Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pelakon Yana Samsudin keliru dengan 'puting susunya'?

Posted: 02 Jun 2013 03:35 PM PDT

Upps! Terkedu juga kami melihat status terbaru pelakon jelita Yana Samsudin di akaun Instagramnya.

Sambil memegang dua botol susu yang dilengkapi dengan 'breast pump', Yana Samsudin menulis

Hurmm.. Mana kiri.. Mana kanan punya? Isk.. Haha!! :P

Heh! Pandai bergurau juga Yana Samsudin ni. Eh! Botol susu siapa tu sampai dua?



(Gambar) Wajah gadis cina yang diugut rogol oleh Red Bean Army didedahkan

Posted: 02 Jun 2013 07:01 AM PDT

Pendedahan demi pendedahan dilakukan terhadap Red Bean Army.

Pembangkang mula mengatakan ianya rekaan semata-mata, namun mereka juga terkejut dengan beberapa perkara yang dibongkarkan.

Kini, ugutan paling dasyat yang dibuat oleh tentera upahan siber ini adalah rogol.

Melalui komen-komen dilaman sosial, mereka mengugut dan mencaci seorang gadis berbangsa Cina yang menyokong Barisan Nasional.

Semuanya dikatakan berpunca dari video dibawah:

Dek video di atas, gadis tersebut telah diserang dengan teruk tanpa belas kesihan dengan pelbagai penghinaan, mencarut dan juga ugutan rogol seperti yang didedahkan oleh Utusan Malaysisa.

Sebagai buktinya, anda baca sendiri 6 printscreen di bawah dan anda saksikan sendiri betapa teruknya propaganda pro-pembangkang dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina!

Anda boleh baca pendedahan lanjut di blog Dr MiM


Uthaya dedah DSAI abai kaum India lepas 'enak' tunggang Hindraf

Posted: 02 Jun 2013 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hanya berminat 'mengejar' undi kaum India berbanding memberi fokus kepada kebajikan mereka.

Perkara itu dinyatakan pemimpin Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar yang menegaskan, Anwar juga tidak berminat dalam menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum India.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar melabel Hindraf sebagai bersifat perkauman selepas pernah menyokong serta 'menunggang' perjuangan pertubuhan itu pada 2008.

"Anwar telah gagal memberi maklum balas kepada Hindraf walaupun pergerakan ini pernah beberapa kali mencuba untuk berhubung dengan beliau.

"Kita telah menulis beberapa pucuk surat kepadanya berhubung banyak isu melibatkan kaum India, tetapi beliau tidak pernah beri maklum balas," katanya seperti dipetik dalam portal The Mole, www.mole.my hari ini.

Apabila mak janda 'bercukur'...seksi habis!

Posted: 02 Jun 2013 05:01 AM PDT

Gambar hiasan
Selepas Stacy tampil dengan imej rambut barunya ala-ala superstar antarabangsa, Rihanna, kini giliran pelakon cantik, Nora Danish pula mengikut jejak langkah kedua-dua penyanyi hebat itu.

Kebanyakan peminatnya di akaun Instagram memuji tindakan berani Nora memotong rambut dengan gaya sebegitu kerana sebelum ini pelakon genit itu dilihat lebih sinonim dengan sifat feminin menerusi penataan gaya dan imejnya.

Pastinya selepas ini ramai peminat setia ibu kepada Putera Rayqal ini akan mengikut 'style' rambut terbaru Nora pula kan.

Apa-apa pun memang Nora kelihatan lebih 'stylo' dengan gaya rambut terbarunya itu!



Kami tak ingar titah YDP Agong - Tian Chua

Posted: 02 Jun 2013 01:31 AM PDT

SHAH ALAM: Pembangkang mempertahankan tindakan mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menyeleweng di beberapa kawasan pilihan raya sehingga mengakibatkan Pakatan Rakyat kalah kepada parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum bulan lalu.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah bertitah "sebarang tindakan menanam kesangsian kepada SPR adalah perbuatan yang amat berbahaya", pembangkang tetap menuding jari kearah suruhanjaya itu.

Bercakap kepada Antarapos, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata demonstrasi yang diadakan bertujuan mendesak campur tangan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Katanya tidak timbul isu mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong kerana kesemua bantahan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dibuat berlandaskan peruntukan undang-undang negara.

"YDPA kata iktiraf, kita memang iktiraf kebanyakkan keputusan. Yang kita tak iktiraf hanya di 30 lebih (kawasan) dan itu pun kita akan bawa ke mahkamah, kita tetap akan cabar kedudukan 30 lebih kerusi yang bagi kita dimenangi (BN) dengan cara yang tidak sah.

"Sebab itu kita adakan perhimpunan di merata tempat supaya YDPA pecat SPR kerana SPR tidak memegang amanah seperti yang ditetapkan oleh YDPA," katanya.

"YDPA pun sebut dalam rangka 'rule of law'. Jadi tidak wujud isu kita mengingkari nasihat siapa-siapa," tambah beliau lagi.

Pada PRU13, 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Manakala Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP) hanya menang 89 kerusi.

Pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut berdasarkan undi popular 51 peratus yang berjaya dikutip mendakwa SPR menggunakan tipu helah untuk membantu kemenangan BN.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk penggunaan dakwat kekal yang meragukan, pengundi hantu, dan kejadian 'lampu padam' di beberapa pusat pengiraan undi.

SPR walau bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan-tuduhan berkenaan dan mencadangkan supaya pembangkang menfailkan petisyen di mahkamah selepas keputusan PRU13 diwartakan.

Rentetan itu pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan beberapa siri perhimpunan di seluruh negara yang rata-rata melanggar Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 mengajak rakyat untuk mengecam SPR dan keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada mereka.

Bagi mempertahankan tindakan mengajak rakyat untuk berhimpun, Tian berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyertai sebarang perhimpunan selagi mana tiada rusuhan mahupun mengangkat senjata.

"Undang-undang kita tak kata tak boleh berhimpun. Kita bukan merusuh. Berhimpun itu ikut saluran yang betul," katanya.

"Apa yang dilakukan PR adalah semua mengikut saluran undang-undang. Mana yang tidak ikut saluran undang-undang?

"Berdemonstrasi itu adalah saluran yang direstui undang-undang. Yang tak direstui undang-undang adalah merusuh, mengangkat senjata," jelas beliau.

Tian berkata perkara ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan memberi ruang kepada pembangkang untuk keluar di kaca televisyen dan akhbar tempatan.

Penjara sediakan ruang untuk hubungan 'intim'

Posted: 02 Jun 2013 12:45 AM PDT

Pontianak – Badan pemantau Ombudsman Indonesia mendedahkan, sebuah penjara di Pontianak, Kalimantan Barat melanggar undang-undang dengan menyediakan bilik khas untuk membolehkan tahanan mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

Timbalan ketuanya, Azlaini Agus berkata, bilik itu disewa pada harga Rp100,000 (RM31.48) satu malam.

"Kemudahan itu memang jelas bercanggah dengan peruntukan undang-undang," katanya.

Azlaini berkata, seseorang banduan tidak mempunyai kebebasan kerana ia sudah dihadkan oleh kerajaan kerana melakukan jenayah.

"Penemuan salah laku di Pontianak telah dilaporkan kepada Unit Kerja Presiden Bidang Pengawa.

Red Bean Army ancam rogol wanita penyokong BN

Posted: 02 Jun 2013 12:29 AM PDT

Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' yang didakwa ditaja DAP turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN. Tulisan akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu malah lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

"Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

"Malah ada tentera siber RBA yang mengancam merogol wanita yang menyokong BN, membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli. "Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia," kata pengarang akhbar milik Umno itu dalam tulisan berkenaan.

Dalam satu lagi tulisan, akhbar itu menyiarkan satu rajah berhubung dakwaan 'Teknik serangan Red Bean Army'. Keterangan di rajah berkenaan antara lainnya mendakwa seorang wanita, Wong Kim May, 23 menerima ancaman bunuh. Gadis berkenaan didakwa menerima ancaman itu selepas merakam video mempromosi BN.

DAP sejak minggu lalu menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota 'Red Bean Army', yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu. Penasihat parti itu Lim Kit Siang turut menjelaskan bahawa parti berkenaan perlu membayar sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu sekiranya mengupah RM15 juta setahun untuk 200 orang pasukan tersebut.-Malaysiakini.

(Gambar) Sekitar majlis pertunangan Fauziah Ghous dan Zafran

Posted: 01 Jun 2013 09:31 PM PDT

Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 dan kekasihnya yang juga merupakan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf), 30.

Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung.

Majlis berkonsepkan ala Inggeris dengan tatahias warna putih yang berlangsung restoran Asmara Pencahala, Sungai Penchala dalam suasana yang cukup meriah dihadiri seramai 500 terdiri saudara mara, kenalan rapat, dan para wakil media.

Acara kemuncak menyaksikan ibu Zhafran, Puan Normah Ali menyarungkan cincin ke jari Fouziah tanda diri pelakon 'Trilogi Cinta' dan 'Cinta Bertamu di Abu Dhabi' itu kini tunangan kepada anak lelakinya. Saat manis itu turut disaksikan oleh ibu Fouziah.

Berikut foto-foto sekitar majlis pertunagan 'pasangan bird nest (sarang burung)' ini untuk tatapan anda :

Pengurus Pemasaran L'oreal (M) diburu pihak berkuasa kerana hina YDP Agong

Posted: 01 Jun 2013 08:31 PM PDT

Mellisa Gooi, Pengurus Pemasaran Lancome Malaysia sejak 2 bulan lalu.

Mengikut maklumat dipaparkan oleh Linkedin, dia graduan Macquire University, Australia dan bekas pelajar INTI College Pulau Pinang.

Wanita ini melalui akaun facebooknya yang telah pun dinyahaktifkan telah menghina ucapan YDP Agong yang meminta agar semua rakyat Malaysia menerima dan akur keputusan PRU13 yang lepas.

Malah ada rakan-rakanya yang menuduh dan memfitnah YDP Agong mempunyai simpanan wang dalam  akaun bank di Swiss.

Tindakan biadab ini mengundang pelbagai reaksi dan satu laporan polis telah pun dibuat.
Kepada Carol Tay, bertanyakan soalan ...
Ya, Agong itu WUJUD di Malaysia. Sila Google di sini untuk mengetahui informasi mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Are you a Malaysian, Carol Tay?

Mazidul Akmal

Akhirnya satu laporan polis terhadap betina Cina ini kerana keceluparan mulutnya...well done!




BN parti tunggal tidak sesuai - Ahmad Maslan

Posted: 01 Jun 2013 08:01 PM PDT

PONTIAN: Cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebuah parti tunggal adalah tidak sesuai dan amat sukar dilaksanakan memandangkan ia tidak mampu mewakili suara semua kaum di negara ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai kaum termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak dan jika cadangan itu dilaksanakan beliau khuatir suara kaum minoriti ini kelak tidak dapat diwakili dengan baik.

"Kita tahu dari Sabah dan Sarawak, BN mempunyai parti komponen yang mewakili pelbagai etnik yang tidak ramai di sana yang jika BN disatukan, suara mereka akan terhakis serta tidak mampu didengari lagi," katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan Agama Seri Anom Parit Satu di sini hari ini yang melibatkan peruntukan pembinaan sebanyak RM1.9 juta.

Ahmad berkata secara peribadi, beliau sendiri tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang bakal menjadikan Umno, satu-satunya parti yang memperjuangkan hak orang Melayu selama ini terkubur.

"Saya sendiri tidak bersetuju Umno bubar untuk wujudkan parti BN tunggal tanpa komponen dan saya yakin 3.4 juta ahli Umno juga tidak bersetuju," katanya.

Dalam masa yang sama beliau meminta cadangan untuk mewujudkan keahlian terus BN tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN sebelum ini diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal.

Dengan cara itu, BN boleh menarik pelbagai persatuan atau kesatuan menjadi ahli bersekutunya.

Musa Aman dedah alasan sekat Nurul Izzah ke Sabah

Posted: 01 Jun 2013 07:01 PM PDT

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar.

Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan.

"Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.

"Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.

"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan.

"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.

Nurul Izzah dihalang daripada memasuki negeri itu pada Khamis.

Musa berkata Sabah dan rakyatnya tidak perlukan propaganda berterusan daripada pembangkang bagi membangkitkan rasa benci dan prasangka rakyat terhadap kerajaan BN.

"Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?

"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>