Dialog Dewasa Kritik Berasa |
ANWAR HALAU WAKIL DR. XAVIER SEMASA MESYUARAT Posted: 29 May 2013 06:31 PM PDT
Akibat kecewa Dr Xavier Jeyakumar digugurkan daripada menjadi exco Kerajaan Negeri Selangor, para penyokongnya menyerbu ke rumah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. Difahamkan mereka juga telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Anwar, memujuk agar ADUN Seri Andalas itu diberi peluang satu penggal lagi menjadi exco. "Namun mesyuarat itu tidak berhasil kerana PKR telah pun mengenal pasti barisan exco baru untuk penggal kedua di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," . Mesyuarat tertutup itu agak panas apabila salah satu daripada penyokong-penyokong itu telah diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat oleh Anwar. ANWAR AKHIRNYA TUNDUK DAN TAKUT KEPADA SULTAN Enam individu terlibat dalam mesyuarat bersama Anwar itu, diketuai oleh ahli majlis Selayang, George Gunaraj dan pengerusi bersama Suaram, K Arumugam. Difahamkan, dalam penjelasan Anwar, beliau mendakwa nama Xavier digugurkan oleh pihak istana dan bukannya parti. Dalam perkembangan berkaitan, pegawai khas Anwar khas, R Suresh Kumar mengkritik Xavier dan penyokong-penyokongnya yang berkumpul di hadapan rumah Ketua Umum PKR. "Ia adalah sangat tidak profesional dan tidak sihat bagi seorang pemimpin kanan seperti Xavier. Apa-apa isu berkaitan parti perlu dibincangkan di pejabat bukan di rumah pemimpin, " katanya. Suresh juga mengakui bahawa beliau akan membuat aduan rasmi kepada parti berhubung kejadian itu. "Saya akan bertemu dengan jawatankuasa disiplin parti dengan minggu ini untuk membuat laporan terhadap Xavier dan penyokong-penyokongnya yang berkumpul di hadapan rumah Anwar," katanya. Enam Melayu dan empat bukan Melayu berasaskan formula 6:4 telah diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjadi exco kerajaan negeri. Antara enam Exco Melayu, empat daripadanya PAS dan dua PKR, manakala bagi bukan Melayu tiga daripada DAP dan seorang PKR. Enam Exco Melayu itu adalah Dr Daroyah Alwi (PKR/Sementa), Rodziah Ismail (PKR/Batu Tiga), Sallehen Mukhyi (Pas/Sabak), Iskandar Samad (Pas/Chempaka), Dr Halimah Ali (Pas/Selat Kelang) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas/Sijangkang). Manakala empat Exco bukan Melayu adalah Datuk Teng Chang Khim (DAP/Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (DAP/Seri Kembangan), V Ganabatirau (DAP/ Kota Alam Shah) dan Elizabeth Wong Keat Ping (PKR/Bukit Lanjan). Daripada komposisi jantina pula, enam lelaki dan empat wanita membarisi exco kerajaan pimpinan Abdul Khalid. Semalam melaporkan dua exco penggal lepas, wakil PKR digugurkan. Mereka adalah ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Seri Andalas Xavier Jayakumar yang digugurkan kerana dipercayai berkaitan dengan prestasi buruk terutamanya membabitkan isu pasir dan air. "Ini peluang bagi Khalid melepaskan dirinya daripada tuduhan tidak cekap mentadbir Selangor. Isu pasir umpamanya, hasil kerajaan negeri tidak mencapai sasaran manakala kes kecurian terus menjadi-jadi. "Isu air pula menjadi duri dalam daging. Bagi Khalid, Xavier sebagai exco yang bertanggungjawab gagal menangani masalah air dengan baik," kata sumber Antarapos. Turut digugurkan Haniza Mohamed Talha (ADUN PKR Taman Medan) sebagai Timbalan Speaker kerana dilihat rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Tiga exco baru PKR yang kesemuanya wanita membayangkan Abdul Khalid mahu meminimakan pengaruh Timbalan Presiden PKR yang juga Ketua PKR Selangor, Azmin Ali. ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad diramalkan bakal dilantik Timbalan Speaker dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh. Nik Nazmi dan Dr Daroyah disebut-sebut sebagai orang yang rapat dengan Azmin. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, calon tewas di Parlimen Kulim Bandar Baharu dilaporkan bakal berjumpa Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat berkaitan status jawatannya. Sumber rapat Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan akan ada satu rombakan bakal dilakukan terhadap pentadbiran kerajaan negeri ini. Ia bagi memberi laluan kepada Saifuddin untuk dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini. Perkara sama turut disebut oleh Anwar baru-baru ini bahawa Saifuddin akan dilantik sebagai 'political liaison' atau pegawai perhubungan politik dalam kerajaan negeri Selangor. Difahamkan Saifuddin dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Abdul Khalid. | ||
Posted: 29 May 2013 06:58 AM PDT Orang Malaysia dahulu atau Orang Cina dahulu? Lucunya, jika anda tanyakan soalan itu, ramai kaum etnik Han Cina Malaysia akan menjawab bahawa mereka adalah orang Malaysia dahulu, dan orang Cina kemudian, tanpa MENGETAHUI apakah maksud menjadi 'orang Malaysia dahulu'. (Amaran: sekiranya anda seorang "URBAN BANANA", kenyataan ini tidak menggambarkan anda. Menurut satu laporan bancian, hanya terdapat 9% sahaja jenis anda yang masih wujud. 91% selebihnya adalah lepasan sekolah Cina). Anda bangun dari tidur setiap pagi dan anda menonton TVBS Asia, saluran Pheonix, CCTV4 atau Hua Hee Tai – ini adalah rancangan-rancangan TV yang 80% daripada orang-orang Malaysia yang bukan orang Cina, tidak pernah tonton. Anda mendengar saluran radio 988, myFM, aiFM, OneFM – saluran2 yang 80% orang Malaysia tidak faham dan tidak akan dengar. Anda tiba di pejabat dan anda baca Sin Chew, Nan Yang, Gwong Ming, Kwong Wah, China Press dan Oriental Daily- bahan bacaan yang 80% daripada orang Malaysia TIDAK faham. Anda MUNGKIN akan makan tengahari dengan rakan2 sekerja dari kalangan orang Melayu atau India dan berbual tentang kehidupan dan pekerjaan. Namun, bila anda pulang dari kerja, anda bercakap dengan keluarga dan anak-anak dalam bahasa Mandarin- satu bahasa yang 80% daripada orang Malaysia TIDAK boleh gunakan atau fahami. Sebelum anda tidur, anda melayari laman Facebook dan anda catatkan komen untuk rakan2 anda yang 80% adalah orang-orang daripada etnik anda sendiri. Dalam rutin seharian anda, anda hanyalah orang MALAYSIA pada 20% daripadanya, tetapi orang Cina pada 80% selebihnya, dan anda menganggap diri anda ORANG MALAYSIA DAHULU? Hmmm….kalau begitu, mungkin anda boleh jelaskan bagaimana "menjadi orang Cina dahulu" atau "menjadi orang Malaysia dahulu" membawa sebarang perbezaan kepada anda? Janganlah anda berikan saya contoh seperti: "BILA ANDA BERADA DI LUAR NEGARA" sebab…berapa lama anda hendak tinggal di luar negara? Jadi… anda adalah 'orang Malaysia dahulu' hanya apabila anda berada di luar negara? Hmmm….. Tujuan saya menulis entri yang panjang ini adalah untuk MEMINTA orang-orang Cina Malaysia etnik Han untuk benar-benar menimbang kembali pendirian kita dalam isu-isu berkaitan bangsa. Berhentilah daripada menjadi seorang yang cauvinis iaitu orang yang keterlaluan dalam menyokong kaumnya. Kita harus mula bergabung dan berasimilasi TANPA menjejaskan identiti etnik kita. Orang-orang Cina di UK, US dan Thailand telah melakukannya, kenapa kita tidak boleh? Ajaran nenek moyang kita mengatakan kita PATUT melakukannya. BUKA MATA dan SEDARLAH daripada kesedihan dan ratapan nenek moyang kita akibat tidak dapat kembali ke China. Kita dah selesai dengan semua itu. Biarlah segala kesedihan dan ratapan itu mengikut nenek moyang kita ke kubur. Marilah kita fikirkan semula pendirian kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Tolonglah BERGABUNG dan BERASIMILASI ke dalam budaya tempatan, dan TENTU SEKALI, sambil terus mengekalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa yang akan menyusuri asal-usul etnik anda, BUKAN DENGAN CARA YANG SEBALIKNYA atau anda akan kekal TERPERANGKAP dalam kesedihan nenek moyang kita. Tai Zee Kin *Artikel Terjemahan ke Bahasa Melayu. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |