Politik Harian |
- #KL112 Perhimpunan Untuk Dapat Dana – Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK
- Perpecahan PAS : Ulama Kena Main Dengan Anwarinas
- Pemimpin Pas Bercanggah!!
- Tanggungjawab Kerajaan Negeri Selesai Krisis Air - Sohaimi
- #KL112 SAMM Rancang Mulakan Provokasi Awal Di Kg Baru!
- #KL112 : 'Jangan Letak Pasir Dalam Periuk Nasi Kami' - Pemandu Teksi
- #KL112 : Lokasi Yang Tidak Lojik
- Isu Kalimah Allah: Pemimpin PAS Bertelagah, Bukan Masalah Saya - Lim Guan Eng
- Kalimah Allah: PKR Jahat Dalang Perangkap PAS!
#KL112 Perhimpunan Untuk Dapat Dana – Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK Posted: 11 Jan 2013 01:00 AM PST Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat Mohd Sharif yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram BERSIH 1 pada 2007 berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan esok bertujuan untuk membawa masuk dana bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13. "Sebaik sahaja pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram BERSIH 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia," katanya kepada media di mana beliau dahulu merupakan salah seorang staff di ibu pejabat lama PKR di Brickfields. Katanya dahulu PKR sangat miskin sehingga gaji pekerja tertangguh selama dua hingga tiga bulan, tetapi kini parti itu bertkar sekelip mata menjadi parti kaya. Menurutnya perhimpunan yang dirancang pakatan pembangkang esok adalah siri-siri demontrasi jalanan BERSIH yang bertujuan mengugat kestabilan politik dan menjatuhkan kerajaan. "Ini merupakan siri-siri propaganda mereka. Tidak ada satu pegangan yang hendak diperjuangkan dan sejarah itu berulang. "Kali ini mereka tahu, tahun ini berlaku satu lagi pilihanraya umum, maka secepat (mungkin) mereka mengadakan perhimpunan yang lebih kurang sama. "Namanya sahaja ditukar. Kalau dahulu, BERSIH 0.1, menjelang PRU 12, 2008, menjelang PRU 13, dia buat satu lagi himpunan Kebangkitan Rakyat. "Semua ini adalah untuk menutup segala kegagalan mereka untuk melaksanakan manifesto, segala kegagalan mereka untuk mentadbir urus sebagaimana yang mereka war-warkan dalam ceramah dan sebagainya. "Ia lebih kepada satu himpunan untuk menunjukkan mereka punya ramai sokongan untuk menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya,"katanya. Terdahulu, Syamsul Hidayat bersama dua orang lagi bekas anggota parti itu, Mohamad Asroc Md Jailani dan Saiful Ambar Abdullah Ambar mengumumkan keluar PKR dan menyerahkan borang penyertaan UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 10 Jan. Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya. -AIDC |
Perpecahan PAS : Ulama Kena Main Dengan Anwarinas Posted: 11 Jan 2013 12:00 AM PST Sebahagian ahli Majlis Syura PAS nyata terkejut dengan kenyataan media pakatan pembangkang yang dibacakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu yang antara lain membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana mendahului keputusan Majlis Syura PAS. Mereka terkejut kerana Majlis Syura PAS hanya akan bermesyuarat pada Sabtu ini berhubung perkara berkenaan dan bagaimana Hadi boleh membacakan kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat setuju benar orang bukan Islam guna kalimah Allah tersebut lebih awal? Majlis Syura adalah badan tertinggi membuat keputusan oleh PAS.Selama ini, apabila diserang berbagai pihak bahawa PAS semakin 'liberal', pemimpin bukan ulama PAS akan menggunakan hujah "kami dipandu oleh Majlis Syura". Sebaliknya di dalam isu kalimah Allah ini, nampaknya Majlis Syura PAS kena main dengan kumpulan pro Anwar/liberal parti itu. Majlis Syura mesyuarat Sabtu, Hadi baca kenyataan media pakatan pembangkang pada Selasa di ibu pejabat PKR Tropicana, hanya baca kenyataan yang disediakan tanpa ambil soalan dari wartawan. Jika difikir balik, kenapa Hadi yang kena baca kenyataan media benarkan penggunaan Allah oleh bukan Islam itu? Anwar ada, Lim Kit Siang ada, Mat Sabu ada… kenapa Hadi yang belum dapat mandat dari Majlis Syura PAS baca kenyataan media PR berhubung isu tersebut? Sebabnya mudah, kalau tunggu Sabtu ini, keputusannya mungkin berbeza.Anwarinas dalam PAS tahu , golongan ulama yang menguasai Majlis Syura tak akan setuju. Jadi langkahnya, umum dulu, kita kalau dalam permaian catur, situasinya adalah check, dan apabila Hadi baca kenyataan PR tersebut, maka ia adalah checkmate. Adakah Majlis Syura pada Sabtu hendak keluar kenyataan bercanggah dengan Presiden PAS? Cuma kalau ikut kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Rabu, beliau tidak akan bersetuju dengan apa-apa keputusan membenarkan penggunaan "kalimah Allah" oleh orang bukan Islam. "Kalimah Allah menguasai setiap surah dalam Al-Quran, manakala perkataan Allah tidak boleh didapati di mana-mana dalam Bible," katanya. Dr Haron memang diketahui umum antara yang paling tegas mengakui mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah hak mutlak orang Islam. Beliau bahkan mengatakan jatuh hukum kuruf sesiapa yang benarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana ia boleh membawa kepada syirik. Isu kalimah Allah ini timbul semula berikutan perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Disember lalu, yang mahu Allah digunakan sebagai terjemahan god di dalam Bible, sebahagian besar pemimpin PAS tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam pada Isnin, tiba-tiba mengubah pendirian parti itu. Untuk rekod, Mat Sabu menang jawatan tersebut setelah perpecahan undi ulama di dalam PAS berikutan pertembungan tiga penjuru antara Mat Sabu, Nasaruddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut terkejut berhubung perkembangan tersebut adalah Ketua Ulama PAS, Datuk Dr Harun Taib. Dalam reaksinya, Harun berkata bahawa setakat yang beliaua boleh ingat, Majlis Syura tidak pernah membuat keputusan mengenai perkara itu. Haron berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut selepas mesyuarat Majlis Syura Sabtu ini. "Saya tak akan buat komen baru kecuali lepas mesyuarat (Majlis Syura), sebelum mesyuarat saya tak komen. Komen (saya) yang lalu masih kekal," kata beliau. Bulan lalu, Harun berkata penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja. "Agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali menggunakan kalimah suci itu, apatah lagi untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Melayu," katanya. Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz pula dipetik berkata beliau setuju secara peribadi tetapi akan mematuhi keputusan Majlis Syura Sabtu ini. - Helmi Hanafi |
Posted: 10 Jan 2013 11:00 PM PST DAP berjaya memecah belah umat Islam apabila PAS menggadaikan kalimah Allah kepada orang kristian. Utusan: Pendirian tegas golongan ulama dalam Pas iaitu hanya orang Islam sahaja berhak menggunakan kalimah Allah jelas bercanggah dengan keputusan terbaru kepimpinan parti itu. Ketika Pas bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selepas mesyuarat tertinggi kepimpinan tiga parti itu kelmarin, golongan ulama di dalam Pas atas dasar ilmu yang dimiliki telah menunjukkan pendirian jitu mereka dalam isu tersebut. Malah pendirian mereka ini begitu konsisten sejak dahulu lagi, walaupun terdapat beberapa pemimpin di dalam Pas, termasuk Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mohamad Sabu secara terang-terangan membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130111/po_01/Pemimpin-Pas-bercanggah#ixzz2Hdqe1Ezy |
Tanggungjawab Kerajaan Negeri Selesai Krisis Air - Sohaimi Posted: 10 Jan 2013 10:30 PM PST Menjadikan Syabas sebagai kambing hitam adalah taktik Kerajaan Selangor untuk menepis dan mengelak daripada dipertangungjawabkan di atas krisis air yang sedang berlaku sekarang ini. Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis air sudah lama dijangkakan oleh pakar-pakar air dalam negara yang telah melakukan 'water demand study' semenjak tahun 80-an dan 90-an lagi dan mengesyorkan beberapa langkah yang perlu kerajaan ambil bagi mengelakkan krisis ini daripada berlaku di Lembah Klang . Menurutnya, krisis air sudah lama dijangka oleh pakar air dalam negara yang telah melakukan 'water demand supply' semenjak tahun 80 dan 90-an lagi. "Beberapa langkah yang disyorkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini bagi mengelakkan krisis air di Lembah Kelang antaranya ialah menambah sumber air seperti Projek Langat 2, Projek Mitigasi 1 dan 2 dan kerja-kerja penyelenggaraan. "Malangnya Kerajaan Selangor telah menahan Capital Expenditure (Capex) sehingga Syabas tidak boleh melaksanakan program penukaran paip lama, membaiki rumah pam dan sebagainya," katanya kepada media semasa bertemu dengan penduduk di Flat Pandan Jaya dan penyerahan tong air secara percuma kepada penduduk di sini, semalam. Sohaimi berkata, apabila pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 dan mencadangkan semula penstrukturan semula industri air di negeri ini, mereka telah membekukan projek Capex. Katanya, ini termasuk projek Non-Revenue Water (NRW) semenjak Julai 2008 di mana kerja penukaran dan penyelenggaraan pam air agihan Syabas adalah juga termasuk di dalam kos Capex.-SH |
#KL112 SAMM Rancang Mulakan Provokasi Awal Di Kg Baru! Posted: 10 Jan 2013 08:00 PM PST Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat yang bakal diadakan oleh Pakatan Pembangkang pada 12hb Januari ini di Stadium Merdeka merupakan satu pembohongan besar terhadap rakyat di negara ini. Chegu Bard yang popular sebagai bekas banduan (sering kali keluar masuk lokap diatas perbuatan bodohnya) ditugaskan untuk memulakan provokasi awal di Kg Baru... Selain dari agenda utama untuk menutup sejarah hitam Anwar-Shamsidar (Himpunan Shamsidar), penyokong KL112 juga dijangkan akan mencetuskan huru-hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan. Lihatlah perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau diteruskan reformasi jalanan seperti ini... ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini. Perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga. Mustahil bagi Pakatan Pembangkang boleh menghimpunkan sejuta rakyat di dalam perhimpunan tersebut. Hidup aman tanpa REFORMASI yang menyusahkan rakyat! Cukup-cukuplah......! |
#KL112 : 'Jangan Letak Pasir Dalam Periuk Nasi Kami' - Pemandu Teksi Posted: 10 Jan 2013 06:00 PM PST MOHD. Syahrir Abdul Aziz (kiri) menunjukkan laporan polis bagi membantah Himpunan Shamsidar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. 'Jangan letak pasir dalam periuk nasi kami'. Itu antara tulisan dalam poster dibawa sekumpulan ahli Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. Laporan itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan menghalang penganjur Himpunan 12 Januari meneruskan rancangan berarak dan mengadakan perhimpunan di Stadium Negara pada Sabtu ini. Timbalan Presiden Petekma, Mohd. Syahrir Abdul Aziz berkata, beliau yang mewakili 37,000 pemandu di teksi di Lembah Klang tampil membuat laporan polis mendesak supaya perhimpunan itu dihalang kerana bimbang kehadiran peserta berarak di jalanan akan menjejaskan mata pencarian mereka.- Utusan |
#KL112 : Lokasi Yang Tidak Lojik Posted: 10 Jan 2013 05:00 PM PST Pelik memang pelik apabila pembangkang yang riuh pukul canang konon satu juta orang akan hadir perhimpunan mereka Sabtu ini memilih Stadium Merdeka. Lojik akal akan berkata kalau betul angka itu sudah semestinya Stadium Bukit Jalil lebih sesuai berbanding Stadium Merdeka yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang. Bayangkan senario di pusat bandaraya jika orang seramai itu melimpah dan mencetuskan kesesakan teruk. Mungkin mereka mengambil sikap peduli apa orang lain susah...asal matlamat mereka tercapai. Memetik kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Stadium Bukit Jalil lebih "sesuai dan selamat" serta "tidak menyusahkan rakyat". UMNO sendiri pernah mengadakan perhimpunan besar di Stadium Bukit Jalil tidak lama dulu. Segalanya berlangsung lancar dan teratur tanpa menyusahkan sesiapa. Bagi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, Stadium Bukit Jalil lebih sesuai dan selesa memandangkan ia mampu menampung kapasiti yang lebih besar dengan kemudahan pengangkutan awam termasuk LRT serta memenuhi keperluan dari aspek keselamatan. Mohamad membuat saranan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5 petang Khamis. Namun lewat petang Khamis Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap berkeras mahukan Stadium Merdeka. Terpulanglah kepada pembangkang stadium mana mahu digunakan kerana umum sudah tahu hasrat yang tersurat dan tersirat disebalik perhimpunan itu. Semua helah pembangkang bukannya rahsia lagi atau ibarat bangkai gajah yang mustahil boleh ditutup dengan nyiru. Berapa ramai mereka nak datang, datanglah. Seronok juga nak tengok 100 ribu penyokong pembangkang dari Perak dan 5,000 anggota Unit Amal PAS yang digembar-gemburkan antara yang akan hadir petang Sabtu ini. Ini juga bermakna warga kota, peniaga di ibu negara dan orang ramai yang kena berurusan di Kuala Lumpur Sabtu itu kena berdepan lagi karenah peserta yang menyertai perhimpunan tersebut. Kali ini, pembangkang betul-betul diberikan LAMPU HIJAU oleh pihak berkuasa untuk menganjurkan perhimpunan itu. Lagipun Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen tahun lalu membenarkan orang ramai mengadakan perhimpunan dengan peraturan lebih longgar. Pihak penganjur telahpun mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berhubung syarat dan persediaan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka. Polis juga meluluskan permohonan membenarkan peserta membawa sepanduk dan kain rentang. Kedua-dua pihak juga bersetuju mematuhi 27 syarat mengikut akta itu. Senang cakap, tiada apa perlu dirungut lagi oleh pembangkang atau NGO yang terbabit dengan perhimpunan itu. Mereka sudah diberi ' permaidani merah'.Senang cakap mau apa lagi. Portal Malaysiakini juga boleh menugaskan wartawan dan jurugambar kerana polis tetap membenarkan pihak itu membuat liputan tanpa pas khas dikeluarkan polis. Tidak tahulah mengapa soal pas media pun boleh jadi isu sedangkan banyak acara lain termasuk muktamar atau mesyuarat parti pembangkang juga menetapkan kena pakai pas khas. Bagaimanapun, disebalik keizinan perhimpunan itu, pembangkang kena bersedia berdepan tindakan jika peraturan di bawah akta Perhimpunan Aman 2011 gagal dipatuhi. Walaupun polis memberi kebenaran dan pihak stadium juga tiada halangan, tidak bermakna pembangkang boleh lepas tangan jika ada insiden tidak diingini berlaku. Dalam erti kata lain, berani buat, berani tanggung... –Agendadaily |
Isu Kalimah Allah: Pemimpin PAS Bertelagah, Bukan Masalah Saya - Lim Guan Eng Posted: 10 Jan 2013 06:30 AM PST Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t. Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya. Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib. Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS. Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris. Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian. Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian. Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam. Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian. Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t. Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian. Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri. Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah. Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya. Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain. Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS. Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. |
Kalimah Allah: PKR Jahat Dalang Perangkap PAS! Posted: 10 Jan 2013 05:00 AM PST Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentunya sedang tersenyum lebar tika ini, memandangkan tuntutannya supaya kalimah Allah s.w.t digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu akhirnya sekali lagi dipersetujui oleh PAS sekaligus kini menjadi polisi muktamad PR. Kira-kira dua minggu lepas segelintir pemimpin PAS yang berlatarbelakang agama terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Haron Taib telah tampil penuh yakin dan tegas membantah tuntutan tersebut. Kedua-dua senada bahawa kalimah suci Allah s.w.t hanya terhad kepada agama Islam dan umatnya serta tidak sepatutnya diseleweng kesuciannya, sebaliknya perkataan Tuhan lebih sepadan bagi menggantikan kata nama 'God' untuk kegunaan dalam Bible versi Bahasa Melayu. Pandangan mereka betul kerana Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa, yakni satu-satunya yang wajib disembah dan tidak layak dipersekutukan apatah lagi untuk disamatarafkan dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian yang bersifat trinity - Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Amat benar Allah s.w.t adalah Tuhan kepada seluruh manusia, pencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya, itu iktikad kepercayaan umat Islam. Namun Allah s.w.t bukannya Jesus, bukan juga Tuhan Bapa dan bukan juga Roh Kudus sebagaimana difahami oleh penganut Kristian. Dalam hal ini, pemimpin Kristian dalam DAP, PKR atau mana-mana penganut Kristian di Malaysia tidak berhak untuk meletakkan kedudukan dan kebesaran Allah s.w.t setaraf dengan konsep ketuhanan triniti kepercayaan mereka. Namun begitu, seperti mana semua kita telah maklum, pandangan kedua-dua pemimpin PAS itu akhirnya tidak pun memberi nilai tambah yang mampu mempengaruhi pendirian bersama PR. Dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR yang terkini telahpun di ambil keputusan muktamad untuk memperakui kalimah Allah s.w.t sewajarnya dibenarkan penggunaannya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ternyata gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah s.w.t dan maruah agama Islam. Satu kesinambungan bukti yang menonjolkan betapa lemahnya PAS dalam menghadapi pengaruh DAP serta PKR dalam gabungan parti tidak berdaftar itu. Dasar PAS sekarang ternampak jelas lebih mengutamakan polisi liberalisme dan pluralisme yang dianuti PR semata-mata untuk memenangi undi masyarakat Kristian yang sebahagian besarnya tegar menyokong DAP dan PKR. Persoalan sekarang kenapa dan mengapa PAS sebegitu lemah sehinggakan tergamak tunduk mengikut segala tuntutan DAP serta begitu kelu bila berdepan dengan kemahuan penganut agama lain? Jawapan kepada persoalan itu tidak sukar untuk dikupas. Sebahagian puncanya bersangkut paut dengan pengaruh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kuat mencengkam PAS ditambah lagi dengan kewujudan ramai pimpinan generasi baru PAS yang serba liberal bertuhankan ideologi Anwarinas. Dengan penguasaan total oleh golongan Anwarinas dalam kepimpinan PAS menjadikan parti itu bertindak seakan sayap kanan untuk PKR bagi mencapai agenda peribadi Anwar yang begitu kemaruk mahu mengejar puncak kuasa yang lama diidam-idamkan. Rata-rata pemimpin pro Anwarinas percaya percaturan politik Anwar dalam isu ini pastinya bakal memberi pulangan besar dalam bentuk sokongan pengundi bukan Islam kepada PR khususnya melibatkan penganut agama Kristian, serentak dengan itu diyakini berupaya membuka laluan kuasa ke Putrajaya. Suka atau tidak, para penyokong tradisi PAS mahupun mereka yang bersimpati dengan perjuangan parti berlabel Islam itu harus, sudah tiada peluang untuk PAS kembali ke landasan asalnya selagi PAS terus terperangkap dalam keindahan angan-angan yang dipropagandakan oleh Anwar dan PKR. |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |