Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Protes Di Turki : Pemimpin PKR ‘Bisu’?

Posted: 07 Jun 2013 09:55 AM PDT


Media antarabangsa melapurkan berlakunya gelombang protes jalanan anti kerjaan untuk 6 hari berturut-turut di Istanbul dan Ankara, Turki dan beberapa bandaraya utama dunia.

Ini berikutan pada asalnya penentangan warga Istanbul terhadap rancangan kerajaan untuk pembangunan sebuah taman di pusat kota Istanbul dan kemudian merebak menjadi protes anti kerajaan di beberapa bandaraya utama Turki.

Media melaporkan beribu-ribu rakyat Turki telah mengadakan demonstarsi terbesar di Lapangan Taksim, di tengah kota Istanbul sejak 10 tahun bagi mengatakan bantahan terhadap pemerintahan perdana menteri Recep Taiyib Erdogan dari Pari Keadilan dan Pembangunan (dalam bahasa Turki — Adalet Kalkinma Partisi (AKP)


Lebih 1,500 orang telah ditangkap dalam demonstarsi tersebut di mana pihak polis dilaporkan menggunakan kekerasan, pancutan water cannon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyurai demonstrasi tersebut.

Rakyat Turki menganggap Taiyib Erdogan seorang pemerintah fasis dan mula kelihatan sebagai seorang diktaktor.

Ramai kalangan ahli PKR bertanya-tanya kenapa tiada seorang pun pemimpin atasan PKR yang "berani" memberikan sebarang komen tentang kekasaran pihak berkuasa Turki menyuraikan protes tersebut dimana dilapurkan ramai yang tercedera.


Adakah kerana Anwar Ibrahim begitu rapat dengan Erdogan dan PKR sendiri mempunyai hubungan erat dengan parti AKP hingga mereka "bisu" terhadap kekejaman regim Erdogan terhadap rakyat Turki yang berdemo di Lapangan Taksim tersebut.

Kita sedia maklum beberapa pimpinan atasan PKR begitu taksub kepada parti AKP hinggakan penggunaan bas kempen parti yang digunakan oleh Anwar dalam siri kempen "Jelajah Merdeka Rakyat" ditiru (fotokopi) dari bas AKP.

Kita tidak mahu pimpinan PKR bersikap dwi standard. Begitu lantang bersuara terhadap tindakan keras pihak polis terhadap demonstrasi Bersih 2 dan 3, tetapi "menikus" terhadap tindakan keras Erdogan di Lapangan Taksim!

Suara Politik
Belantan

Dong Zong kena TIBAI dengan Prof. Cina UKM?

Posted: 07 Jun 2013 07:44 AM PDT


Dong Zong melampau!

Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.

Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina.


Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar.

"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini," katanya.

Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 bertajuk 'Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan Mutakhir' di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Diskriminasi paksa Melayu berubah?

Posted: 07 Jun 2013 03:14 AM PDT


Perkara Lapan, Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kesamarataan menyebut tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan dalam mana-mana perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Malangnya walaupun perkara itu termaktub dalam Perlembagaan tertinggi negara, dari segi realiti amalan itu tidak dilaksanakan terutama dalam kalangan syarikat Cina dan syarikat dimiliki pihak asing di negara ini.

Ini terbukti apabila siswazah kaum Melayu yang baru menamatkan pengajian didiskriminasikan semasa mereka memohon pekerjaan di sektor swasta yang sebahagian besar dimiliki kaum lain.

Apa yang dinyatakan ini bukan kata-kata kosong penuh emosional yang dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ultra-Melayu sebaliknya berasaskan fakta saintifik yang dikumpul hasil kajian lapangan.

Cukup unik, kajian itu dibuat oleh seorang ahli akademik Cina daripada sebuah universiti awam utama negara yang dilaksanakan untuk tujuan kajian ilmiah tanpa sebarang agenda politik.

Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan siswazah kaum Cina lebih berkemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.

Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.

Daripada 3,012 resume yang dihantar untuk 753 pekerjaan kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.

Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu.

Kajian itu melibatkan 439 jawatan kosong di syarikat yang dimiliki kaum Cina, 131 jawatan di syarikat milik asing dan 73 jawatan di syarikat milik Melayu dan selebihnya di syarikat yang dimiliki secara bersama oleh pelbagai kaum.

Dalam erti kata lain, siswazah kaum Cina mempunyai lima kali lebih kemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding siswazah Melayu.

Kajian itu melibatkan siswazah yang baru menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

Menurut kajian itu, siswazah daripada IPTA yang dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lebih diutamakan majikan.

Sesuatu yang mengejutkan, kajian itu mendapati syarikat milik orang Melayu lebih cenderung mengambil lebih ramai siswazah Cina berbanding siswazah Melayu, walaupun perbezaan bilangan antara siswazah kedua-dua kaum tidak terlalu ketara.

Sebenarnya kajian berkenaan bukanlah kali pertama dibuat kerana beberapa kajian lain yang dibuat sejak 33 tahun lalu juga menghasilkan kesimpulan yang serupa.

Antaranya kajian pada 1980 oleh pakar ekonomi, D. R. Snodgrass yang membuat kesimpulan syarikat yang diterajui kaum Cina kebiasaannya tidak akan menggajikan pekerja Melayu.

Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi dari Norway yang turut terbabit merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB), Tan Sri Just Faaland pada 2003 juga mendapati pendapatan pekerja bumiputera adalah 32 peratus lebih rendah berbanding pekerja Cina.

Kajian lain oleh Chr. Michelsen Institute (CMI) pada 2005 bagi pihak Bank Dunia juga mendapati bukan Cina dihalang daripada bekerja dalam sektor swasta dan sesiapa yang telah bekerja akan mengalami diskriminasi termasuk gaji yang rendah dan payah untuk naik pangkat.

Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia, Branko Milanovic pada 2006 pula mempersoalkan kenapa pekerja Cina menerima gaji lebih tinggi antara 20 hingga 40 peratus walaupun mempunyai kelayakan dan menunjukkan prestasi sama dengan pekerja bumiputera.

Fakta telah dinyatakan dan kita kini ingin bertanya apakah yang akan dilakukan oleh orang Melayu bagi memastikan mereka tidak terus dipinggirkan dalam bidang ekonomi dan sektor pekerjaan swasta di negara sendiri?

Perkara paling mudah adalah membuat desakan supaya tauke Cina menghormati Perlembagaan Persekutuan dengan memberikan pekerjaan secara sama rata kepada semua etnik.

Hakikatnya desakan itu telah dibuat sejak kajian Snodgrass didedahkan 33 tahun lalu dan ia tidak pernah diendah oleh tauke-tauke Cina terbabit.

Cara lain seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik Cina yang membuat kajian terbaharu berkenaan adalah supaya kerajaan menggubal Akta Peluang Saksama di sektor swasta dan awam serta menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi memantau pelaksanaan akta berkenaan.

Cadangan lain adalah supaya kerajaan memberikan insentif kepada syarikat yang mempunyai pekerja berbilang kaum yang seimbang.

Selain itu, orang Melayu juga perlu membuang sikap buruk mereka dan hendaklah sanggup belajar nilai etika dan budaya kaum Cina yang telah membuatkan kaum itu berjaya dalam bidang perniagaan dan kerjaya masing-masing.

Seperti yang dinyatakan dalam kajian terbaharu tersebut, diskriminasi yang dihadapi siswazah Melayu bukan disebabkan prejudis perkauman sebaliknya faktor-faktor lain.

Walaupun kajian itu tidak menyatakan apakah faktor-faktor berkenaan, komen pelbagai pihak sebelum ini menyatakan ia berpunca daripada persepsi salah bahawa pekerja Melayu tidak sanggup bekerja kuat dan tidak menghayati nilai etika dan budaya yang telah menyebabkan kaum Cina berjaya dalam bidang ekonomi.

Persepsi ini juga berpunca kerana graduan kaum Melayu dianggap berjaya mendapat pendidikan tinggi bukan hasil daripada usaha sendiri sebaliknya kerana sokongan dasar afirmatif seperti DEB.

Sebab itu, kajian terbaharu itu mendapati siswazah Melayu dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang didominasi kaum Cina yang terdedah dengan nilai etika dan budaya kaum berkenaan mempunyai lebih banyak peluang untuk dipanggil temu duga oleh syarikat milik etnik Cina.

Peluang juga lebih cerah jika siswazah kaum Melayu berkebolehan menulis, bertutur dan membaca dalam bahasa Cina.

Jika sebelum ini orang Melayu begitu ghairah untuk mempelajari nilai etika kerja orang Jepun, kenapa kita tidak mula belajar rahsia kaum Cina yang telah membolehkan mereka berjaya dalam bidang ekonomi dan pekerjaan.

Tidak mustahil pada masa depan orang Melayu akan diberikan kepercayaan untuk menerajui syarikat Cina dan kaum itu menerajui syarikat Melayu.

Ketika itu, kita sudah pasti telah mencapai apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai national reconciliation atau perdamaian kebangsaan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Apabila Guan Eng 'masuk bakul, angkat sendiri'...!!! Jentera pilihanraya DAP adalah yang terbaik sekali?

Posted: 07 Jun 2013 12:06 AM PDT


"DAP menunjukkan bahawa ia memiliki jentera terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari," kata Lim Guan Eng mengupas rahsia kejayaan partinya dalam PRU13.

Ulasan kandungan surat terbuka Lim Guan Eng kepada ahli-ahli partinya sempena kejayaan DAP dalam pilihanraya

"Kempen gerakan rakyat" — DAP akan menggembleng tunjuk sokongan oleh para pengikutnya. Ahli dan penyokong DAP akan bergerak untuk menuntut pilihanraya yang "bersih, bebas dan adil".

Parti itu juga akan membawa desakan mereka ke forum antarabangsa di samping memfail cabaran di mahkamah untuk mempertikaikan kerusi-kerusi yang dimenangi BN.

Guan Eng mendakwa BN sebenarnya telah menang melalui "penipuan, undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui pengundi hantu dan Bangladeshi yang bukan warganegara".


Kubu kuat DAP

Hampir satu-perlima kerusi DUN sekarang menjadi milik DAP. DAP kini mempunyai 107 orang Adun – 95 yang dipilih melalui PRU13 dan 12 Adun sedia ada yang telah menang pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011) – daripada sejumlah 576 orang Adun-Adun kesemuanya di seluruh negara.

Seterusnya Lim Guan Eng menganggap Pulau Pinang dan Selangor sebagai "negeri-negeri kubu kuat" DAP.

Parti pemerintah yang diketuai setiausaha agung DAP itu telah meraih 68 peratus undi popular – satu lonjakan berbanding 2008 – di Pulau Pinang dalam PRU13.


"Yang paling bersedia dari segi organisasi"

Guan Eng turut mendakwa bahawa BN telah "menggunakan politik wang, ancaman kekerasan dan pembohongan untuk memenangi pilihan raya umum".

Namun begitu, taktik kotor BN dapat dipatahkan oleh DAP yang jenteranya "dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari".

Keberkesanan respons adalah hasil daripada prestasi jentera pilihanraya DAP sebagai yang terbaik dan "yang paling bersedia dari segi organisasi", jelas Guan Eng.

Sandiwara DAP untuk dapat undi simpati! Kesian  Betty telah dipermainkan dan ditipu oleh suami dengan skandal ???

Betty Bald meraih undi simpati

Menurut Guan Eng, kempen Go Bald To Protest Money Politics oleh DAP "sangat memberi kesan kepada pengundi atas pagar".

Tambah Guan Eng lagi, kempen tersebut telah berjaya "memusnahkan apa sahaja baki sokongan kepada BN" apabila ramai wanita di seluruh negara amat bersedih melihat isterinya membotakkan kepala.

Liputan bersimpati peristiwa tersebut oleh akhbar arus perdana yang paling laris jualannya mendorong kaum Hawa agar "terus memasang azam untuk menghukum BN".

Skandal Guan Eng

Minoriti paling lantang di dunia

Guan Eng menuduh pentadbiran Najib sebagai "kerajaan minoriti BN di Putrajaya", Najib Razak sebagai "Perdana Menteri minoriti BN" dan Zambry Abdul Kadir sebagai "Menteri Besar minoriti BN di Perak".

Mengikutnya, BN yang telah "kalah" PRU13 sedang bertindak balas "tidak rasional" dengan menaikkan sentimen perkauman dan ekstrimisme bagi mengalih perhatian orangramai daripada kepincangan-kepincangan yang menyelubungi parti lapuk tersebut.

Dalam pada itu, kekalahan lawan membuka ruang bagi DAP mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BN".

Sebagai perancangan masa depan, Guan Eng memaklumkan bahawa semua wakil rakyat DAP sudah diarahkan untuk menubuh pusat perkhidmatan di kawasan masing-masing.

Surat terbuka Guan Eng  yang disiarkan di RoketKini!

Dengan masalah dalaman DAP, Guan Eng masih sempat hendak menipu kepada para pengundi dan penyokong DAP. Baca sini dan di sini.

Kenapa Guang Eng takut? Baca di sini.

Guan tuduh BN telah menang melalui "penipuan, undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui pengundi hantu dan Bangladeshi yang bukan warganegara". Bagaimana pula dengan pengundi hantu dari China? Sila baca di sini? Berapa ramai pengundi Cina bila ditanya semasa mengundi langsung tak tahu cakap Melayu? Siapakah mereka yang sebenarnya! Tidak hairanlah undi untuk DAP naik mendadak ditempat-tempat yang telah ditetapkan?

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>