IPOHMALAY |
- Inikah Poh Kim Thye?
- Jalan Tambunan - Penampang Putus Akibat Tanah Runtuh
- Poh Kim Thye anak Poh Kee Mak Perlu Diajar
- Autonomi Sabah : Bila Kera Kena Belacan
- Saari Sungib Diajar Dengan RM300,000
Posted: 31 May 2013 08:16 AM PDT Inikah wajah Poh Kim Thye atau nama glamournya Poh Kim Mak yang sangat rasis itu? Apakah tindakan Kementerian Pendidikan? Jika KDN bersungguh mahu membanteras rasis-rasis di dalam media sosial, tak kan lah pula rasis yang ditugaskan mendidik anak bangsa seperti ini dibiar beranak pinak dalam sistem pendidikan? |
Jalan Tambunan - Penampang Putus Akibat Tanah Runtuh Posted: 31 May 2013 02:27 AM PDT Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak petang semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon, di kilometer 21 Jalan Penampang-Tambunan dekat sini hari ini.
Kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu itu mengakibatkan jalan itu ditutup sementara kepada lalu lintas. Ketua Polis Penampang DSP Ratan Kumar Singh berkata tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu. "Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin dalam satu kenyataan berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.04 pagi dan sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Penampang tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk John Anthony berkata pihaknya telah menutup keseluruhan jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas. "Kerja membaiki jalan Penampang-Tambunan sedang dijalankan dan jalan itu dijangka boleh dilalui semula kira-kira 7 malam ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas. Mengenai kejadian tanah runtuh membabitkan Jalan Merakau, Ranau, dekat sini malam semalam, John berkata jalan itu telah siap dibaiki dan kini boleh dilalui pengguna. Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 8 dan 11 malam membabitkan bahagian jalan yang dalam pembinaan. (Bernama) |
Poh Kim Thye anak Poh Kee Mak Perlu Diajar Posted: 31 May 2013 12:58 AM PDT Bukan salah sekolah kerana punyai guru RASIS seperti Poh Kim Thye yang mana mulutnya memang tak lepas dari menghina "Melayu BABI, Melayu BANGANG, Melayu SIAL, Melayu BODOH" hampir setiap hari semenjak mengajar di sekolah yang mana majoritinya adalah pelajar Melayu. Sikap double standard guru ini juga dipertikaikan oleh si pengadu dengan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap pelajar berbangsa Melayu dan India, malah pelajar Cina diberi layanan yang cukup istimewa. Tapi sampai bila Kementerian Pelajaran nak diamkan perkara ini? Mohon jangan ditukar ke sekolah mana-mana kerana selagi Poh Kim Thye ni berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran dan terus dibenarkan mengajar selagi itulah sikap RASIS nya tidak akan hilang. Beri amaran dan buang dengan serta merta. Kita mahukan perpaduan kaum bukannya guru RASIS seperti Poh Kim Thye ni. Jika dulu ada seorang guru MELAYU yang cuma memarahi dan mendenda seorang pelajar CINA, habis dicanangnya seperti guru tersebut terlampau rasis sedangkan beliau hanyalah menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi pengajaran akibat pelajar CINA itu tidak membuat kerja sekolah. Tetapi ini lain pula kesnya. Laporan polis juga telah dibuat. Mohon jangan terus disenyapkan perkara serius ini. Sumber asal SINI. Ahli parlimen Gelang Patah rasis, sampai merasuk habis bangsa cina kat sana rasis habis ke? Uihh..makin teruk jadinya keadaan sekarang ni. Kerajaan kena hantar guru ni ke kelas anti rasis, kemudian hantar mengajar di pendalaman. Baru dia tau langit tinggi ke rendah |
Autonomi Sabah : Bila Kera Kena Belacan Posted: 30 May 2013 06:34 PM PDT AUTONOMI Sabah adalah antara retorik kebencian yang sering dimainkan oleh pemimpin PR dalam agenda anti-Federalisme mereka. Namun bila pemimpin Sabah melaksanakan autonomi dalam aspek imigresen, mereka pula yang gagal untuk menghormati keputusan pemimpin Sabah. Autonomi dalam aspek imigrasi dan kemasukan ke dalam negeri Sabah merupakan salah satu perkara di dalam Memorandum 20 Perkara Borneo Utara ketika bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963. Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara adalah mengenai aspek Imigresen, yang menyatakan bahawa - Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara. Nampaknya pemimpin PR bercakap hanya macam burung kakak tua ketika berceramah tentang autonomi Sabah dan sewaktu memainkan sentimen anti-Federalism - mereka tak faham pun apa yang mereka kata. - Tun Faisal |
Saari Sungib Diajar Dengan RM300,000 Posted: 30 May 2013 05:44 PM PDT Kuat menipu, hebat memfitnah. Mendapatlah akibat. ADUN Hulu Klang mendapat pengajaran bernilai RM300,000 yang diperintahkan mahkamah untuknya membayar ganti rugi ke atas Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor yang tercemar imejnya dek tabiat menipu si tertuduh. Menjadi pengajaran kepada yang lain pula. Saari Sungib diperintah bayar RM300,000SHAH ALAM 30 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib (gambar) diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini. MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Siasat Pindah Wang LZS' yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009. Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi tersebut pada 14 Mei lalu. Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan. ''Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif. ''Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,'' katanya dalam kenyataan tersebut. Memetik kenyataan dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009 itu kata Mohamad Adzib, Saari mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130531/ma_02/Saari-Sungib-diperintah-bayar-RM300000#ixzz2UpHHfFSz © Utusan Melayu (M) Bhd |
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |