BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Selebriti wanita dituduh sengaja jatuhkan diri untuk 'tayang' payudara
- Pasangan blogger seks kontroversi bikin hal lagi...kali ini di Youtube!
- Harun Din juga patut minta Nik Aziz bertaubat - Tun Mahathir
- Sogokan DAP menguji 'brotherhood' Melayu
- (Gambar) Wajah OKT yang ditembak dan kereta curi yang terjunam ke dalam taliair
- (Rasmi) Polis tembak mati 2 daripada 7 tahanan lolos
- (Update) TERKINI! OKT terlepas berjaya dikesan dikawasan perkampungan di Guar Perahu
- (Gambar) Beraksi separuh bogel dalam cuaca sejuk beku...
- Kalimah Allah: Kenapa Kristian terhegeh-hegeh sangat nak guna?
- Kalimah Allah: Harun Taib kekal tidak bersetuju penggunaan untuk Bible
- Kalimah Allah: Hadi masuk perangkap Anwar
- Amanat Hadi: Utusan buka ruang Hadi untuk buat penjelasan
- Penang DAP Lodges Police Report Against Puad
- DAP To Distribute 100,000 Free Malay Bibles - Puad
- Bapa paksa ibu setubuh depan anak
Selebriti wanita dituduh sengaja jatuhkan diri untuk 'tayang' payudara Posted: 10 Jan 2013 03:31 PM PST Sofia Vergara memang terkenal dengan keseksian tubuhnya. Bahkan kadang-kadang kelihatan seperti dibuat-buat keadaanya untuk menunjukkan keseksian dirinya itu. Sebagai contoh, kejadian semalam yang menyaksikan Vergara terjatuh hingga terselak payudaranya. Beberapa saksi ditempat kejadian berkata suasana agak kelam kabut ketika teman lelakinya Nick sedang berselisih ditepi meja hingga Sofia hilang kawalan berdirinya lantas terjatuh. Akibat memakai pakaian yang terlalu terdedah, payudara wanita berusia 40 tahun itu turut 'terlompat' keluar. Hadirin pada ketika itu beranggapan Sofia sengaja berbuat demikian kerana mahu menunjuk-nunjuk keseksian tubuhnya. Namun akhirnya Sofia menafikan dan beliau berasa malu dek kerana kejadia tersebut. | ||
Pasangan blogger seks kontroversi bikin hal lagi...kali ini di Youtube! Posted: 10 Jan 2013 06:31 AM PST Pasangan kontroversi Alvin dan Vivian buat hal lagi! Kali ini Alvin Tan dan Vivian Lee dah muat naik enam klip video 'talk show' mengenai pandangan mereka tentang- tentang apalagi – SEGALA-GALANYA TENTANG SEKS! Kali ini mereka siap jalankan temubual dengan orang ramai tentang 'benda itu'. Dalam post terbaru, Alvin dan Vivian, kedua-duanya merakamkan aksi berdua di atas katil dengan Alvin tidak berbaju dan Vivian memakai coli sambil berselimut. Antara topik yang dimuat naik ialah Bagaimana cara nak dekati perempuan, Lebih banyak perempuan yang anda ada- lebih banyak anda lakukan seks, Temujanji hanya untuk seks dan banyak lagilah (nak sebut pun nak termuntah!) Berbeza dengan respond sebelum ini, nampaknya ramai pula kagum dengan usaha mereka berdua malah ada komentar yang memuji serta menganggap kedua-duanya sebagai 'idola'. Untuk rekod, Alvin adalah pelajar dari Malaysia yang menuntut di National University of Singapore mencetuskan kegemparan baru-baru ini apabila memuat naik gambar dan video seks bersama teman wanitanya itu dalam sebuah blog. Alvin yang merupakan penerima biasiswa ASEAN dan pelajar jurusan undang-undang di universiti tersebut dipercayai telah memuat naik gambar dan video tersebut dalam laman blog mereka, Sumptous Erotica sejak 20 September tahun lalu. Macam-macam hal… -mynewshub | ||
Harun Din juga patut minta Nik Aziz bertaubat - Tun Mahathir Posted: 10 Jan 2013 06:01 AM PST 1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris "Better the devil you know than the angel you don't". 2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali". 3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah. 4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, "siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima". 5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir. 6. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat. 7. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan. 8. Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka. 9. Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh. Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka. 10. Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza. 11. Kemudian Hj Hadi menokoktambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku. 12. Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri. 13. UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman. 14. Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam. 15. Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam. 16. Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam. 17. Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam.Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya. 18. Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai. 19. Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz. | ||
Sogokan DAP menguji 'brotherhood' Melayu Posted: 10 Jan 2013 05:23 AM PST Murahnya Melayu di mata DAP hanya bernilai RM1000 sahaja. Sedangkan mereka sendiri kebas berjuta-juta tanah Melayu. Sanggup berkahwin dengan orang asli hanya kerana mahu tanah balak. Menipu tanah orang Sabah Sarawak dengan menipu sijil anak negeri dan segala macam lagi. Kesetiaan persaudaraan Melayu kini teruji dengan umpan RM1000 sahaja. Ayuh kita lihat sejauh mana brotherhood Melayu sebangsa seagama mampu melindungi saudaranya sendiri. Mampukah kita semua, bukan dengan darah dan harta tetapi hanya mendiamkan diri, macam cerita orang kampung melindungi hero mereka daripada penyangak apabila disoal seorang-seorang masing-masing diam hingga diugut dibakar. Siapa yang kebulor mahu RM1000, mahu mengulang sejarah si kitol dan sang rajuna tapa yang menjual bangsanya sendiri kepada musuh, kepada kafir harbi yang menghalau saudaranya sendiri dari kampung-kampung mereka? | ||
(Gambar) Wajah OKT yang ditembak dan kereta curi yang terjunam ke dalam taliair Posted: 10 Jan 2013 04:31 AM PST TASEK GELUGOR 10 Jan. - Dua daripada tujuh orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri daripada kawalan polis Isnin lalu mati ditembak ketika menaiki sebuah kereta curi di Kampung Padang Ibu, Guar Perahu dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 1 petang itu, salah seorang daripada suspek yang mati ialah Mohd. Fairuz Adam atau dikenali sebagai Joe Mafia, 31, dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah. Dia dikatakan melepaskan tembakan ke arah polis yang mengejarnya sejauh hampir dua kilometer dari Kubang Semang, Bukit Mertajam selepas dikesan mencuri kereta Proton Perdana. Kereta dinaiki oleh Mohd. Fairuz bersama seorang lagi tahanan dikatakan terbabas lalu terjunam dalam tali air di Kampung Padang Ibu. Polis sedang memburu lima lagi OKT yang melarikan diri. - UTUSAN | ||
(Rasmi) Polis tembak mati 2 daripada 7 tahanan lolos Posted: 10 Jan 2013 12:01 AM PST Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana di Kampung Pelet di sini dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis. "Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu. Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di Kampung Pelet di situ dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri. Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi. Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu. Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.- Bernama | ||
(Update) TERKINI! OKT terlepas berjaya dikesan dikawasan perkampungan di Guar Perahu Posted: 09 Jan 2013 11:36 PM PST
Sumber juga berkata mereka mendengar beberapa das tembakan dan tidak pasti sama ada tembakan tersebut adalah tembakan amaran ataupun tembakan ke arah suspek. Berita lanjut akan menyusul.. Update! Menurut wakil kami di sana, kejadian tembak menembak tersebut telah mengenai dua orang OKT tersebut. Namun ada sumber-sumber lain yang mempertikaikan tembakan tersebut kerana dikatakan OKT tersebut telah menyerah diri (jika ada pencerahan, harap dimaklumkan di ruang komen). Seorang lagi OKT berjaya meloloskan diri. Berita lanjut akan menyusul... | ||
(Gambar) Beraksi separuh bogel dalam cuaca sejuk beku... Posted: 09 Jan 2013 08:31 PM PST Telah menjadi acara tahunan untuk pelajar-pelajar wanita dari China dan Russia ini memakai bikini dalam cuaca bersalji di Jilin, Semenanjung Jilin. Kami pasti ianya satu situasi yang menyeronokan sambil bertukar-tukar resam kebudayaan masing-masing antara Rusia dan China walaupun ianya kelihatan pelik. Dan tentu ada sebab yang tersendiri untuk berada separuh bogel dalam cuaca sedemikian. Ah! Sapa yang peduli? Heh! | ||
Kalimah Allah: Kenapa Kristian terhegeh-hegeh sangat nak guna? Posted: 09 Jan 2013 08:01 PM PST SHAH ALAM - Pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu satu langkah seolah-olah merelakan ALLAH Yang Esa dalam ajaran Islam itu disekutukan, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid. Oleh yang demikian katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh penganut agama Islam supaya ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di kemudian hari. "Jika kalimah ALLAH itu digunakan dalam Bible menggantikan 'God' sedangkan 'God' dalam Bible itu adalah 'Trinity', Tuhan yang ada anak, Tuhan yang ada bapa, Tuhan yang ada isteri, jadi beerti, andai kata kita redha kalimah ALLAH digunakan dalam Bible, maknanya kita telah pun merelakan ALLAH itu bukan lagi Esa," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pakatan Rakyat berhubung penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam. Meskipun begitu katanya, penggunaan kalimah ALLAH dalam keadaan-keadaan tertentu misalnya dibolehkan kepada penganut agama lain selain Islam. "Kalau dia nak sebut, umpamanya kalau ditanya siapakah yang menciptakan langit dan bumi, kalau dia kata ALLAH, memang betul. Kalau orang kafir itu hendak sebut ALLAH, itu terpulang kepada dialah. "Tetapi apa yang kita tekankan di sini ialah apabila kalimah ALLAH itu hendak digunakan dalam Bible bahasa Melayu kemudian perkataan 'God' itu ditukar dengan kalimah ALLAH, itu yang kita tidak setuju. Itu nanti yang akan mewujudkan kekeliruan," tegas beliau lagi. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kelmarin bersetuju kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan. Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Hadi, Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. Oleh sebab itu katanya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat. "Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," ujarnya. Anwar dan Kit Siang menyambut baik pendirian Pas itu. Mengulas lanjut, Tamyes menegaskan sekiranya terjemahan 'God' dalam Bible itu digantikan dengan ALLAH, beliau khuatir anak muda yang cetek pengetahuan agama boleh terpesong akidahnya kelak. "Anak muda yang cetek agama ini, mungkin sekarang belum lagi tetapi 10 tahun akan datang merasakan tidak ada beza ALLAH dalam Kristian dan ALLAH dalam Islam. Sama sahaja, kalimahnya juga sama," katanya. Beliau turut mempertikaikan bagaimana cadangan seumpama itu boleh ditimbulkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini walhal 'God' dan ALLAH dalam kedua-dua fahaman agama, Islam dan Kristian, adalah berbeza sama sekali. "Pertamanya ALLAH itu bukan ALLAH Trinity. Kenapa kalimah ALLAH ini hendak diguna?" soalnya. Beliau juga tidak menolak ini adalah usaha pihak tertentu untuk mengelirukan masyarakat Islam di negara ini. "Ada usaha untuk memutarbelitkan fahaman kalimah ALLAH itu yang hendak dibawa dan diterjemahkan ke dalam Taurat atau pun Injil supaya akhirnya manusia ini tidak dapat membezakan di antara fahaman ALLAH dalam Islam dan God dalam Kristian," katanya. Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam SMS kepada Sinar Harian Online menggesa umat Islam di seluruh negara supaya memperkukuhkan ajaran Islam masing-masing daripada mengambil peduli kebebasan beragama penganut agama lain sehingga menimbulkan permusuhan. "Adalah tidak wajar orang Islam campur tangan urusan agama lain. Ini bertentangan dengan konsep tiada paksaan dalam beragama yang ditetapkan oleh ALLAH dalam al-Quran. Juga ia menyalahi Perlembagaan Malaysia. "Umat Islam sepatutnya memperkuatkan dakwah islamiah. Bukannya asyik mengambil sikap bermusuhan dengan penganut agama lain. Ini tidak baik untuk dakwah Islam. Hak beragama kafir zimmi dijamin oleh Rasulullah SAW. Umat Islam wajib pertahankan hak dan keputusan yang pernah Rasulullah bagi kepada mereka," katanya. Atas dasar itu, beliau turut menyeru umat Islam di negara ini membuang sikap buruk "yang tak sukakan kedamaian antara agama di Malaysia." "Umat Islam lemah sebab mereka suka salahkan orang lain dan malas buat tugasan sendiri khususnya dalam dakwah Islam. Bila datang agama lain, sibuk salahkan mereka. Negatif," tambah beliau. | ||
Kalimah Allah: Harun Taib kekal tidak bersetuju penggunaan untuk Bible Posted: 09 Jan 2013 07:31 PM PST SHAH ALAM: Ketua Dewan Syura Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan parti itu tidak akan bersetuju dengan sebarang cubaan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Harun berkata, walaupun penggunaan kalimah Allah dibolehkan untuk bukan Islam namun kalimah suci itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada Bible versi bahasa Melayu. "(Penggunaan kalimah Allah) bukan tak boleh diguna pakai (oleh penganut Kristian tetapi), saya rujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng nak pakai dalam kitab Bible, nak tukar kalimah 'God' kepada kalimah Allah yang itu saya tak setuju," beliau memberitahu Antarapos. Dewan Syura Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini untuk mengupas isu berkenaan yang semakin terpasak dalam politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Kenyataan terbaru Harun itu ditunggu-tunggu setelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menegaskan kalimah Allah boleh digunapakai oleh agama lain, sekali gus membayangkan beliau bersetuju ia digunakan dalam Bible Kristian. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencetuskan semula kontroversi itu apabila mendesak Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung. Beberapa buah negeri termasuk Selangor menetapkan kalimah itu hanya boleh digunakan oleh penganut Islam demi mengelakkan kekeliruan dan pertikaian agama. Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menegaskan kalimah Allah adalah untuk umat Islam sahaja dan menolak gesaan Guan Eng untuk ia digunakan dalam Bible. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dilihat meremeh titah di raja itu apabila menuduh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai tidak adil dalam dalam menjalankan tugasnya. Harun berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut selepas mesyuarat Majlis Syura Sabtu ini. "Saya tak akan buat komen baru kecuali lepas mesyuarat (Majlis Syura), sebelum mesyuarat saya tak komen. Komen (saya) yang lalu masih kekal," kata beliau. Bulan lalu, Harun berkata penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja. "Agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali menggunakan kalimah suci itu, apatah lagi untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu," katanya. AP | ||
Kalimah Allah: Hadi masuk perangkap Anwar Posted: 09 Jan 2013 07:01 PM PST SHAH ALAM: Belum reda bahas mengenai 'Amanat Hadi', Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilanda kemelut baru mengenai penggunaan kalimah Allah yang semakin terpasak sebagai isu utama politik Melayu. Hadi belum menjawab kenapa beliau menegaskan bahawa PAS tidak bermasalah dengan kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian walaupun Majlis Syura Ulama parti hanya akan bermesyuarat pada Sabtu ini. Apa yang jelas ialah Majlis Syura dianggotai oleh beberapa pemimpin kanan yang membangkang ketetapan Hadi itu. Kenapa Presiden parti terpanggil untuk mengumumkan keputusan sebelum mesyuarat penting itu berlangsung? Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, dan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Nasaruddin Mat Isa yang menganggotai majlis itu menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible secara konsisten menerusi kenyataan-kenyataan terbuka mereka. Mereka bukan mahu menafikan kaum lain sebarang hak keagamaan mereka, tetapi ketetapan itu adalah demi menjaga kesucian Islam yang tentunya berpaut kepada memastikan penggunaan kalimah Allah mengikut lunas Islam dan bukannya dihadkan kepada isu terjemahan semata-mata. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendirian menyokong Hadi namun beliau sendiri akur bahawa pandangannya itu boleh ditolak oleh Majlis Syura pada Sabtu ini. Hadi tersepit diantara memberi "jawapan" dengan "memuaskan" Pakatan Apa pun sifir politik Hadi, nampaknya beliau tersepit di antara memberi "jawapan" kepada isu kalimah Allah yang 'memuaskan' kepada DAP dan rakan sekutunya PKR dan menjaga sentimen ahli-ahli Majlis Syura dalam partinya sendiri. Nampaknya ujian seterus Presiden PAS ialah untuk meyakinan Majlis Syura supaya mengikut keputusan beliau atau PAS akan menanggung risiko bergaduh lagi dengan DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Sekali lagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sifat licik beliau dengan memerangkap Hadi dan PAS dalam mengendalikan isu kalimah Allah ini. Isu itu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada sambutan Krismas lalu. Beliau telah mendesak Putrajaya supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung sebagaimana yang menjadi amalan di Sabah dan Sarawak. Namun Guan Eng kemudian menafikan membuat saranan itu. Bagaimanapun penafian itu tidak dipedulikan oleh Anwar yang terus mengatur sidang tergempar Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu itu. Jika penafian Guan Eng itu dibiarkan, isu pengunaan Kalimah Allah dalam Bible akan terbenam begitu sahaja. Namun, ia menjadi polemik serius apabila Anwar mengumumkan keperluan PR membuat ketetapan mengenainya. Penganut Kristian boleh guna Kalimah Allah Selepas mesyuarat pimpinan PR itu, Anwar memberi "laluan" kepada Hadi untuk mengumumkan kepada media bahawa PAS tidak ada masalah dengan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah walaupun tidak memenuhi 'piawaian" Al-Quran. Ketetapan itu membawa maksud PAS tidak bermasalah dengan Bible bahasa Melayu menyamakan 'God' yang merangkumi Holy Trinity atau Tuhan dalam tiga bentuk sebagai sama maksudnya dengan Allah. Sudah tentu PAS dan Hadi tidak akan bersetuju dengan rumusan ini. Persoalannya kini ialah apabila kalimah Allah diberi lesen bebas untuk digunakan di gereja, oleh pendakwah dan di kelas-kelas agama Kristian untuk penganut baru, termasuk orang Melayu sendiri, apakah ia tidak akan memberi kesan kepada fahaman penganut Islam sendiri yang bertaqwa hanya kepada Allah. Persoalan ini harus dikupas dengan jujur oleh Hadi. Ada baiknya beliau merujuk balik kepada perenggan akhir amanat yang dikeluarkan olehnya lebih tiga puluh tahun lalu yang berbunyi : "Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." "Paku dulang paku serpih"…Hadi tentunya arif melengkapkan peribahasa ini. AP | ||
Amanat Hadi: Utusan buka ruang Hadi untuk buat penjelasan Posted: 09 Jan 2013 06:15 PM PST SHAH ALAM: Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata akhbar itu telah membuka ruang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menjelaskan amanat beliau 32 tahun yang lalu. Beliau berkata tanggungjawab tersebut adalah penting agar 'Amanat Haji Hadi' tidak kekal sebagai satu fahaman yang mengelirukan sekaligus mencetuskan suasana politik yang berisiko. Zaini menambah rungkaian semula amanat tersebut bukan semata-mata kerana faktor pilihan raya tapi memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kesan yang terpaksa dihadapi apabila agama dikaitkan dengan politik. "Bukan faktor PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) dan sebagainya kita menyiarkan semula tentang amanat Hadi. Tetapi kita merasakan di dalam suasana politik yang huru-hara ini, hipokrasi politik membuatkan kita menayangkannya semula. "Ini merupakan satu peringatan semula khususnya kepada orang melayu Islam tentang perkembangan-perkembangan politik yang boleh mengelirukan masyarakat. "Apa yang cuba dipaparkan adalah untuk memberi kesedaran dikalangan kita sendiri sebagai orang Islam tentang bahaya agama apabila dikaitkan dengan politik," katanya ketika menjadi ahli panel di Program Meja Bulat anjuran Antarapos baru-baru ini. 'Amanat Haji Hadi' yang dikeluarkan beliau ketika memegang jawatan Naib Presiden PAS pada 1981 dilihat telah mengakibatkan perpaduan umat Islam berpecah. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada minggu lalu memberitahu rancangan untuk menyiarkan penjelasan Hadi terpaksa dibatalkan kerana dipercayai bercanggah dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 bahawa amanat itu bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam pada itu, Zaini berkata, Utusan telah cuba menghubungi Hadi untuk mendapat penjelasan mengenai 'Amanat Haji Hadi' namun gagal mendapat maklumbalas. "Peranan media untuk mendapatkan kebenaran daripada kedua-dua pihak kalau satu pihak itu bukan media. Memang kita cuba mendapatkan Hadi, juga meminta beliau jelaskan jika setuju atau tidak dengan permintaan umum yang mahu beliau menarik balik amanatnya. "Setakat ini belum ada respon tetapi ada maklum balas daripada Haji Hadi tetapi kita mahu supaya satu sidang akhbar mungkin boleh diadakan oleh beliau khusus untuk isu yang perlu dirungkaikan segera," jelasnya. AP | ||
Penang DAP Lodges Police Report Against Puad Posted: 09 Jan 2013 05:45 PM PST PETALING JAYA: DAP has lodged a police report against Deputy Education Minister, Datuk Puad Zarkashi, over his recent statement that the party is planning to print and distribute 100,000 free copies of the Bibles in Bahasa Malaysia that contain the word "Allah". The report, which was lodged in Penang, was also made against three Umno-owned dailies – Utusan Malaysia, Berita Harian and New Straits Times, for publishing Puad's statement which DAP has branded as "insane lies". DAP assistant national publicity secretary Zairil Khir Johari, called Puad's statement "malicious" with the intention of inciting racial and religious sentiment and hatred for DAP among the Malay community. "Seeing as Puad and the dailies have not retracted their wild allegations or published the clarification by the DAP secretary-general (Lim Guan Eng), we have resorted to lodging a police report," Zairil said in a press statement. "We hope and request that the police begin immediate investigations into those responsible in spreading these dangerous lies." DAP's Youth wing has also mobilised members nationwide to lodge similar reports at their respective police stations. Earlier today Puad had challenged DAP to sue him over his statement and has refused to issue an apology. In releasing his statement on Monday, Puad had refrained from naming his sources or providing proof of his claim. According to the allegation, the copies of the Bible would be distributed in all opposition-led states. In an immediate response Lim, who is also the Penang chief minister, had emphasised that DAP did not practice religious biasness and believed that religion is a personal matter that should not be politicised. He had also pointed out that DAP didn ot possess the financial resources to print and distribute the alleged number of Bibles. - Stephanie Sta Maria / fz.com | ||
DAP To Distribute 100,000 Free Malay Bibles - Puad Posted: 09 Jan 2013 05:31 PM PST PUTRAJAYA: DAP has been asked to explain allegations that the political party plans to print 100,000 copies of the Bible in Bahasa Malaysia, with the word "Allah" used in it, and later distribute it for free in Kelantan, Kedah, Selangor and Penang. Umno supreme council member, Dr Mohd Puad Zarkashi said he was shocked when he was informed of the claims, and now wants DAP to answer whether the allegations are true or false. "I can't confirm my information, that's why I need to ask. As such, I ask for DAP to explain whether this is true or otherwise. "I also ask PAS to state their stand, whether they are in agreement with this course of action," Utusan Malaysia quoted him as saying. Mohd Puad, who is also Deputy Education Minister, said he would not be surprised if Pas doesn't stop or even protest against the supposed plan. This, he said, is because PAS is now more likely to use religion as a tool, making it evident that both parties are desperate to use religious issues to garner support. "Only recently, I saw PAS vice-president Mohamad Sabu declare that PAS would continue to defend the decision to allow the use of 'Allah' in the Bible," he said. The Batu Pahat MP also threw a question to Kelantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak whether they would allow the Bibles containing the term "Allah" to be distributed in their respective states. "In this matter, I would like to ask Nik Aziz and Azizan, whether they agree or not. "If in Penang, it wouldn't come as a surprise as the Chief Minister is Lim Guan Eng, while in Selangor, the MB is from Parti Keadilan Rakyat," he said. - mD | ||
Bapa paksa ibu setubuh depan anak Posted: 09 Jan 2013 04:07 PM PST
AMPANG - "Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks dan emak akan dipukul kalau enggan berbuat demikian," luah kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun, menceritakan penderitaan ibunya. Dia berkata, lelaki itu akan menghentak kepala serta memukul ibunya setiap kali wanita itu enggan mengadakan hubungan seks. Menurutnya, dia tidak mahu tinggal lagi bersama lelaki itu kerana bimbang akan menjadi mangsa rogol satu masa nanti. "Sekarang saya, emak dan adik menumpang di rumah saudara kerana mahu mengelak penderaan dilakukan ayah," katanya ketika di Pejabat Dun Teratai bersama keluarganya bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan, di sini, kelmarin. Sementara itu, ibu mangsa, yang berusia 39 tahun memohon pihak bertanggungjawab mengambil perhatian mengenai perkara ini seterusnya menyelamatkan dia daripada keganasan suaminya. Menurutnya, dia menjadi mangsa lelaki itu sejak 2003 dan akan didera sekiranya permintaan tidak dipenuhi. "Suami akan mengeluarkan senjata tajam mengugut akan mencederakan anak-anak jika dia tidak dilayan. "Disebabkan tiada pilihan saya terpaksa memenuhi kehendaknya setiap hari walaupun depan anak," katanya. Dia berkahwin dengan lelaki itu sekitar 2000 ketika melancong ke Malaysia dan dikurniakan dua anak sepanjang perkahwinan mereka. Sementara itu, Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang membantu mangsa membuat laporan berkata, akan mendapatkan perlindungan bagi membela nasib mereka. "Selain bimbang dengan persekolahan anak mangsa, saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin daripada diganggu lelaki itu," katanya. Jenice turut menasihati mangsa penderaan rumahtangga lain tampil membuat laporan. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |