Panglima Perang Cyber |
- Black Out vs Ink Out : 4 Soalan Kepada Penyokong @Anwaribrahim !
- Guru Cina Sokong DAP Hina Melayu - Mana Komen @LimKitSiang ???
- @ZulkifliNordin Tulis Tentang 'Anwar Spring' Menteri KDN @Zahid_Hamidi
- Yahoo Malaysia 'Tutup' Berita Menteri KDN @Zahid_Hamidi dan Menyokong PR @Anwaribrahim ???
Black Out vs Ink Out : 4 Soalan Kepada Penyokong @Anwaribrahim ! Posted: 31 May 2013 06:30 AM PDT Kenapa PR Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi? Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal. Di ulang, 'SATU' laporan polis sahaja bagi kesemua 'penipuan'. Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana "hilang bila dibasuh" dan BUKANNYA penipuan kerana "mengundi dua kali". Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula. Persoalannya, kenapa hanya 30? Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR? Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui? BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89. Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi. Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi. Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi? Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai? Kenapa mesti membiarkan Dato' Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina? Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan. Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula. Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga. Perlu diingatkan bahawa 'tema' himpunan bantahan Anwar ialah 'blackout' iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR. Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan 'blackout', malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya. Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja. Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema 'ink-out' bukan 'blackout'. Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan 'blackout' sedangkan yang diperjuangkan ialah 'ink-out'. Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan 'kegelapan' bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal. Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan 'blackout'. Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli. Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi? Atau di manakah kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi berlaku? Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU? Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang? Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan "you ulang, I saman." Kiriman Email |
Guru Cina Sokong DAP Hina Melayu - Mana Komen @LimKitSiang ??? Posted: 31 May 2013 04:31 AM PDT |
@ZulkifliNordin Tulis Tentang 'Anwar Spring' Menteri KDN @Zahid_Hamidi Posted: 31 May 2013 02:52 AM PDT Tanya sama depa, apa fasal fening Nanti depa tanya, apa dia Anwar Spring?* Salam 2 all. Teman mengutuk keras tindakan biaDap dan kurang ajar segelintir kaum cauvinis dan politikus pelampau terutamanya kaum Anwarinas yang terus menerus mempertikaikan keputusan PRU-13 dengan mengadakan himpunan haram menggunakan jenama 'Blackout 505'. Jenama BO-505 ni kononnya digunakan kerana dua alasan yang jelas suatu pembohongan dan putar-belit: 1. dakwaan mereka konon berlakunya blackout semasa proses pengiraan undi pada 05 Mei dibeberapa tempat; 2. dakwaan mereka konon mereka memenangi PRU-13 atas undi popular. Berkaitan dakwaan pertama, adalah jelas ianya satu pembohongan kerana tiada insiden blackoutyang berlaku semasa proses pengiraan undi. Malahan tuduhan menyatakan berlaku blackout di Bentong juga ternyata kini diakui sebagai satu pembohongan. Gambar blackout yang disebar di laman siber juga terbukti satu lakonan murahan didalangi pelacur-pelacur politik yang desperado! Berkaitan dakwaan kedua bahawa pembangkang memenangi PRU-13 berdasarkan undi popular, adalah jelas ianya satu putar-belit mega oleh para desperados yang jelas tidak mahu menerima hakikat rakyat telah menolak politik pembohongan dan putar-belit pembangkang! Malah rakyat dengan jelas memberi mandat baru kepada BN dibawah kepimpinan YAB Dato' Sri Najib. Teman telah mengupas panjang lebar berkenaan mitos undi popular dan sistem first-past-the-post dalam sistem pilihanraya dinegara ini (sila lihat artikel dibawah tajuk "Mitos Undi Popular" - 27 Mei 2013 dan "Fisrt-Past-The-Post" - 15 Mei 2013). Pada teman, tindakan mempertikai PRU-13 dengan mengadakan himpunan haram sehingga ada yang cuba menggulingkan Kerajaan melalui rusuhan jalanraya jelas adalah tindakan desperado golongan yang terlalu gila bernafsu serakah mahu bersemayam di Putrajaya! Pada teman, label Anwar-Spring yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah paling tepat. Anwar Spring disini bukan bermaksud musim bunga kaum Anwarinas. Anwar Springdisini bermaksud spring otak kaum Anwarinas dah longgar! Kaput! Kaum Anwarinas tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak mereka dan pembangkang dalam PRU-13. Walaupun pelbagai taktik kotor, cauvinis, rasis, ekstremis, dan pelampau berasaskan pembohongan dan putar-belit mereka cuba gunakan sejak 08 Mac 2008 untuk menjatuhkan Kerajaan BN, namun ianya gagal. Malaysia bernasib baik kerana hanya segelintir kaum cauvinis dan otak singkat sahaja yang telah terpedaya dan termakan dengan mainan politik kotor ini - alhamdulillah! Malahan saudara Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia yang juga rakan baik Anwar menegaskan bahawa Anwar sendiri telah memungkiri janji yang dibuat bersama beliau untuk menerima apa juga keputusan PRU-13. Dan tindakan Jusuf Kalla memilih untuk mendedahkan perjanjian Anwar itu di Wall Street Journal, sebuah media barat sangat menarik perhatian. Kerana apa Jusuf Kalla memilih Wall Street Journal sebuah media dunia barat? Adakah Jusuf Kalla yang begitu mengenali Anwar mahu dunia Barat tahu siapa Anwar Ibrahim? Hanya Jusuf Kalla sahaja yang boleh menjawab soalan ini. Apa pun teman berharap Jusuf Kalla sekarang menyedari siapa sebenarnya rakan baik dia itu! Dan kepada rakyat Malaysia, terutama golongan penaksub dan pencacai Anwarinas; ingatlah, kalau kawan baik dia sendiri pun dia boleh kelentong, ini kan pulak setakat mike rakyat marhaen biasa! Jangan kata kelentong, silap haribulan mau dema 'kencing' je mike yop. Mike kena sedar Anwar-Spring yang cuba dibawa oleh kaum Anwarinas hanyalah sekadar memperkaldaikan rakyat untuk memenuhi nafsu serakah mereka mahu bersemayam di Putrajaya. Mengapa Anwar beriya-iya sangat mahu menjadi Perdana Menteri? Adakah untuk menutup segala salahlaku moral dan kegiatan luar-tabi'e dia? Atau adakah sekadar Anwar menjadi pandir barua dan talibarut dalang asing? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop! ALLAH berikan otak bukan suruh masak lemak cili padi, tetapi untuk berfikir! Maka berfikirlah yop! Adios amigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Jumaat 21 Rejab 1434 31 Mei 2013 *Gambar ehsan daripada Rajagoyang 360 - whoever he or she or he-she is! |
Yahoo Malaysia 'Tutup' Berita Menteri KDN @Zahid_Hamidi dan Menyokong PR @Anwaribrahim ??? Posted: 31 May 2013 01:58 AM PDT Beberapa saat yang lalu saya sedang menyusuri laman Yahoo Malaysia mencari sesuatu. Lalu terlihat berita yang dipamerkan. Sekali pandang Yahoo Malaysia nampaknya seperti melebihkan berita condong kepada Pakatan Rakyat dan ini amat dikesalkan. Lebih dikesalkan lagi berita penjelasan dari menteri Kabinet Malaysia gagal dibaca seperti bukti di bawah. Berita bertajuk EAIC akan menyiasat kematian Dharmendran, kata Ahmad Zahid gagal dibuka. Link : http://my.news.yahoo.com/eaic-akan-menyiasat-kematian-dharmendran-kata-ahmad-zahid-052607905.html Bukan satu tetapi dua berita yang terlibat telah gagal dibuka seperti skrin imej di bawah : Berita dimaksudkan link di sini http://my.news.yahoo.com/zahid-gesa-pakatan-bahas-dakwaan-salah-guna-akta-052856815.html Peliknya berita yang menyebelahi Pakatan seperti komen Bung Mukhtar tentang penahanan Nurul Izzah yang dihalang masuk Sabah disiarkan tanpa sebarang masalah Satu lagi berita tentang kritikan DAP terhadap SPR di sini http://my.news.yahoo.com/spr-buat-keputusan-berat-sebelah-semasa-persempadanan-2003-030933773.html Adakah Yahoo Malaysia ada agenda tersendiri dalam hal ini ??? satu bahan menarik mengenai perkara ini boleh anda baca di sini http://www.akhirzaman.info/counter-culture/mediamassa/1602-tangan-yahudi-dibalik-internet-2.html |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |