Belantan |
- DAP Lim Guan Eng kena TIBAI dengan Puad Zarkashi!
- Hinanya aku dek Anwar Ibrahim?
- Selamatkan demokrasi: Kekang pertukaran alamat palsu?
- SOSMA banteras anarkis!
- PAS dirosakkan oleh Anwar dan DAP?
DAP Lim Guan Eng kena TIBAI dengan Puad Zarkashi! Posted: 05 Jun 2013 10:43 PM PDT DAP terbukti amal perkauman Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh UMNO sebagai parti perkauman kerana menolak cadangan semua parti komponen di bawah Barisan Nasional (BN) bergabung menjadi sebuah parti tunggal dilihat bertujuan menutup imej sebenar DAP. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, DAP sebenarnya lebih terbukti sebagai parti perkauman selepas berjaya menambah kerusi melalui tsunami Cina dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbanding Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "DAP tidak menang pun sebarang kerusi di kawasan majoriti Melayu, bahkan tidak berani bertanding di kawasan tersebut. "Malah, melalui monopoli undi Cina, DAP berjaya membantu PKR menewaskan calon UMNO yang bertanding di kerusi yang peratus pengundi Melayu dan Cina hampir seimbang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini. Artikel itu menyebut, keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti itu berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka. Menurut Mohd. Puad, DAP resah selepas isu tsunami Cina diperbesarkan kerana bimbang orang Melayu akan menjauhkan diri daripada parti itu apatah lagi perkara tersebut boleh menjejaskan hubungan mereka dengan Pas. Perkara itu, kata beliau, turut menjelaskan mengapa DAP bersungguh-sungguh membantah penayangan filem Tanda Putera kerana mahu menutup sejarah dan cuba membohongi rakyat tentang sikap perkauman mereka. "DAP sebenarnya berjaya menghasut pengundi muda Cina bahawa sosial kontrak tidak bermanfaat dan perlu dibatalkan. "Sedangkan sosial kontrak yang membantu negara menangani masalah kaum di negara ini termasuk mewujudkan sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),'' katanya. Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, walaupun UMNO hanya untuk orang Melayu tetapi parti itu komited dengan dasar yang inklusif. "Dasar itu menjadi dasar utama BN sedangkan pembangkang sehingga hari ini gagal didaftarkan kerana terhalang dengan dasar kecinaan DAP yang tidak serasi dengan dasar Islam Pas yang juga sebuah parti hanya untuk orang Islam," katanya. Suara Politik Belantan |
Hinanya aku dek Anwar Ibrahim? Posted: 05 Jun 2013 09:56 AM PDT SAJAK KITA TERTIPU LAGI Ketahuliah Satu Malaysia ini, sekarang Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan? Tak ada seorang pun pandai Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai Lain semuanya tak guna Tak layak jadi Perdana Menteri Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu Pemimpin penyokongnya bebal membisu Hati di dalam masih bernafsu Siapa orangnya? Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak Sebab itu dalam penjara pun masih nak teriak Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn… Orang lain tak mampu Orang lain zalim Orang lain ada kroni Orang lain ada nafsu Aku cuma ada topeng palsu Siapa orangnya? Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu Tak ada seorang pun layak jadi PM Aku boleh dipercayai Aku dimanjai Aku cepat dapat jawatan tinggi Tangan kananku indah terperi Tak siapa tahu tangan di kiri Banyak rahsia diam tersembunyi Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang Anwar Ibrahim menghina kita semua Dia seorang saja yang maha bersih Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga Nilainya di luar bukan di hati Menjaja di sana sini perjuangan mimpi Jangan disentuhnya sama sekali Siapa orangnya? Siapa penyokongnya? Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati Mahukah kita ikut sekali? Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua Apakah kita tidak terasa terhina? Aku sangat rasa terhina. Suara Politik Belantan |
Selamatkan demokrasi: Kekang pertukaran alamat palsu? Posted: 05 Jun 2013 07:18 AM PDT Cuba teliti rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini. Untuk Mac tahun ini sahaja, jumlah permohonan pertukaran alamat mengundi mencapai 9,000 orang. Kebanyakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Itu belum termasuk pendaftaran pengundi baharu untuk bulan berkenaan yang mencatat 40,000 orang, angka tertinggi direkodkan setakat ini. Untuk April, sejumlah 20,000 pendaftaran pengundi baharu dicatatkan dengan perubahan alamat mengundi sahaja mencecah 4,500 orang. Sekali lagi Kuala Lumpur, Selangor dan Perak menjadi sasaran. Bagi Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, pihaknya mengakui terdapat lompang besar di bawah undang-undang apabila rakyat yang mahu menukar alamat dalam mykad atau kad pengenalan mereka, boleh berbuat demikian pada bila-bila masa terutamanya menjelang pilihan raya umum. "Senang sangat, anda pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tukar alamat. Ini kelemahan paling besar. "Sepatutnya sesiapa sahaja yang nak tukar alamat tempat tinggal perlu sertakan dokumen tertentu. Contohnya, perjanjian jual beli rumah, perjanjian rumah sewa, bil TNB dan bil air yang tertera alamat rumah. "Tetapi perkara-perkara ini tidak disertakan. Risikonya amat besar yang mana apabila alamat tempat tinggal diubah atau ditukar, perkara itu boleh dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Wan Ahmad kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam. Dalam hal ini, kata beliau, SPR sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana pihaknya bergantung kepada pangkalan data JPN . "Sebabnya kita berpandukan alamat yang tertera dalam Mykad. Asas yang kita pakai dalam menerima permohonan tukar alamat mengundi adalah alamat yang tertulis di Mykad," katanya. Dalam aspek ini, kata beliau, apa yang berlaku ialah sesuatu parti boleh mengubah kedudukan kuasa kerajaan yang memerintah serta menentukan kerusi-kerusi di Dewan Rakyat. Maknanya, mereka boleh merencanakan kemenangan kerusi dengan tidak berasaskan kepada kedudukan pengundi sebenar. "Padahal pengundi yang bermastautin di situ kena mengundi wakil rakyat yang hendak berkhidmat kepada mereka dan bukannya sekadar nak menangkan seseorang wakil atau menjaya atau memenangkan agenda politik parti mereka. "Ini kelak akan merosakkan sistem demokrasi berperwakilan yang dipraktiskan di Malaysia," kata Wan Ahmad. Menurut beliau, minat rakyat Malaysia untuk menentukan pucuk pimpinan negara pada PRU-13 lalu memang amat luar biasa. "Meskipun SPR telah maklumkan pilihan raya umum pada 5 Mei itu hanya boleh memakai daftar pemilih setakat suku keempat (Disember) 2012, masih ramai yang mendaftar sebagai pengundi atau menukar alamat tempat mengundi pada suku pertama (Januari, Februari dan Mac) tahun ini. "Jumlah ini pun bukan sedikit tetapi naik mendadak, untuk Februari 2013 sahaja mencecah 50,000 orang," kata beliau. Sedang menyiapkan persediaan untuk menghadapi petisyen pilihan raya yang akan ditutup failnya pada 12 Jun ini, Wan Ahmad menarik perhatian JPN: "Kalau tidak dikekang pertukaran alamat sewenang-wenangnya dalam Mykad oleh pihak yang berkepentingan ini, nescaya kita hanya akan menyaksikan sistem demokrasi yang tidak sihat, semata-mata untuk menjatuhkan sesebuah parti yang berwibawa di tangan musuh politiknya." -UMO Suara Politik Belantan |
Posted: 05 Jun 2013 02:33 AM PDT Sesetengah orang ramai masih menghadiri perhimpunan anjuran penyokong pembangkang kerana tindakan benar-benar tegas belum dikenakan ke atas mereka yang terlibat. Negara kita sekarang merasa bahang keceluparan sekumpulan manusia yang kecewa. Cita-cita besar mereka menawan Putrajaya bukan baharu. Lima tahun lalu, sewaktu kita semua bersiap sedia menghadapi PRU-12 (pada 8 Mac 2008), pemimpin kumpulan ini sejak awal lagi sudah mendakwa mereka pasti berjaya. Malang bagi mereka, yang dimpikan itu tidak menjadi kenyataan. Pun begitu, mereka telah menawan tiga negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah, sambil sekutunya kekal memerintah di Kelantan. Tapi kejayaan yang terhad ini nampaknya masih tidak mampu memuaskan nafsu besar mereka. Lalu gendang perang terus dipalu. Macam dulu, mereka terus mendakwa pada PRU-13, mereka akan menang. Ceramah dan kempen disusun dan dilakukan pada setiap masa dan banyak tempat. Askar dan hulubalang maya mereka (kini dipanggil Askar Kacang Merah) digerakkan menguasai ruang siber, menyebarkan fitnah dan dakyah. Pembohongan diadun bersama fakta terpilih, hingga rakyat sukar mengenal pasti mana yang betul dan mana yang palsu. Begitu berkesan sekali serangan mereka di ruang maya, hingga slogan 'Ubah' serta slogan lain menjadi ucapan biasa segolongan remaja yang sudah terpesona dengan janji ketua mereka - bahawa mereka akan menang pada kali ini. Ramai sekali pakar pembuat cerita (digelar Spin Doctors) muncul, meyakinkan rakyat bahawa parti mereka pasti menang. Andainya mereka kalah (pada mereka mustahil akan berlaku), pastinya itu disebabkan "penipuan SPR dan kerja jahat BN". Mereka ditakdirkan kalah lagi pada PRU-13. Lalu satu 'sebab' yang baru mesti dicari dan dijelmakan sebagai fakta sebenar, yang tidak boleh ditolak lagi. Maka timbullah konsep 'undi popular,' serta dakwaan yang amat menarik bahawa "Mereka sebenarnya telah mendapat undi majoriti daripada pemilih - justeru merekalah yang berhak menguasai Putrajaya". Mereka sengaja lupa (atau buat-buat lupa) bahawa semenjak belum merdeka lagi (kali pertama pilihan raya diadakan adalah pada tahun 1955, sewaktu saya berada di Tingkatan 3, Sekolah Tinggi Muar) kita tidak pernah mengamalkan sistem undi popular, tetapi majoriti kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding. Anehnya mereka tidak pula menolak sistem kerusi majorit ini bagi keputusan pilihan raya di tiga negeri yang mereka kekal memerintah - Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, tapi tetap menolak keputusan BN menang 133 kerusi Parlimen. Manusia jenis apa macam ini? Tolak keputusan peringkat pusat, tetapi terima keputusan di peringkat negeri, pada hal undi itu datang daripada pengundi (pemilih) yang sama. Sementara rakyat jelata dihasut dan dipujuk untuk turun ke jalan raya (barangkali ala Bersih 1, 2 dan 3 yang lalu) yang pastinya akan mengambil masa, perlu diadakan program selingan untuk terus menarik minat dan perhatian penyokong. Lalu diatur dan dilakonkan Silent Walk remaja berbaju hitam, disusuli perhimpunan besar-besaran di merata tempat dengan jenama baru Black 505, di mana cerita karut-marut yang lama itu dikitar semula dan didendangkan. Setakat mereka berhimpun dan berucap sahaja, rasanya pihak PDRM boleh menanganinya dengan baik dan adil di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012. Pada masa ini, pertuduhan telah pun dibuat di bawah Akta ini terhadap beberapa individu tertentu yang menganjurkan perhimpunan Black 505 itu. Tetapi bagaimana halnya jika protes jalan raya yang mereka hendak jalankan itu mencetuskan huru-hara? Pada masa ini pun sudah kedengaran individu tertentu menyatakan secara lantang "Kerajaan BN mesti digulingkan dengan menggunakan 'kuasa rakyat' (people power)." Akta 747 atau nama penuhnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (dalam bahasa Inggeris bernama Security Offences (Special Measures) Act atau ringkasnya SOSMA) perlu kita lihat semula untuk mengetahui sama ada ia mampu membanteras kemunculan anasir anarkis di negara ini. SOSMA adalah undang-undang Parlimen yang diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, bertujuan menangani "kesalahan keselamatan". Ia menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act, ringkasnya ISA) 1960. SOSMA perlu dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan (Penal Code), khususnya Bab VI (seksyen 121 hingga 130A) dan Bab VIA (seksyen 130B hingga 130T). Ringkasnya Bab VI Kanun Keseksaan menghuraikan kesalahan terhadap negara (offences against the State), manakala Bab VIA menghuraikan kesalahan berhubung keganasan (offences relating to terrorism). Dalam bahasa mudah, boleh kita simpulkan bahawa perbuatan menggulingkan kerajaan yang sah menerusi protes jalanan atau 'kuasa rakyat', bukan menerusi proses pilihan raya adalah termasuk dalam erti kata 'kesalahan keselamatan' yang termaktub dalam SOSMA. Andainya seorang individu itu disyaki terlibat melakukan atau cuba melakukan kesalahan keselamatan yang dimaksudkan dalam SOSMA (dibaca bersama Kanun Keseksaan) ini, dia boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis - seksyen 4(1). Sebaik-baik sahaja dia ditangkap, individu itu mesti dimaklumkan kenapa dia ditangkap - seksyen 4(2). Orang itu tidak boleh ditangkap disebabkan kepercayaan atau aktiviti politiknya - seksyen 4(3). Selepas ditangkap orang itu boleh ditahan bagi maksud siasatan, tetapi tidak melebihi 28 hari, dengan syarat penahanan bagi tempoh hampir sebulan itu hanya boleh diberi oleh pegawai berpangkat Superintendent Polis atau lebih tinggi daripada itu - seksyen 4(5). Jika pihak polis berpendapat orang itu tidak perlu ditahan selama tempoh 28 hari itu, polis boleh melepaskan orang itu pada bila-bila masa tetapi dia akan dikenakan peranti pemantauan letronik bagi memastikan pergerakannya - seksyen 4(6). Untuk mendapatkan alat letronik dipasang pada tubuh badan orang itu, pihak polis terpaksa terlebih dahulu menghantar laporan siasatan mereka kepada Pendakwa Raya - seksyen 4(7). Sebaik-baik sahaja menerima laporan siasatan polis itu, Pendakwa Raya boleh memohon perintah Mahkamah supaya peranti letronik itu dipakai oleh individu tersebut bagi satu tempoh tidak melebihi 28 hari - seksyen 4(8). Prosedur pemasangan peranti letronik itu dihuraikan dalam seksyen 7. Mahkamah dikehendaki menjelaskan kepada individu berkenaan terma dan syarat pemakaian peranti itu. Andainya orang itu gagal atau ingkar mematuhi terma dan syarat yang dikenakan, dia melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun - seksyen 7(6). Andainya individu berkenaan merosakkan atau menjahanamkan alat letronik berkenaan, itu juga adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun, selain terpaksa membayar ganti rugi kerana kerosakan atau kemusnahan alat berkenaan - seksyen 7(7). Di akhir tempoh pemasangan alat itu, orang itu hendaklah menghadirkan dirinya di balai polis yang terdekat supaya alat itu boleh dilucutkan daripadanya - seksyen 7(8). Semua kes kesalahan keselamatan hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi - seksyen 12. Apabila seorang itu dituduh melakukan kesalahan keselamatan, dia tidak boleh dilepaskan dengan jamin (bail), kecuali dalam kes-kes tertentu andainya dia berusia kurang daripada 18 tahun, seorang wanita atau seorang yang uzur - seksyen 13. Dalam keadaan sedemikian, alat letronik akan dipasang padanya sekiranya ada permohonan daripada Pendakwa Raya. Setakat yang diketahui pada masa ini, prosedur di atas belum lagi dilaksanakan pada mana-mana orang tertuduh. Keberkesanan SOSMA juga belum diuji sepenuhnya pada masa ini. Sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada protes jalanan yang disebut-sebutkan oleh elemen anarkis itu akan berlaku. Andainya apa yang kita khuatiri ini benar berlaku, kita tunggulah pula apa tindakan yang akan dijalankan oleh pihak polis. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang baru telah pun menyatakan beliau serahkan semua tindakan membanteras elemen anarkis ini kepada kebijaksanaan PDRM.-UMO Suara Politik Belantan |
PAS dirosakkan oleh Anwar dan DAP? Posted: 04 Jun 2013 11:43 PM PDT Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan DAP telah merosakkan pendirian dan manhaj Pas yang mendidik ahli-ahlinya supaya reda dengan ketentuan Allah SWT. Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, ahli-ahli Pas telah menghayati pendirian dan mengamalkan manhaj itu sejak Pilihan Raya Umum Pertama lagi. Sebab itu katanya, tidak timbul sebelum ini Pas menganjurkan gerakan di jalanan untuk memprotes keputusan pilihan raya umum. Jelasnya, kebanyakan ahli parti yang turut terjerumus dalam gerakan tersebut dan menyertai siri perhimpunan haram, adalah mereka yang baru memasuki Pas malah ada di antara mereka sekadar penyokong parti sahaja. "Mereka menyertai Pas atas alasan tertentu tanpa mengikuti program-program parti seperti usrah dan tamrin, jadi mereka hanya menjadi penyokong tegar umpama tin kosong tanpa pengisian serta taujihad perjuangan yang jelas. "Tidak dinafikan ramai dalam kalangan mereka menyertai Pas semata-mata kerana kebencian terhadap UMNO hasil momokan berterusan daripada pelbagai sumber," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas pendirian beberapa pemimpin kanan Pas yang menolak kaedah politik ganas bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pendirian itu disuarakan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din; Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa. Menurut Mohd. Riza, ahli-ahli Pas yang sering mengikuti program tarbiah haraki seperti usrah dan tamrin sentiasa mendengar nasihat serta patuh kepada arahan parti. Kata beliau, ahli Pas di semua peringkat wajar menyambut baik seruan badan tertinggi parti yang membantah dan menolak segala bentuk cubaan menggulingkan kerajaan melalui protes jalanan. "Biarkan sahaja kumpulan 'sakit jiwa' yang diketuai Anwar dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang terus meroyan bagaikan hilang akal," ujarnya. Mohd. Riza memberitahu, ahli-ahli Pas semakin sedar tentang penipuan dan manipulasi berhubung PRU-13 yang sengaja dimainkan oleh Anwar. "Sebenarnya mereka melihat permainan Anwar ini sebagai sesuatu yang sangat berbahaya dan bermotif sangat jahat. "Mana mungkin dalam siri ceramah jalanannya Anwar melemparkan pelbagai tuduhan liar terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi tidak melaporkannya semasa membuat laporan polis. Adakah ini tidak pelik?," katanya. Menurut beliau, Pas kini memikul ujian berat untuk menolak segala anasir yang boleh menjurus kepada rusuhan kaum dan menggugat kestabilan negara. "Pas wajib menolak segala perhimpunan anjuran 'Bapa Kekecewaan Negara' iaitu Anwar dan sekutunya Kit Siang," ujarnya. Mohd. Riza juga menyeru ahli-ahli Pas menghormati saranan dan nasihat pemimpin kanan parti dengan tidak menyertai perhimpunan haram di Kelantan pada 12 Jun ini. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |