Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Diperkosa dan hamil punca pelakon jelita Bollywood gantung diri

Posted: 13 Jun 2013 04:01 PM PDT

Fakta baru penyebab pelakon jelita Bollywood, Jiah Khan menggantung diri akhirnya terungkai. Beliau membunuh diri setelah diperkosa kekasihnya Suraj Pancholi hingga hamil.

Bukti tersebut terungkap apabila pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut telah menjumpai enam helai surat tulisan Jiah Khan sebelum beliau menggantung dirinya.

Dalam surat tersebut, Jiah mendedahkan masalah yang dialaminya. Beliau mendakwa telah diperkosa oleh kekasihnya sendiri sehingga hamil dan mahu gugurkan kandungan tersebut.

Antara petikan dari surat tersebut berbunyi:

"Hari ini aku tidak nampak cahaya dan tidak mahu bangun. Pernah aku nampak masa depanku bersama kamu. Tapi kau hancurkan impianku. Aku seperti sudah mati. Aku tidak pernah berkorban diriku untuk orang yang aku paling sayangi. Kau membalasnya dengan penipuan. Sudah tidak bermakna lagi hadiah yang kau berikan atau betapa cantiknya diriku pada pandanganmu.

Aku sangat takut pabila diriku hamil. Tetapi aku cuba harungi segala kesakitan yang disebabkan oleh kau walaupun ianya memusnahkan kehidupanku sedikit demi sedikit. Aku tidak lalu makan, tidur atau berfikir. Aku mahu keluar dari dari penyeksaan ini. Karier ku juga musnah keranamu..."

Jiah mahu kandungannya itu selamat dilahirkan, namun Pancholi tida mahu bertanggungjawab dan terus mengelak dari bertemunya. Lantas kerana tidak tahan dengan tekanan, beliau memilih untuk gugurkan kandungan tersebut.

Ibu Jiah tidak tahu mengenai masalah yang dihadapi anaknya malah terkejut apabila membaca surat yang menghiris perasaan itu.

Ribut di P. Pinang, berterabur bahasa Melayu Guan Eng nak kutuk UMNO!

Posted: 13 Jun 2013 08:17 AM PDT

Semua maklum hari ini Pulau Pinang dilanda ribut yang dasyat. Kuasa Tuhan hari ini menunjukkan betapa kerdilnya manusia ini menumpang.

Tak sangka dengan kejadian dasyat itu, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tetap mahu mempolitikkan isu tersebut.

Melalui akaun twitternya, beliau menyindir bangunan UMNO yang teruk dilanda ribut hingga tumbang menara antenna di atas.

Bertambah jelik apabila dalam kekalutan berkongsi gambar, bahasa Melayu yang digunakan hancur langsung! Memalukan betul!

Tulisannya tunggang langgangnya berbunyi:

"Menara Ibupejabat UMNO Pg yg luntur skrg akibat ribut kencang "



Isk! Nyanyuk DS Anwar semakin menjadi-jadilah...

Posted: 13 Jun 2013 06:01 AM PDT

Sepatutnya Wan Azizah dan Nurul Izzah telah menghantar Anwar Ibrahim untuk berubat. Sebabnya, penyakit gila yang dihidapi Anwar Ibrahim sudah berada pada paras kritikal yang boleh membahayakan orang di sekeliling. Dan dia tidak sekadar gila, bahkan telah menjadi nyanyuk sekalipun usianya hanya 65 tahun.

Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya telah hancur berkecai. Rakyat Malaysia yang diharapkan dapat membantunya menerusi pengundi pada PRU13 dan kemudian merusuh serta mewujudkan gelombang subversif secara besar-besaran di jalan-jalanraya di seluruh negara, nampaknya lebih sibuk menguruskan kerja-kerja harian mereka.

Kecuali segelintir yang masih percaya Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi mereka, lebih 20 juta rakyat Malaysia yang lain, biarpun sebahagian daripada mereka menyokong Anwar, lebih senang menjalani kehidupan harian secara lebih sihat.

Semalam, Anwar Ibrahim bercakap lagi. Katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai keputusan sebulat suara, Speaker Dewan Rakyat harus dilantik dari kalangan mereka yang bebas, tidak berparti, berkarisma dan telah terbukti mampu melaksanakan tugas. Nama yang dicadangkan adalah Abdul Kadir Sulaiman, bekas seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang pernah berkhidmat untuk SPRM.

Apabila nama tersebut dicadangkan oleh Anwar Ibrahim, bermakna hakim berkenaan bukanlah sebagaimana yang dikatakannya. Seandainya hakim berkenaan seorang yang bebas, tidak berparti dan berkecuali, namanya tidak akan disebut oleh Anwar Ibrahim. Malah tidak akan mendapat perhatian langsung daripada Anwar Ibrahim. Nama itu hanya disebut kerana ada 'jasanya' kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat!

Dan semua orang sedia maklum, apa yang telah dilakukan oleh SPRM dan sebahagian besar hakim serta majistret apabila melibatkan kes-kes pemimpin UMNO dan Barisan Nasional berbanding Pakatan.

Suka-suka sahaja Anwar Ibrahim mencadangkan nama Speaker Dewan Rakyat yang baru sedangkan dia sendiri terpaksa mengemis kasih sayang daripada Lim Kit Siang untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia walaupun parti yang dipimpinnya, tidak mendapat kerusi majoriti berbanding DAP.

Sikap tunjuk lagak dan hebat pada Anwar Ibrahim sebenarnya sudah sampai ke tahap kritikal. Kegilaan itulah yang mendorong Anwar melakukan pelbagai perkara yang tidak masuk dek akal.

Sepatutnya sebelum dicadangkan Abdul Kadir Sulaiman mewakili Pakatan Rakyat sebagai Speaker Parlimen, adalah lebih baik sekiranya Anwar Ibrahim menunjukkan 'kuasanya' dengan perlantikan Speaker-Speaker DUN Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu dari kalangan yang pro-Barisan Nasional.

Malangnya itu tidak berlaku, sebaliknya Anwar Ibrahim lebih sibuk dengan Speaker Parlimen memandangkan Parlimen tidak dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Sebarang desakannya terhadap Parlimen, biasanya tidak pernah dipraktikkannya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Contoh terbaik adalah susur Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh dan telah membunuh dua orang mangsa. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim memandangkan kontraktor yang bertanggungjawab adalah dilantik oleh PDC yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng. Dan sekalipun Lim Guan Eng cuba menafikan, malangnya segala fakta yang ada, memang menuding jari ke arahnya.

Bayangkanlah kalau yang runtuh itu adalah jambatan di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO-BN. Tak cukup mulut dan kaki tangan Anwar Ibrahim menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Bahkan yang tidak bersangkut paut pun akan didesak agar meletakkan jawatan sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Cakp tidak serupa bikin, memang sudah lama menjadi darah daging Anwar Ibrahim. Amat malang sekiranya Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak terpedaya dengan permainan licik Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menunjukkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telus dan terbuka.

Husam 'tak gamak' angkat sumpah Adun, masih teringat Parlimen?

Posted: 13 Jun 2013 02:45 AM PDT

MENTERI Besar, Datuk Ahmad Yakob (kiri) memakaikan jubah kepada Speaker DUN Kelantan, Abdullah Ya'kub pada majlis angkat sumpah ADUN Kelantan di Dewan Undangan Negeri, Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN
KOTA BHARU 13 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mencetuskan persoalan apabila beliau memohon untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Speaker DUN, Abdullah Ya'kub memberitahu, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri itu turut memohon untuk tidak menghadiri persidangan dewan pada kali ini yang dijadual bermula Ahad ini.

Proton umum kejutan harga kereta terbaik mampu milik

Posted: 13 Jun 2013 01:45 AM PDT

JAKARTA: Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia pada Sabtu ini, satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu, yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.

"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.

Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.

Mohd Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannyanya pada Sabtu ini.

Pengerusi Eksekutif Proton itu berkata langkah menawarkan harga rendah untuk kereta Proton adalah selaras dengan langkah kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Mengenai penjualan Proton Preve di Indonesia, Mohd Khamil berkata syarikat itu yakin dapat menjual kereta itu dengan sasaran 200 ke 220 unit setahun, untuk eksekutif muda yang berhasrat menukar kereta baharu untuk gaya hidup baru.

Keyakinan itu disandarkan kepada strategi pemasaran tempatan termasuk jaminan pembelian balik selama tiga tahun kepada para pembeli dari Indonesia.

"Preve diciptakan dengan aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, rangka berkualiti, teknologi, reka bentuk keseluruhan dan kemudahan. Ia menetapkan standard untuk generasi baru kereta Proton," katanya.

Proton menyasar menjual 2,500 unit kereta untuk semua model keluarannya untuk pasaran Indonesia pada tahun ini.

Proton Preve sebelum ini telah dipasarkan di Australia, Thailand and Brunei dan langkah proton untuk memasarkan model-model kereta keluarannya di luar negara merupakan sebahagian daripada langkah membina jenamanya yang kukuh kepada para pembeli kereta.

Mohd Khamil berkata, di Indonesia Proton Preve akan dijual dengan harga Rp285 juta seunit (kira-kira RM89,000).

Harga yang ditawarkan itu adalah 16 peratus lebih rendah daripada kereta kelas yang sama dari jenama lain, namun kualiti dan teknologi Preve adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan mereka, katanya. - BERNAMA

(Video) Aksi 'ringan-ringan' pelajar perempuan dengan teman lelaki dalam bas dirakam

Posted: 13 Jun 2013 01:01 AM PDT

Sebuah lagi video yang memaparkan keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang tersebar.

Video berdurasi 1:44 saat yang dirakamkan oleh seorang penumpang sebuah bas memaparkan aksi 'panas' sepasang remaja sedang berpelukan.

Apa yang lebih memalukan, kelakuan tersebut dibuat dihadapan penumpang-penumpang lain yang turut berada di situ. Mereka lakukannya seolah-olah tiada mata yang memandang.

Kelakuan terkutuk itu sampai kemuncaknya apabila si gadis yang masih lagi beruniform sekolah mencium pipi teman lelakinya tanpa segan silu.

Bibit sebeginilah yang mengundang perlakuan zina dan berkahir dengan kes-kes pembuangan bayi. Semoga pihak berwajib, sekolah dan ibu bapa dapat mengembleng tenaga dalam menangani masalah sebegini.

Video

Akhbar Cina nafi kewujudan Red Bean Army

Posted: 12 Jun 2013 11:01 PM PDT

Akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily baru-baru ini melalui ruangan 'Sudut Pendapat' memaparkan tulisan Timbalan Editorial akhbar tersebut, Lim Sue Goan yang seolah-olah cuba menafikan kewujudan tentera upahan siber DAP yang dikenali sebagai 'Red Bean Army'.

Antara hujah yang diguna pakai oleh Sue Goan untuk menolak kewujudan tentera upahan DAP ialah, kononnya pembangkang telah berjaya mewujudkan isu yang berapi-api sehingga mampu menarik perhatian rakyat. Dia juga dilaporkan menulis kononnya parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) telah banyak melakukan kesalahan sehingga mengundang kemarahan rakyat.

Mungkin dari satu segi hujah yang digunakan oleh Sue Goan boleh diterima pakai, namun untuk menolak sepenuhnya penglibatan askar upahan DAP ini adalah suatu yang tidak boleh diterima. Ini kerana suka atau tidak pendedahan demi pendedahan yang dilakukan, baik di dalam blog mahupun akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia telah cukup memberikan bukti akan kewujudan mereka itu.

Ini kerana pendedahan tersebut bukan berdasarkan cerita kedai kopi, tetapi turut dilampirkan dengan bukti penglibatan mereka seperti senarai akaun palsu Facebook dan laman-laman yang sengaja diwujudkan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda mereka.

Hasil penelitian dan kajian yang dilakukan juga mendapati akaun-akaun tersebut amat berbeza dengan akaun orang perseorangan. Ia turut dikuatkan dengan kenyataan dan pengakuan yang dikeluarkan oleh mereka-mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan gerak saraf DAP.

Sekiranya benar semua dakwaan yang dikemukakan adalah palsu dan rekaan semata-mata, mengapakah sehingga ke hari ini parti DAP langsung tindak mengambil sebarang tindakan saman fitnah atau setidak-tidaknya membuat laporan polis bagi menghalang pendedahan yang dilakukan itu.

Antara yang pernah tampil mendedahkan mengenai perkara ini ialah bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata, tentera siber DAP ini dibayar dengan gaji besar bagi menyebarkan propaganda dan mewujudkn sentimen kebencian di kalangan rakyat. Selain daripada itu bekas Setiausaha Pemuda DAP Klaang, Shen Yee Aun juga turut mengakui akan perkara itu.

Tidak cukup dengan itu Li Shuang yang juga merupakan pengasas kepada gerakan ini turut mengakui bahawa dia bersama dengan salah seorang admin Red Bean Army, Zheng Yi Zhi dan Ye Jin Qiang mengenali 50 ahli tentera upahan yang dimaksudkan ini.

Walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika diminta mengulas mengenainya sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan parti itu dengan 'Red Bean Army', namun ia jelas bercanggah dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Publisiti DAP, Tony Pu dan ahli parlimen Jelutung dari DAP, Jeff Ooi.

Pada 13 April 2013, ketika diwawancara Jeff Ooi pernah mengakui kewujudan 'Cyber Trooper' ini bermula pada awal tahun 2008. Dia mengatakan Cyber Trooper adalah seperti seorang samurai yang memiliki seorang mentor di belakang mereka. Kesemua mereka ini dibayar untuk membunuh pihak lawan di dunia siber.

Persoalannya mengapakah Sue Goan cuba untuk menafikan kewujudan askar upahan ini? Apakah ia bertujuan untuk menafikan kebenaran yang jelas terbukti? Atau apakah wujud kemungkinan Timbalan Editorial, Sinchew Daily ini juga merupakan sebahagian daripada tentera upahan yang dimaksudkan?

Apa pun jawapannya, isu yang cuba ditutup oleh Sue Goan ini bukanlah satu isu kecik yang boleh dipandang ringan khususnya pihak berkuasa. Ini kerana 'Red Bean Army' yang suatu ketika dahulu merupakan pasukan gerak saraf DAP telah bertukar menjadi agresif.

Ini kerana objektif mereka dilihat bukan lagi untuk membantu kemenangan parti 'ultra kiasu' untuk menang dalam pilihan raya. Namun ia telah menjadi sebuah kumpulan yang melampau sehingga sanggup mengugut untuk mencederakan dan membunuh seseorang yang dilihat tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.

Zulkifli Rawi

Mencarut di Instagram, Shila Amzah dikritik peminat

Posted: 12 Jun 2013 10:01 PM PDT

Penyanyi berbakat besar yang menempah nama di Tanah Besar China ini sekali lagi mencetuskan kontroversi di akaun Instagramnya.

Shila Amzah, sebelum ini kecoh dengan foto baju senamannya yang ketatnya kali ini dikritik peminat-peminatnya apabila memuat naik ungkapan yang agak kasar di akaunnya.

Mungkin kerana terlalu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan ke atasnya serta masalah-masalah peribadinya yang lain, beliau telah memuat naik satu petikan yang dipercayai dikutip dari ruangan maya ini berbunyi:

 "IF SOMEONE HATES YOU FOR NO REASON, GIVE THAT MOTHERFUCKER A REASON"

Dek kerana petikan tersebut, beberapa peminat berasa kurang selesa walaupun masih ada yang menyokongnya. Antara teguran yang diterima mengatakan ianya kurang sesuai perkataan yang dipilih berikutan penampilan serta imej seorang gadis Islam.

Mungkin Shila Amzah perlu lakukan sesuatu yang lain sebelum meluahkan sesuatu, tak perlulah mencarut-carut kerana banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai dan berpadanan dengan imejnya sekarang.

Ku Li eyes PM post?

Posted: 12 Jun 2013 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 13 — Tengku Razaleigh Hamzah has been meeting more MPs from both rival coalitions this week in a bid to get elected as prime minister after Parliament convenes on June 24, say sources.

The Malaysian Insider understands the Kelantan prince has initiated the meetings at his White House-styled residence in Langgak Golf here, to discuss strategies to get enough numbers in the 13th Parliament to take Datuk Seri Najib Razak's job.

He would need 112 votes, including himself, if a motion is approved for the 222-seat Dewan Rakyat to choose a prime minister. But is still doubtful if he can get the numbers to unseat Najib.

"Some of the MPs agree that Ku Li is the only one who can provide leadership," a source familiar with the meetings told The Malaysian Insider, referring to the veteran lawmaker by his moniker.

"We are talking about support from both PAS and DAP too," he added.

PAS and the DAP respectively won 21 and 38 parliamentary seats in the May 5 general election which saw the ruling Barisan Nasional (BN) take only 133 federal seats, down seven from the 140 won in Election 2008.

PKR, the ally of PAS and the DAP in Pakatan Rakyat (PR), won 30 federal seats and its leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is seen as the coalition's pick for the prime minister's job if they capture Putrajaya.

Another source said Tengku Razaleigh was seen as a compromise candidate by the BN MPs who will not support either Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin or Anwar for the top job.

"The choice for the unhappy BN MPs is easy. Ku Li or Muhyiddin but electing the DPM will just mean a continuation of Mahathirist policies. There is no difference between Najib and Muhyiddin.

"Ku Li as PM will be a break from such policies," the source told The Malaysian Insider, referring to the Gua Musang MP's arch-rival Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia's longest-serving prime minister.

The Mahathir camp has already put pressure on Najib to drop his advisers whose strategies led to BN's poor performance in GE13. Najib has not re-appointed his political secretaries who lost in the polls but his "war room" strategists remain in office, with two of them made a minister and deputy minister respectively.

Najib's Cabinet appointments last month riled up several MPs, particularly those from Sabah and Sarawak, who felt they deserved to be given top government posts.

It is learnt that Najib has promised some of them posts in government agencies in the coming weeks.

But several disgruntled BN MPs from east Malaysia met Tengku Razaleigh on Monday night to discuss their future options.

The MPs were here for two days of familiarisation with ethics and parliamentary procedures.

BN took 47 of the 56 federal seats in Sabah and Sarawak, contributing one-third of the 133 federal seats it won in the elections despite both states only having a quarter of the 222 seats in Parliament.

However, Najib only doled out 20 ministerial and deputy ministerial posts to east Malaysian MPs, leaving parties like Sarawak's SPDP without any representatives despite winning four federal seats.

In contrast, the MIC in the Malay peninsula saw all four MPs getting ministerial and deputy ministerial posts in the Najib administration — which has 32 full ministers including eight in the Prime Minister's Department.

The Malaysian Insider

Zuraida dedah isu pelantikan Saifuddin

Posted: 12 Jun 2013 08:01 PM PDT

SHAH ALAM – Kepimpinan PKR Selangor masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik (political liason) negeri Selangor.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.

"Kepimpinan daripada pihak negeri (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.

"YB Azmin kembali hari ini (semalam). Kita akan duduk berbincang apakah ia (pelantikan dan jawatan) tersebut sebenarnya," katanya dalam sidang media semalam.

Pelantikan Saifuddin mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.

Jawatan tersebut bakal ditubuhkan bagi mengendali hal ehwal politik dalaman negeri sekali gus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR bagaimanapun berkata, PKR serta kepimpinan lain mengalu-alukan pelantikan tersebut jika benar ia dibuat demi kepentingan urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut mendakwa karenah birokrasi Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar menyebabkan urusan penyaluran dana dalam penyelesaian masalah rakyat terbantut.

Menurutnya, beberapa masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.

"Kami berharap masalah rakyat yang dikenal pasti terbengkalai lantaran kelewatan maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri.

"Polisi dan dasar yang digubal oleh Kerajaan Negeri dapat meningkatkan komunikasi untuk mendapatkan maklum balas dengan ahli Parlimen dan Adun juga Ahli Majlis," katanya.

Antara masalah tersebut adalah isu air, kekerapan dan kapasiti pengutipan sampah, pembersihan kawasan awam dan longkang, jalan berlubang serta masalah lampu jalan.

Selain itu, Zuraida turut meminta Kerajaan Negeri menyemak kembali dana terkumpul berjumlah RM2.6 billion dan menyalurkan dana tersebut dengan lebih teliti.

Sinar

Pemilik blog, portal diwajibkan dedah identiti?

Posted: 12 Jun 2013 07:31 PM PDT

Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan 'ketetapan-sendiri' itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis 'tidak bernama' dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Kerajaan tak tapis internet: Najib

"Hari ini landskap media dan organisasi berita mengalami perubahan amat pesat dengan kehadiran media cetak dan elektronik yang dilengkapi media dalam talian. Demokrasi media dan kebebasan bersuara menjadi kenyataan.

"Penggunaan semua bentuk media ini dapat kita saksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial oleh kelompok yang menggelar diri mereka sebagai wartawan seperti yang berleluasa ketika PRU-13 tidak menguntungkan sesiapa. Aliran ini jika dibiarkan berleluasa, akan mendatangkan kesan buruk kepada negara," katanya.

Beliau berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Hotel Istana, di sini, malam tadi.

Tidak lesen portal berita

Najib bagaimanapun berkata, kerajaan tidak akan menapis internet walaupun kerajaan mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia dan Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC).

"Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan," katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan memastikan rakyat yang sedang menghadapi 'cabaran kematangan' sekarang tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.

Sehubungan itu, rakyat harus mampu memanfaatkan kebebasan bersuara sebaik mungkin kerana jika corak tenaga baru yang datang daripada kebebasan bersuara itu tidak digunakan dengan baik, mereka akan terkeliru.

'Kesan rama-rama'

"Isu melanda pemikiran rakyat sekarang adalah pemahaman demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Ia memberi kesan yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meninggalkan 'kesan rama-rama'," katanya.

Najib berkata, kunci bagi kejayaan untuk memanfaatkan kebebasan bersuara adalah dengan bermuhasabah mengenai identiti diri sebagai warga Malaysia dan bertanya pada diri sendiri mengenai kebebasan bersuara yang harus sesuai dengan identiti rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni.

"Adakah perlu perbezaan pendapat mewujudkan syak wasangka melampau yang asing daripada budaya Malaysia? Untuk demokrasi benar-benar berfungsi, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada antara kita yang menyimpang, mahupun menyalahgunakan kuasa," katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan wartawan supaya mengetengahkan isu lebih utama seperti perpaduan dan usaha memajukan negara, selain menjadi perantara berkesan dalam menyampaikan maklumat antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.

PKR akhirnya 'jilat semula ludahnya', tak jadi boikot Parlimen

Posted: 12 Jun 2013 07:01 PM PDT

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat pusingan 'U' terhadap cadangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat parti itu tetap akan menghadiri upacara tersebut.

"Saya ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

"Semua Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan bersungguh-sungguh," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam Rabu.

Sebelum itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut dilaporkan berkata tidak bersetuju dengan cadangan memboikot upacara angkat sumpah tersebut.

Tegas Zuraida, semua wakil rakyat PKR perlu menghadiri majlis berkenaan bagi melayakkan mereka turut serta dalam sesi persidangan Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Pada 7 Jun lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu membuat pendirian yang sama dengan DAP dan Ahli Parlimen Pas akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.

mStar

Wan Zack mahu tinggalkan FC Ryuku, Kim Swee serik!

Posted: 12 Jun 2013 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengakui serik untuk mempromosikan pemain muda kebangsaan kepada kelab luar jika benar laporan bahawa bekas anak didiknya, Wan Zack Haikal akan meninggalkan kelab Jepun, FC Ryukyu musim depan.

Kim Swee yang dihubungi semalam mengesahkan bahawa kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu ada menerima tawaran dari sebuah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang berminat untuk mendapatkan khidmat Wan Zack.

"Ya... Memang ada pasukan dalam liga kita yang sanggup menebus kontrak untuk mendapatkan Wan Zack. Ini disahkan oleh FC Ryukyu sendiri.

"Jika Wan Zack pulang demi menerima tawaran tersebut, sudah tentu saya amat kecewa kerana saya yang memperkenalkan beliau kepada kelab luar, tetapi tiba-tiba sahaja dia mahu pulang awal.

"Jika ini berlaku (Wan Zack kembali ke Malaysia) saya tidak mahu lagi mempromosikan pemain kita kepada kelab-kelab luar.

"Saya serik kerana sebelum ini Muhammad Nazmi Faiz juga pulang awal dari kelab Portugal," katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar kelmarin menyiarkan laporan bahawa pemain sayap lincah, Wan Zack dikatakan mahu meninggalkan FC Ryukyu musim depan.

Wan Zack menyertai FC Ryukyu sejak Mac lalu dengan kontrak dua tahun dan setakat ini dia hanya diturunkan dalam satu perlawanan sahaja.

Mengiringi Wan Zack ke FC Ryukyu adalah Nazirul Naim Che Hashim dengan kontrak setahun.

Sebelum ini, bintang muda bola sepak negara, Muhammad Nazmi membuat keputusan mengejut dengan meninggalkan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira Mar walaupun menandatangani kontrak tiga tahun dan menyertai PKNS.

Menurut Kim Swee, walaupun mendapat tawaran dari pasukan tempatan, dia dimaklumkan bahawa FC Ryukyu enggan melepaskan Wan Zack, yang kini dibelenggu kecederaan buku lali.

"Saya tiada hak campur tangan dalam kes Wan Zack kerana dia kini milik FC Ryukyu," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>