Cucu Tok Selampit |
- Betul Ke Menteri KBS YB @khairykj Ambil Wartawan Malaysiakini Jadi Setiausaha Akhbar Beliau?
- Bila Cina Penang Meninggal, Banyak Bantuan DAP Berikan, Bila Melayu Meninggal Di Penang, Ada Beri Bantuan @cmlimguaneng?
- Bangunan Baru CIMB DI KL Sentral Ada Gambar Salib? Apa Sudah Jadi?
Betul Ke Menteri KBS YB @khairykj Ambil Wartawan Malaysiakini Jadi Setiausaha Akhbar Beliau? Posted: 16 Jun 2013 09:21 AM PDT Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Lainlah kalau ada beruk dan kera di atas pokok berkenaan. Terkejut jugalah mendengar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Menteri Kementerian Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan mengambil seorang wartawan berbangsa Cina dari Malaysiakini sebagai Setiausaha Akhbar beliau. Kita tahulah bloggers dan wartawan UMNO tidak ada yang pandai-pandai. Tidak ada yang bersekolah tinggi sehingga ke Oxford atau Havard University. Namun tidak ada lagikah calon wartawan daripada portal atau media pro Kerajaan yang boleh diangkat untuk menjadi Setiausaha Akhbar seorang Menteri? Bukankah mereka inilah yang berjuang tidak tidur malam bagi memastikan perang saraf di media sosial dimenangi oleh Kerajaan? Jangan kata kami kalah dalam peperangan siber. Kalau tidak masakan UMNO boleh menambah kerusi Parlimen sehingga 88 kerusi di dalam PRU-13. Bukankah ini hasil sumber maklumat wartawan, bloggers dan tentera maya barisan pro Kerajaan? Kenapakah apabila tiba waktu untuk mengenang jasa, seorang wartawan Cina dari Malaysiakini diangkat dengan satu jawatan yang tinggi di dalam Kementerian? Apa jasa dan "credential" wartawan berkenaan sedangkan umum mengetahui Malaysiakini telah banyak memberi imej yang buruk kepada Kerajaan dan sentiasa menyokong pembangkang. CTS berharap YB Khairy akan tampil dengan penafian. Pertanyaan CTS di laman sosial Twitter masih belum dijawab oleh beliau seperti mengesahkan khabar angin berkenaan. Sekiranya benar, CTS adalah orang yang paling hampa kerana fikirkan bahawa beliau sudah berubah. |
Posted: 16 Jun 2013 04:11 AM PDT CTS baru sempat membaca suratkhabar hari ini. Antara yang menarik di dalam akhbar The Star hari ini adalah isu di atas. Ianya berkisar kepada kematian seorang pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Wong Tze Chow yang terbunuh dihempap pokok ketika kejadian ribut taufan, Khamis lepas. Pelbagai bantuan diberikan. ADUN DAP berikanlah, syarikat Bekalan Air berikanlah dan pelbagai lagi. Bukan niat CTS untuk mempolitikkan kematian seseorang. Namun agak terkilan apabila bencana berlaku ke atas puak-puak mereka, begitu cepat bantuan disalurkan. Apabila bencana berlaku kepada kaum lain, apakah layanan yang sama diberikan? Apa yang kerajaan Lim Guan Eng buat apabila mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan? Apakah sebarang bantuan diberikan oleh mana-mana ADUN DAP Pulau Pinang ke atas keluarga Allahyaryam Tajuddin Zainal Abidin yang terkorban di dalam kejadian yang berlaku di negeri yang diperintah DAP? Apakah Lim Guan Eng ada melawat mangsa dan keluarga mereka di Rumah Mayat, Hospital Pulau Pinang pada hari kejadian? Anda nilaikan sendiri. |
Bangunan Baru CIMB DI KL Sentral Ada Gambar Salib? Apa Sudah Jadi? Posted: 15 Jun 2013 07:26 PM PDT Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa Bangunan CIMB yang baru di KL Sentral mempunyai lambang salib yang jelas. Sebelum ada pihak yang mengatakan bahawa gambar ini telah dieedit, lihatlah gambar asli di Flickr, di sini. Baiklah, CTS tidak mahu berprasangka buruk. Ada sesiapa yang belajar kejuruteraan di sini yang beloh menerangkan kenapa bangunan tersebut perlu direkacita sebegitu rupa? Masalah struktur bangunankah? Kalau disebabkan struktur bangunan, kenapa mesti bangunan ini sahaja? Sepatutnya sebagai sebuah Negara Islam dan CIMB jga bukan Bank Kristian perbanyakkan senibina Islam. Segala projek pembangunan mesti berteraskan senibin Islam. Tiada senibina tersembunyi dan juga erti yang bercanggah dengan aspirasi sebuah negara. Itu sekadar cadagan. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |