pada penggal lalu, Khalid turut melantik dua wanita iaitu Noraini Roslan untuk menerajui Pejabat Daerah Kuala Selangor dan Datin Paduka Alinah Ahmad sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya.

Khalid lebih selesa di kelilingi wanita dalam melaksanakan tugas-tugasnya kerana berpendapat wanita lebih patuh dan teliti dalam menjalankan tugas.

Antarapos

DS Anwar adu domba nasibnya kepada SBY di Indonesia

Posted: 16 Jun 2013 10:31 PM PDT

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengadu tentang 'kecurangan' PRU13 lalu kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK).

Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, semalam.

Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar.

Anwar berkata, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan dalam pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun kata Anwar, SBY tidak mengambil kedudukan untuk campur tangan terlalu mendalam.

"Beliau beritahu saya, ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai pilihan raya Malaysia dan juga rundingan yang berkaitan dengan 'kecurangan' tersebut," katanya.

Laporan itu turut dipetik sebagai berkata, dalam pertemuan Anwar dan SBY, beliau turut membincangkan isu-isu serantau membabitkan Indonesia serta Malaysia.

Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan JK, Anwar mendakwa telah memberitahu masalah yang dihadapi beliau selama ini.

Anwar dipetik mendakwa, sepanjang lima tahun menjadi Ketua Pembangkang, beliau tidak diberi peluang walaupun satu minit untuk bercakap di hadapan media Malaysia.

"Saya tidak dibenarkan masuk ke kampus (universiti), media kerajaan juga tidak boleh," dakwanya.

Sementara itu, Anwar turut mendakwa sering diserang dan dikritik oleh media Malaysia, baik dalam perkara kecil ataupun besar.

"Harus diketahui, di Malaysia pilihan raya itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di televisyen.

"Bagi rakyat yang tinggal di Malaysia mereka boleh memahami, setiap malam kita dipanggil pro-Amerika, Yahudi, pelampau Islam, pro-Hindu-Buddha, alat Cina. Setiap malam diserang oleh media," dakwanya lagi.

Sehubungan itu dakwa Anwar lagi, JK telah menawarkan diri menjadi pengantara atau orang tengah sebagai langkah perdamaian politik di Malaysia.

Anwar bagaimanapun dilaporkan menghormati pelawaan itu tetapi mengakui bahawa beliau akan terus berjuang ketidakadilan yang berlaku kepadanya pada pilihan raya lalu.

"Saya berkata kepada JK, saya menghormati nasihat beliau, tetapi urusan penipuan pilihan raya ini masih belum selesai.

"Saya tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu saya menang.

"Saya memenangi lebih 50 peratus dan (Datuk Seri) Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia?

"Oleh itu saya memberitahu JK yang saya tetap mengambil tindakan undang-undang tetapi tetap meneruskan himpunan," dakwanya lagi.

Sempat berzina sebelum dibelasah suami kekasih

Posted: 16 Jun 2013 09:01 PM PDT

Gambar hiasan
BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.
Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.

Wanita pasangan khalwat Shah Jaszle dedah rahsia sebenar tangkapan

Posted: 16 Jun 2013 08:15 PM PDT

Semalam menerusi program hiburan Melodi, seorang wanita telah tampil untuk meluahkan isi hati beliau berhubung tangkapan khalwat yang berlaku ke atas seorang pelakon popular beberapa minggu lalu.

Mari namakan pelakon itu sebagai Shahz Jaszle supaya mudah cerita di sini dan wanita ini yang tidak mendedahkan wajah atau namanya telah menyampaikan kisah yang berlainan dari versi pelakon itu.

"Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat. Dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya," ujar wanita itu di awal temubual bersama Zuan Azmi itu.

"Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak trap dia. Ikut prosuder, JAIS tidak akan tangkap satu jam selepas dapat maklumat"

"Mereka akan ambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan. Kami telah diintip"

"Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan dia sedang bersihkan baju konti hingga tertidur dalam bilik. Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?" tambahnya lagi.

Wanita itu mengakui juga yang beliau & Shahz Jaszle berada dalam satu hubungan yang serius walaupun tahu pelakon itu sudah bertunang dan turut mendakwa banyak menghabiskan masa bersama sama.

"Sama ada dia sudah bertunang atau tidak bukan alasan untuk kami tidak menjalinkan hubungan. Dia rasa sangat terpaksa bertunang atas kehendak keluarga," tambah wnaita itu lagi.

Nampaknya pendedahan terbaru wanita ini membawa kisah tangkapan khalwat Shahz Jaszle ke satu era yang lebih menarik, apa cerita?

Anwar dan Tian Chua ni ada akal ke tidak?

Posted: 16 Jun 2013 07:41 PM PDT

Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh mungkin antara pemimpin pembangkang yang masih waras dan tidak beremosi ketika mengulas kegagalan PR dalam PRU-13 yang lepas apabila tidak bersetuju dengan saranan PKR untuk memboikot sesi pembukaan sidang Parlimen dan majlis angkat sumpah.

Menurutnya semua Ahli Parlimen DAP yang terpilih dalam PRU-13 akan tetap hadir kerana sebarang tindakan memboikot atau memulaukannya adalah tidak masuk akal, demikian penegasan Karpal yang tentunya mencerminkan pendirian muktamad DAP.

Secara tersiratnya ia bermaksud DAP tidak mahu dikaitkan dengan orang yang mencadangkan supaya sesi pembukaan Parlimen dan persidangannya yang bermula pada 24 Jun 2013 nanti dipulaukan.

Memang memalukan bila buat kerja yang tak masuk akal dengan menolak kemenangan dan tidak mengiktiraf sokongan oleh pengundi, yang mana jika masih ada yang melakukannya bermakna seseorang itu kurang waras dan mungkin tergolong dalam kategori manusia yang tak berakal, tak begitu?

Persoalannya, siapakah yang tidak berakal bila mana membuat saranan supaya sesi pembukaan Parlimen dipulaukan sekali gus memboikot majli angkat sumpah pada hari berkenaan? Tak lain tak bukan ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti itu, Tian Chua.

Pada 7 Jun 2013, Anwar secara terbuka menyebut;- "Politik juga tentang tanggapan dan tanggapan meluas bahawa pilihan raya umum ke-13 dicemari penipuan yang cukup meluas, yang cukup untuk kita mempertimbangkan pilihan sama ada untuk memulaukan sesi pembukaan."

Dua hari kemudian, Naib Presiden PKR iaitu Tian Chua menyatakan parti itu sedang menimbang untuk memulau majlis angkat sumpah dan sidang Parlimen yang bermula 24 Jun ini selagi seluruh anggota dalam SPR tidak meletakkan jawatan.

"Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan. Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini.

"Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak," katanya.

Kedua-dua saranan tak berakal oleh Anwar dan Tian Chua jelas tak mendapat sambutan dari rakan sepakatan. Berbanding pemimpin PKR itu, nampaknya DAP lebih cerdik kerana tahu saranan gila sebegitu hanya memudaratkan imej PR sendiri.

DAP pun sedar kegagalan hadir di sesi pembukaan Parlimen tanpa alasan yang kukuh memungkinkan parti itu terpaksa berdepan dengan risiko kehilangan hak ke atas kemenangannya di sesebuah kawasan Parlimen, yang mana jika itu berlaku akan ada pilihan raya kecil (PRK) selepas 6 bulan kemudian.

Memboikot angkat sumpah pada hari pembukaan Parlimen bukan satu pilihan untuk DAP tatkala partinya gah di puncak dengan kejayaan merangkul 38 kerusi Parlimen malah memulau keseluruhan sidang Parlimen juga tidak mendatangkan imej politik yang baik di kalangan penyokongnya.

Tapi cerdik sangat ke Karpal bila mana sedar tak sedar semasa sesi taklimat Ahli Parlimen tempohari kelibat dirinya sendiri tak kelihatan. Mungkinkah ada halangan yang begitu mendesak menyebabkannya gagal hadir atau disebabkan akalnya pun tak berapa waras ketika itu?

HackerXP@mykmu

'Mufti' Blackout, Husam fatwakan mati di Blackout505 sebagai syahid

Posted: 16 Jun 2013 06:55 PM PDT

Rejected Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa Al-Jamnapari dilaporkan telah dilantik menjadi Mufti 'Blackout 505' tajaan Anwar Ibrahim dan Ambiga bersama Yahudi, sejurus lantikkan dibuat Husam telah mengeluarkan fatwa 'WAJIB menentang' kerajaan semata-mata mendakwa kerajaan menipu pada PRU13 yang lalu biarpun tanpa sebarang bukti dan melalui proses perundangan yang ada.

Mufti 'Blackout' mendakwa, hasil dari beliau 'baca buku-buku', maka beliau mengistiharkan fatwa penentangan yang dilakukan mereka adalah satu jihad, dan sekiranya ada antara peserta demontrasi terkorban dalam himpunan 'Blackout' itu ianya dikira sebagai mati syahid.

Bagaimanapun pada masa sama Husam turut memberi amaran kepada ulamak-ulamak didalam Pas yang enggan bersama sekaligus tidak menyokong himpunan itu supaya diam dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang disifatkan sebagai 'pelik-pelik' yang mungkin boleh menggangu perancangan beliau dan Anwar.

"Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa sebenarnya maksud tersirat Husam? Selain berfatwa sesat kononnya syahid, mungkin syahid kepala kambing. Apakah beliau dan Anwar mempunyai perancangan untuk mengorbankan seorang anak muda? Husam dari awal lagi sudah mengumumkan dengan andaikata "satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa yang hendak dilakukan pada perhimpunan 22hb itu nanti? Kerana beliau seolah-olah sudah menjangkakan polis akan bertindak kasar dan diatas tindakan kasar itu, beliau mengandaikan ada satu antara mereka yang akan terkorban, kemudian korban itu dikira sebagai syahid.

Jadi, oleh kerana Husam berandaikata, apa kata kita juga membuat andaikata, sekurang-kurangnya pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam berhadapan dengan situasi diluar jangkaan manusia rakus yang meroyan nak jadi Perdana Menteri dan akan sanggup membuat apa saja.

Andaikata beberapa anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal himpunan yang akan diadakan itu nanti, ia diupah supaya memukul peserta demonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kononnya syahid, ini bertujuan dengan mengharapkan satu kebangkitan rakyat bagi menuntut bela diatas kezaliman pihak polis yang menyebabkan kematian tersebut.

Ketika itu peluang untuk mereka menyalahkan kerajaan sangat cerah, sekaligus berpeluang untuk menggulingkan kerajaan diatas kebangkitan dan kemarahan rakyat mengenai perkara itu. Apapun semua pihak perlu berhati-hati, mereka terlalu teruja untuk mengadakan perhimpunan ini, mesti ada motifnya, dan dikemuncak kerakusan Anwar nak jadi PM, sukar untuk percaya beliau akan tunggu sehingga PRU14 nanti. Anda Mampu Mengubahnya.
Gelombang Kick

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>