Agenda siapa ni? Posted: 09 Jan 2013 08:32 PM PST Halus. Cukup halus. Setelah berjaya memecahkan orang Islam melalui UMNO dan PAS, kini mereka bergerak selangkah lagi dengan membahagi dua pemimpin PAS. Selepas ini artis-artis hollywood dan Bollywood pula datang membantu ummat Islam di Malaysia sebagaimana Afdlin Shauqi ke Gaza. Sudah tentu paderi maderi pun ikut serta 'berkhidmat' di Malaysia bagi 'membantu' anak-anak orang Islam yang bapa mereka shahid di medan perang. Seronoklah si bapa di syurga di kelilingi bidadari manakala anak-anak yang masih hidup, pandai-pandailah bawa diri. |