PEJUANG BANGSA |
- HOT ! ANWAR KANTOI SAKSI DEDAHKAN DIRINYA MINTA NAJIB BUAT PERJANJIAN !
- Syabas Muhkriz ! Teruskan usaha Azizan untuk kenakan caj air kepada kerajaan DAP !!
- Adakah Anwar berani derhaka titah YDP Agong supaya hormati keputusan PRU13 ??
- Mana mau lari , identiti Tentera Red Bean Army DAP hasut guling kerajaan telah dikenalpasti POLIS !!
- UMNO memang parti terkuat di PRU13 , tapi jangan terlalu gembira sangat .
HOT ! ANWAR KANTOI SAKSI DEDAHKAN DIRINYA MINTA NAJIB BUAT PERJANJIAN ! Posted: 01 Jun 2013 12:00 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang meeminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengikat perjanjian untuk menerima sebarang keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurut saksi kejadian tersebut, bekas Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin,perjanjian yang dianjurkan oleh Anwar itu berdasarkan keyakinannya kononnya akan menang pada PRU13. "Tiada yang membatalkan perjanjian tersebut ketika waktu berkempen mahupun pada hari pengundian. "Walaubagaimanapun, ianya berubah selepas Najib diumumkan sebagai pemenang (PRU13)," katanya kepada pemberita, semalam. Sebelum ini, Anwar menafikan berlakunya sebarang bentuk perjanjian tersebut dan mendakwa bekas Naib Presiden Indonesia yang mempelawanya melakukan perjanjian sedemikian. Jelas Hamid, beliau hadir ketika bekas Naib Presiden Indonesia Yusuf Kalla berbincang bersama Anwar dan Najib mengenai hal tersebut. "Yusuf Kalla menerima permintaan Anwar untuk menjadi orang tengah. Dia (Yusuf) tidak pernah mempelawa Anwar sebelum ini," katanya. Dalam pada itu, Hamid menekankan bahawa Najib tidak menandatangani perjanjian tersebut walaubagaimanapun berjanji untuk menghormati persetujuan yang telah dicapai. "Najib berjanji beliau akan menghormati perjanjian tersebut. Beliau bersetuju dengan perjanjian tersebut," kata Hamid. Tambahnya, ianya dibuktikan ketika kempen PRU13 Najib sehingga hari pengundian berlangsung. "Perbuatan Najib berpadanan dengan kata-katanya," tegasnya lagi. |
Syabas Muhkriz ! Teruskan usaha Azizan untuk kenakan caj air kepada kerajaan DAP !! Posted: 31 May 2013 11:02 PM PDT Kerajaan Kedah tetap akan menuntut bayaran bagi setiap liter air dari Sungai Muda yang dibekalkan kepada Pulau Pinang. Ia diakui sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri, Badrul Hisham Hashim, ketika diminta mengulas isu itu yang sebelum ini didakwa mampu menjana RM20 juta setahun kepada Kedah. Beliau berkata, tiada sebab bagi kerajaan Kedah untuk menarik balik hasrat terbabit. Adakan rundingan Justeru, katanya, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh terdekat. Kita akan memperhalusi semula rundingan untuk tujuan itu dalam aspek perundangan dan sejarah. Tambahan pula Pulau Pinang tidak pernah dikenakan sebarang bayaran bagi sumber air yang diperoleh daripada Sungai Muda sebelum ini. Mudahkan perbincangan Sebelum itu, kita akan memanggil Lembaga Sumber Air Kedah untuk mendapatkan perincian mengenainya untuk memudahkan perbincangan bersama kerajaan Pulau Pinang, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Komuniti Sihat Perpaduan Sejahtera di Taman Setia Jaya di sini, semalam. Sebelum ini, Kedah menyatakan hasrat untuk mengenakan caj bagi setiap liter air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang yang dianggar mencecah RM20 juta setahun. Perkara itu dibangkitkan kerajaan negeri sebelum ini ketika membentangkan Bajet 2013. Bagaimanapun ia menimbulkan pertikaian apabila Pulau Pinang menafikan wujud rundingan sedemikian dan tidak bercadang membayar kepada kerajaan Kedah untuk air Sungai Muda. Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, kerajaan negeri tetap akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pulau Pinang untuk memuktamadkan isu berkenaan dalam masa terdekat. *** Sebagai rakyat P.Pinang .. GPB sokong 100 % usaha kerajaan Kedah ..Apa Guan Eng & puak2 DAP lahanat ini ingat semua benda free ka ... RM20 juta setahun bukan banyak pun bagi celaka Guan Eng ni ,,duit dia jual tanah kerajaan & jimat cermatnya pun boleh bayar sampai kiamat kepada kerajaan Kedah... |
Adakah Anwar berani derhaka titah YDP Agong supaya hormati keputusan PRU13 ?? Posted: 31 May 2013 08:57 PM PDT - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan. Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu. "Membaik pulih semula persefahaman kebangsaan harus menjadi agenda nasional yang menjadi keutamaan semua pihak. Sama ada Malaysia terus berjaya dan mencapai tahap pembangunan berikutnya sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi atau menjadi sebuah negara gagal, semuanya bergantung kepada permuafakatan yang akan sama-sama kita capai. "Oleh kerana itu, Beta mahu semua pihak mengekalkan dan memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan yang sedia wujud," titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini. Seri Paduka turut mengingatkan sesetengah pihak yang cuba membaja permusuhan dan persengketaan di kalangan rakyat demi kepentingan agenda sempit mereka, supaya segera menghentikan perbuatan yang tidak berperlembagaan itu. Seri Paduka bertitah usaha pengukuhan perpaduan nasional tidak boleh dianggap sebagai tugas serta tanggungjawab pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia menjadi agenda setiap warganegara. "Beta berkehendakkan agar kerajaan pimpinan Mamanda Perdana Menteri Beta supaya memastikan setiap dasar pembangunan negara hendaklah berpandukan kepada prinsip meraikan kemajmukan. "Realitinya, masa depan kita saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Semua rakyat Beta, tanpa mengira kaum dan agama seharusnya mendapat pembelaan," titah baginda. Tuanku Abdul Halim melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis. Baginda turut mengulangi agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang. "Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara. "Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan," titah Seri Paduka. Seri Paduka juga berharap agar kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus mendukung cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, beretika, bermoral tinggi dan rakyatnya dikenali sebagai bangsa yang berakhlak, bermaruah serta disegani. - Bernama *** Anwar ni kalau dah gila jawatan Perdana Menteri , selagi tak dapat dia akan terus meroyan tak puast hati . |
Mana mau lari , identiti Tentera Red Bean Army DAP hasut guling kerajaan telah dikenalpasti POLIS !! Posted: 31 May 2013 07:30 PM PDT Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army. Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube. "Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat. Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka. Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina. Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu. Penglibatan syarikat elektronik Taiwan disiasat Sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army. Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu. Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut. "Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini. "Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu," kata sumber itu lagi. Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia. "Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu. |
UMNO memang parti terkuat di PRU13 , tapi jangan terlalu gembira sangat . Posted: 31 May 2013 06:46 PM PDT Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan jumlah dimenangi oleh pakatan pembangkang. Menurutnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi. Selain itu katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, iaitu daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi. "Selain itu kita juga mengambil kira kemenangan Barisan Nasional (BN) di Perak dan Kedah memandangkan kita kalah di dua negeri ini pada PRU-12 lalu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. Mesyuarat MT yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga Naib Presiden, Ketua-ketua sayap serta ahli-ahli MT itu merupakan mesyuarat MT kali pertama selepas PRU-13. Najib berkata, UMNO juga mendapat pertambahan undi sebanyak 30 peratus pada pilihan raya umum baru-baru ini berbanding PRU-12. "Walaupun sukar untuk menentukan secara tepat sebab sebahagian kawasan itu bercampuran, hasil kajian kita mendapati UMNO menerima peningkatan dari segi jumlah undi sebanyak 30 peratus berbanding PRU-12," katanya. Dalam pada itu beliau berkata, UMNO akan terus berjuang dan dalam masa sama berusaha memantapkan lagi kekuatan parti tersebut sebagai parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini. Sehubungan itu katanya, mesyuarat MT bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan oleh Muhyiddin untuk mengkaji semula pentadbiran di ibu pejabat. "Antaranya mewujudkan bidang pengkhususan sepenuh masa dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, latihan, media sosial dan penerangan. Kita mahu mewujudkan tenaga sepenuh masa yang profesional dan berdedikasi dalam menguruskan bidang-bidang tersebut. "Tujuannya ialah untuk memastikan setiap arahan serta keputusan parti dilaksanakan dengan lebih berkesan," ujarnya. Komen GPB Memang diakui dari segi angka , UMNO menunjukkan prestasi paling cemerlang di PRU13 dengan memenangi 88 kerusi Parlimen . Tapi kita jangan terlalu gembira sangat ..ini masih lagi ada 5 tahun untuk kita mempersiapkan & memperkemaskan jentera hadapi PRU14 selain terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat . Cadangan pihak MT mahu wujudkan bidang pengkhususan sepenuh masa dalam bidang penyelidikan , latihan , media social dan penerangan merupakan langkah yang baik . Memang Umno perlu full time individu yang boleh bekerja terutama di media social seperti facebook & blog. Kalau DAP boleh ada rekrut ribuan orang jadi Red Bean Army dibayar gaji setiap bulan , mengapa UMNO tak boleh buat ?? |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |