Dialog Dewasa Kritik Berasa |
DAHULUKAN RCI LAHAD DATU SEBELUM RCI PRU13 Posted: 02 Jun 2013 07:46 PM PDT Kerajaan Malaysia mesti mempunyai satu keutamaan yang jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan negara ini, khususnya daripada pencerobohan militer oleh pengganas asing. Rakyat Malaysia khususnya di Sabah masih tertanya-tanya mengapa RCI tidak ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili mereka yang terlibat dalam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 10 anggota pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu tempoh hari. Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang manusia yang sudah gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi Perdana Menteri, atau melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang memerlukan jaminan keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan akan berulang semula. Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad Datu, barulah tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu terjadi, ikut giliranlah! Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar Ibrahim mendapat bantuan kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara jiran, dengan tujuan untuk melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu menangani kemelut pencerobohan terancang di Lahad Datu itu. Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi! Maka, kita mendesak supaya kerajaan menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai dengan jayanya. Berjaya kerana kerana kerajaan DAP Pulau Pinang, kerajaan DAP Selangor dan Kerajaan PAS di Kelantan turut telah berjaya ditubuhkan hasil daripada kemenangan mereka di dalam PRU13 baru-baru ini. Mereka semua menerima dan tidak membantah keputusan PRU13! |
ANWAR TIDAK PATUT MENGKHIANATI DAP ! Posted: 02 Jun 2013 06:48 AM PDT Susulan artikel Mymassa sebelum ini iaitu http://mymassa.blogspot.com/2013/06/dua-ahli-parlimen-dan-dua-adun-pakatan.html , ramai pembaca dan ahli politik Pakatan mahupun di pihak BN meneka-neka siapakah gerangan wakil rakyat yang kami maksudkan itu. Kami menerima pelbagai emel peribadi untuk bertemu kami, walau bagaimanapun kami bukan bermaksud menjual maklumat untuk mendapatkan keuntungan. Ini adalah soal negara, lebih penting merupakan isu masa depan umat Islam dan bangsa Melayu di atas tanah air mereka sendiri. Kami ingin berpesan kepada Anwar, kamu boleh membuat berpuluh-puluh demo setiap minggu untuk mengkabui mata Lim Kit Siang dan DAP kononnya kamu bersama DAP. Kamu boleh menunjukkan kepada penyokong-penyokong kamu, kepada penyokong DAP dan sedikit penyokong PAS yang terpengaruh, dengan menunjukkan kamu bagaikan Hero di tengah himpunan kamu. Namun, saya ingin ulangi, kamu tidak boleh menipu semua orang pada semua masa! Kepada Anwar, kamu boleh membuat tawaran, kamu boleh bertawaran juga kepada masa dan keadaan, kamu boleh meminta masa dipanjangkan lagi, kamu juga boleh menidakkan semua kawan-kawan kamu dengan sekelip mata, demi survival politik Nurul Izzah dan dua tiga pengikutmu yang sangat kamu percayai, namun kamu Anwar harus ingat, cara kamu Mengkhianati DAP selicik mana pun, jika esok kamu kedapatan dan ketahuan, seluruh keturunan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, bukan saja akan menghina kamu, tetapi juga seluruh umat Islam dan bangsa Melayu turut terpalit. Yang saya paling bimbang, kubur kamu pun akan mereka kencing dek kemarahan yang teramat sangat. PAS Nampaknya beberapa pemimpin besar PAS seakan sudah dapat mencium percaturan politik kamu dan masa depan politik Nurul Izzah dan keturunan kamu yang akan datang. Nampaknya, cara PAS menolak menyertai demo-demo kamu seakan mereka sudah dapat mencium bau busuk dalam percaturan politik kamu pasca PRU13 ini. PERSOALAN Anwar kamu jangan bertanya bagaimana saya tahu percaturan kamu. Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik dan penulisan politik, kamu boleh tutup pandangan dan minda kamu. Tetapi kepada saya, kamu harus berhati-hati. Saya bukan pasukan polis, saya bukan dari UMNO dan BN, saya berada beberapa langkah selepas kamu melangkah di mana-mana! Ini adalah kerja saya sejak sekian lama, saya cukup latihan untuk mendedahkan pengkhianatan kamu kepada DAP. Oleh kerana kamu Anwar masih menghitung masa, saya juga turut menghitung masa,kerana saya sendiri tidak mahu mendahului kamu, malahan saya ingin menyokong perhitungan terakhir politik kamu ini. Kamu tidak perlu risau, saya tahu kamu menggunakan siapa di Washington dan di CIA untuk mendesak Malaysia, saya tahu siapa rakan kamu di Turki, dan saya tahu siapa di Thailand dan di China yang menjadi penyokong kamu, dan kamu pasti terkejut bagaimana saya tahu kamu dibiayai oleh sebuah Syarikat Besar negara jiran untuk menggerakkan himpunan-himpunan politik kamu itu. Cara kamu menafikan penglibatan kamu dalam insiden Lahad Datu sangat-sangat melucukan. Kamu ingat kamu boleh menutup mulut dan telinga semua orang! Kamu boleh terus berfantasi di hadapan penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri Malaysia di dalam imaginasi kamu, kamu boleh terus menipu penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri kerana egois kamu itu, tetapi kamu Anwar akan menerima padah yang paling besar dalam hidup kamu kerana kamu telah cuba mengkhianati DAP! Kepada pembaca, mengapa kamu perlu terkejut dengan pendedahan ini! Bersambung.... |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |