Panglima Perang Cyber |
- Mesti Baca - Eksklusif : Kisah Rundingan @Anwaribrahim – Jusuf Kalla – @NajibRazak di Jakarta | Merdeka Online
- Tuan Ibrahim SANGKAL @HjHusamMusa Tuduh Tidak Hadir Blackout 505 adalah PENGKHIANAT PARTI !
- BOLEHKAH ORANG CINA YANG MEMILIKI 2 KERAKYATAN MENGUNDI ? | MyMassa
Posted: 16 Jun 2013 09:05 PM PDT Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini. Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan. Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali. Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia. Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar. Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!". Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)". Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya". MASA DEPAN NURUL IZZAH Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir. Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir. Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13. Tekanan Washington Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar. Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu. Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia. Bersambung… Sent from my iPhone | ||||
Tuan Ibrahim SANGKAL @HjHusamMusa Tuduh Tidak Hadir Blackout 505 adalah PENGKHIANAT PARTI ! Posted: 16 Jun 2013 08:30 PM PDT
Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong. "Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur. "Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan. Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu. Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara. Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan 'khianat', sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut. "Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati. "Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu," katanya. Panglima : PAS sudah buat kenyataan menerima keputusan pilihanraya. Sepatutnya perhimpunan Blackout 505 tidak selaras dengan keputusan Pas menerima keputusan tersebut. Kerana itu hanya pemimpin pro Anwar dan DAP sahaja yang hadir perhimpunan Blackout 505. Seperti Mat Sabu dan Husam. MB Kelantan yang baru sekali rasanya, juga hadir sekadar mempamerkan muka demi menjaga hubungan dengan semua pihak. Jika Hj Hadi setuju sudah tentu semua himpunan akan dihadiri beliau namun bahasa tubuh yang dapat dibaca melalui kegaalan beliau untuk hadir, menunjukkan sebaliknya. Geng Erdogan sudah mula memalu gendang dan kem Ulama juga tidak berdiam diri. Yang pasti muktamar Pas akan menjadi medan proksi DAP PKR untuk naik menguasai PAS demi masa depan dan kepentingan pihak yang tidak mahu melihat Melayu Islam menjadi tonggak pemerintahan menaungi rakyat. Sedarkah wahai saudaraku penyokong dan pemimpin PAS sekelian. Sent from my iPad | ||||
BOLEHKAH ORANG CINA YANG MEMILIKI 2 KERAKYATAN MENGUNDI ? | MyMassa Posted: 16 Jun 2013 06:48 PM PDT
DAP terlalu sombong untuk menyembunyikan penipuan mereka, juga terlalu sombong untuk gembira kerana berjaya memperbodoh-bodohkan Anwar dan sebilangan kecil Anwarinas dalam PAS, dengan mendesak mereka supaya war-warkanlah, hebah-hebahkanlah dengan membuat petisyen-petisyen dengan mimpi kononnya mereka boleh memenangi petisyen demi petisyen. Anwar dengan bangganya berkata, BN mengimport atau membayar Bangla-Bangla di Malaysia untuk menjadi pengundi semasa PRU13? Soalan kita kepada Anwar, mana senarai nama Bangla-Bangla yang 40,000 orang itu? Mereka naik kapal Air Asia X kah? Setakat ini, beberapa wajah Bangla yang mereka tangkap itu rupa-rupanya orang Malaysia berkulit gelap, orang Malaysia keturunan India Muslim, malah ada seorang menggunakan nama Cina kerana dia dijaga dan dijadikan anak angkat keluarga Cina itu.Kerana sungguh malu, pemimpin DAP dan Akhbar Keadilan Daily sendiri menyiarkan Permohonan Maaf kerana tersalah tuduh orang. Kepada pasukan peguam BN, kami ingin memberikan anda satu fakta yang penting bahawa berduyun-duyun orang Cina dari Singapura, berduyun-duyun orang Cina dari Taiwan, Hopng Kong, Australia, Kanada, Amerika dan Eropah datang beramai-ramai untuk mengundi baru-baru ini untuk memenangkan DAP kini menjadi isu yang disembunyikan DAP! Risikan yang kami buat menunjukkan sebilangan besar daripada mereka memiliki Dua Kerakyatan! Ramai orang Cina yang berasal dari Malaysia yang memegang Kad Pengenalan Malaysia, kemudian berhijrah ke negara Singapura, Taiwan, Australia, Hong Kong, Kanada, Amerika dan Eropah telah juga memiliki Taraf Kerakyatan di negara-negara baru mereka. Soalnya, mereka memiliki 2 Kerakyatan walaupun dapatan kami mendapati sebilangan besar mereka memiliki PR Singapura. Persoalan kini menjadi persoalan undang-undang. Adakah undang-undang di negara kita membenarkan seseorang yang mempunyai 2 Kerakyatan membuang undi? Jabatan Imigresen Malaysia sudah tentu memiliki beribu-ribu rekod orang Cina dari Taiwan, Hong Kong, Australia, Singapura dan lain-lainnya yang menggunakan Pasport negara tersebut dan pada masa yang sama mereka juga memiliki Kad Pengenalan Malaysia. Oleh itu, khususnya di Gelang Patah, Bukit Katil, Batu Pahat, di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur orang-orang Cina 2 Kerakyatan ini dibiarkan mengundi tanpa halangan. DAP berusaha menyembunyikan hal ini. Pegawai-pegawai Imigresen di pintu masuki negara, malah pegawai-pegawai Pilihanraya di kawasan-kawasan majoriti Cina 2 Kerakyatan ini merasa pelik bagaimana mereka ini membawa "gaya" dan "keterampilan asing" seolah-olah tidak biasa dengan persekitaran, budaya dan bahasa di Malaysia. Mereka kelihatan bak Singaporean, English nicer, Australian, Taiwanese dan pearwakan-perawakan ini menjadi tanda soal kepada petugas-petugas PRU13. Oleh yang demikian, Pasukan Peguam BN hendaklah mendapatkan senarai nama-nama orangCina 2 Kerakyatan ini. Mudah sahaja, dapatkan senarai nama itu di Jabatan Imigresen, kemudian bandingkan nama mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dan senarai Pemilih di dalam senarai PRU13. Kira-kira 20 kawasan Parlimen dimenangai Pakatan Rakyat akan terbatal sekiranya orang-orang Cina yang memiliki 2 Kerakyatan ini didedahkan !!! Mereka berduyun-duyun datang ke Malaysia walaupun sudah berbelas-belas tahun tidak pernah menjenguk kaki ke Malaysia, semata-mata mahu memenangkan DAP! Apakah mereka yang bertahun-tahun menetap di negara asing itu, memiliki rumah di negara asing itu, memiliki perniagaan di negara asing itu..adakah kamu fikir mereka ini tidak memperolehi kerakyatan baru di negara baru mereka itu??? Dan apakah kamu fikir mereka akan melaporkan kepada negara Malaysia bahawa mereka ingin mengembalikan Kad Pengenalan mereka kerana mereka sudah memiliki kerakyatan baru? Apa pun, alhamdulillah orang-orang Melayu semakin hari semakin sedar, betapa jahatnya Cina-Cina DAP (Kiasu) ini. Matlamat mereka, mahu memerintah Malaysia secara total dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai "Perdana Menteri puppet" dengan perjanjian gentleman mereka, "Kau Anwar boleh terus menjadi Perdana Menteri walaupun kamu sedikit kerusi, tetapi Aku Lim Kit Siang mesti menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri!". Full Stop! Sekarang kamu fikir sendiri! Bacaan selingan, "So many Malaysian Chinese getting Singapura Citizenship their Malaysian Citizen must be stripped off immediately but this dude is still with dual citzens. If no law pertaining this then government must immediately create one. In view of this any Singaporean going to work in Malaysia must impose work permit to them and of course this will add revenue to country. Thing observed, many Singaporean are still working in many Petronas Oil & Gas Complex, Shell, Optima etc and any big projects in Malaysian soil are without any work permit at all." Sumber Sent from my iPad |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |