Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


'Mujur kami tak terlanjur, rupa -rupanya adik beradik'

Posted: 01 Jun 2013 10:01 AM PDT

KEIKHLASAN dan kejujuran merupakan faktor paling utama dalam sebuah perhubungan. Ikhlas itu sesuatu yang sukar untuk dizahirkan kecuali bagi mereka yang mencari kebahagiaan sejati.

Setakat ikhlas sahaja tidak mencukupi perlu juga diselitkan dengan aura positif yang akan menyinari sebuah kehidupan berasaskan iman dan takwa.

Berbahagialah mereka yang ikhlas dalam perhubungan kerana itulah anak kunci segalanya yang boleh membuka ruang ke arah cinta suci yang tersimpan rapi.

Namun, dalam hubungan ini setiap insan perlu meletakkan fokus terhadap apa yang diingini dalam perhubungan itu kerana itulah yang akan kita peroleh, sama ada yang baik atau sebaliknya.

Kisah ditinggalkan dan dipertemukan kembali adalah lumrah, manis dan pahit juga sudah sebati dengan jiwa mereka yang pernah mengalami masalah dalam perhubungan.

Namun apa yang ingin saya ketengahkan di laman ini minggu ini amat unik. Pada mulanya saya juga tidak percaya dengan cerita ini tetapi setelah mendapatkan kesahihan daripada tuan empunya diri, saya turut sedih dengan apa yang mereka lalui. Kalau selalu kita hanya dapat menonton cerita seperti ini menerusi kaca televisyen, tapi menerusi ruangan ini saya bawakan kisah benar untuk anda baca dan jadikan iktibar.

Kisah cinta dan pertemuan sepasang kekasih yang berakhir dengan sedih. Hajat hati mencari seorang kekasih untuk dijadikan isteri tetapi terpaksa menerima hakikat, kekasihnya adalah adik kandung sendiri.

Kita ikuti cerita Nabiha (bukan nama sebenar) buat teladan dan iktibar bersama. Begini kisahnya:

"Saya berusia lewat 20-an, telah bekerja dan mempunyai keluarga angkat yang menyayangi saya seperti anak sendiri. Saya tidak tahu bagaimana bermulanya kisah hidup saya.

"Namun dalam meniti usia remaja ibu bapa angkat saya memaklumkan yang saya anak angkatnya supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Saya reda dengan pengakuan mereka dan tidak pernah curiga dengan kasih sayang dan perhatian mereka terhadap saya terutama apabila nama bapa saya dikekalkan pada kad pengenalan dan segala yang berkaitan dengan urusan hidup saya.

"Menjadi anak tunggal dalam sebuah keluarga yang agak berada menjadikan hidup saya agak mewah. Saya diberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat. Alhamdulillah.

"Seperti orang lain saya juga terjebak dalam percintaan. Bukan mudah mencari keserasian dalam sebuah perkenalan. Bertahun-tahun lamanya saya mengambil masa untuk mengaku yang saya telah jatuh cinta.

"Pun begitu tidak semua percintaan akan berakhir ke jenjang pelamin. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ada yang patah di tengah jalan tetapi itu bukan bermakna hidup sudah berakhir.

"Mungkin belum ada jodoh dan Allah akan menghadiahkan seorang insan yang lebih baik untuk kita berkongsi hidup. Nasib menyebelahi saya apabila Nabiha (bukan nama sebenar ) menghulurkan salam perkenalan.

"Saya menerima persahabatannya itu dengan harapan ada bahagia di penghujung persahabatan kami itu. Nabiha seorang mahasiswi di institusi pengajian tinggi awam dan saya sudah pun bekerja. Saya senang berkawan Nabiha. Dia seorang gadis yang pandai membawa diri dan tidak banyak kerenah. Ciri-ciri tersebut menjadi idaman saya.

"Sesekali kami berjumpa di hujung minggu kerana saya tidak mahu mengganggu dia yang sibuk dengan tugasan dan persiapan untuk menduduki peperiksaan akhir semester, yang akan menentukan masa hadapannya.

"Disebabkan Nabiha masih menuntut ada ketikanya saya juga membantunya dari segi kewangan walaupun Nabiha tidak pernah meminta, 'saya ikhlas dan jangan segan untuk menerimanya' itu yang sering saya katakan pada Nabiha.

"Walaupun tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima namun, kerana sayang saya sanggup lakukan apa sahaja tanpa mengharapkan balasan walaupun sekecil zarah atau sebanyak isi alam.

"Pada hari konvokesyen Nabiha saya turut hadir bagi meraikan kejayaannya. Nabiha memperkenalkan saya kepada keluarganya, kami berjabat salam dan bertanya khabar.

"Selepas majlis itu saya tidak lagi berjumpa Nabiha tetapi kami masih berhubung. Dia juga sudah bekerja. Semasa di kampus Nabiha sangat aktif dalam persatuan dan perkara itu diteruskan di tempat kerjanya. Disebabkan masih solo tentu banyak masa terluang digunakan oleh Nabiha untuk melakukan apa yang dia suka.

"Pada masa yang sama, ramai kenalan baharu yang ditemuinya. Saya tidak pernah mengongkong pergerakan Nabiha kerana saya tahu dia sudah cukup dewasa untuk menguruskan dirinya sendiri.

"Suatu hari Nabiha menghubungi saya untuk berjumpa dan kami mengatur pertemuan di sebuah restoran sambil menjamu selera. Maafkan saya kata Nabiha tiba-tiba dengan nada sebak.

"Suasana ceria bertukar menjadi sedih. Kenapa dan apa yang terjadi? Saya bertanya untuk menceriakan kembali suasana yang bertukar menjadi suram.

"Sebenarnya saya adalah anak angkat dan sehingga kini saya tidak tahu siapa emak dan ayah kandung saya, katanya dengan air mata yang berlinangan di pipi.

"Saya faham perasaan Nabiha yang kecewa dengan nasib yang menimpanya walaupun dia ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh keluarga angkatnya. Nabiha anak yang baik.

"Pada pertama kali saya berkenalan saya amat tertarik kepadanya yang amat sederhana dalam semua perkara. Tanpa banyak bicara saya menggunakan ruang yang ada untuk melamarnya sebagai suri hidup.

"Saya tidak memaksa tetapi memberinya waktu untuk berfikir dengan sebaiknya. Seminggu selepas pertemuan itu saya mendapat jawapan, Nabiha menerima lamaran saya. Itulah saat yang paling bahagia dalam hidup saya ini.

"Tiba waktu yang dijanjikan, keluarga saya bertandang ke rumah Nabiha untuk melamarnya. Sebenarnya anak saya Fahmi adalah anak angkat, dan kami memeliharanya kerana ibu dan ayahnya meninggal dunia sewaktu Fahmi masih kanak-kanak, demikian penjelasan yang diberikan kepada keluarga Nabiha oleh ayah angkat saya.

"Cerita yang sama diluahkan oleh keluarga angkat Nabiha kepada keluarga saya. Macam-macam soalan yang timbul dalam perbincangan itu. Saya yang pada mulanya tidak dibenarkan ikut sama dalam perbincangan akhirnya dipanggil oleh ibu bapa saya masuk ke rumah Nabiha.

"Pertanyaan demi pertanyaan diajukan, akhirnya saya terpaksa menerima hakikat bahawa jodoh saya dan Nabiha tidak ada. Paling sedih sekali kerana saya mendapat khabar Nabiha adalah adik kandung saya.

"Bapa angkat Nabiha dan ayah angkat saya adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan pengambilan anak angkat untuk satu keluarga pasangan suami isteri yang terbunuh dalam satu kemalangan lebih kurang 30 tahun lalu.

"Mereka ini, ayah dan bapa angkat saya dan Nabiha adalah sahabat karib kepada ibu bapa kami. Kehadiran keluarga sebelah ayah saya telah mengesahkan yang kami adalah adik-beradik.

"Begitu kecilnya dunia. Inilah yang dikatakan takdir dan ketentuan Allah. Sedihnya hati saya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Air mata lelaki saya yang mahal akhirnya menitis juga. Segalanya telah tersurat untuk saya. Nabiha menangis teresak-esak setelah mendapat perkhabaran tersebut.

"Syukur kepada Allah kerana kami tidak pernah terlanjur. Malah sepanjang berkenalan, saya dan Nabiha tidak menunjukkan rasa cinta kami seperti pasangan kekasih lain. Entah mengapa saya amat menjaga ketertiban itu sepanjang kami berkawan.

"Saya telah kehilangan kekasih tetapi berganti dengan adik kandung yang telah terpisah sejak kami kecil. Silap saya kerana tidak pernah bertanya Nabiha kenapa nama ayahnya sama seperti nama ayah saya. Kini Allah telah menunjukkan kebesaranNya. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

"Saya dan Nabiha menerima ujian ini dengan reda dan rasa syukur. Ketika Nabiha bersalaman dengan saya air matanya menitis membasahi tapak tangan saya. Saya memeluknya dengan erat sekali tanda syukur menerimanya sebagai adik saya dunia akhirat.

"Majlis yang meriah akhirnya bertukar menjadi pilu. Tetamu yang hadir turut mengesat air mata. Tiada perkataan yang mampu terucap melainkan air mata yang membasahi pipi.

"Pada majlis itu juga sebagai abang saya memberi kebenaran kepada bapa angkat Nabiha untuk menikahkan dia dengan abang angkatnya. Memang rancangan mereka untuk menjodohkan Nabiha dengan anak kandung mereka tetapi kerana Nabiha ada pilihan sendiri mereka akan merestuinya. Itulah yang dikatakan jodoh.

"Saya amat bersyukur dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada Allah kerana memberi saya kebahagiaan dalam cara yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Mudah-mudahan Nabiha bahagia bersama suaminya.

"Kepada ibu ayah angkat saya dan bapa angkat Nabiha saya merakamkan terima kasih atas budi dan pengorbanan mereka membesarkan kami. Terima kasih sangat. Kepada ibu bapa angkat saya, insya-Allah saya akan cari juga seorang menantu yang baik seperti Nabiha untuk mereka. Doakan saya," Fahmi menutup ceritanya dengan sebak.

Saya juga terkedu membaca cerita ini. Seperti tidak percaya ia berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Apa pun hanya doa dipanjatkan ke hadrat Allah SWT agar kehidupan Nabiha dan Fahmi akan sentiasa di dalam peliharaannya dunia akhirat.

Mudah-mudahan segala yang diingini Fahmi akan dimakbulkan Allah.

Menamatkan catatan sepatah pesanan saya untuk renungan kita bersama.

Jangan berhenti bersyukur kerana dengan bersyukur kita kembali kepada nikmat Nya yang telah diberikan kepada mu terlebih dahulu selepas susah mu diganti dengan senang.

Salam

Keluarga@Utusan

(Gambar) Kontroversi foto cium anak menteri dengan pereka fesyen

Posted: 01 Jun 2013 09:02 AM PDT

SETIAP pasangan kekasih, masing-masing punya cara tersendiri untuk mengabadikan saat-saat manis bersama. Begitu juga dengan pereka fesyen bertaraf antarabangsa Jovian Mandagie, 27, dan buah hatinya, Nina Sabrina Ismail Sabri, 26. Sejak dia mengakui sedang hangat bercinta dengan kakak kepada penyanyi, Dafi itu, baik Jovian mahu Nina, kedua-duanya tidak lokek berkongsi gambar-gambar saat mereka meluangkan masa, menerusi lama sosial masing-masing.

Ramai yang menyambut baik berita percintaan pasangan ini. Mereka sama cantik, sama padan. Namun kedengaran cakap-cakap belakang sesetengah pihak kurang senang dengan cara pasangan mempamerkan saat mereka berkasih sayang.

Isu tercetus pada salah satu gambar yang menunjukkan Jovian mencium kepala buah hatinya itu, dianggap tidak sepatutnya menjadi tatapan umum memandangkan mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah.

Apa yang dilakukan oleh Jovian dan Nina itu mungkin pada pandangan segelintir pihak, ia sesuatu yang biasa. Tetapi, Jovian seorang yang dikenali ramai, begitu juga dengan Nina yang datang dari keluarga golongan atasan terutama ayahnya seorang yang dihormati dan berkepentingan dalam kerajaan. Jadi, sudah pastilah pasangan ini menjadi tumpuan umum.

"Itu hanyalah sekadar gambar. Saya rasa kita boleh menilai sesuatu tu hanya pada gambar sahaja", jawabnya Jovian ringkas kepada Malaysian Digest.com

Jovian yang ditemui sewaktu pelancaran butiknya, Jovian Flagship Store, bertempat di Bangsar petang semalam, diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Kemudian sambil tersenyum dia menambah, "Saya dan Nina, kami serius. Alhamdulillah, Tuhan beri saya rezeki dan hadirkan pada saya seorang wanita yang yang sopan santun. Saya tertarik dengan sifat ketimurannya. Dia seorang yang memahami saya. Sebab, saya ni seorang yang kuat bekerja, selalu terpaksa terbang ke luar negara atas urusan kerja. Jadi memang susah untuk saya luangkan masa bersamanya. Dating dengan dia pun jarang-jarang. Tapi dia sangat memahami saya".

Jovian dan Nina mula berkenalan sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa mereka semakin rapat hingga melahirkan perasaan cinta, sejak setahun lalu.
Ditanya pula mengenai penerimaan keluarga serta perancangan masa depan mereka, Jovian memberitahu hubungan mereka direstui kedua-dua belah keluarga. Mereka sudah bertemu dan berkenalan dengan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun buat masa ini kata Jovian, dia dan Nina belum memikirkan mahu mengakhiri cinta mereka ke jinjang pelamin kerana sekarang ini masing-masing mahu memberi tumpuan pada kerjaya dahulu.

MD

Piala FA: Johor Darul Takzim ke final bertemu Kelantan

Posted: 01 Jun 2013 08:01 AM PDT

JDT akan ke Final bertemu The Red Warroirs setelah mempunyai kelebihan gol tempat lawan.

Dalam perlawanan malam ini, dua gol Pahang dijaringkan oleh Matias Conti pada minit kedua dan ke-40 manakala gol JDT dijaringkan oleh Andrezinho pada minit ke-48.

Sebelum ini, JDT mencatat kemenangan 1-0 ke atas Pahang dalam separuh akhir pertama di Stadium Larkin menerusi jaringan Leonel Nunez.

Sindiran pedas 'janji manis' DS Anwar oleh Nik Abduh

Posted: 01 Jun 2013 07:01 AM PDT

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

Gelombang Kick

Karpal naik angin, mahu RoS henti dedah hasil siasatan

Posted: 01 Jun 2013 06:30 AM PDT

GEORGE TOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Pendaftar Pertubuhan (RoS) menghentikan pendedahan hasil siasatan yang sedang dijalankan terhadap parti itu sehingga semuanya selesai.

Beliau berkata, pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan berharap RoS dapat menyelesaikan siasatan sebelum persidangan Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

"Kita sudah memberikan kerjasama kepada RoS dalam perkara ini, semua dokumen berkaitan telah kita hantar, jadi kita minta RoS agar berhenti dari dedahkan hasil siasatan dan segera selesaikan siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas sekiranya DAP dibatalkan, Karpal menegaskan bahawa perkara itu tidak menjadi masalah memandangkan DAP boleh didaftarkan semula seperti yang dilakukan Umno dahulu.

"Biarpun terpaksa menjadi parti bebas, semua ahli Parlimen DAP akan tetap menyandang jawatan itu dan kuasa di Pulau Pinang akan tetap seperti biasa kerana kita mempunyai sokongan Pas dan PKR.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengulangi ketegasannya terhadap bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan kenyataan yang membidas kepimpinan DAP. - Bernama

Peguam Negara jawab kenyataan Khir Toyo

Posted: 01 Jun 2013 06:01 AM PDT

BERIKUT adalah kenyataan penuh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung pernyataan bertulis Blog Dr Mohamad Khir Toyo:

Dr Mohamad Khir Toyo telah meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 30 Mei 2013 dan dalam banyak hal, beliau mempertikaikan beberapa isu yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan.

Beliau menegaskan untuk kesekelian kali bahawa beliau telah membeli rumah atau hartanah yang berkenaan berdasarkan kepada harga pasaran semasa iaitu RM3.5 juta. Khir Toyo juga menyatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, khususnya kesalahan rasuah dalam kes ini.

Beliau juga menyatakan beliau tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsuddin Haironi iaitu saksi kedua pendakwaan yang menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta kepada beliau. Segala urusan di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana Khir Toyo adalah Pengerusinya ketika itu dan syarikat Bidara Lumayan Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah Pengarahnya, dikatakan mengikut prosedur.

Namun, itu hanyalah secarik fakta dari keseluruhan fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan di mahkamah sehingga meyakinkan pihak hakim bahawa tiada keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Khir Toyo bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Khir Toyo dan hasil penelitian keterangan atau bukti oleh Hakim iaitu dari peringkat Mahkamah Tinggi sehinggalah ke peringkat Mahkamah Rayuan, telah memutuskan harga pasaran bukanlah kayu pengukur dalam menentukan pengertian pembalasan yang mencukupi (sufficient consideration) di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Para hakim telah memutuskan bahawa ia berdasarkan kepada 'keadaaan kes' atau circumstances of the case. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas undang-undang yang sedia ada dan juga semangat di sebalik kewujudan peruntukan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam kes ini, Pendakwaan bukan sahaja telah membuktikan bahawa RM3.5 juta itu tidak memadai atau mencukupi bagi harta yang dibeli oleh Khir Toyo daripada Shamsuddin, malahan juga telah membuktikan wujud perancangan teliti Khir Toyo untuk memiliki hartanah tersebut sejak tahun 2004 (tahun di mana Khir Toyo mula bertanyakan harga rumah tersebut) sehinggalah Mei 2007 iaitu tahun di mana perjanjian jual beli rumah tersebut ditandatangani antara Khir Toyo dan Shamsuddin.

Fakta kes ini bukanlah semudah yang dinyatakan oleh Khir Toyo. Namun, yang menjadi teras adalah Khir Toyo telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM3.5 juta daripada Shamsudin sedangkan Shamsudin telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.6 juta.

Suatu jumlah yang tidak akan dijual oleh sesiapa kecuali atas sebab yang munasabah atau kerana terdesak atau kerana masalah kewangan, yang mana tidak berlaku dalam kes ini. Pembelian oleh Shamsuddin itu pula adalah atas arahan Khir Toyo sendiri.

Setelah hartanah tersebut dibeli oleh Shamsuddin, Khir Toyo telah mengarahkan Shamsuddin untuk menguna khidmat seorang kontraktor yang bernama Nasir Ismail iaitu saksi ketiga Pendakwaan untuk mengubah suai rumah yang sedia ada di atas tanah tersebut kepada reka bentuk Bali.

Pada peringkat awal ubah suai ini, Nasir telah menerima bayaran secara peringkat sehingga berjumlah RM1.5 juta daripada Shamsuddin atas arahan Khir Toyo dan bayaran seterusnya dibuat oleh Khir Toyo sendiri.

Ini berlaku dalam tahun 2006, yang mana ketika itu hartanah tersebut masih berdaftar atas nama syarikat Ditamas Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah salah seorang Pengarahnya.

Dalam tahun 2007, Khir Toyo telah menyatakan hasrat kepada Shamsuddin bahawa beliau ingin membeli hartanah tersebut. Pada ketika ini, Shamsuddin telah membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai rumah berkenaan mengikut kehendak Khir Toyo sendiri.

Memandangkan Shamsuddin telah menggunakan wang beliau sejumlah RM6.5 juta untuk membeli rumah tersebut dari pemilik asal, maka Shamsuddin pada awalnya bersedia untuk menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta. Namun tidak dipersetujui oleh Khir Toyo.

Selanjutnya Khir Toyo menyatakan beliau akan membeli pada harga RM3.5 juta sahaja. Keterangan Shamsuddin di mahkamah menunjukkan beliau telah bersetuju dengan harga itu kerana bimbang urusan perniagaan beliau dengan PKNS akan terjejas sekiranya tidak bersetuju. Keterangan ini menyangkal wujudnya elemen 'willing buyer willing seller'.

Khir Toyo seterusnya telah melantik HSBC untuk membuat pinjaman bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Khir Toyo sendiri telah memaklumkan kepada pegawai bank berkenaan iaitu saksi pendakwaan ke-14 yang beliau ingin membuat pinjaman sebanyak RM3.5 juta.

Pihak HSBC seterusnya telah melantik Rahim and Co untuk membuat laporan penilaian dan ternyata laporan tersebut menyatakan harga hartanah adalah RM3.5 juta seperti yang dikehendaki Khir Toyo.

Keterangan Nasir bahawa beliau telah diarah oleh Khir Toyo sendiri untuk mengubah suai rumah tersebut sejak 2006 lagi iaitu sebelum perjanjian jual beli antara Khir Toyo dan Shamsuddin termeterai dalam tahun 2007, disokong dengan keterangan pekerja beliau dan dokumen.

Khir Toyo menyatakan beliau hanya mengupah Nasir pada tahun 2007 iaitu setelah perjanjian jual beli dengan Shamsuddin dimeterai adalah kenyataan tidak berasas. Nasir sendiri telah mengemukakan pelan ubah suai rumah tersebut, yang bertarikh April 2006, kepada pihak Majlis Bandaraya dan ini disokong oleh pekerja beliau yang melukis pelan tersebut iaitu saksi ke-19 pendakwaan.

Khir Toyo menegaskan hartanah dibeli berdasarkan harga semasa tetapi beliau tidak menyatakan fakta keseluruhan kes ini iaitu di mana beliau telah melawat rumah atau hartanah tersebut pada awal tahun 2004 dan Khir Toyo juga telah memberitahu pemilik asal hartanah tersebut pada ketika itu bahawa harga jualan RM7 juta adalah mahal dan pada hampir pertengahan tahun 2004, Khir Toyo telah mengarahkan Shamsuddin membeli hartanah tersebut dan seterusnya pada tahun 2006 melantik Nasir untuk mengubah suai rumah tersebut dan hanya pada tahun 2007 menyatakan hasrat untuk membeli hartanah tersebut daripada Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.

Khir Toyo amat maklum bahawa Shamsuddin akan kerugian jika ia dijual pada harga tersebut. Shamsuddin sendiri telah membayar RM6.5 juta untuk membeli hartanah tersebut dan telah membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai rumah tersebut mengikut kehendak Khir Toyo.

Semua fakta di atas adalah keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan dan dokumen-dokumen yang diterima oleh mahkamah mengikut prinsip undang-undang dan disoal panjang lebar oleh barisan peguam Khir Toyo. Namun fakta ini tidak dinyatakan oleh Khir Toyo dalam blognya pada 31 Mei 2013.

Dalam situasi di atas, apakah wajar Khir Toyo menyatakan beliau tidak bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan kononnya hartanah dibeli mengikut harga pasaran semasa. Adakah para hakim tersilap menilai keterangan atau tidak arif akan peruntukan undang-undang yang sedia ada sedangkan bukti adalah kukuh.

Segala perancangan teliti Khir Toyo untuk membeli hartanah tersebut dan menggunakan Shamsuddin untuk mencapai hasrat beliau ini jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan kerana beliau telah menyalahgunakan kedudukan atau pengaruhnya selaku Pengerusi PKNS terhadap seorang yang berurus niaga dengan PKNS.

Khir Toyo juga menyatakan bahawa sehingga ke peringkat rayuan, para Hakim Mahkamah Rayuan masih gagal memutuskan apakah 'benchmark' atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu balasan yang mencukupi.

Pernyataan Khir Toyo ini menghampiri batasan menghina mahkamah dan tidak menghormati barisan peguamnya sendiri. Para Hakim dengan bijaksana telah mengupas isu ini dengan panjang lebar dan teliti dalam penghakiman yang dikemukakan pada hari keputusan.

Salah satu isu yang diputuskan oleh para hakim adalah berhubung perkara ini iaitu adakah 'market price' menjadi kayu pengukur untuk menentukan sama ada balasan yang diberikan itu memadai atau tidak. Hanya kerana para Hakim Mahkamah Rayuan tidak menerima hujah Khir Toyo tidak bererti isu ini tidak berjawab.

Para Hakim Mahkamah Rayuan telah menjelaskan mereka bersependapat dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa 'market price' atau harga pasaran semasa bukanlah kayu pengukur, sebaliknya ia perlu dilihat bersandarkan keadaaan atau 'circumtances' kes ini. Dapatan ini bukanlah dibuat begitu saja, tetapi berdasarkan kepada nas-nas yang kukuh dan semangat (spirit) kewujudan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mempersoalkan bahawa tidak wajar bagi beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM6.5 juta kerana keadaan rumah yang separuh siap pada masa itu. Namun, beliau tidak pula memikirkan ketidakwajaran Shamsuddin untuk menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta sedangkan Shamsuddin telah membelanjakan hampir RM7 juta iaitu harga belian dan kos untuk mengubah suai rumahnya.

Shamsuddin pada masa itu adalah seorang yang tidak menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, mengapa beliau harus terdesak untuk menjual hartanah tersebut dengan harga jauh lebih murah berbanding wang yang telah dibelanjakan.

Atas sebab ini, para hakim telah menyatakan Khir Toyo sebenarnya tahu harga sebenar rumah itu, yang telah dibayar oleh Shamsuddin. Namun beliau masih bersahaja meminta Shamsuddin agar menjual rumah itu hanya pada harga RM3.5 juta. Keterangan juga membuktikan Khir Toyo sendiri telah bertanya kepada pemilik asal hartanah tersebut pada awal tahun 2004, dan beliau telah ditawar harga jualan RM7 juta.

Oleh itu, Khir Toyo seharusnya tidak mengaburi fakta kes ini dengan mendakwa hakim tidak menyatakan apakah tanda aras yang boleh digunakan, sedangkan beliau telah dibuktikan telah menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan atau membeli hartanah itu dengan harga yang beliau ketahui tidak munasabah sama sekali dari pemiliknya.

Keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim adalah setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada. Penyataan Khir Toyo mempertikaikan keputusan hakim-hakim yang tidak menerima pakai laporan penilaian hartanah dari Rahim and Co jelas menunjukkan Khir Toyo sengaja untuk tidak memahami mengapa penilaian ini ditolak.

Para hakim telah menjelaskan bahawa penilaian ini tidak diterima, pertama kerana harga pasaran bukan kayu pengukur, kedua laporan tersebut sendiri jelas menyatakan ia tidak boleh digunakan sebagai bahan rujukan di mahkamah, dan ketiga keterangan membuktikan bahawa harga RM3.5 juta tersebut adalah harga yang ditetapkan sendiri oleh Khir Toyo kepada pegawai bank berkenaaan. Pegawai bank ini adalah saksi yang tidak berkepentingan sama sekali dalam kes ini.

Pertuduhan terhadap Khir Toyo adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan Khir Toyo sebagai 'kambing hitam'.

Khir Toyo telah diwakili oleh barisan peguam yang ternama dan berpengalaman, malahan kes ini telah sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan, yang telah didengar oleh tiga hakim kanan yang bijaksana.

Seharusnya Khir Toyo berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian yang tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia.

Berhubung dakwaan Khir Toyo bahawa kes ini bukan rasuah, adalah ditegaskan bahawa Seksyen 165 Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan berjadual (prescribed offence) di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (pada ketika kesalahan dilakukan), berhubung kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang menerima atau memperolehi sesuatu daripada seseorang yang beliau mengetahui mempunyai urusan rasmi dengan beliau tanpa balasan yang mencukupi.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dikategorikan sebagai kesalahan rasuah juga kerana ia berhubung penyalahgunaaan kedudukan secara tidak langsung terhadap individu berkenaan.

Hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekala. Ia berbeza dengan kesalahan rasuah yang nyata yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah ada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas saya. Saya membuat keputusan untuk mendakwa kes ini berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh dari hasil siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada, sama ada untuk menuduh Khir Toyo atau sebaliknya.

Saya juga ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan pertuduhan terhadap sesiapa pun. Tidak pernah ada campur tangan politik dan tidak akan dibiarkan campur tangan politik dalam perkara-perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara.


Daripada menuding jari ke atas mana-mana pihak kononnya wujud unsur konspirasi atau tekanan, langkah terbaik yang Khir Toyo perlu ambil ialah menyediakan pembelaan beliau di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan.

Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia
1 Jun 2013

Sultan Ahmad Shah terkilan dengan teguran Khairy

Posted: 01 Jun 2013 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan Baginda berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini.

Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan.

"Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih," titah baginda.

Khairy pada Jumaat, membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.

Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darulmakmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Baginda bertitah selepas Mesyuarat Kesalamatan aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Astro Awani

Pasangan memadu asmara maki hamun apabila ditegur

Posted: 01 Jun 2013 03:20 AM PDT

Gambar hiasan
PONTIAN – Kewujudan Taman Rekreasi tepi Pantai Rambah, dekat sini, sejak lebih lima tahun lalu didakwa menjadi lokasi kepada segelintir golongan remaja untuk bermadu kasih sekaligus mencemarkan imej taman rekreasi tersebut.

Penjaga muzium di kawasan taman reaksi itu, Abdullah Ahmad, 61, mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda terutama daripada golongan remaja melakukan perkara tidak sopan di tempat tersembunyi di taman berkenaan.

Menurutnya, kawasan taman itu agak luas dengan kemudahan rekreasi seperti taman permainan dan pondok tempat berehat, surau serta tandas.

"Banyak kawasan yang tersembunyi sebagai contoh di belakang surau dan tandas sering dijadikan lokasi untuk pasangan muda berdua-duaan.

"Paling mengejutkan, saya pernah terlihat pasangan muda bermadu kasih di bawah jambatan dan ada juga yang menjadikan tepi tebing pantai sebagai 'port' mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdullah yang sudah bekerja sejak muzium dibuka pada 2009, memberitahu waktu pagi antara jam 7 hingga 10 pagi kerap menjadi pilihan pasangan muda memadu kasih di situ.

"Keadaan taman begitu sunyi tanpa orang ramai yang berkunjung di sini pada waktu itu," katanya.

Jelasnya, pada waktu malam pula pihak berkuasa terutama dari unit rondaan polis kerap melakukan pengawasan di situ.

Dia yang kesal dengan tindakan sesetengah golongan yang menyalahgunakan taman rekreasi tersebut memberitahu pernah dimarahi dan diugut.

"Biasanya saya akan jerit dan pasangan tersebut mula sedar ada orang yang memerhatikan mereka dan terus beredar.

"Tetapi, ada marah dengan tindakan saya itu dan memaki hamun saya dari jauh," katanya.

Bagi menyedarkan anak muda dari terus hanyut, Abdullah mengambil langkah meletakkan pengusung jenazah di hadapan surau yang terletak di tengah-tengah taman rekreasi tersebut.

"Pengusung jenazah ini digunakan oleh kariah Masjid Telok Kerang untuk urusan pengebumian jenazah suatu masa dahulu.

"Saya berharap dengan adanya pengusung jenazah ini, golongan remaja terutama yang beragama Islam akan memberi keinsafan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu dia turut berharap agar penguatkuasa pejabat agama Islam memantau kawasan rekreasi tersebut.

'Gadis Bond' dapat gelaran Tan Sri

Posted: 01 Jun 2013 02:01 AM PDT

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Aktres Malaysia kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau yang turut dikenali sebagai "wanita Bond" itu menerima anugerah itu semasa Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Yeoh turut berlakon sebagai watak utama dalam filem terbarunya, 'The Lady' yang memaparkan kisah hidup pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Selain Yeoh, turut menerima Darjah Pingat Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri adalah Pereka Kasut Antarabangsa, Datuk Choo Yeang Keat atau lebih dikenali sebagai Jimmy Choo dan Pereka Fesyen Antarabangsa, Datuk Zang Toi yang masing-masing menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, majlis istiadat dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.

Istiadat yang berlangsung buat kali kedua di Istana Negara baru di Jalan Duta itu menyaksikan Seri Paduka berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 1,574 penerima. - Bernama

(Gambar) Benarkah jurulatih PLKN ini penganut fahaman komunis?

Posted: 01 Jun 2013 01:01 AM PDT

Seorang lelaki yang dipercayai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengaku dirinya adalah pejuang komunis.

Ini bersandarkan daripada beberapa keping gambar dari akaun Facebooknya yang memaparkan amalannya yang menjurus ke arah fahaman tersebut.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Haizal Yatiran menulis dalam salah satu status FBnya menyatakan beliau akan sekali lagi menjadi jurulatih PLKN dan akan merosakkan akidah pelatih-pelatih baru dibawah jagaannya.
Benarkah beliau ini jurulatih rasmi yang dilantik oleh pihak berwajib? Dengan statusnya yang sedemikian, adakah tindakan yang sewajarnya belum diambil?




Tragedi bot karam, Kit Siang salahkan BN

Posted: 01 Jun 2013 12:00 AM PDT

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini membidas Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) berhubung insiden bot karam di Sarawak.

"Tolonglah (Lim) Kit Siang, jangan terlalu emosi. Apabila berlakunya kemalangan jalan raya itu salah BN, bot karam itu pun salah BN.

"Kami telah laksanakan banyak inisiatif, terutama dalam membangunkan Sabah dan Sarawak. Saya mengaku apa yang dilakukan belum cukup tetapi beritahu kami apa yang DAP sudah lakukan di Sabah dan Sarawak?" katanya.

Semalam, Lim dilapor portal berita sebagai mendakwa insiden itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalan raya ke kawasan pedalaman.

Selasa lepas, sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang meraikan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan berhampiran Sungai Rajang, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu, Sarawak. Setakat ini polis mengesahkan satu mayat sudah dijumpai, empat masih hilang, manakala 200 mangsa terselamat.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata semua pihak seharusnya menjadikan tragedi itu sebagai iktibar serta meningkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan, terutama dalam sistem pengangkutan bagi menjamin keselamatan penumpang.

"Pihak pengurusan dan pentadbiran bot ekspres terutamanya, harus memperketatkan jumlah muatannya mengikut saiz bot dengan hanya membawa jumlah penumpang yang dibenarkan sahaja, contohnya bot itu hanya boleh muat 70 orang maka ikutlah peraturan.

"Jika perkara ini tidak dititikberatkan, maka kemalangan yang sama juga boleh berlaku pada masa hadapan dan untuk mengelakkannya, sistem pengurusan perlu diselaraskan bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin," katanya.

AD

Saksi perjanjian sulit Anwar-Najib dedah rahsia

Posted: 31 May 2013 11:01 PM PDT

Panas...panas... seorang lagi bekas pemimpin kanan Indonesia tampil menjelaskan 'perjanjian sulit' yang dibuat antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, Hamid Awaludin berkata Anwar telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Najib menyerahkan kuasa sekiranya pembangkang memenangi PRU13, kata beliau yang merupakan SAKSI pertemuan yang diadakan antara bekas Naib Presiden Indonesia dan Anwar di Jakarta pada April lalu.

Hamid berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar.

"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.

Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa BN menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.

PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.

Bernama melaporkan Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."

"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.

"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.

Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.

"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.

Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:

S:Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?

J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib.

Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah.

Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia.

Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.

Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.

AD

Waytha wants to work with DAP

Posted: 31 May 2013 10:01 PM PDT

GEORGE TOWN: Incoming deputy minister P Waythamoorthy aims to work with the DAP to implement Hindraf's five-year blueprint for the betterment of the Indian community in Penang and nationwide.

Waythamoorthy, who takes office as Senator and deputy minister on June 5, said he will imbibe DAP's Gelang Patah Declaration (GPD) and will engage Gelang Patah MP Lim Kit Siang, and Penang Chief Minister Lim Guan Eng to explore ways and means to work together to implement the proposed policies to uplifting the marginalised Indian community.

Kit Siang launched the 14-point GPD during his election campaign in Gelang Patah on March 31.

"Since Kit Siang has now won Gelang Patah and Guan Eng had retained his Pakatan Rakyat government in Penang for second consecutive term, I would like to engage both father and son to implement Hindraf's blueprint together with their declaration.

"After all the declaration was for Indians. Why not work together for betterment of Indian community?" Waythamoorthy told FMT.

He said he was willing to work with everyone and anyone, including political parties, NGOs and individuals, so long as they were committed, honest, sincere and serious about resolving Indian issues.

Hindraf blueprint is a written proposal to execute permanent solutions to resolve major issues affecting the marginalised segment of the Indian community. It is not meant for those living in comfort zones.

Barisan Nasional endorsed and agreed to implement the blueprint on April 18, 2013 while Pakatan rejected it outright despite having 24 meetings.

Waythamoorthy said Prime Minister Najib Tun Razak had, during Hindraf's negotiations with BN, made his own commitments to implement permanent solutions to resolving socio-economic issues plaguing the Indian community. This was unlike Pakatan de facto leader Anwar Ibrahim, who dismissed it.

"Najib, compared with others, was frank, committed and serious to resolving problems faced by marginalised Indians," said Waythamoorthy.

'Don't judge me yet'


The DAP's 14-point GPD is essentially a package of election promises to empower and improve the lot of poor Indians.

In the declaration, DAP promised to resolve a myriad of issues that plague the Indian community.

Among the issues were poverty, joblessness, statelessness, inaccessibility to higher education and lack of representation in local councils and the civil service.

Other matters included the community's susceptibility to extrajudicial killings and other forms of oppression, problems they faced in acquiring land and other facilities for Tamil schools, Hindu temples and burial grounds.

Critics have jibed the GDP as "DAP's instant noodles" to counter the comprehensive Hindraf's blueprint.

Waythamoorthy, who will assume his responsibilities in the Prime Minister's Department next Wednesday, said many people failed to comprehend the actual problems faced by poor Indians and the extent of the community's predicament.

He said the special unit for Indian affairs, which he will head and which will come directly under Prime Minister Najib, aims to address and resolve the unique, peculiar and complicated Indian issues.

Waythamoorthy sees himself as a "human rights defender and advocate, not a politician" like others.

He relishes his new role in the government, although he acknowledged that it will be a challenging and uphill task.

"I will need time adjust and set up the unit. Government administration is a whole new thing for me.

"I would prefer to let my actions do the talking. Let me deliver than judge me. Don't prejudge me.

"This will be the dawn of a new era for the human rights cause in the country," he said.

FMT

Khir Toyo dakwa jadi 'ikon' usaha kerajaan banteras rasuah

Posted: 31 May 2013 09:01 PM PDT

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo percaya bahawa beliau akan dipenjarakan sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telus dan mahu membanteras rasuah.

Dalam blognya yang bertajuk 'Putus Sudah Harapan?' hari ini, Khir yang gagal dalam permohonannya, semalam supaya Mahkamah Rayuan mengketepikan hukuman penjara 12 bulannya berkata beliau akan merayu di Mahkamah Persekutuan. Namun katanya, beliau tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

"Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya," katanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2011 mendapati Khir Toyo bersalah terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7 di sini.

"Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, 'Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi?'

"Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik," katanya.

Mengharapkan penghakiman yang jelas

Menurut Khir, beliau percaya bahawa beliau akan tetap didapati bersalah walau apa pun bukti yang dikremukakannya tetapi berharap panel lima hakim Mahkamah Persekutuan akan datang menyatakan dengan jelas apakah tanda aras sebenar balasan tidak mencukupi itu.

"Saya berharap para hakim akan memberi penghakiman yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi seperti saya - mangsa yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan politik!," katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa beliau tidak melakukan rasuah.

"Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah," katanya.

Menurut Khir lagi, hakikat utama dalam kes ini bahawa beliau membeli rumah dengan balasan tidak mencukupi masih merupakan satu kenyataan yang sangat kabur.

"Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan," akhiri tulisannya itu.

DAP terus serang Ros, anggap kenyataan tidak beretika

Posted: 31 May 2013 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) amat tidak beretika apabila mengeluarkan kenyataan berunsur menghukum terhadap parti itu yang masih dalam siasatan pihaknya.

Malah, Anthony berkata tindakan Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan kononnya 'Ahli DAP dinafikan hak mengundi' hanya akan menimbulkan prasangka tidak baik terhadap DAP yang baru sahaja diminta mengemukakan bukti kepada RoS semalam.

Surat daripada Bahagian Pematuhan RoS kepada Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP semalam mengkehendaki parti itu mengemukakan dokumen rasmi bagi membantu siasatan, termasuk bukti penghantaran notis Kongres Kebangsaan kepada empat cawangan DAP yang mendakwa tidak menerima notis berkenaan.

Empat cawangan yang disebut RoS ialah cawangan Taman Sri Sungai Pelek, cawangan Taman Nesa, Skudai, Johor, cawangan Desa Dahlia, Seremban dan cawangan Ladang Paroi.

Anthony pada sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP hari ini turut menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS.

Menurut Anthony, usaha terkini RoS itu bertujuan untuk 'mengubah gawang gol' memandangkan agensi di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri itu gagal mensabitkan DAP dengan sebarang tuduhan sejak parti itu mengumumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal dalam pengumuman keputusan pemilihannya pada kongres akhir tahun lalu.

"Hanya hari ini baru kita tahu bahawa tuduhan terbaru RoS adalah kononnya ada perwakilan yang layak hadir tidak diberi notis kongres," ujar Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Anthony juga turut mengemukakan kepada media bukti bahawa pihak yang cuba mengadu domba dan menyerang parti telah pun meninggalkan parti sebelum kongres, malah ada yang hadir ke kongres di Pulau Pinang itu dan mengundi.

"David Dass ini saya kenal secara peribadi. Dia hadir ke kongres, malah menginap di hotel yang saya tolong bayarkan. Dia masih berhutang dengan saya. Dia datang mengundi dan kemudian buat kecoh di lobi hotel," ujar Anthony Loke mengenai seorang daripada perwakilan dari cawangan Ladang Paroi yang mendakwa tidak menerima notis kongres berkenaan.

"Tan Tuan Tat ini pula sudah meninggalkan parti pada Ogos 2012. Buat apa DAP nak bagi notis kepada orang yang sudah meninggalkan parti," ujarnya lagi sambil menunjukkan senarai mereka yang menandatangani sendiri pendaftaran hadir ke kongres terbabit.

"Ini bukan kali pertama DAP mengadakan kongres, sudah berpuluh tahun DAP buat kongres. Kita ada prosedur standard yang perlu diikuti setiap kali," tambahnya lagi ketika ditanya mengenai notis kongres yang mungkin tidak diterima sesetengah pihak.

Menurutnya, surat notis kongres sudah dihantar. Pengumuman kongres juga dibuat melalui media massa dan mustahil ada pihak yang tidak tahu mengenai perkara itu.

Antarapos

Syarikat elektronik Taiwan salur dana untuk Red Bean Army

Posted: 31 May 2013 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.

Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.

"Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.

"Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu," kata sumber itu lagi.

Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.

"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu.

Individu utama Red Bean Army dikenalpasti dan diburu

Posted: 31 May 2013 06:01 PM PDT

Pengasas sebuah syarikat elektronik Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia (kanan) dilihat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berkempen dalam PRU-13 lalu. Gambar ini pernah disiarkan dalam portal propembangkang Malaysiakini.
Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>