BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Ada peminat 'tak tahan' tenung dada Lana Nordin!
- Titah YDP Agong ditulis oleh Kerajaan BN - DS Anwar
- 'Blackout 505' di KL pula selepas janji 'yang terakhir' di Amcorp Mall
- Tanda Putera akhirnya ke pawagam mulai 29 Ogos ini
- Kehadiran Ust. Nasa ke majlis perkahwinan Saiful bikin panas!
- Lelaki maut pertahan adik angkat daripada diperkosa
- 'Orang dalam' PKR sabotaj saya: Xavier Jayakumar
- Saifuddin 'korban' kekalutan politik Khalid Ibrahim?
- GST boleh dilaksana bawah 4 peratus - Pas Pusat
- Penyanyi Dafi tiduri pembantu peribadinya?
- Tiga perkara yang paling ditakuti DS Anwar
- PKR mula 'ganggu' pentadbiran MB Khalid
- Nurul: I had no agenda in Sabah
- Pemilik blog popular hina YDP Agong 'patung bazir duit rakyat'
(Gambar) Ada peminat 'tak tahan' tenung dada Lana Nordin! Posted: 03 Jun 2013 10:01 AM PDT ![]() Terbaru, dalam akaun Instagram Lana Nordin, apabila beliau berkongsi gambarnya (yang sudah pasti seksi benget!) ketika menikmati hi-tea di Pavillion petang tadi mendapat beberapa rekasi berbeza dari peminatnya. Setelah diteliti, tidak komen tarbiah yang diterima. Mungkin juga sudah diblock atau si komentator sudah malas untuk berbuat demikian. Namun apa yang menarik perhatian kami komen-komen yang penuh 'bernafsu' dari peminat-peminat lelakinya. Ada yang sampai nak tersembur nasi dari mulut, ada yang terketar lutut, yang ketuk lutut juga tidak ketinggalan... Heh! Macam-macam la korang ni! |
Titah YDP Agong ditulis oleh Kerajaan BN - DS Anwar Posted: 03 Jun 2013 05:31 AM PDT PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menunjukkan sikap tidak menghormati sistem beraja apabila mempertikaikan titah Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agung Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mahu setiap rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Pada sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar mendakwa teks ucapan yang dibacakan baginda itu disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). "Dalam menjunjung kasih pada ucapan Tuanku Agung, kita juga tahu ucapan itu adalah ucapan yang dikemukakan oleh kerajaan persekutuan yang terdesak untuk mendapat dukungan. "Dan oleh yang demikian dalam perbahasan kita akan memperjelaskan tentang pendirian kita sepertimana yang kita jelaskan sebelum ini," katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan veteran DAP, Lim Kit Siang. Selain itu Anwar turut memberitahu pihaknya kini sedang mempertimbangkan untuk mengutuskan surat kepada Yang Dipertuan Agung bagi menjelaskan tentang penyelewengan yang didakwa berlaku pada pilihan raya itu. Antara lain katanya ialah bukti-bukti yang menunjukkan terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkan sebagai keterlaluan. "Dan jika perlu, kita juga akan menulis warkah terus kepada Agung menjelaskan kecurangan itu terlalu keterlaluan. "Sikap keterlaluan oleh ahli-ahli suruhanjaya, bukti-bukti penipuan terlalu nyata. "Kita akan menimbangkan apakah perlu untuk kita kemukakan titah Tuanku dan bagaimana rakyat harus membuat penilaian tentang penipuan," ujar Ketua Umum PKR itu lagi. Tuanku Abdul Halim ketika bertitah sempena ulangtahun keputeraan rasmi Yang Di Pertuan Agung mengingatkan rakyat agar tidak menanamkan kesangsian serta melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan falsafah persekutuan yang selama ini menjadi dasar penting kejayaan negara. |
'Blackout 505' di KL pula selepas janji 'yang terakhir' di Amcorp Mall Posted: 03 Jun 2013 05:01 AM PDT PETALING JAYA - Walaupun dikecam pelbagai pihak, Pakatan Rakyat (PR) akan tetap meneruskan siri Himpunan Blackout 505, kali ini di ibu negara, 15 Jun ini. Himpunan kononnya bagi membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu difahamkan akan dirunding dengan pihak polis terlebih dahulu. Perkara itu diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, hari ini. PR katanya akan berurusan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman. Maklumat lanjut mengenainya ujar Anwar akan dimaklumkan oleh sekretariat himpunan. Untuk rekod, siri himpunan itu yang diadakan di sebuah padang berhampiran Amcorp Mall akhir bulan lalu menyaksikan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 berlaku. Antaranya termasuklah para peserta yang turut membawa anak kecil menyertai himpunan itu. Himpunan itu juga tidak menerima sambutan termasuk dari kalangan parti komponen PR sendiri. |
Tanda Putera akhirnya ke pawagam mulai 29 Ogos ini Posted: 03 Jun 2013 03:01 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Jun - Filem Tanda Putera yang menimbulkan polemik dalam industri perfileman negara ekoran dibantah oleh pihak-pihak tertentu bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sudah tiba masanya untuk filem yang menimbulkan kontroversi walaupun belum ditayangkan itu menemui penonton. "Sebelum ini ditangguhkan kerana ada dakwaan beberapa adegan kontroversi dalam filem itu. Selepas itu ditangguhkan pula kerana pilihan raya umum. "Kini selepas perbincangan dilakukan semua pihak bersetuju untuk filem itu ditayangkan pada 29 Ogos depan. Bagi saya, lebih cepat tayang lebih bagus," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan pertamanya ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini. |
Kehadiran Ust. Nasa ke majlis perkahwinan Saiful bikin panas! Posted: 03 Jun 2013 02:02 AM PDT Perasaan penyokong-penyokong PAS yang berpaksikan DS Anwar mendidih apabila melihatkan bekas timbalan Pas, Ustaz Nasa hadir pada majlis resepsi Saiful Bukhari dan isteri, Nik Suryani. Maka mereka mula membuat kesimpulan sendiri berkenaan sokongan Ustaz Nasa kepada DS Anwar. Ada yang menuduhnya inilah buktinya Ustaz Nasa tidak menyokong DS Anwar, sedangkan ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS yang lebih hebat cuba menjauhkan diri dari perancangan DS Anwar. Hanya yang masih buta hati mengikuti rapat dengan perjuangan songsang belia...kasihan! Majlis Resepsi Mohd Saiful Bukhari Azlan,28 dan Nik Suryani Megat Deraman,33 diadakan di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7. Pasangan pengantin baru yang sedondon berpakaian berwarna putih itu berjalan di karpet merah sebelum ke pelamin tepat pada jam 9 malam. Kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PERKASA Zulkifli Noordin. |
Lelaki maut pertahan adik angkat daripada diperkosa Posted: 03 Jun 2013 12:15 AM PDT ![]() Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Selasa lalu itu, lelaki berkenaan bersama adik angkatnya yang berusia 21 tahun berada di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta di kawasan kejadian sebelum dihampiri tiga lelaki berusia 20-an. Tindakan ketiga-tiga lelaki itu menyebabkan mangsa cuba meninggalkan kawasan berkenaan namun keretanya ditahan lelaki terbabit sebelum dia dan adik angkatnya diarah keluar. Sumber berkata, dua daripada lelaki berkenaan menarik keluar wanita itu daripada kereta sebaik dia enggan berbuat seperti diarahkan. "Sebaik diheret keluar, ketiga-tiga lelaki terbabit cuba memperkosa wanita itu," katanya. Katanya, melihat kejadian berkenaan, mangsa cuba menghalang hingga berlaku pergaduhan. "Tiga lelaki terbabit kemudian bertindak membelasah mangsa hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. "Wanita terbabit menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu berikutan kawasan kejadian sunyi dan gelap," katanya di sini, semalam. Sumber berkata, melihat mangsa tidak sedarkan diri, tiga lelaki itu melarikan diri. Katanya, adik angkat mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian. "Doktor yang merawat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya. Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu sudah ditahan sehari selepas kejadian. "Semua mereka kini direman. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. |
'Orang dalam' PKR sabotaj saya: Xavier Jayakumar Posted: 02 Jun 2013 11:30 PM PDT SHAH ALAM: ADUN PKR Sri Andalas yang digugurkan daripada membarisi exco kerajaan Selangor baru, Dr Xavier Jayakumar mengakui terdapat usaha pihak tertentu untuk menghalang dirinya agar terus kekal memegang jawatan itu. Beliau yang dihubungi Antarapos mengakui usaha tersebut didalangi orang dalaman parti sendiri. Katanya lagi, perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan parti bagi membincangkan tindakan susulan. "Ini adalah satu permasalahan dalam parti. Sebab saya pun telah beritahu kepada pihak pimpinan parti. Dan sekarang kita tunggulah apa tindakan yang akan dibuat oleh parti, itu saja. "Sultan pun dah tentukan, jadi kita teruskan," katanya ketika dihubungi. Xavier yang memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin penggal 2008-2013 adalah salah seorang yang digugurkan daripada menyertai barisan exco negeri yang baru, bersama dengan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, juga dari PKR. Portfolio beliau digantikan oleh ADUN Kota Alam Shah, Ganapathi Rao dari parti DAP. Desas-desus pengguguran nama Xavier mula bertiup kencang dan hangat diperkatakan menjelang saat genting pemilihan. Di dalam blognya, Suara Sri Andalas (http://xavierjayakumar.blogspot.com), Xavier menggambarkan kelibat 'orang dalam' yang berkempen bagi menentang pemilihannya sebagai exco. "Mereka boleh dikatakan orang-orang baru. Kumpulan ini memang mensasarkan saya sejak sebelum 2008. Mereka mencuba tetapi gagal mendapatkan kerusi (kuasa) dalam pemilihan parti. Mereka juga gagal mendapat tempat dalam barisan kepimpinan tertinggi parti. "Selepas itu, mereka didapati mula bergerak secara sendirian untuk menentang saya dalam semua perkara. Punca dan alasannya hanya mereka yang tahu. Kini, apabila timbul kemungkinan saya dikekalkan dalam jawatan exco, mungkin mereka merasakan kedudukan mereka dalam PKR tercabar," kata Xavier dalam satu artikel di blognya, 16 Mei lalu. Exco Selangor bagi penggal 2013-2018 menampilkan empat calon muka baru dan enam calon yang dikekalkan. PAS membariskan tiga ADUN muka lama iaitu wakil Chempaka, Iskandar Abdul Samad, ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala calon muka barunya pula adalah ADUN Sabak, Sallehen Mukyi. Manakala tiga ADUN DAP terdiri daripada wakil Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim, ADUN Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. PKR pula menampilkan tiga wanita sebagai ADUN parti itu. Daripada jumlah itu, dua adalah calon lama. ADUN muka baru adalah wakil Sementa, Dr Daroyah Alwi manakala mereka yang dikekalkan itu adalah ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail serta ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Antarapos |
Saifuddin 'korban' kekalutan politik Khalid Ibrahim? Posted: 02 Jun 2013 11:01 PM PDT Beliau seorang pemidato yang petah. Perawakannya sopan. Pemikirannya luas dan seorang pendengar pandangan orang lain yang tekun. Beliau adalah di antara pemimpin PKR yang boleh diketengahkan untuk memimpin negara. Beliau ialah Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Namun Saifuddin seorang yang taat. Di segi kebolehan, ada banyak jurusan yang beliau lebih baik dan teratur berbanding pemimpin PKR lain seperti Azmin Ali. Bagaimanapun apabila diberi amanah untuk menguruskan parti, beliau lakukan dengan pemikiran yang terbuka. Segala kesukaran untuk mentadbir dan juga mengongkosi operasi parti dihadapi dengan tenang dan berhati-hati. Beliau tidak pernah mengeluh dan amat konsisten dalam pemikiran politiknya. Bagaimanapun itu bukan bererti beliau ialah seorang pak turut. Adakalanya beliau akan bersuara menegur pemimpin parti walaupun mungkin kurang disenangi. Pernah ketika menegur kepemimpinan presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam kongres PKR di Seremban, beliau mendapat reaksi negatif. Akibatnya, beliau agak tersisih dari perjuangan PKR dan terpaksa membawa diri ke Kelantan untuk menjawat tanggungjawab sebagai Pengurus Besar Yayasan Tok Kenali. Di situ kepemimpinannya terserlah. PAS senang dengannya dan mencongak untuk menawarkannya kerusi politik di negeri itu. Bagaimanapun PKR baru sedar akan "kerugian" jika kehilangan Saifuddin. Dia segera dipujuk untuk kembali ke pangkuan PKR dan dilantik sebagai Pengarah Strategi parti. Berikutan itu beliau diangkat sebagai Setiausaha Agung untuk menguruskan parti pula. Namun nasib tidak menyebelahinya dan tewas dalam pilihan raya umum lalu bagi merebut kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu. Sebagai ahli politik budiman, beliau tidak mengungkit mengapa beliau kalah. Namun bagi yang mengenalinya maklum bahawa tanggungjawab keliling pinggang mengurus dan berkempen untuk parti menyebabkan beliau tidak dapat fokus sepenuhnya di kerusi yang ditandinginya. Namun entah sebab kegagalan di Kulim Bandar Baharu atau PKR memang tiada calon lain, kini Saifuddin akan dibebankan dengan satu tugas baru – bekerja dengan dan untuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tugasnya ialah untuk menjadi Pegawai Perhubungan Politik untuk bekas tokoh korporat itu. Misi utamanya ialah untuk merapatkan hubungan kerajaan negeri dengan parti. Ini kerana sebelum dan semasa kongres PKR yang baru lalu, banyak dakwaan dilontarkan bahawa kerajaan negeri Selangor agak renggang dan banyak kalanya tidak mesra-PKR. Pelantikan ini diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi mandor pegawai-pegawai Khalid Ahli politik PKR dalam lingkungan pimpinan maklum bahawa cara Khalid memerintah Selangor agak mengecewakan parti. Beliau banyak menggunakan pembantu-pembantunya sebagai perisai atau dalih untuk tidak menterjemahkan wawasan parti. Maka parti pun melihat dan berharap kepemimpinan Saifuddin akan dapat membetulkan keadaan yang kini agak meruncing bagi PKR. Ini kerana pada perkiraan pertama, PKR masih memimpin Selangor kerana ihsan DAP dan PAS. Jika tidak kena gayanya, kepentingan PKR di Selangor akan terus merudum. Kedua, kemelut keletah politik pembantu-pembantu Khalid – setiausaha politik (Faekah Husin), setiausaha akhbar (Arfaezah Abdul Aziz) dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (Rohani Talib) – memang amat merisaukan parti. Mereka dikatakan adalah punca kerenggangan hubungan PKR – kerajaan negeri. Sedihnya, tugas Saifuddin yang mempunyai kaliber kepemimpinan yang besar kini diberikan tugas menjadi mandor bagi pegawai-pegawai Khalid yang tiada locus standi dalam parti. Sebenarnya, Saifuddin bukan orang pertama dipilih Anwar untuk melakukan tugas itu. Sebelum ini, bekas ahli korporat kepercayaan Anwar, Dr Abdul Rahim Ghouse pernah diarahkan untuk melaksanakan tugas itu. Namun kerana beliau pun tidak ada apa-apa jawatan dalam parti, kehadirannya tidak berkesan. Yang rugi tentunya PKR. Jika Setiausaha Agungnya sibuk bertarung dengan isu politik kerajaan negeri PKR, sudah tentu ia akan mengganggu tugas hakiki Saifuddin untuk parti. Namun yang mengkagetkan ialah Anwar sendiri tidak mampu untuk mengarahkan Khalid untuk menukarkan sahaja pegawai-pegawai berkenaan! Kini PAS pula bersuara mahu seorang Naib Presidennya untuk diberi jawatan yang sama dengan Saifuddin. Tidak sukar dibayangkan, selepas ini DAP akan menuntut jawatan yang sama. Soalnya, mengapa tidak Saifuddin dilantik sahaja menjadi setiausaha politik Khalid menggantikan Faekah sahaja? Adakah Anwar "malu-alah" dengan Faekah yang telah "banyak berkorban" membantu isterinya, Wan Azizah ketika beliau meringkuk di penjara? Atau, Anwar sebenarnya "kelu" bila berhadapan Khalid? Sejak "kepulangannya" dari Kelantan ke pangkuan PKR, Saifuddin telah membuktikan kesetiaannya kepada Anwar dan PKR. Beliau menjalankan tugas sebagai pengarah strategi dengan cemerlang dan setiausaha agung dengan gemilang. Akibatnya, beliau kehilangan peluang menang di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu. Persoalannya, tidakkah kedudukan Pegawai Perhubungan Politik itu terlalu kecil bagi Saifuddin? Setiausaha Agung PKR itu juga adalah perancang yang baik. Namun dalam tugas barunya kelak tidakkah masa dan tenaga beliau akan "disedut" oleh birokrasi kerajaan negeri dan penasihat-penasihat Khalid yang memang kurang mesra PKR? Ulasan@Antarapos |
GST boleh dilaksana bawah 4 peratus - Pas Pusat Posted: 02 Jun 2013 10:31 PM PDT SHAH ALAM - Kerajaan disaran memulakan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di bawah paras empat peratus jika ia mahu dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini, menurut Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Hal ini kerana, perkara pertama yang harus dipertimbangkan untuk melaksanakan GST ialah pendapatan rakyat. "Pendapatan mereka haruslah bertambah baik jika GST dilaksanakan," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Dr Dzul kepada Sinar Harian Online. "Singapura juga bermula dengan tiga peratus manakala cadangan untuk GST di Malaysia tujuh peratus, ini membebankan," tambahnya lagi. Menurut Dr Dzul, perlaksanaan GST adalah lebih baik daripada sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) namun beberapa faktor perlu diambil kira sebelum melaksanakannya. Perkara pertama yang harus diteliti ialah pendapatan rakyat terutama golongan miskin dan sederhana. Penganalisis berpendapat, pelaksanaan GST, walaupun dapat meluaskan asas kutipan cukai namun ia membebankan golongan pertengahan dan miskin. Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan MPN, Profesor Dr Shazali Abu Mansor berkata, pelaksanaan GST membolehkan cukai dapat diselaraskan secara menyeluruh. Beliau turut menyarankan ia bermula di bawah kadar lima peratus. "Namun, pelaksanaan GST ini perlu dikecualikan kepada barang-barang asas seperti gula, tepung, minyak masak, kerana ianya akan membebankan rakyat kelak," katanya. Mengulas lanjut, Dr Dzul berkata, jika GST mahu dilaksanakan, kerajaan juga harus komited untuk menutup pintu kebocoran dari sudut ketirisan, amalan rasuah, kronisme, dan nepotisme. "Pada hemat saya kerajaan perlu meningkatkan tahap modal insan dan keterampilan rakyat, kerana ianya sekaligus dapat meningkatkan tahap produktiviti negara dan hasilnya ianya dapat meningkatkan tahap pendapatan mereka," katanya. Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula berpendapat, pelaksanaan GST pada waktu terdekat ini hanya akan membebankan rakyat kerana peratusan rakyat miskin di negara ini masih tinggi. "Tahap kemiskinan di Malaysia masih lagi tinggi, jadi saya lihat perlaksanaan GST akan menekan serta membebankan mereka," katanya. Tambah beliau lagi, kerajaan harus mencari makanisme terbaik bagi mengurangkan bebanan rakyat di samping mengawal ketirisan dan kebocoran wang negara bagi meningkatkan lagi tahap ekonomi negara. "Perbelanjaan kerajaan haruslah berhemah, ketirisan dan kebocoran wang negara mestilah dielak sama sekali, dengan itu saya rasa ekonomi kita akan berkembang dengan lebih baik," katanya sambil menambah GST hanya akan menyebabkan inflasi berlaku. Sementara itu, menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, GST tidak wajar dilaksanakan kerana ianya tidak seiring dengan peningkatan pendapatan rakyat di negara ini. "Bagi saya GST tidak wajar dilaksanakan, kerana masalahnya sekarang ialah purata pendapatan rakyat Malaysia masih lagi berada ditahap rendah, ini tidak adil bagi mereka, sebaliknya memberi bebanan pula," katanya. Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan pendapatan rakyat sekaligus dapat mengurangkan bebanan ekonomi mereka. "Kerajaan perlu berikhtiar dan mencari jalan terbaik bagi meningkatkan purata pendapatan ekonomi rakyat, bukannya melaksanakan GST," katanya |
Penyanyi Dafi tiduri pembantu peribadinya? Posted: 02 Jun 2013 10:01 PM PDT ![]() Cerita penyanyi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu ini, kira-kira jam 1 pagi bilik diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat. Mereka minta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang dia bersekedudukkan dengan wanita. Walaupun terkejut namun kata Dafi, dia memberikan kerjasama kerana yakin yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Selepas tidak menjumpai apa-apa bukti, kumpulan itu meminta maaf da beredar. Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik. Apapun keadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu. Dafi juga bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan meminta berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang sewenangnya mengambil kesempatan dan tidak mahu kejadian tersebut berulang. - Utusan |
Tiga perkara yang paling ditakuti DS Anwar Posted: 02 Jun 2013 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR 2 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya. Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara. "Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur. "Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja. Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri. "Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat. "Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya. Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan. "Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya. Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya. Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar. "Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat. "Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya. Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130603/po_01/3-perkara-paling-Anwar-takuti#ixzz2V7CRvZDZ © Utusan Melayu (M) Bhd |
PKR mula 'ganggu' pentadbiran MB Khalid Posted: 02 Jun 2013 07:31 PM PDT SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar yang didakwa tidak pernah dibincangkan secara lanjut dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, MPN Selangor juga ingin mengetahui skop kerja jawatan itu supaya lebih jelas peranannya. "MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. "Manakala saranan MPN Selangor di Kongres ke-9 PKR di disanggah tidak mahu pentadbiran kerajaan negeri melibatkan orang politik," katanya. Shuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik. Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan. "PKR Selangor bertegas saranan pemantapan organisasi melibatkan ahli Pakatan Rakyat (PR) berkelayakan perlu dilakukan dan menyokong apa juga usaha pemantapan secara menyeluruh perlu segera dilaksanakan bermula di pejabat MB, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pihak berkuasa tempat (PBT) dan seterusnya GLC lain," katanya. Beliau berkata, peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu segera ditangani kerajaan negeri kerana insiden itu memalukan keseluruhan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan Selangor. Malah katanya, PKR Selangor menekankan penglibatan anggota PR yang berkelayakan supaya dasar bersama PR boleh segera dimulakan bagi memenuhi mandat besar diperoleh dalam PRU13. |
Nurul: I had no agenda in Sabah Posted: 02 Jun 2013 07:01 PM PDT KOTA KINABALU: A shocked PKR vice-president Nurul Izzah Anwar has denied hatching any plan to hold demonstrations at the Kadazandusun Cultural Association (KDCA) premises during the Kaamaatan celebrations here. Nurul Izzah was barred from entering Sabah on May 30. Chief Minister Musa Aman reportedly said that they had reason to believe that Nurul Izzah's visit was "not as innocent" as touted by the opposition. But Nurul had denied outright that she had an agenda for attending the festivities. "It's a fabricated and utterly ridiculous allegations. The allegations are meant to tarnish my character and justify the unjustifiable deportation of BN dissenters. "I deplore the fact that the Sabah Barisan Nasional government is repeating such fabrication without an ounce of responsible fact-finding," she said. Nurul was responding to a report in a Sabah based online portal that she was covertly planning a protest in KDCA in conjunction with the Kaamaatan celebrations statewide. Pakatan Rakyat has held highly successful rallies across the Peninsular Malaysia following the May 5 general election. The opposition while winning over 51% of the popular votes, however failed to win enough parliamentary seats to wrest the country's administration from Barisan Nasional under the current first-past-the-post elction system. BN secured 133 seats against Pakatan's 89. Treat Musa same way, Kadazan urged Nurul was invited by Penampang MP Darrel Leiking as his "personal guest" to join in the Kamaatan celebration on May 30 and 31. But she was barred entry under the Section 66 of the state's Immigration Act. Nurul Izah's denial yesterday was followed by a similar reaction from Leiking. "I deny each and every allegation of such 'planned demonstrations' at KDCA at all. "It is in fact a surprise and a shocker for me and all of us to hear and read of such allegations. "Nurul Izzah was supposed to be here to attend and join in the Kaamatan at KDCA as my personal guest. Meanwhile Sabah DAP has urged all Kadazans in the state to boycott state government functions. Kepayan assemblyman Edwin Bosi said the episode was humiliating to the Kadazans. "It's embarrassing to the community. After humiliating the Kadazan community, Musa deserves to be treated the same way. "I urge my fellow Kadazans to give equal treatment to Chief Minsiter Musa Aman by boycotting his events. We Kadazans must not attend any event where he is to show our disgust and disapproval of on his part for banning Nurul and other Pakatan Rakyat leaders from entering Sabah," he said. FMT |
Pemilik blog popular hina YDP Agong 'patung bazir duit rakyat' Posted: 02 Jun 2013 06:01 PM PDT ![]() Begitulah yang berlaku kepada seorang pemilik akaun twitter dikenali Effi Obefiend yang juga pemilik blog popular, Blog Serius dengan beraninya menghina secara langsung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong. Adakah patut dia menyamakan Yang di-Pertuan Agong sebagai anjing dan patung kerajaan? Di atas ialah beberapa kenyataan keterlaluan Effi Obefiend yang amat tidak matang dan angkuh. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |