Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Ramai MACAI Sakit Hati Dengan Muka Depan Akhbar Ini.

Posted: 30 May 2013 06:39 PM PDT

Senyum......tak perlu kata apa-apa.....senyum....


*Korang tengok ruangan komen kat sini (FB Sinar), ramai MACAI dah meroyan.

Santai : Layan Lagu Madu 3.

Posted: 30 May 2013 08:00 AM PDT

Gambar hiasan.

Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia ini
Ana yang punya

Kepada isteri tua
Ana sayang padanya
Kepada isteri muda
I say i love you

Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga


*Layanzz...


Berriibbbuuu Tanniiya.....Pemuda BN Masih Amalkan Politik GENTLEMAN Walaupun Kena Serang.

Posted: 30 May 2013 01:43 AM PDT


1. Walaupun keputusan PRU 13 telah diwartakan, nampaknya jentera serangan dan propaganda pembangkang tidak henti-henti menyerang dan 'mengebom' musuh. Di pihak Barisan Nasional terutamanya Pemuda, tiada pula kelihatan sama ada mereka cuba mempertahankan pihak mereka atau menyerang kembali pihak lawan. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Sungguh GENTLEMAN...

2. Umum mengetahui bahawa tuduhan pengundi BANGLA merupakan satu fitnah. Malah beberapa pengundi berkulit gelap yang ditahan oleh penyokong pembangkang bukan pengundi hantu tetapi rakyat Malaysia berketurunan India atau India Muslim. Namun, Pemuda MIC atau KIMMA tidak nampak bangkit memperjelaskan kepada kaum India bahawa pembangkang telah bertindak RASIS dengan mengatakan bahawa yang gelap itu rakyat Asing. Sungguh GENTLEMAN...

3. Dalam bab serang menyerang pembangkang sudah di OUTSOURCEKAN kepada NGO atau Blogger. Hanya beberapa orang pemimpin  Pemuda BN yang kelihatan LANGSI dan terkeluar dari arus POLITIK GENTLEMAN seperti YB Khairy, Tun Faisal, Saudara Razlan, Sheik Hussein Mydin dan beberapa pemimpin lain yang lebih kehadapan. Oleh kerana terlalu GENTLEMAN, macai yang tak habis belajar macam Adam Adli lebih popular dari GENTLEMAN dalam Pemuda BN terutamanya dalam parti komponen BN yang lain. Blogger seperti Shizone atau Shen Yee Aun lebih vokal dan popular dari pemimpin yang mengamalkan POLITIK GENTLEMAN.

4. MyMassa rasa amalan POLITIK GENTLEMAN tak salah cuma kurang sesuai apabila berhadapan dengan musuh seperti Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Rahsia kenapa pembangkang dilihat rakyat lebih dominan adalah kerana mereka bekerja sejak hari pertama selepas keputusan PRU diumumkan. Mereka tidak akan berhenti selagi musuh mereka tidak ditumbangkan di Putrajaya. Anda boleh lihat bagaimana Pemuda DAPSY, PAS dan AMK telah mula menyerang Kerajaan dengan pelbagai isu walaupun Pilihan Raya hampir sebulan berlalu.

5. DAP telah mula mendaftarkan pengundi baru sebagai persediaan menghadapi PRU 14. Adakah kita mahu lihat rekod pendaftaran pengundi seperti ini akan berulang?


6. MyMassa harap agar teguran dalam artikel ini diterima dengan hati yang terbuka. Rakyat sekarang ni terutamanya golongan muda lebih suka memilih pemimpin yang vokal untuk mewakili mereka walaupun pemimpin tersebut tak buat kerja. Mana-mana yang dikenalpasti akan menjadi calon dalam PRU 14 (termasuk calon yang kalah tetapi menunjukkan prestasi baik) perlu di GROOMING lebih awal supaya rakyat di kawasan tersebut mengenali beliau.

*Ikut resmi tempoh pembangkang berkempen....bukannya tempoh 2 minggu yang ditetapkan SPR tapi 5 tahun tanpa henti-henti. 






Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>