Belantan |
- Bila hati Melayu mati?
- Pas bergolak, Hadi tertekan?
- Jadikan KPI peribadi Menteri bantu bumiputera!
- Perjuangan hak Melayu tak abai bangsa lain!
Posted: 29 May 2013 07:49 PM PDT Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan Negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju. Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan. Isu pendidikan Cina acap kali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya? Memahami Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertanduk pun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk memahami budaya politik Cina. Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa. Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau disekutukan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu. Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah Exco, pembukaan Sidang Parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorang pun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkok pun mereka tidak mahu. Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Walhal, apa salah, 'berkorban' seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan Parlimen atau DUN. Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti. Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorang pun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut. Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU-13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya. Apakah akan berlaku suatu hari, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan. Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada pelaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima. Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU-13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan. Hidup mati Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina. Sebelum PRU-13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebegini pun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas? Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernakular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan Mandarin secina-cinanya. Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam Mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA. Sekarang ini pun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan? Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain. Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif. Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka. Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis. Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang. Bersekongkol Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian seorang Ketua Pegawai Eksekutif Melayu. Beliau dengan lantang berkata "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari Melayu di syarikat penerbangan murah itu. Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group, yang terpaksa berpakaian pramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Pramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya-tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa? Sebahagian pramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencelup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-Melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat YouTube mereka. Saya menyeru agar orang Pas menonton sama, kerana dalam Harakah online, saya terbaca Pas begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada Pas, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, Pas sama sahaja dengan yang lain. Ingatlah! Tatkala orang lain semakin kuat Cinanya (atau Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis. Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain. Oleh : Ridhuan Tee Abdullah Suara Politik Belantan |
Posted: 29 May 2013 09:09 AM PDT Isu rakaman video seks yang memaparkan wajah lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dikatakan bukan sahaja mencetuskan pergolakan dalam Pas malah memberi tekanan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tegas bagi memelihara maruah Pas. Sumber dalaman memberitahu, ahli-ahli Pas kini berada dalam keresahan berikutan sikap Abdul Hadi yang dilihat begitu mempertahankan Mustafa tanpa membuat siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman video tersebut. ''Kami hairan kenapa Abdul Hadi bermati-matian mempertahankan Mustafa, soalnya sudahkah beliau menonton video tersebut. Ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat tindakan tegas bukannya terus membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku adalah satu fitnah," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini, hari ini. Sumber itu berkata, dalam menghadapi isu yang dianggap cukup serius dan boleh memberi kesan yang amat buruk kepada Pas dan Abdul Hadi sepatutnya mengambil tindakan tegas termasuklah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu. ''Sebelum ini Abdul Hadi sendiri sering berhujah dengan menggunakan maksud surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang- orang yang menyesal." ''Dalam ayat ini Allah SWT mahu kita menyiasat kesahihan berita yang tersebar tetapi kenapakah dalam kes yang dikaitkan dengan Mustapa, Abdul Hadi cepat-cepat membuat andaian bahawa itu semua tohmahan dan fitnah," katanya. Sumber itu menegaskan, sikap Abdul Hadi itu amat menghairankan kerana beliau membuat kesimpulan tanpa terlebih dahulu mengarahkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada apa yang berlaku satu fitnah atau tidak. ''Saya difahamkan Abdul Hadi telah dikunjungi oleh ramai ahli-ahli Pas akar umbi yang menerima rakaman video itu menuntut Presiden Pas tersebut menyatakan pendirian dan membuat tindakan. ''Keadaan ini memang meletakkan Abdul Hadi dalam keadaan tertekan tetapi apa yang mengejutkan beliau masih belum mahu berbuat apa-apa dan ini boleh memberi kesan tidak baik kepada politik Pas," kata sumber itu lagi. Selain itu, kata sumber tersebut lagi, ahli-ahli Pas juga mahukan Mustafa melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau. ''Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah Pas," kata sumber itu lagi. Sumber itu juga menegaskan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan merupakan orang kanan dalam kepimpinan parti, Mustafa perlu meletakkan jawatan sekarang. ''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama Pas terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan," katanya. Ditanya apa reaksi golongan ulama dalam Pas berhubung kejadian itu, sumber itu menjelaskan, mereka berada dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada Pas. ''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi," kata sumber berkenaan. Sumber itu juga bersetuju dengan pandangan bahawa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama perlu membuat pendirian dalam kes tersebut. Suara Politik Belantan |
Jadikan KPI peribadi Menteri bantu bumiputera! Posted: 29 May 2013 05:51 AM PDT Singapura merupakan satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana bangsa boleh dilenyapkan dari muka buminya sendiri. Bangsa dan Bahasa hanya menjadi simbol sejarah dan tidak lama lagi sejarah ini juga akan hilang akibat dari perancangan strategik kaum Cina yang memerintah Singapura. Taktik mengambil hati Orang Melayu apabila mengambil Yang Dipertua Negara seorang Melayu berjaya meredakan hati sanubari orang Melayu ketika Singapura diperintah oleh parti PAP satu ketika dahulu. Apa yang kita lihat hari ini, bahasa Melayu hanyalah dijadikan papan tanda di Metro dan bukan lagi sebutan, mereka menggunakan cara ambil hati orang Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu di kenderaan awam, namun kita tahu hakikatnya, tidak ada Cina yang tahu membaca dan memahami ayat-ayat itu. Bukan sahaja bahasa Melayu yang sudah ditinggalkan dengan sistematik, namun bahasa Hindi juga mengalami perkara yang sama, hanya ditulis namun tiada makna. Orang Cina sememangnya tidak akan bertolak ansur dengan Bahasa, Budaya, Pendidikan dan Ekonomi. Dan ia sudah menjadi satu pegangan hidup mereka beratus-ratus tahun dahulu. Dalam PRU-13, jelas menunjukkan lagu yang mereka mainkan adalah untuk memperjuangkan Bahasa, Budaya, Pendidikan dan Ekonomi hanya untuk Cina. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terus menerus memberi bukti dan jaminan untuk menjaga kepentingan Cina, namum ia tidak cukup untuk emosi menakluk Tanah Melayu. Apa lagi yang Cina Mahu? Sepatutnya ayat itu tidak perlu diutarakan oleh Utusan Melaysia... Sepatutya tajuk yang ditulis "Malaysia untuk Orang Cina?" Ramai orang Cina memainkan lagu 'rasuah' di pihak BN dan apabila kita utarakan rasuah yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor, mereka tidak akan menjawab. Rasuah dijadikan modal untuk menjatuhkan kerajaan BN, padahal kita tahu banyak tindakan kerajaan BN sudah dilaksanakan di dalam membanteras rasuah. Tidak adakah rasuah dalam kehidupan orang Cina? Kita amat arif rasuah adalah makan dan minum masyarakat Cina untuk mendapatkan perniagaan, rasuah juga merupakan jalan keluar untuk peniaga Cina mendapatkan projek-projek kerajaan. Rasuah adalah kehidupan peniaga Cina apabila membeli kontrak-kontrak kerajaan yang dikhaskan oleh bumiputera. Di sektor swasta, rasuah berleluasa dalam perniagaan yang majoritinya dimiliki oleh orang Cina dan ini bukan hanya di dalam sektor kerajaan. Justeru sudah-sudahlah orang Melayu mengekalkan budaya lembut dan menghormati hati orang lain, kita sudah tidak mampu untuk menjadi lilin yang sering kali menerangi bangsa Cina sedangkan yang diterangi itu tidak langsung mahu membalas budi si pemberi cahaya. Sudah-sudahlah kita menjadi bangsa yang lembut, demi survival bangsa Melayu, pimpinan UMNO harus tegas melaksanakan dasar pentingkan bangsa Melayu secara betul dan bukan khayalan. Projek-projek mega, harus ditinggalkan sekiranya Melayu belum cukup mahir atau belum cukup modal, dan janganlah ada pengerusi yang berkata Melayu hanya layak untuk Kelas F sahaja! Penstrukturan semula GLC dan KSU mesti dilakukan demi survival orang Melayu. Satu pertanyaan akhir untuk bapak-bapak menteri penggal yang lepas. Apabila anda perjuangkan bajet untuk kementerian, dan apabila diluluskan, berapa ramai PENIAGA MELAYU yang kamu bantu? Berapa ramai Melayu yang kamu pastikan dilahirkan sepanjang pemerintahan kamu? Suara Politik Belantan |
Perjuangan hak Melayu tak abai bangsa lain! Posted: 29 May 2013 02:13 AM PDT Dewasa ini makin ramai golongan profesional Melayu dalam bidang korporat yang semacam rasa bersalah atau apologetik apabila bercakap mengenai hak dan kepentingan Melayu sebagai mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bahkan ada juga yang sudah berjaya menjadi CEO syarikat korporat melalui dasar afirmatif, tergamak memperlekeh dan mempertikaikan mereka yang memperjuangkan agenda itu. Seolah-olah agenda memartabatkan bangsa Melayu dan Bumiputera sebagaimana peruntukan Perlembagaan itu adalah cukup hina dan bersifat rasis. Sedangkan bangsa lain yang berjuang menegakkan hak dan kepentingan mereka sehingga melangkaui Perlembagaan tidak pula dianggap rasis. Jika dirujuk kamus Oxford antarabangsa, rasis ialah satu kefahaman bahawa sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding bangsa lain hingga menebal nilai prejudis yang membawa kepada perlakuan diskriminasi, menafikan hak bangsa lain kerana dianggap lebih rendah martabatnya berbanding mereka. Persoalannya benarkah pejuang Melayu bersikap rasis sebagai mana definisi ini? Apakah agenda memartabatkan bangsa Melayu ini bertentangan dengan prinsip Islam? Atau apakah benar tanggapan segelintir yang berpandangan bahawa ia tidak ubah seperti konsep assabiyah jahiliah yang sesat lagi menyesatkan? Hakikatnya, mereka yang sering memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera tidak pernah mendakwa Melayu itu lebih mulia berbanding bangsa lain. Mereka juga tidak sesekali mendesak kerajaan melakukan diskriminasi hingga menafikan hak dan kepentingan bangsa lain. Sikap ekstremes kaum Perjuangan memartabatkan agenda Melayu hanya menegaskan kembali dasar afirmatif yang menzahirkan semangat dan aspirasi Perlembagaan agar terus dipertahankan. Desakan sedemikian lahir atas rasa khuatir dengan sikap segelintir ekstremes kaum yang mulai berani mencabar Perlembagaan yang menerasi keharmonian kaum di negara ini selama lebih 55 tahun. Agenda Melayu bukanlah nasionalisme sekular Barat yang terpisah daripada prinsip dan aturan agama hingga mewujudkan gejala perkauman sempit yang membinasakan. Semangat kebangsaan juga tidak sama sekali berintikan kesombongan dan kefanatikan melulu hingga tercerna nilai materialistik yang mengancam kemanusiaan. Sebaliknya, agenda Melayu mencakupi makna kebangsaan yang luas dan subur nilai keislaman sejati yang hakikatnya begitu kental menerasi jiwa dan jatidiri pejuang Melayu Islam. Berpaksi nilai Islam Bagi menyuburkan semangat kebangsaan dan patriotisme, bekas pemimpin PAS yang juga tokoh nasionalis terkenal, Dr Burhanuddin al-Hilmy dalam makalah bertajuk Perjuangan Kita, merungkaikan makna perjuangan nasionalisme Melayu yang berpaksikan nilai keislaman sejati bersifat akomodatif, menjunjung prinsip keadilan, kemanusiaan dan persaudaraan sejagat. Katanya, prinsip keadilan dan kebenaran sahajalah yang mampu menjelmakan semangat kebangsaan luhur dan tidak mudah terjerat dalam kerangka assabiyah jahiliah atau fanatik kesukuan melulu sebagai mana yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum Islam. Pemikiran beliau itu seiring dengan firasat ahli falsafah Islam tersohor, Ibn Khaldun yang lahir pada zaman kegemilangan kerajaan Islam Andalusia. Melalui kitabnya yang masyhur Muqaddimah, Ibn Khaldun menyingkap fahaman kebangsaan berteraskan dua dimensi assabiyah yang menurutnya boleh menjadi positif atau negatif. Beliau mentakrifkan assabiyah yang positif sebagai semangat permuafakatan dan persefahaman yang terbentuk dalam struktur sosial masyarakat hingga membudaya sikap tolong menolong dan kerjasama. Sebaliknya sesebuah tamadun akan terdedah kepada kebinasaan sekiranya assabiyah jahiliah yang berlandaskan sentimen perkauman sempit lebih mendominasi sesuatu bangsa. Justeru, tidak timbul isu rasis bagi sebuah perjuangan memartabatkan agenda bangsa kiranya yang diperjuangkan itu selaras dengan prinsip keadilan Islam yang tidak sesekali merelakan perlakuan diskriminasi mahupun penafian hak dan kepentingan kaum lain sebagai mana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.-BH Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |