Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


2 orang Cina hina YDP Agong dah kecut , serah diri kepada polis

Posted: 07 Jun 2013 09:52 PM PDT




Dua daripada empat individu yang dikehendaki kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook baru-baru ini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang ini.


Dua individu tersebut ialah seorang lelaki, Shuh Chien Loo, 30, dan seorang wanita, Hun Keat Wong, 33, yang hadir ke balai tersebut bersama peguam masing-masing kira-kira pukul 3 petang.


Polis turut mengesan seorang lagi yang dicari itu berada di luar negara dan akan diambil keterangan sebaik sahaja individu tersebut pulang ke tanah air manakala seorang lagi diminta tampil menyerah diri.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengingatkan semua pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menghina institusi diraja.


"Polis akan terus memantau dan tidak akan bertolak-ansur lagi sekiranya ada pihak yang sengaja menggunakan bahasa-bahasa biadab dan menghina terhadap institusi diraja dan pimpinan negara.


"Kita akan menggunakan semua undang-undang sedia ada dan terbaharu seorang lagi dikesan melakukan perbuatan yang sama diminta menyerah diri untuk membantu siasatan," katanya tanpa menyatakan identiti individu terlibat.


Difahamkan, individu terbaharu itu merupakan seorang blogger yang memuat naik komen menghina Yang di-Pertuan Agong di dalam Twitternya baru-baru ini.
Sementara itu, kedua-dua pemilik akaun yang tampil menyerahkan diri hari ini turut diambil keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di IPD berkenaan.


Akhbar semalam melaporkan polis meminta empat pemilik akaun Facebook iaitu Weennee Tan, Chien Loo, Keat Wong dan Carol Tay menyerah diri untuk membantu siasatan kerana memuat naik komen yang didakwa mempunyai unsur menghina Yang di-Pertuan Agong.


Pada Selasa lalu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Melissa Gooi telah ditahan di Taman Nirwana, Ampang, dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.


Bagaimanapun, individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710