PEJUANG BANGSA |
Hot ! Lepas bebas , Safwan Anang terus serang pejabat Zahid tak puas hati ditangkap Posted: 31 May 2013 04:10 AM PDT Woi bangsat ...Hang kata nak jadi hero ...hari tu bukan main lagi gah pasal tak mahu diikat jamin & sanggup merengkok di Penjara Sg Buloh .. Hari ini bila dah dibebaskan , terus hang tak puas hati nak pi cari Menteri KDN di pejabat ...sepatutnya biar merengkok je musibat ni dalam jail .. Siapa hang mahu ajar Polis pasal nak kuasakan undang -undang ? Hang nak hasut rakyat ke jalanraya tumbangkan kerajaan itu apa ?? Itu tak langgar undang -undang ka ?? BANGANG !! Sekumpulan mahasiswa hari ini serang pejabat (KDN) di putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendesak agar menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana mendakwa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politiknya. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa, Ahmad Zahid lebih mengutamakan tangkapan terhadap pemimpin pembangkang berbanding menyelesaikan kes jenayah bersenjata yang berleluasa sejak akhir-akhir ini. Dakwanya, Ahmad Zahid mengarahkan supaya polis membuat tangkapan dan buat pertuduhan terpilih. "Beliau menyalahgunakan kuasa yang bermotif politik dan mengetepikan isu jenayah," dakwanya selepas menyerahkan memorandum, di sini, hari ini. Safwan yang sebelum ini ditahan atas tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan bersama Tian Chua, Tamrin dan Haris pada 29 Mei lalu. Kesemuanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadap mereka dan mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Bagaimanapun Safwan enggan diikat jamin dan dibawa ke penjara Sungai Buloh. Safwan telah dibebaskan pagi tadi. Sebelum itu, Safwan menyerahkan memorandum kepada wakil KDN, Penolong Setiausaha Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz sebagai bantahan terhadap penangkapan beberapa pemimpin politik pembangkang seperti Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Abdul Ghafar dan Presiden Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim serta aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim di bawah Akta Hasutan 1948. Kumpulan itu turut menuntut supaya KDN memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tercalar.- Bernama |
Hot ! DAP KANTOI TAK PANGGIL AHLI HADIR MESYUARAT PEMILIHAN PARTI !! @tunfaisal Posted: 30 May 2013 06:01 PM PDT Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit. Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian. "Ahli DAP yang layak tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan CEC tersebut. "ROS juga akan terus menyiasat isu-isu lain yang dikemukakan pengadu dan mengkaji semua dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut. Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih. Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut. Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan selain membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember 2012 melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |