PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Wordclass Bridge JKSB dah jadi Worst Bridge , bila MD nak resign ??
- Pemilihan parti pun menipu , Guan Eng tak perlu menyibuk tentang BN - Tunku Aziz
- DAP parti yang memecahkan perpaduan kaum di Malaysia - Tun M
- ANWAR LEGA PAPA GOMO DAH UMUM BERSARA DARI DUNIA BLOG .
Hot ! Wordclass Bridge JKSB dah jadi Worst Bridge , bila MD nak resign ?? Posted: 07 Jun 2013 06:21 AM PDT Hari ini owner Jambatan Worldclass iaitu JKSB telah memberi kenyataan berhubung tragedi jambatan runtuh semalam . Satu kenyataan bodoh oleh seorang MD apabila menyatakan " kejadian runtuhan ini diluar jangkaan syarikat " KLIK DI SINI Maknanya JKSB sendiri tak boleh mengesan awal akan berlaku runtuhan seperti ini ?? Kalau orang bukan bidang kejuruteraan boleh JKSB cuba bohong dengan alasan ini tapi dengan GPB sorry la Dato Prof Ir Dr . Untuk pengetahuan semua , dalam kerja-kerja pembinaan seperti penyambungan jejambat seperti ini akan ada SAFETY OFFICER yang memantau & melakukan audit keselamatan setiap masa di tempat kerja . Tugasnya adalah memastikan kerja-kerja pembinaan dilakukan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan . Beliau juga mempunyai kuasa untuk menegur , mengeluarkan NCR dan juga arahan STOP WORK kepada kontraktor jika gagal mematuhi peraturan keselamatan. Persoalannya dalam kejadian runtuhan ini , apakah Safety Officer yang berpengalaman dilantik JKSB ini langsung gagal mengesan awal kegagalan struktur asas ( scaffholding ) seperti yang didakwa DOSH hari ini ? Rumours & info yang GPB terima ialah pada waktu pagi kejadian di kawasan " Work In Progress " Cergas Murni Sdn Bhd telah diaudit keselamatan oleh Safety Officer JKSB . Safety Officer berkenaan telah menegur pihak kontraktor Cergas Murni dengan berkata " Bila nak perbetulkan support besi , nak tunggu collapse ?? Tak sangka masin sungguh mulut Safety officer berkenaan dan akhirnya jejambat runtuh pada petang itu disebabkan kegagalan struktur scaffolding . Merujuk kembali kepada jawapan MD JKSB , jika benar rumours ini satu malapetaka cukup besar la kepada syarikat ini . Mengapa hanya tegur sahaja ? Mengapa tidak dikeluarkan surat NCR atau stop work kepada pihak kontraktor ?? GPB yakin pasukan penyiasat bebas yang dilantik kerajaan termasuk pihak Polis akan menemui punca utama disebalik runtuhan ini. Akhir sekali ... bila Managing Director JKSB nak RESIGN ??? Hang tak malu lagi ke duduk di kerusi tu ? Wordclass Bridge hang sekarang sudah jadi Worst Bridge !!! Sudah lah berbilion ringgit duit kerajaan dihabiskan untuk projek ini , nyawa seorang rakyat sebangsa hang sendiri yang melayang ... Al Fatihah .....semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang beriman . kereta kelisa Rohaizad dihempap konkrit JKSB Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an di dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan penyelamat menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu tanpa penumpang lain. Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar. Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.klik DI SINI JKSB ...PAMPASAN HANG PA TAK BOLEH GANTI NYAWA ORANG Georgetown: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) akan membayar pampasan kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pengarah Urusan JKSB, Datuk Prof Ir Dr Ismail Mohamed Taib, berkata pihaknya akan membayar wang pampasan permulaan sebanyak RM10,000 kepada mangsa yang terbabit dengan tragedi berkenaan. Beliau berkata demikian kepada petugas media di lokasi kejadian di Batu Maung dekat sini, hari ini. HENTIKAN JE SEMUA KERJA JAMBATAN KEDUA INI ... MINTA JKSB PERIKSA DULU DAN PASTIKAN TIDAK MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN ORANG AWAM |
Pemilihan parti pun menipu , Guan Eng tak perlu menyibuk tentang BN - Tunku Aziz Posted: 06 Jun 2013 11:07 PM PDT Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berterusan menuduh UMNO sebagai parti perkauman dilihat melucukan kerana DAP sendiri terbukti mengamalkan gaya politik cauvinis melampau sehingga meresahkan orang Melayu di negara ini. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Guan Eng perlu bertanya kepada diri sendiri berhubung sumbangan partinya dalam menjamin keharmonian rakyat pelbagai kaum seperti yang berjaya dilakukan Barisan Nasional (BN) sejak lima dekad lalu. "DAP dakwa mereka memperjuangkan politik berbilang kaum tetapi itu cakap-cakap kosong dan retorik semata-mata, kalau kita tengok parti ini, bukan parti untuk kaum selain Cina. Tanyalah ahli-ahli parti yang telah keluar dari DAP, orang Cina pun kata parti itu sangat perkauman. "Meskipun UMNO mewakili masyarakat Melayu, Cina diwakili MCA manakala India MIC, penyatuan menerusi BN berkesan sebagai satu ramuan yang dapat menyatukan hati seluruh rakyat Malaysia, tidak seperti DAP dan pembangkang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya diwww.limguaneng.com baru-baru ini. Artikel itu menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka. Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tuduhan Guan Eng itu dilihat bertujuan menutup imej sebenar DAP. Mengulas lanjut, Tunku Aziz menegaskan, Guan Eng tidak perlu runsing terhadap UMNO atau BN sama ada ingin menjadi parti tunggal atau sebaliknya, tetapi perlu menumpukan kepada masalah dalaman DAP yang kian memuncak. Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP itu seharusnya memberi perhatian kepada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan bantahan ahli parti cauvinis itu terhadap kepimpinannya. "Guan Eng tidak mempunyai kelayakan mengeluarkan sebarang pendapat berhubung parti lain kerana masalah dalaman DAP pun dia tidak mampu menyelesaikan, jadi kenapa dia tuding jari," katanya. Dalam pada itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, memang menjadi tabiat bagi Ahli Parlimen Bagan itu untuk memulakan sesuatu isu dan bertindak 'lepas tangan' apabila perkara tersebut mendatangkan kontroversi terhadap karier politiknya. Sambil merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah katanya, Guan Eng tiba-tiba 'lesap' daripada perhatian umum setelah isu tersebut menjadi polemik yang serius dalam kalangan umat Islam. "Dalam hal parti tunggal ini, saya menghormati pendirian UMNO yang sentiasa terbuka untuk menganjurkan perbincangan berbanding DAP apabila sentiasa dipimpin Guan Eng dalam segala urusan membuat keputusan," |
DAP parti yang memecahkan perpaduan kaum di Malaysia - Tun M Posted: 06 Jun 2013 07:04 PM PDT - Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini. Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO. "Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina. "Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan Malaysian Malaysia dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya,http://chedet.cc hari ini. Dr. Mahathir memberitahu, penyokong meritokrasi dan puak ekstremis Cina dalam DAP turut mendakwa kerajaan BN telah melakukan diskriminasi dengan mengutamakan orang Melayu dalam banyak perkara. "Untuk itu setiap kali polisi kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dipertahankan, orang yang mempertahankannya sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dilabel sebagai rasis," ujarnya. Jelas beliau, jika lebih banyak bukti diperlukan mengenai peranan puak rasis Cina dalam pilihan raya umum lalu, demonstrasi menuduh BN menipu ketika pilihan raya walaupun dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Parti Keadilan Rakyat (PKR), kebanyakannya dihadiri oleh orang Cina terutama golongan muda kaum itu. "Sama ada di dalam mahupun di luar negara, golongan muda Cina memakai baju hitam. Kurangnya rasa hormat terhadap bendera Malaysia ditunjukkan belia Cina di Taiwan dengan menterbalikkan bendera. "Protes-protes ini kelihatan bersifat urusan orang Cina manakala Pas dilihat seakan tidak menyokong," tegasnya. Katanya, pakatan pembangkang bukanlah satu bentuk gabungan sebenar tetapi hanyalah 'pakatan pilihan raya' untuk menentang BN. "Pakatan itu jelas memberi untung kepada cauvinis Cina dalam DAP sementara Pas, parti yang mempunyai paling ramai Melayu dalam pakatan pembangkang mendapat untung yang kecil," tambahnya. |
ANWAR LEGA PAPA GOMO DAH UMUM BERSARA DARI DUNIA BLOG . Posted: 06 Jun 2013 05:30 PM PDT Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging. Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. "I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu. Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal. Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan. Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu. Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan. Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak. Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi. "Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. "Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat. "Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan. - SINAR HARIAN *** BLOG PAPA GOMO ANTARA BLOG SATU BATCH DENGAN GPB , DITUBUHKAN SELEPAS PRU12. KINI SELEPAS LEBIH 5 TAHUN BERJUANG .. ... GPB HORMATI KEPUTUSANNYA YANG MAHU BERSARA DARI DUNIA BLOG . SEMOGA BRO BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN BUNDLE NYA SELEPAS INI .. ALL THE BEST ! BLOG GPB BERSARA ?? MASIH LAGI DALAM PERTIMBANGAN .... |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |