Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

$
0
0

KEPAL NASI KEPAL BERAS


KJ MAMPU MENYAINGI KEPIMPINAN NAJIB-MUHYIDIN!!

Posted: 07 Jun 2013 04:04 AM PDT

Khairy berkata, "walaupun kita menghormati proses demokrasi dalam UMNO, tetapi atas kesedaran perlu diperkukuhkan lagi UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat ketetapan dan mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dan menyokong agar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk pemilihan yang akan datang"

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, "memandangkan tidak ada lagi pencalonan di peringkat bahagian untuk satu-satu calon melayakkan diri untuk bertanding, jadi Pemuda "merayu" agar Khairy mengisi borang pencalonan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang dan Pemuda UMNO telah sepakat untuk membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda dalam pemilihan nanti".

Cuba anda nilai kenyataan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di atas.

Kenyataan KJ "ditujukan kepada ahli UMNO" supaya mempertimbangkan cadangan Exco Pemuda supaya dikekalkan DS Najib dan TS Muhyidin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. 

Manakala kenyataan Razali, pula terbalik. Bukan ditujukan kepada ahli pemuda, sebaliknya "merayu bagi pihak ahli pemuda" agar KJ "tolonglah isi borang kerana kami sangat memerlukan kepimpinan kamu".

Dalam hal KJ, akar umbi merayu KJ supaya terus memimpin.

Dalam hal DS Najib dan TS Muhyidin, pemuda merayu akar umbi supaya mereka berdua dikekalkan.

Siapa hebat? 

KJ: SAYA BERSIH RASUAH POLITIK...TIADA SIAPA BERHAK PERTIKAI!!

Posted: 06 Jun 2013 08:40 PM PDT

Ramai kalangan yang menentang dan tidak bersetuju dengan ura-ura DS Najib mahu melantik DS Ali Rustam sebagai Setiausaha Agung UMNO atas alasan tidak mahu lagi UMNO dilihat masih berimej dan mengamalkan rasuah politik wang.

Suara ini juga turut mempertikaikan Tan Sri Mohd Isa, jika beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO disebabkan masalah dan imej yang sama kerana pernah digantung  3 tahun penuh sebagai Naib Presiden UMNO pada 2004 di atas kehendak Pak Lah secara peribadi.

Suara penentangan ini dilihat begitu prihatin dan tidak mahu imej UMNO tercemar kerana masih memberi tempat kepada pesalah-pesalah politik wang di dalam parti mahupun kerajaan.

Habis, kalau begitu apa langkah yang mahu dibuat terhadap Khairy Jamaludin?

Lembaga Disiplin UMNO telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap KJ sepertimana juga DS Ali Rustam. Cuma bezanya DS Ali Rustam digugurkan dan hilang kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden, manakala KJ hanya diberi amaran walaupun kesalahan beliau lebih prima facie dari kesalahan DS Ali Rustam. Ini juga di atas kehendak Pak Lah secara peribadi yang "mentalipon" sendiri dari Jakarta supaya lembaga disiplin membenarkan KJ bertanding.

Khairy telah memenangi jawatan Ketua Pemuda melalui politik wang walaupun "hukuman amaran" telah dijatuhkan kepada beliau. Pada malam pertandingan, hanya perwakilan yang berdampingan dengan saya saja, "yang saya tahu" telah menolak mentah-mentah habuan ribuan ringgit yang mahu diserahkan kepada beliau oleh agen Khairy.

Habuan yang besar ini berupaya mengubah pendirian perwakilan. Jika setakat habuan tiga empat ribu, perwakilan masih boleh berfikir secara waras untuk memilih pemimpin. Tapi jika habuan yang diberi mampu dijadikan modal untuk membuka "3 Stall burger", ia boleh memberi kesan yang cukup besar kepada perwakilan kerana ia mampu mengubah masa depan keluarga mereka. 

Apakah amalan rasuah politik KJ ini tidak akan menjejaskan imej UMNO? 

Apakah rakyat di luar sana akan benci pada UMNO jika Presiden Najib lantik Ali Rustam, dan akan buat tidak kisah jika KJ terus diangkat di dalam hairaki parti dan kerajaan?

Kalau nak bersihkan imej UMNO bersihkan betul-betul. 

Kalau sudah berjunub hukumnya "wajib mandi hadas besar", tidak kira samada junub yang dilakukan itu secara halal atau pun secara haram.

Kenapa rasuah politik wang Ali Rustam dianggap haram dan dilarang terus dari diberi sebarang tanggungjawab dan jawatan, tapi rasuah politik wang KJ dianggap harus dan tidak perlu dimandi wajibkan?

KJ: KENAPA MERAYU..SAYA HANYA TAK MAHU TANDING PRU!!

Posted: 06 Jun 2013 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mahu agar Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus memimpin sayap pergerakan UMNO itu.
Naib Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO yang berbincang mengenai perkara itu telah merayu kepada Khairy untuk menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti akan datang.


Barisan exco boleh buat apa saja resolusi. Itu hak mereka. Tetapi ia tidak mengikat institusi pemuda itu secara "unanimous".

Sebenarnya isu "merayu" ini tidak berbangkit kerana Khairy tidak pernah menyatakan untuk tidak mempertahankan jawatan. 

Apa yang pernah dinyatakannya berkali-kali ialah tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, sebaliknya dia menekankan untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan hanya mahu menumpukan kerja-kerja pemuda dalam menarik sokongan anak muda.

Sekarang kerusi parlimen yang dia sendiri tidak mahu pun dia pertahankan, masakan kerusi ketua pemuda pula yang dia tidak mahu.

Dari mana datangnya istilah merayu ini. Rayuan hanya berlaku apabila permohonan ditolak. Ataupun, bila seseorang itu sudah tidak sudi lagi. Bila Khairy menolak dan bila Khairy menyatakan dia tidak sudi lagi?

Jika memang tidak kelihatan sikap "bacul", kenapa Razali mesti menampakkan kebaculannya dengan penggunaan istilah seolah-olah pemuda terlalu terdesak bakal kehilangan Khairy, walhal tiada sepatah perkataan pun dari Khairy dia akan meninggalkan pemuda.

Jika kita tidak perlu guna perkataan berunsur membodek, kenapa Razali harus menunjukkan kenyataan unsur "bodek"?

Apakah Khairy yang minta barisan Exco keluarkan kenyataan "merayu" untuk tujuan menggambarkan kepada umum bahawa Khairy tidak kisah dan tidak kemaruk jawatan ketua pemuda? 

Apakah dia mahu menggambarkan kepada umum bahawa pemuda sebenarnya yang tergila-gilakan dia? Dia mahu gambarkan pemuda tidak mampu kehilangan kepimpinan Khairy? 

Atau, dia mahu gambarkan pemuda lebih terdesak memerlukan Khairy daripada MKT memerlukan Presidennya kerana MKT pun tidak sampai ke tahap merayu agar DS Najib terus memimpin UMNO?

Memang benar, pemimpin UMNO akan "secara otomatik" menjadi lebih kreatif, lebih passionate, lebih mahir dan bijak mengatur strategi jika ia berkaitan dengan isu mempertahankan kerjaya politik masing-masing. 

Mereka hanya tidak pandai dan secara otomatik jadi bodoh, buntu dan kaku bila "parti diserang dan dikerjakan" pembangkang. Tapi kalau sekadar serangan politik dalaman, ""insyaallah kita ada cara untuk atasi. Ahli dan perwakilan UMNO di bawah ni "mudah diurus" dan "mudah lentok". Bukan agresif macam pembangkang"" 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>