Duke of UMNO |
- SYYHHH..!!! SIAPA BEKAS EXCO YANG ADA SKANDAL NIHH...???
- BONGKARRR..!!! ISTERI KETUA PEMUDA PAS JADI PA EXCO KERAJAAN BN KEDAH..???!!!
- GEMPARRR..!!! INI AKHLAK BAHASA BLOGGER PAS KEDAH..??? "ISLAMIK" SUNGGUH..!!!
SYYHHH..!!! SIAPA BEKAS EXCO YANG ADA SKANDAL NIHH...??? Posted: 14 Jun 2013 12:17 AM PDT Ishhh...! Aku sebenarnya tengah risau ni... Lepas solat Jumaat tadi, aku ada jumpa member aku ni. Alaaa.. informer aku kat dalam Wisma tu laaaa... Dia dok cerita macam-macam kat aku pasal hal dalaman Wisma... Tengah dok kecoh sekarang ni pasal skandal bekas Exco... Ishhh!!! Awatnya? Aku bagi amaran kat member aku..jangan dok jolok fitnah kat aku.. aku baru lepas solat Jumaat tadi nihhhh... naya je dapat dosa free..!!! Tak mau woooo... Kawan aku kata, buka nak fitnah atau bukak aib orang... dia pun tahu dosa pahala... dia cuma nak beritahu sesuatu yang tengah kecoh kat Wisma saja...Dia kata... Errr... perlu ke aku cerita? Hmmmm... nanti dulu kot? Sebab aku belum tahu kesahihan cerita kawan aku ni. Memang aku ada dengar cerita ni dari member-member aku yang lain. Tapi aku masih siasat lagi... Katanya kat Wisma tengah kecoh pasal skandal seorang bekas Exco dengan GLC... betul ke? Anyway, pada aku, biarkan auditor masuk audit dulu GLC dan akaun keluar masuk duit Kerajaan Negeri Kedah. Mana la tahu nanti kalau depa ada jumpa pasal sebuah GLC yang melabur sampai RM160 juta, tapi dapat pulangan hanya seciputttttt...heh! Bagi auditor siasat dulu...okay? Bukan apa...biar sahih dulu, lepas tu baru kita dedah pasal GLC tu. Siapa yang suruh GLC tu labur.. Apa yang dorong GLC tu melabur.. kat mana depa melabur.. berapa pulangan dari pelaburan GLC tu.. heh! Kita tunggu duluuuuu... tak lama dahhh... Lepas dapat semua tu, baru boleh bawak kes ke SPRM ke... report polis ke... apa ke...kan? Silap-silap ADUN boleh bertukar profesyen jadi banduan, kan? P/s: Siapa kata Pak Lebai PAS tak pandai "main duit"? Heh! | ||
BONGKARRR..!!! ISTERI KETUA PEMUDA PAS JADI PA EXCO KERAJAAN BN KEDAH..???!!! Posted: 13 Jun 2013 09:17 PM PDT
Ada member aku di Wisma Darulaman beritahu tentang cerita tak sedap didengar. Betul ke? Kalau tak betul takpa la.. tapi kalau betul? Bukan apa.. tak sesuai sangat. Aku tak tahu la perkara ni sabotaj dari pihak tertentu, disengajakan atau tidak disengajakan... tapi perkara ni memang tak patut pun... Ada ke patut pihak tu letakkan isteri kepada seorang Ketua Pemuda PAS jadi PA (Personal Assistant) salah seorang Exco Kerajaan BN Negeri Kedah? Pelik sangat bunyinya.. Kontra sangat tu..! Bukan la nak dengki atau nak tabur pasir kat periuk nasi orang. Tak baik buat perangai macam tu. Tapi meletakkan seorang isteri Ketua Pemuda PAS sebagai PA kepada seorang EXCO BN, itu adalah satu perkara yang sangat tidak sesuai... Macam-macam perkara boleh berlaku dan macam-macam info yang boleh dibocorkan. Seorang PA memegang banyak info, kan? Dan mampu ke PA kepada EXCO tu jamin tiada sebarang konflik of interest atau kebocoran maklumat berlaku kat suami dia? Kalau dokumen tak bocor, berkemungkinan besar info-info akan bocor jugak kalau dia terlepas cakap kat suami dia tu, kan? Bahaya sangat tu. Alaaa... bukan kami tak tahu banyak info dari Wisma yang bocor bila MB dan Exco masuk Wisma hari tuuuu...dah banyak dahhh... Aku mintak supaya Exco berkenaan hati-hati. Paling terbaik ialah tukar PA. Hantar la dia kerja kat mana-mana. Jangan la buang kerja. Kesian la kat dia.. dia cuma cari makan saja dengan Kerajaan BN... Tapi kita doakan supaya dia profesional la bila buat kerja...kan? Aku harap Exco berkaitan alert perkara ni... Bukan apa.. sekadar nak mengingatkan saja... | ||
GEMPARRR..!!! INI AKHLAK BAHASA BLOGGER PAS KEDAH..??? "ISLAMIK" SUNGGUH..!!! Posted: 13 Jun 2013 07:17 PM PDT Amboiii...!!! Sedapnya bahasa orang PAS Kedah ni..kan? Blogger PAS pulak tuu..! Marah sangat sampai buat tajuk macam tu punya bahasa.. Biasa laaa.. Orang PAS memang macam tu..!!! Akhlak "murni" la katakannn... Errr... mana Urusetia Penerangan PAS Kedah? Tak tegur cara "bahasa blogger PAS Kedah" ke? Atau memang blogger PAS Kedah dialu-alukan untuk guna perkataan macam tu? Betul ke pakcik tu kata macam tu? Atau pakcik tu tak kata macam tu pun? Ntah-ntah, pakcik tu pun tak wujud...kan? Saja je depa buat cerita nak maki hamun Kerajaan BN Kedah... maklum laa.. orang PAS dalam "mood kalah" ni memang "meroyan" sikit.. dah kalah tu kalah lahhhhh...heh! Anyway, blogger PAS Kedah tu marah pasal soal jalan berlubang. Tapi dia siarkan gambar dari "Oh!Media" yang entah di mana dan di zaman mana dirakamkan.. saja buat propaganda la tu... Tu cara "Islam" dari blogger PAS Kedah la kottt... Meh sini aku nak cerita sikit.. sebenarnya, kalau nak ditulis, dirakam dan disiarkan gambar berlubang teruk sampai ada yang cedera parah eksiden masa PAS mentadbir Kedah dulu memang banyak sangat.. Rim keta buruk aku pun berapa kali kena tukar masa dok pusing Kedah masa PRU13 hari tu.. Kerajaan PAS Kedah dapat peruntukan lebih kurang RM150 juta untuk selenggara jalanraya di Kedah. Tapi depa hanya pakai RM60 juta saja untuk tampung jalan di sana sini. Itu pun kalau teruk sangat orang komplen. Kalau tak komplen, depa buat tak tau saja... Lebih RM90 juta tu depa simpan dalam tabung. Ntah tabung apa benda ntahhhh...! Dan duit tu digunakan untuk biayai gaji staff kerajaan negeri dan sebagainya. Apa benda ni? Patut la jalanraya terukkk!!! Kambuih hari ni, esok tar terkopak balik... hampehhh..!!! Buang duit rakyat je kerja PAS.. Tapi tu la tahap IQ dan akhlak puak-puak PAS ni. Pada depa, akhlak dan akal yang waras ditolak ke tepi asalkan depa dapat penuhkan tuntutan nafsu politik depa... Berubah la saudara-saudara ku.. Bukannya kita ni hidup nak tongkat langit pun... tak ingat dosa pahala ke? |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |