Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

sekupangdua

$
0
0

sekupangdua


NUAR DAN PAKARTUN ROKET CELARUKAN RAKYAT ANTARA DEMOKRASI DANDEMONSTRASI HARAM

Posted: 05 Jun 2013 06:00 PM PDT

Kebelakangan ini kita amat tahu bila pembangkang pimpinan aljubri akan celarukan rakyat antara Demokrasi dan Demonstrasi haram anjuran mereka kerana masih belum boleh menerima kekalahan di Pru 13 apabila sudah cukup jelas yang mereka kini tidak lagi diterima rakyat, Polis juga kini menjadi sasaran untuk diaibkan dan usaha dilihat hilang keupayaandalam bertindak sememangnya mereka kini sedang memperlekehkan bidang kuasa mereka.

Hanya kerana mereka mahu memperlihatkan kononnya rakyat masih menyokong mereka dan berlaku ketidak puasan hati dengan mengajak rakyat berdemo haram diatas jalan kononya demokrasi, sebaliknya kehadiran 5 Hingga 7 ribu yang hadir tidak boleh kita andaikan suara rakyat Malaysia yang kini berjumlah 29 juta, sebanyak ini memang dilihat ramai dipandangan mata, sebaliknya adakah mereka boleh mewakili rakyat? Kehadiran nisbah 0.001 % bolehkah kita katakan ini adalah suara rakyat? 

Bagaimana pun nampaknya sudah tiada pilihan untuk mereka untuk merampas negara cuma dengan hanya berbuat demo haram yang boleh mencetuskan hasrat akhir dan juga satu-satunya pilihan akhir bagi dia menjadikan impiannya sebagai Perdana Menteri. Malah sudah berani di ajak rakyat menggulingkan kerajaan rata-rata yang diwawarkan oleh mereka. Apa pun kita berharap sangat Polis akan bertindak lebih tegas menanganinya, itulah harapan rakyat yang makin muak dengan permainan badut yang sedang mengejar mimpinya sebagai Perdana Menteri, lebih serius lagi apabila kali ini cara mereka terdesak dan tidak hairan lagi merusuh dan mengulinggkan kerajaan menjadi cara sambungan hayat untuknya merampas negara... Ikuti pendedahan nya...

KPN: Polis bebas, tiada campur tangan politik, kongsi gelap
KUALA LUMPUR:  Pihak polis sentiasa bertindak secara bebas dan tidak sekali-kali dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu termasuk ahli politik mahupun kongsi gelap.

Ini tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berkata sebarang tindakan polis ianya berlandaskan undang-undang sedia ada.

"Saya telah sebut banyak kali. Tanggungjawab kami adalah untuk menguatkuasakan undang-undang. Kalau kita sudah mempunyai undang-undang, dan kita tidak melaksanakannya, orang akan mempersoalkan kami juga. Jadi, kita akan menguatkuasakan semua undang-undang sedia ada, " kata Khalid dalam satu wawancara eksklusif bersama Astro AWANI.

Kenyataan itu dikeluarkan Khalid susulan insiden tangkapan dan pendakwaan beberapa aktivis dan ahli politik pembangkang baru-baru ini di bawah Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman dimana sesetengah pihak mengkritik tindakan itu dan melihatnya sebagai 'menidakkan kebebasan demokratik'.

Pihak polis juga diselar oleh pihak-pihak tertentu yang mendakwa pihak berkuasa lebih cenderung untuk mensasarkan tindakan kepada pihak pembangkang.

"Kami tidak pernah berat sebelah. Dakwaan itu tidak benar. Siapa kata kita tidak menyiasat kes-kes lain. Mungkin kes-kes seumpamanya berada di bawah peruntukan undang-undang lain. Siasatan telus tanpa mengira siapa mereka, " kata Khalid.

"Siapa kata kita berat sebelah? Mana siasatan yang diketepikan? " kata Khalid yang juga mengesahkan bahawa polis juga sedang menyiasat bekas pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang sebelum ini pernah mengugut untuk membakar kitab Injil, satu tindakan yang dianggap satu hasutan oleh sesetengah pihak.

"Siapa kata kita tidak siasat (Ibrahim), siapa kata kita tidak buka kertas siasatan, siapa kata kita tidak memanggil (dia) untuk rakam percakapan. Sama sahaja tindakkannya,"katanya.

"Jika ada laporan, kami menyiasat. Selepas kami menyiasat, terdapat beberapa kes kita dapati bahawa tidak ada kesalahan yang dilakukan, dan ada kes di mana kita mendapati bahawa terdapat kesalahan yang dilakukan, dan kita buat tindakan seterusnya seperti membawa kes ke mahkamah dan sebagainya, "katanya.

Ditanya mengenai dakwaaan campur tangan oleh menteri, sebagaimana yang telah didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini, Khalid sekeras-kerasnya menafikan bahawa terdapat insiden seumpama itu.

"Sejak saya mengambil alih jawatan KPN, tiada gangguan dari mana-mana ahli politik, itulah yang boleh saya katakan."

"Apa sahaja tindakan yang telah diambil, kebelakangan ini, adalah berdasarkan kepada undang-undang dan bukan atas arahan atau campur tangan sesiapa. Tidak timbul masalah campur tangan dari mana-mana pihak, "katanya.

Mengenai dakwaan bahawa pihak polis mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap, Khalid menjawab: "Bagaimana pula kumpulan "underworld"(kongsi gelap) boleh mengganggu penguatkuasaan undang-undang?"

"Saya menafikan bahawa terdapat sebarang gangguan sekalipun. Bagaimana mereka(kongsi gelap) boleh mengganggu ... jika mereka sendiri melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang? Tidak, sudah tentu tidak ada gangguan dari mana-mana pihak dalam usaha kita untuk menguatkuasakan undang-undang di negara kita, " kata Khalid. Tambah beliau: "semua pegawai kami diberi arahan untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada".

UPDATE : ALFATIHAH! AYAHANDA MENTERI BESAR DS DR ZAMBRY KARAHMATULLAH MENINGGAL DUNIA

Posted: 05 Jun 2013 07:37 AM PDT

Al Fatihah... Teman baru mendapat info dari rakan sebentar tadi,  Menduka citakan berita yang baru Teman terima bila Arwah Jaffar Bin Long meninggal dunia di Hospital Tentera Laut Diraja Malaysia kira-kira Jam 7.50 petang tadi.

Semua penduduk tempatan di Pangkor cukup mengenali Arwah yang telah dianggap sebagai bapa Ds Dr Zambry Abdul kadir kerana paling Akrab dan menganggap bagai bapa kandung beliau, Zambry semasa kecilnya paling rapat dengan Arwah, arwah juga pernah mengasuh Dr Zambry semasa kecil lagi. 
Arwah yang telah berusia 75 tahun sebelum ini dikejarkan ke Hospital Tentera Laut Diraja Malaysia yang terletak dalam kem TLDM, lumut. Difahamkan juga ia dimasukan ke Hospital kerana Sakit tua dan beberapa penyakit yang dialaminya seperti kencing Manis, Darah Tinggi dan lain-lain lagi yang dihadapinya. Dimaklumkan juga kesihatan arwah semakin membimbangkan semasa beliau di masukan ke hospital TLDM sebelum ini

Di Fahamkan arwah Ayahanda kesayangan DS Dr Zambry akan dikebumikan di Pangkor dimana merupakan tempat asal arwah Jaffar Bin Long sendiri, kepada yang mahu menziarai atau mengingkuti pengkebumian arwah boleh la kepangkor. Jenazah telah pun berada di Pangkor selepas dituntut sebaik arwah disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Pangkor sebentar tadi bagi ditanam di Tanah perkuburan Pangkor.

Jenazah dikatakan akan di kebumikan di Pangkor Esok pagi disini
Semoga beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kesayangan Allah swt. Takziah diucapkan kepada DS Dr Zambry atas kehilangan Ayahanda kesayangannya, semoga tabah dan bersabar dengan ujian Allah swt sebagai satu hikmah

Innalillahi wainalillah hirojiun

MUSIBAH ATAU KEBETULAN? TERFIKIR KAH BALA SEBAGAI PEMBALASAN YG PERNAHDILAKUKAN

Posted: 05 Jun 2013 02:00 AM PDT



Kemalangan keretapi berulang di Amerika Syarikat
BALTIMORE:  Ramai yang masih tidak meneliti apa punca atau sebab yang menjadikan sesebuah negara dilanda pelbagai Krisis ataupun mala petaka seperti mana umat Islam yang percaya bila sesebuah negara Allah Janjikan Bencana atau Musibah kepada mereka yang melakukan Khurafat, kezaliman serta penginayaan terumat islam yang lain. Mungkin ramai semakin alpa dan sudah punlupa apa kejadian sebenarnya sebelum ini

Contohnya bila apa yang negara buat menindas serta menghancur negara yang lain tanpa percaya segala kejahilan dan kejahatan akan dibalas oleh Sllah menurunkan bala. 

Di negara barat terutama Amerika Syarikat yang pernah terlibat dalam menjadikan umat islam terinaya dan begitu ramai yang terkorban mungkin mereka boleh menang dengan kejam sebelum ini tetapi kalau dibanding dengan betapa ramai yang terbunuh tanpa ada rasa bersalah Mereka membunuh dan menghancurkan negara Islam seperti Iraq, iran, Palestin, Roghiya, Bosnia melibatkan puluhan malah ratusan ribu mangsa yang tidakbersalah.

Hari ini kita sudah melihat bagaimana mereka yang kini menghadapi krisis, kehancuran, banjir besar, puting beliung dan banyak lagi yang sebenarnya Musibah yang dijanjikan olehnya terutamanya mereka inaya dan bunuh rakyat yang tidak berdosa

Di Malaysia juga kita patut mengambil tahu atau berat terhadap syirik kepada Umat Islam demi mahu mendapatkan pulangan sebagai kuasa atau merampas negara yang aman dan damai seperti Malaysia, syirik dan khurafat memang cukup ketara bila pelbagai pekara songsang yang dilakukan seperti kalimah Allah untuk kristian, hukum kepada sesiapa yang engkar, sembahyang dua imam, permainkan ayat suci Alquran dan hadis, mengafirkan sesma umat islam, sengkongkol dengan LGBT, mengangkat pemimpin yang rosak akhlak dan akidah, mempertahan Zina dan Liwat, mempermainkan Hudud semata-mata untuk kuasa merampas dari kerajaan yang sedia ada, menghina Mufti dan ulama, bersengkongkol dengan Kafir sehingga sanggup buat apa sahaja untuk kuasa.

Jadi kalau terjadi bagaimana musibah yang menimpa sebagaimana ribut banjir besar, tsunami dan banyak lagi boleh terjadi dengan kehendaknya yang telah menjanjikan pulangan kepada mereka sendiri yang telah melakukannya...

Terkini dalam kejadian kemalangan keretapi terbaru dekat Baltimore, Maryland pemandunya dilapor mengalami cedera teruk selepas ia terbabas dan kemudian terbalik.

Nahas berlaku ketika ia membawa bahan kimia.

Letupan yang berlaku menyebabkan api menjulang setinggi 20 meter ke udara.

Ia kemudian menyambar 15 gerabak yang lain dan menyebabkan beberapa bangunan yang berada berhampiran runtuh.

Dalam kenyataannya, Jabatan Bomba dan Polis daerah Baltimore memaklumkan punca kejadian masuh belum dikenal pasti.

Ia turut mengesahkan, gerabak berkenaan tidak membawa sebarang bahan kimia beracun.

Sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihat menjauhi kawasan berkenaan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>