Duke of UMNO |
- GEMPARRR..!!! GADIS NI KE YANG AZHAR IDRUS AJAK BERZINA..???!!!
- GEMPARRR..!!! RAKAN KARIB ANWAR BUAT PERANGAI DI TURKI...!!!
- GEMPARRR...!!! MUKHRIZ RENOVATE PEJABAT MB GUNA DUIT RAKYAT..???!!! @MukhrizMahathir #DemiKedah
- GEMPARRR..!!! BUKTI KHALID ISMATH HINA RASULULLAH..!!!
- GEMPARRR..!!! CINA NI KATA TAK SALAH HINA DYMM SULTAN KEDAH, YDP AGONG..!!!
- PANASSSS...!!! TRANSFORMASI UMNO KEDAH..???!!!
- PANASSS..!!! CERITA TERBARU KEPIMPINAN UMNO KEDAH...? @MukhrizMahathir #DemiKedah
- PANASSS..!!! ORANG KEDAH SEBOK BERCAKAP PASAL "UTC"...!!! @MukhrizMahathir #DemiKedah
GEMPARRR..!!! GADIS NI KE YANG AZHAR IDRUS AJAK BERZINA..???!!! Posted: 12 Jun 2013 08:45 AM PDT Ekceli... aku malas nak tulih perkara ni. Bukan apa, perkara ni macam bagi publisiti murahan pulak kat UAI... tapi memandangkan aku tak mau fitnah bermaharajalela di media sosial, aku sebagai pengamalnya perlu kekang masalah ni dari terus berlaku... Terbaru, depa dok kecoh pasal budak pompuan ni yang kata UIA cuba raba dan ajak dia berzina kat hotel... ishhhh...!!! Agak-agak laaaa nak tuduh tu weiiiii... Melampau sangat tuduhan tu... Aku yakin, tuduhan budak pompuan tu tak betul. Dan aku rasa, akaun FB budak pompuan tu pun adalah "fake account"... akaun palsu! Mungkin dia pakai tempek je muka budak pompuan mana ntah.. lepas tu tuduh UAI yang bukan-bukan... Aku bukan nak masuk sebelah UAI pun. Tapi, rasanya semua ni saja nak glemerkan Ostat yang suka hukum orang Islam lain ikut suka mak bapak dia saja tu. Orang lain semua haram, dia sorang saja yang betoiii... maklum laa... Ostart la katakannnn...heh! Anyway, fitnah ni melampau sangat. Kalau syubhah fitnah pun aku dah tentang, apatah lagi kalau fitnah melampau macam ni, lagi la aku balunnnn...kan? Perkara macam ni la yang merosakkan kreadibiliti media sosial kat negara kita ni... takde etika! Aku sarankan agar UAI buat laporan polis. Suruh polis siasat perkara ni dan bersihkan nama dia. Maklum la... UAI kena jaga nama baik bapak-bapak dan mak-mak mertua dia. Family dia besar... buruk pulak nanti imej dia... Aku mintak supaya semua pengamal-pengamal media sosial, sama ada dari pihak pro-kerajaan mahupun pembangkang, sama-sama la tolak budaya fitnah dalam media sosial ni.. Makin hari makin teruk pulak aku tengok... lebih-lebih lagi Red Bean Army dan puak pembangkang, makin teruk depa tabur fitnah.... Peliknya, ada pulak yang "bijak pandai" sampai percaya kat fitnah-fitnah macam tu. Hmmmm... umat akhir zaman ni macam-macam kerenah... semoga kita semua kembali la ke cara Islam... Islam is the way of life...! | ||||
GEMPARRR..!!! RAKAN KARIB ANWAR BUAT PERANGAI DI TURKI...!!! Posted: 12 Jun 2013 07:37 AM PDT ![]() Baru-baru ini negara Turki dilanda masalah tunjuk perasaan dari puluhan ribu rakyatnya yang tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Turki, Recep Tayyip Erdogan. Mereka berdemonstrasi siang dan malam mengutuk beliau. Sehingga kini, sudah 10 hari rakyat Turki mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di lokasi-lokasi strategik di Istanbul, Ankara dan bandar Izmir. Demonstrasi-demonstrasi rakyat Turki itu telah mencabar kesabaran Erdogan yang kemudiannya mengarahkan pihak keselamatan negara itu menggunakan kaedah tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan kekecohan tersebut. Malah Erdogan sendiri telah menganjurkan himpunannya sendiri di tiga bandar tersebut dengan mengumpul para penyokong kerajaan Turki sambil berkata di hadapan penyokongnya… "Setakat ini kami masih bersabar, tetapi kesabaran kami ada batasnya. Mereka yang tidak menghormati kerajaan akan menerima padah!" Signifikannya, ketika Erdogan mengeluarkan ancaman itu di Angkara, pihak keselamatan di negara itu sedang melancarkan gas pemedih mata dan menggempur beribu-ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Kizilay. Sebagaimana kita sedia maklum, bila disebut negara Turki, secara sinonimnya kita akan teringatkan "kedutaan Turki", tempat Anwar Ibrahim bersembunyi kerana takutkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan. Bila disebut pula nama Erdogan, secara sinonimnya kita akan terbayang wajah Anwar Ibrahim yang merupakan sahabat baik "dewa PKR" itu. Kalau Anwar susah, selalunya Erdoganlah tempat dia mengadu… Malah golongan yang "diimplan" Anwar di dalam PAS juga dikenali sebagai golongan "erdogan" selain digelar "Anwarinas", bukan? Persoalannya, apakah Anwar tidak marah pada sahabatnya itu kerana menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan rakyat Turki yang berhimpun memprotes pentadbirannya di negara itu? Anwar cukup "phobia" dengan meriam air dan gas pemedih mata. Bukan apa, dia selalu anjurkan demonstrasi haram dan pihak berkuasa di Malaysia sering melayan tindakan melampaunya itu dengan meriam air serta gas pemedih mata. Setiap kali Anwar dan pengikutnya yang berdemostrasi diserang pihak polis dengan meriam air dan gas pemedih mata, maka mereka akan menuduh BN sebagai sebuah kerajaan yang kejam serta mempergunakan pihak PDRM sebagai "anjing" politik. Apakah Anwar tidak marah pada sahabatnya itu menggunakan kaedah Kerajaan Malaysia itu untuk menangani kekecohan yang ditimbulkan rakyat Turki? Anwar tidak berani tuduh Erdogan sebagai "kejam"? Atau, apakah Anwar sanggup mengecam puluhan ribu rakyat yang menuntut Erdogan meletak jawatan secara demonstrasi jalanan itu? Anwar sendiri anjurkan demonstrasi menentang kerajaan di Malaysia, apakah dia sanggup mengecam sesuatu yang dia sendiri lakukan? Nampaknya apa yang Anwar lakukan terhadap kerajaan BN di Malaysia telah mengajar rakyat Turki untuk menjatuhkan rakan karibnya, Erdogan. Pada saya, Anwar patut kecam Erdogan dan menyokong tindakan puluhan ribu rakyat Turki yang menuntut sahabat baiknya itu meletak jawatan kerana itulah perkara yang sedang dia lakukan di Malaysia sekarang. Cuma saya tertunggu-tunggu dan teruja ingin tahu, Anwar menyebelahi siapa, rakannya Erdogan atau puluhan ribu rakyat Turki yang berdemonstrasi seperti yang dia lakukan? Anwar juga perlu tahu bahawa "kerajaan Malaysia juga ada had kesabarannya", bukan? Sumber: Mykmu.net | ||||
GEMPARRR...!!! MUKHRIZ RENOVATE PEJABAT MB GUNA DUIT RAKYAT..???!!! @MukhrizMahathir #DemiKedah Posted: 12 Jun 2013 05:37 AM PDT Tu diaaaa..!!! Dahsyat betoi la puak-puak blogger PAS Kedah! Apa yang jadi kat Wisma Darulaman tu semua depa tauuuu..!!! Aku rasa, makcik pakcik cleaner tu cuci toilet pun depa tau pukul berapa jadual cuci tuuu....ish..! ishh..! ishhhh..!!! Terbaru, depa tuduh kata MB Kedah tengah renovate pejabat MB. Siap buat dialog kat cafe lagi woooo..!!! Nampak macam real jer... Tapi betul ke MB tengah ubah suai pejabat MB? Aku sebenarnya tak pernah la masuk Wisma tu. Bukan apa, tempat tu untuk Kerajaan Negeri buat kerja, apahal pulak aku nak ke sana, kan? Jadi aku pun tanya la member aku yang la ni dok kat Wisma tuuu.... begini cerita sebetulnya.... Memang betoi la MB tengah renovate opis dia. Mukhriz nak buat opis 10 tingkat.... 1. Tingkat pertama nak buat garaj tempat parking bot mewah untuk pegawai khas dia dari kolumpo tuuuu... 2. Tingkat dua nak buat dapur MB... semua kelengkapan dari Perancis dah sampai kat port... tinggal nak pasang saja.... dapur tu boleh masuk dalam 100 orang makan laaa...
Amacam? Best tak? Itu la jawapan "sacarstic" dari aku.....bukan member aku...!!! Heh! Nak tahu kenapa aku jawab macam tu? Sebabbbb... member aku kata, takdak sebarang renovation pun sedang dijalankan di pejabat MB Kedah...! Malah.... member aku kata, Ustaz Azizan la yang buat renovation masa dia mula-mula masuk pejabat MB dulu... heh! So... sekarang ni apa cerita bebbbb??? Tak mungkin member aku ni "muhong" sebab dia dah kerja kat Wisma tu sebelum PAS perintah Kedah sampai la sekarang ni... MB dah berganti-ganti... dan dia tahu apa yang berlaku kat Wisma tuuu...heh! Broo... aku dah pesannnn... Jangan la amalkan fitnah atau persepsi murahan... Cerita yang betul laaa.. tu baru cara Islam. Islam tak ajar fitnah-fitnah ni brooo.. Masa PAS perintah dulu, kami keluarkan fakta, bukti dan bongkarkan kebenaran... takdak pun kami main fitnah... Berlaku adil la kat orang Kedah... nak cerita apa-apa kat blog tu biarlah benar dan betul. Berikan bukti kalau ada. Tapi setakat dialog yang direka-reka...baik tak payah la brooo... buat malu PAS Kedah saja... Awat? Mahfuz ajaq hangpa buat kerja lagu tu ka? Patut pun Ustaz Azizan marah kat hangpa sebelum ni.... heh! Kena jerkah degan Ustaz Azizan? Padan muka...!!! Memang layak kena jerkah pun...heh! | ||||
GEMPARRR..!!! BUKTI KHALID ISMATH HINA RASULULLAH..!!! Posted: 12 Jun 2013 03:37 AM PDT Ni apa cerita si Khalid Ismath ni hina Rasulullah ni? Dah rasa kuat sangat pegangan Syi'ah dia tu ke sampai tergamak hina Rasulullah? Rasulullah berisrak dari rumah dia? Lepas tu kata pulak Harun Taib tu sebagai "nabi" hanya kerana Ketua Dewan Ulama PAS tu takmau join himpunan "Blackout"? Ni la contoh pemuda Pakatan Haram... Dah tolak Islam ke tepi hanya kerana politik jijik! Sanggup hina dan permain mukjizat Rasulullah SAW dan persendakan tokoh ulama PAS... Cuba tengok kat bawah ni...terang-terang dia hina Rasulullah SAW dan peristiwa Israk Mikraj... Peliknya, budak ni la yang dianggap hero oleh Pakatan Haram. Korang dah tengok bukti, kan? Masih lagi nak sokong puak-puak Pakatan Haram ni? Korang ni Islam ikut mazhab mana nihhh..? Syi'ah macam Khalid Ismath tu jugak ke??? | ||||
GEMPARRR..!!! CINA NI KATA TAK SALAH HINA DYMM SULTAN KEDAH, YDP AGONG..!!! Posted: 12 Jun 2013 01:37 AM PDT
Ooooo...rupanya tak salah hina DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kita boleh luahkan rasa tak puas hati kat DYMM Sultan Kedah dengan cara yang biadap dan kurang sopan.
Paling best, kita takkan di dakwa di mahkamah..! Begitulah kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong... Tak caya cuba tengok kat bawah ni... Jadi, kalau macam tu, maka boleh la aku luahkan rasa tak puas hati aku kat Ah Leong ni, kan? Heh! Amacam? Ada sesiapa lagi yang nak luahkan rasa kat Ah Leong ni? Silakan...heh! | ||||
PANASSSS...!!! TRANSFORMASI UMNO KEDAH..???!!! Posted: 11 Jun 2013 11:37 PM PDT Apa dah jadi kat member aku sorang ni? Tetiba je dia bagi mesej kat UMNO Kedah...heh! Apa yang dia cuba nak sampaikan? Heh! Dia tak mau apa-apa rasanya... tapi dari lenggok tulisannya, aku faham apa yang dia cuba sampaikan... Cuba baca betul-betul tulisan member aku ni kat bawah... Aku rasa, hangpa pun setuju dengan tulisan dia ni...kan? Well...aku setuju bangettttt..!!! Heh!
| ||||
PANASSS..!!! CERITA TERBARU KEPIMPINAN UMNO KEDAH...? @MukhrizMahathir #DemiKedah Posted: 11 Jun 2013 09:37 PM PDT Baru-baru ni Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Bashah beritahu media bahawa beliau sedia lepaskan jawatannya kepada MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk mengetuai parti UMNO di Kedah... Kemudian, Datuk Mukhriz pula semalam beritahu media bahawa beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan di peringkat pusat untuk tentukan soal tersebut. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau sedia galas tanggungjawab yang berat tersebut... Cuba tengok. Datuk Bashah begitu ikhlas melepaskan jawatan tertinggi UMNO di Kedah walaupun beliau kini berjawatan Timbalan Menteri. MB Kedah pula begitu rendah diri, humble dan hormat pada kenyataan Datuk Bashah tu... Memang secara tradisi, selalunya MB akan ketuai UMNO di peringkat negeri. Datuk Bashah sedar tentang itu dan dia takdak problem pun dengan tradisi tu. Datuk Mukhriz pula serahkan pada pucuk pimpinan di Pusat dan langsung tak gelojoh mahukan jawatan tu... Itu kenyataan dua pemimpin tertinggi UMNO Kedah yang sama-sama berjaya menawan Kedah kembali dari terus dirosakkan oleh rejim PAS dan Pakatan Haram. Ikhlas dan begitu hormat antara satu sama lain... Berbanding dengan PAS Kedah, depa bergaduh sakan! Masa Ustaz Azizan masih MB pun, depa dah pulun sakan nak jatuhkan Ustaz Azizan sebagai MB Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.... Macam-macam alasan depa bagi untuk jatuhkan Ustaz Azizan. Macam-macam helah dan gerakan yang depa buat. Lepas PAS kalah pada PRU13 hari tu di Kedah, makin teruk depa "lanyak" Ustaz Azizan.... Ustaz Azizan koma, depa kata "mati". Ustaz Azizan diuji terpaksa potong kaki, depa kutuk kata Ustaz Azizan ditimpa bala kerana jadi faktor utama menyebabkan PAS kalah di Kedah. Macam-macam depa kutuk Ustaz walaupun bekas MB tu masih terlantar di hospital... Malah, lepas Mahfuz jadi Pesuruhjaya PAS Kedah pun, depa tetap "serang" Ustaz Azizan. Sekali sekala, depa serang Mahfuz jugak. Tak tau la dari team mana yang serang, tapi khabarnya "team Phahrolrazi" yang punya angkara.... Nampak tak beza antara UMNO Kedah dan PAS Kedah? Berbeza sangat, kan? Hangpa fikir la sendiri... I rest my case...heh! | ||||
PANASSS..!!! ORANG KEDAH SEBOK BERCAKAP PASAL "UTC"...!!! @MukhrizMahathir #DemiKedah Posted: 11 Jun 2013 07:37 PM PDT
Sekarang ni orang Kedah, khususnya di Alor Setar dok tengah seronok bercakap pasal UTC. Benda apa UTC tu? Bas UTC dulu tu ke? Bukaaannnn... UTC tu "Urban Transfomation Centre" atau Pusat Transformasi Bandar... UTC ni dah wujud kat beberapa negeri macam di Melaka, Perak dan banyak lagi negeri-negeri yang dipimpin kerajaan BN... Dalam kata lain, UTC ni akan menempatkan lebih 100 agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, JPJ, Tekun dan macam-macam lagi agensi yang akan memudahkan urusan rakyat dengan pihak kerajaan... Wow factor yang ada pada UTC ni ialah ia dibuka dari jam 8 pagi dan ditutup pada jam 10 malam! Heh! Jadi, kita orang Kedah ni ada "one stop centre" yang akan memudahkan segala urusan hidup kita.. nak bayar bil senang, nak bayar saman senang, nak buat IC pun dah bertambah mudah... Lagi pun, UTC ni terletak kat City Point tu... Alaaa.. shopping complex yang akan diubah suai dan semua ni dijangka beroperasi pada bulai Julai ni... Senang la rakyat Kedah lepas ni..kan? Ada pilihan dan tak perlu lagi ke pejabat kerajaan yang selalu sesak dengan orang ramai... Pak Long Mak Long, Pak Ngah Mak Ngah, abang adik kakak semuanya senang nak berurusan. Lepas ke UTC, depa boleh shopping kat City Plaza kat sebelah tu... tak pun pergi baca buku kat Library tu.. tapi jangan lupas solat kat Pusat Dakwah kat sebelah tu tau... yang tu wajib! Apa pun, aku ucapkan tahniah pada semua rakyat Kedah, termasuk orang PAS, yang bakal menikmati "hadiah pertama" dari Kerajaan pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir ni... Perkara baik ni perlu disokong..kan? Tapi tak tahu la kalau ada jugak orang nak bangkang UTC ni... Kalau bangkang jugak, maka betul la orang kata yang puak pembangkang kat Kedah ni "tak berapa sihat"...kan? kan? kan? Heh! Begitu la...belum sampai 100 hari pun, tapi dah ada "something" yang baik untuk rakyat Kedah. Dapat mandat, terus Kerajaan BN Negeri Kedah buat kerja... tak payah cakap banyak, kerja 24 jam demi rakyat Kedah... syabas BN..!!! |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |