r b f |
Diluar Menyalak, Dalam Mesyuarat MT Sepatah Pun Tak Berani Bercakap Posted: 31 May 2013 06:20 PM PDT Semalam berlangsung mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno yang pertama selepas PRU 13. Dalam mesyuarat semalam Datuk Seri Najib telah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli MT untuk bercakap apa sahaja yang terbuku di hati . Jangan disimpan-simpan, luah sahaja perasaan anda, Presiden dan Timbalan Presiden nak dengar. Tak puas hati dengan pilihan raya ? tak puas hati dengan Presiden ? tak puas dengan apa-apa sahaja, cakap....cakap....cakap..... Tapi malangnya apabila sampai giliran si pengamal politik baru yang tertonggeng di Temerloh baru-baru ini, sepatah haram pun dia tak bercakap apa. Cis....ptui...ptui....ptui....diluar depan penyokong pembangkang bukan main lagi dia menyalak sampai minta Umno bertaubat nasuha. Dalam mesyuarat MT apabila Presiden suruh bercakap, sepatah haram dia tak bercakap. Tak ke celaka namanya itu ? |
Kes Dr Khir Toyo : Penjawat Awam Perlu Berhati-Hati Jika Mahu Membeli Sesuatu Posted: 30 May 2013 09:09 PM PDT Akhir Disember 2010 Dr Mohd Khir Toyo bersama seorang ahli perniagaan, Shamsuddin Haryoni telah didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa. Ianya membabitkan jual beli sebuah rumah di Shah Alam. Kesalahannya kerana Khir telah membeli sebuah rumah daripada Shamsuddin dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal yang dibeli Shamsuddin. Pada masa proses jual beli itu berlangsung Khir adalah MB Selangor yang dikategorikan sebagai penjawat awam. Manakala Shamsuddin pula seorang pemaju pembinaan di negeri Selangor. Beberapa bulan selepas didakwa maka berjalan proses perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hari pertama perbicaraan sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Shamsuddin yang sebelum itu yang didakwa bersama-sama dengan Khir telah ditarik balik pertuduhan ke atasnya oleh pihak pendakwaraya dan telah bertukar watak daripada tertuduh kepada saksi utama pendakwaraya. Saya tidak pasti samada ini juga tergolong dalam kategori rasuah atau tidak ? Jika ada sesiapa yang faham mohon tolong jelaskan. Hampir setahun perbicaraan berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, akhirnya hakim memutuskan Khir bersalah dan beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta rumahnya dirampas Kerajaan Malaysia. Khir telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Semalam pula Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2011. Saya mengikuti rapat kes perbicaraan ini, dan saya nak berkongsi dengan anda sedikit sebanyak apa yang saya tahu. Saya difahamkan kes yang melibatkan Khir ini adalah kes yang pertama di Malaysia. Khir tidak melakukan rasuah menerima wang tunai berjuta-juta ringgit sepertimana yang digembar gemburkan, atau mendapat rumah itu secara percuma. Khir membeli rumah terbengkalai itu daripada Shamsuddin pada harga RM 3.5 juta sepertimana yang dinilai oleh jurunilai bertauliah yang terkemuka Rahim and Co. Dalam keterangannya di mahkamah Shamsuddin mengakui bahawa beliau yang menawarkan kepada Khir untuk membeli rumah itu. Khir tidak membeli secara tunai, sebaliknya membuat pinjaman dari HSBC sebanyak RM 3 juta. Dengan kedudukannya serta gaji yang diterimanya waktu itu dia layak untuk membayar ansuran bulanan dengan pinjaman sebanyak itu. Yang itu tidak perlu kita pertikaikan. Lagi pun yang memberi pinjaman itu adalah HSBC, sebuah bank yang bukan senang-senang nak luluskan pinjaman. Lihat dokumen berkenaan di sini. Shamsuddin pula pada waktu itu adalah seorang pemaju perumahan di negeri Selangor dan menjalankan perniagaan dengan PKNS. Khir pula selain daripada menjawat jawatan MB, beliau juga adalah Pengerusi PKNS. Nak dijadikan cerita Shamsuddin ada meminta sokongan Khir untuk satu urusan beliau di PKNS. Khir setuju untuk menyokong permohonan Shamsuddin. Disini kita perlu ingat, sebarang surat sokongan yang kita bawa tidak ada jaminan kita akan mendapat apa yang dipohon. Samalah dalam kes Shamsuddin ini, sokongan daripada Khir gagal mendapat apa yang beliau pohon. Sila baca di sini. Disinilah yang menjadi punca kepada pendakwaan terhadap Khir. Kerana Khir ada kuasa dan Shamsuddin ada kepentingan dengan Kerajaan Selangor. Maka tindakan Khir membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada dibeli Shamsuddin walaupun itu harga yang dinilai oleh jurunilai bertauliah, ianya tetap menjadi satu kesalahan. Kes yang melibatkan Khir ini perlu dijadikan pengajaran oleh mana-mana penjawat awam dalam Malaysia. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan menjadi satu kesalahan walaupun kita yakin ianya tidak salah. Contoh... Kedai alatulis ABC adalah pembekal alatulis kepada jabatan atau kementerian anda selama ini. Dan anda mungkin orang yang ada kaitan atau berurusan untuk sebarang pesanan alatulis daripada kedai alatulis ABC. Satu hari anda ke kedai alatulis berkenaan untuk membeli satu rim kertas A4 bagi kegunaan dirumah anda. Pemilik kedai alatulis itu menjual satu rim kertas A4 di kedainya pada harga RM 12.00. Tetapi dia jual kepada anda RM 8.50. Di pasaran pun itulah harga satu untuk satu rim A4. Jika anda beli pada harga RM 8.50 ianya merupakan satu kesalahan walaupun memang itulah harga pasaran. Sebabnya anda ada kepentingan dengan si penjual..... Saya simpati dengan apa yang berlaku terhadap Khir. Ya lah....berat mata kita memandang berat lagi bahu beliau yang memikul. Semoga nasih menyebelahinya di Mahkamah Persekutuan kelak. Sama-sama kita doakan.... |
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |